Posts

Showing posts from 2005
Setiap amalan itu berdasarkan apa yang ia niatkan..... Hadith ini ada memberi impak serba sedikit kepada kehidupanku. Ada beberapa ketika,aku mendapati .. benda yang aku niatkan itu menjadi dan berlaku seperti yang aku niatkan.
Semalam aku bermalam dan beribadah bersama anak2 muda di bintulu ini. Seronok bila melihat mereka ingin bersama2 beribadah dengan kita, malah mula menambahkan bibit2 persahabatan dan ukhuwwah dengan kita... Namun, dalam gembira2 ini, terasa sedih hari ini, kerana mengenangkan lagi ramai yang tidak sedar akan realiti hidup ini dan hidup tanpa tujuan dan hanya ingin berseronok sahaja. Malam ini menyaksikan betapa ramai belia dan remaja yang masih belum tahu apa tujuan hidup mereka, melainkan ingin memenuhi keinginan nafsu semata2. Kuatkan semangat. Mari mencari orang2 yang ingin mengubah dunia!
Tawakkal adalah suatu yang kita selalu terlepas pandang setiap hari. Perasan tak, kita lebih cenderung untuk bertawakkal kepada manusia, syarikat, persatuan dan benda daripada bertawakkal kepada Allah.
Duhai diri... Usahlah bersedih dengan nikmat yang engkau belum miliki. Bergembiralah dengan nikmat yang telah engkau perolehi. Hatimu akan resah gelisah melihatkan orang yang lebih darimu. Walhal engkau sebenarnya sudah lebih dari orang lain. Cuma engkau tidak mengetahuinya. Usah bersedih andaikata doamu belum lagi kelihatan.... Kerana ... tuhan memberikan apa yang engkau perlukan,bukan yang engkau mahukan. Janganlah bersedih. Kuatkan semangatmu.
Aku teringat perbualanku dengan 'the intelligent one' semalam semasa pulang dari tempat kerja. Dia berkata .. "Macam mana kita nak ukur ke'workaholic'an seseorang atau kesibukan seseorang (dalam bekerja)?" Aku tidak tahu. Dia pun menerangkan kepadaku "..tahu tak, sahabat mana yang paling sibuk?" .. Aku puas meneka, tapi tak betul. Keciwa aku. Dia pun menerangkan lagi "...ingat tak tsa'labah?" Aku mula nampak, apa yang dia maksudkan. Kalau berdasarkan kisah tsa'labah, mula2 dia miskin, pastu minta nabi doakan supaya dia kaya, lepas tu dia mula kaya. Mula2 dia akan balik cepat2 lepas solat berjemaah. Lepas tu dia mula jarang2 solat berjemaah, last2 tinggal solat jumaat je. Jadi, apa agaknya kayu ukur keworkaholican kita atau kawan kita? SOLAT JEMAAH! ... Kalau kita kerja banyak, tapi dapat maintain solat berjemaah ... maknanya kita taklah terlalu workaholic. Tapi, kalau kerja sampai tak ada masa untuk kerja islam ... macam mana pula?
Pagi ini aku pergi kerja sebelum subuh. Solat subuh di tempat kerja. Mujurlah ada orang kat sini, dapatlah solat berjemaah. Hmm ... kalau orang yang betul-betul nak bekerja demi syarikat dan negara, barangkali mereka akan datang seawal-awalnya dan balik selewat-lewatnya. Pada masa yang sama, mereka cuba pastikan orang perasan atau tahu dia kerja awal dan balik lambat, supaya dapat impresi bahawa dia seorang yang kerja keras. Apakah yang orang itu akan dapat? Ketenangan? Kepuasan hati? Kebahagiaan? Atau ... lebih menambah keletihan dan tekanan di jiwa ....
Tatkala hatiku berasa kurang elok terhadapnya hari semalam dan sebelum semalam, Dia datangkan sesuatu dari jalan yang tak ku sangka untuk menghilangkan rasa kurang elok itu pada malam tadi. Subhanallah. Engkau memang Maha Berkuasa lagi Bijaksana. Engkau memang betul-betul menjaga hati kami. Engkau telah memperkenankan doa itu. Engkaulah yang memberi petunjuk jalan. Terima kasih. Segala puji bagi engkau.
Rezeki adalah ditentukan oleh tuhan, bukan oleh majikan! Jadi jangan rasa takut atau risau....
Bersemangatlah kamal san!
Akhir-akhir ini aku kecewa dengan orang yang aku sangka hebat.
Semalam tatkala berbincang dengan rakan, aku merasakan seolah-olah, jika aku menceburi bidang lukisan/manga, ada peluang yang amat cerah. Apa yang harus ku buat?
Dahulu semasa student, aku bekerja keras menyiapkan assignment. Kini bekerja keras menyiapkan tugasan majikan. Apakah yang aku akan dapat? Apa yang aku cari?
Bila melihat kepada orang yang dahulunya pernah bergiat di jalan ini, tapi sudah tidur kembali ... sedih rasa di hati... Semoga yang masih tinggal .. dapat istiqamah .... dan yang dah tidur ... bangun kembali
Sekarang begitu banyak kerja. Waah. Kena kuat berusaha!
Kekadang kita rasa amat sedih bila memikirkan nasib yang menimpa diri kita. Lagi sedih bila menjangkakan ia akan menjadi lebih teruk di masa hadapan. Kita akan jadi lemah dan tidak bersemangat. Kita akan menjadi malas untuk berbuat apa-apa. Kita akan menjadi pasrah terhadap apa yang berlaku. Lebih teruk lagi, kita akan membenci keadaan kita ini. Kita akan rasa dengki dan tak suka kepada orang lain yang berada dalam keadaan yang lebih baik dari diri kita. Kita akan terus berasa sakit di dalam hati dan jiwa. Kita akan berkata "Seronoknya dia, dapat itu .. dapat ini" Namun, kalau kita renung kembali.... segalanya telah ditetapkan oleh Allah. Masa kini, masa lampau dan masa depan semuanya ditentukan dan diatur olehNya. Tatkala kita melihat manusia lain bergembira dengan nikmat yang diberikan, kita terlupa untuk melihat manusia yang diuji lebih teruk dari kita. Kita tidak tahu bahawa ... kalau mereka melihat kita, mereka akan rasa benci kat kita dan dengki kat kita. Pernah aku den
Hari ni bila cuba booking tiket penerbangan, asyik down aje server dia. Tensen betul. Bersabarlah. Barangkali kena bersabar sedikit sahaja lagi.
Setiap kali kita melambai kepada orang, orang akan melambai balik kepada kita. Itu hanya berlaku andaikata ada kemesraan antara kita dan dia. Orang yang tidak ada kemesraan tidak akan melambai balik. Orang yang tidak mengenali tidak akan melambai balik. Ramai mana orang yang akan berbuat begini kepada kita bila kita melambai kepada mereka?
Sekarang makin banyak kerja yang perlu dibuat.Wah,sudah terasa sangat sibuk.Tapi,kalau menghabiskan tenaga diri dengan kerja ini pun,ia tak akan habis.
Bila melihatkan keputusan undian tu, ada la kawan-kawan yang bersedih dan marah.Namun, what has done is done.Apa yang telah berlaku sudah berlaku.Kalau nak marah dan kecewa sehabis-habisnya,ia tak akan mengubah apa-apa. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha membangunkan manusia dari tidur, menjadikan mereka sedar akan hakikat hidup ini, dan juga hakikat mereka di sini. Daripada kita memarahi dunia yang gelap,lebih baik kita menyalakan lilin:)
Aku terlalu berharap kepada orang lain. Aku sering menganggap diriku lemah. Tatkala aku mendapati orang lain itu lemah juga, aku menjadi kecewa. Kekadang rasanya seolah aku yang perlu lakukannya. Oleh itu, jangan anggap diri ini lemah. Kuatkan semangat. Jangan berputus asa!
Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya bolehla dihantar mesej ini dari suatu tempat yang amat jauh. Semoga cetusan-cetusan minda kembali segar.Semoga idea semakin bertambah. Semoga hati ini menjadi lebih kuat dari semalam.

:)

Testing Lagik
Testing
Semoga kita tidak menjadi lemah dan masih dapat menjadi orang yang bersemangat!
Seorang demi seorang berhenti menulis coretan hidup dalam internet. Semoga mereka masih istiqamah sehingga akhir hayat.
Semalam, beberapa remaja di bintulu memulakan perjalanan mereka ke kuching. Jam 9 malam mereka menaiki bas dan bertolak. Aku tersenyum tatkala melihat mereka begitu seronok menaiki bas itu. Teringat aku kepada suasana masa winter trip dahulu. Aku ingat lagi masa tu, aku dan kawan2 aku memasukkan barang ke dalam van pada waktu malam (tapi dah dekat pagi) ... dan memandu van menuju ke adelaide. Wah, fehlongnya. Tatkala aku melihat jadual program untuk remaja bintulu ini, aku tersenyum lagi. Sangat padat, sangat menarik. Setiap kali stop, ada sahaja ceramah dan juga kena buat hafalan. Sekali lagi aku teringat masa bermusafir dahulu ... aku menghafal hadith2 pilihan bersama adik dan kawan2. Kini, aku tak berpeluang untuk mengembara dengan bas seperti ini. Yang aku buat setakat ini hanya menaiki kereta menuju ke tempat yang jauh untuk berkhemah atau memberi khidmat masyarakat kepada orang2 tempatan yang di pendalaman.
Hari ini betul2 menguji aku. Aku nak repair toilet. Tiba2 spare part yang aku beli tu rosak. Cuba punya cuba tak jadi. Dahla masuk maghrib lak. Memang aku rasa marah2 gak. Tapi, bila difikirkan balik, Allah dah kasi aku pengetahuan untuk membaiki flush. Aku tengok si HT dan si F tak dapat berbuat apa2 melainkan melihat sahaja. Mereka sendiri tak berani nak buat. Semoga ilmu baru yang dapat ini bermanfaat.
Alhamdulillah, kita diberi nafas baru pada hari ini. Sejauh mana kita telah menggunakan nafas semalam? Sejauh mana kita mensyukuri nikmat kehidupan yang diberikan tempoh hari? Semoga kita memanfaatkan kehidupan ini sebaiknya.
Sejauh mana kita telah menggunakan potensi dan tenaga kita untuk islam? Mengapa ada sahaja alasan dan masalah yang menyebabkan kita tidak bergerak? Bla kita sakit, atau isteri sakit, atau anak sakit, atau ada jamuan, atau ada jemputan ... kita menjadi lemah dan mendiamkan diri. Namun, peliknya pula bila kena pergi kerja, kita menggagahkan diri. Bila kita dijemput untuk pergi ke sebuah kampung untuk aktiviti sosial dan islam, bila kita dijemput untuk ke majlis ilmu ... kita akan tidak pergi bila ada sahaja alasan kecil. Namun, bila kita dijemput ke majlis yang seronok, bila kita diajak berjalan dan bersiar-siar untuk berseronok, kita akan pergi walaupun ada alasan besar. Berikanlah kami kekuatan untuk bergerak. Amiin.
Tadi mengemas library department aku. Aku melihat pekerja2 am memasukkan buku2 ke dalam kotak. Aku melihat mereka menyumbat dengan kasar. Mereka tidak mengetahui nilai buku2 library itu. Hanya Engineer sahaja yang mengetahui nilainya kerana engineer faham apa nilai maklumat dalam buku itu. Begitu juga dengan iman dan islam dan dakwah. Hanya orang yang faham sahaja tahu nilainya.
Semalam aku basuh kereta. Aku rasa ramai pemilik kereta terutamanya lelaki akan membasuh kereta. Maklumlah, itu antara aset yang paling disayangi . Kalau tak basuh, kotorlah kereta itu. Namun, hati adalah aset yang lebih mahal dari kereta. Cuma, sejauh mana kita membasuh hati kita ... dan sejauh mana kita sayang kat hati kita ini ?
Pengembaraan ke rumah orang iban muslim sangat menarik. Sahabat2 dari Sibu begitu bersungguh2 mengadakan aktiviti untuk meraikan mereka di sana. Begitu banyak aktiviti dan hadiah yang diberikan. Kesian kat mereka. Setelah masuk islam, siapa yang akan menjaga dan follow up ke atas mereka?
Hari ini menandakan satu tarikh bersejarah buatku dan bakal teman hidupku. Parent kami bertemu dan akhirnya dah bersetuju pada dua tarikh yang mana aku akan menamatkan hidupku sebagai seorang bujang. Bulan sudah ditetapkan, cuma tarikh bergantung kepada availibility dewan. Semoga semua berjalan lancar.
Aku melihat. ... seorang demi seorang yang dahulunya memblog di internet ... sudah jarang menulis entri ... dan juga sudah tidak menulis lagi. Maka ... aku tak tahu apa berita mereka lagi ...
Aku teringat kata-kata brofaiz kepadaku suatu hari dalam minggu ini : "...sejak balik Malaysia ni, kita dah kehilangan kekuatan kita, dalam erti kata lain .. we lose our EDGE!.." (lebih kurang begitulah). Benar juga, sekurang-kurangnya bagiku di sini. Aku dah tak serancak dahulu blogging dan juga melukis. Hm hm hm ... Siapakah yang bersalah? Malaysia? atau aku sendiri? Entahlah. Walaupun begitu ... ...aku rasa walaupun kelihatan lemah dari sudut itu, aku dapat kekuatan dari sudut lain. Aku mendapat pengalaman baru dalam berurusan dengan orang di sini. Aku mendapat pengalaman dalam mencari manusia dan belajar apa yang aku belum pelajari di sini. ... malah barangkali adik-adik aku terkejut juga dengan apa yang aku buat setiap kali pulang dari kerja.
Tadi naik ke menara sebelah loji. Waaa! View dia cantik betul. Sangat cantik. Dapat tengok tempat kerja dari tempat yang tinggi. Cuma kat situ, sunyi sedikit. Kalau tak kena, ada la orang buat benda2 tak elok kat situ.
Esok pergi kampung orang iban muslim. aktiviti masyarakat. Semoga berjaya.
Aku memerhatikan orang yang hebat. Andaikata dia berkata hebat, dan bekerja hebat, maka aku akan amat menghormatinya. Aku meletakkan harapan dan standard tinggi bagi orang2 yang hebat. Sepatutnya orang yang mengatakan dirinya hebat dalam dakwah, atau mengatakan dia telah melalui pembinaan yang mantap dalam dakwah, menunjukkan dalam bentuk amalan. Aku rasa, tak patut aku letakkan standard sebegitu kerana selalunya orang yang bekerja, tidak bercakap banyak, tapi buat kerja sahaja. Pak cik Hasan pun kata begitu. Kita kena kurangkan berkata, tapi banyakkan bekerja.
Akhirnya dapat aku menghabiskan puasa enam! Alhamdulillah. Kawan2 lain pun semangat nak habiskan puasa enam kat sini.
Tak lama lagi adik2 aku akan pulang dari benua bawah bawah. Apa agaknya harapan mereka terhadap keadaan mereka di sini? Entahlah. Aku harap mereka semua selamat sampai ke sini dan selamat sehingga ke akhir hayat. Aku harap tak ada yang akan tidur bila sampai ke sini dan aku harap bertambahlah orang yang akan menjayakan projek 600 tahun yang aku selalu sebut suatu masa dahulu. Segalanya bergantung kepada Dia juga. Kalau diberi hidayah, orang akan bertahan juga .. malah akan jadi lebih baik dari yang dia sangka!
Hari ini tertinggal bas. Orang lain dah balik. Kena balik dengan van pada pukul 6 petang nanti. Hmm ... Berbuka dalam van la nampaknya. Alhamdulillah, aku diberi kekuatan untuk berpuasa lagi kali ini. Takut juga, bila kerja di tempat macam ini, payah pula untuk berpuasa.
Oleh itu .. bersemangatlah! Jangan malas-malas!
Oleh itu .. bersemangatlah! Jangan malas-malas!
Sedar tak kita, kekadang kita yang sebenarnya melemahkan kenaikan/kebangkitan islam .. disebabkan oleh kesibukan kita, kemalasan kita ... dan alasan kita?
Susah nak tulih blog sekarang. Internet susah nak cari. Masa ni macam nak start up kereta balik. Lama bercuti. Isnin lepas baru start keje. Pastu Isnin lepas gak baru nak pose. Semoga kehidupan hari ini lebih baik dari yang lalu.
Sudah sekian lama aku tidak melukis. Mengapa? Adakah aku kekeringan idea? Atau aku sudah mula merasa malas? Hmm ..
Oh .. lupa pula. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog yang selalu membaca blog yang tak seberapa ini. Maaf sebab payah nak masuk internet,maka saya sampaikan ucapan ini pada raya ke-3 (Malaysia) ... :) Semoga training sebulan lalu ada kesannya. Doakan supaya ada walaupun sedikit.
Semalam dan malam ke-29 ramadhan aku mengikut sepupuku makan tengah malam di tepi pantai. Bestnya angin pantai, ditambah dengan angin dari pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Namun yang tak best ialah bila melihat begitu ramai orang yang berada di situ, terutamanya belia. Lelaki dan perempuan berkepit. Perempuan pakai baju tak cukup. Negeri Darul Iman sudah tercemar imannya. Aii. Keadaaan makin menjadi-jadi, dan siapa yang nak ubah keadaan ini?
Hmm .. susah benar nak masuk internet ini. Tapi, dua tiga hari ini banyak betul benda yang berlaku. Semuanya adalah ujian terhadapku dan keluargaku. Semalam nenek aku sakit tenat. Dia pengsan. Semua orang sangat panik. Orang-orang mula baca yasiin. Namun, alhamdulillah, setelah orang dari hospital datang dan periksa nenek aku, semua jadi baik. Nenek aku masuk hospital tengah2 malam semalam dan hari ini segar betul. Dia pengsan sebab kekurangan gula. Itu antara masalah orang kencing manis.
Lailatul qadar ... adakah aku terlepas akan engkau? Atau belum menemui engkau? Atau sudah menemui dan mendapat kelebihan yang engkau ada? Semoga aku dan teman-temanku dapat menemuinya .... Waaa ... ramadhan dah nak habis! Lagi 3 hari lagi! Sedihnya...
Hari ni pergi shopping kat KL. Hmm, harapnya tak terlalu teruk jam hari ini.
Hari ini aku selamat balik ke Raub. Ya, malam ini aku bermalam kat Raub. Esok baru balik ke Temerloh. Elok juga, kalau tak. ... terlalu mengantuk nanti masa driving. Dua minggu lepas sehingga petang tadi begitu banyak kerja sehinggakan aku penat setiap hari. Nampaknya big boss mula bagi kerja2 berat kat aku. Aku mula diperah nampaknya. Nasib baik supervisor aku yang dari UK bagi aku balik awal sedikit hari ini. Pelik betul, orang putih lebih concern pasal famili berbanding orang2 Asia ni.
Hari ini hari pertama kereta aku langgar kereta orang ... dari belakang! Waaah! Habis duit kena spend utk repair kereta orang. Harapnya simpanan aku masih mencukupi. Pengajaran kepada diriku : Tengok belakang betul2 masa reverse kereta >_<
Aku amat bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepadaku. Menyelusuri kisahku di Kuala Lumpur hingga ke Bintulu, aku amat bersyukur. Di KL dahulu, aku nyaris-nyaris tidur kembali setelah jaga. Aku berdoa supaya dijaga diriku ini kerana aku dapat merasakan aku akan hilang jika tidak ada apa yang dibuat ke atasku. Tiba-tiba sahaja aku dicampak ke Bintulu. Mula2 aku menyangka aku akan jadi lebih teruk, tetapi sebaliknya yang berlaku. Aku menemui "AUSTRALIA" yang kedua di bintulu ini. Di sini segala yang pernah aku alami di Australia seolah berulang kembali. Malah aku 'diberi' seorang hosmet yang hampir sama dengan hosmet di Marshall Avenue, seorang hosmet yang memegang kuasa dan seorang yang boleh ketawa dan berjuang bersama-sama. Semoga kehidupan yang mendatang lebih baik dari kehidupan sekarang dan yang lalu.Amiin.
Hari ni dah hari ke sepuluh puasa. Wah. Dah sepuluh hari. Berapa banyak aku dah manfaatkan dari sepuluh hari ini? Sesetengah orang melihat bulan puasa ini seperti bulan biasa sahaja. Sesetengah melihatnya sebagai suatu bulan yang luar biasa dan mereka pun beribadah luar biasa.
Semalam juga aku merasa lemah. Ada seorang kawan berkata, kalau nak buat kerja ini, amalan kena mantap. Makin hebat nak buat kerja ni, amalan kena lagi mantap. Aku akui. Bila aku muhasabah, aku dapati aku tak layak untuk bekerja di tahap ini. Aku rasa aku sangat lemah. Aku jarang sekali mencapai tahap yang kawan itu kata. Namun, sahabat aku menasihati aku semalam bila aku ceritakan perkara ini kepadanya. Dia kata, kalau nak tunggu macam tu, kena jadi malaikat la baru nak berdakwah. Tapi sahabat nabi pun lain2 tahap amalan dia. Nabi pun tahu semua orang tak sama, sebab tu bila diminta nasihat, kadang lain nasihat untuk sahabat yang lain. Jadi, buat apa yang termampu. Tingkatkan ikut kemampuan. Jangan rasa lemah. Sekurang2nya Allah dah kasi kita kesedaran untuk bekerja di jalan ini, dan insyaAllah, Dia akan bimbing dan jaga kita. Segala puji bagi Allah.
Semalam aku begitu lemah semangat. Semalam aku ingin berhenti . Aku sangat penat. Aku lihat orang lain tidak membantu aku untuk melakukan kerja ini. Semalam ada kuliah zuhur. Aku sorang sahaja yang penat dan risau. orang lain macam buat tak tahu. Dulu pun sama. Seolah2 aku sahaja yang bekerja. Namun, Allah tidak membiarkan aku begitu sahaja. Tiba2 hari semalam ada orang yang memberi semangat kepadaku. Kata dia "Teruskan buat keje ni". Aku pun tak sangka, orang awam tiba2 berkata kepadaku macam ni. Aku merasakan seolah2 Dia yang mengatakan sebegitu kepadaku. Terima kasih. Segala puji bagiMu. Ampunilah dosaku. Istiqamahkan aku dan temanku. Amiin.
Minggu ini semua housemate tinggal di rumah baru... Minggu ini juga aku lebih mengenali dengan lebih dekat .. perangai salah seorang housemate aku. Dia mengingatkan aku kepada seseorang.... semasa aku belajar dahulu. Ya Allah, berilah hidayah kepada dia. Elokkanlah akhlak dia, dan juga akhlak aku. Amiin.
Ahlan wa sahlan ya ramadhan... Esok orang Malaysia akan mula berpuasa! Aku rasa amat bersemangat! Semoga kali ini lebih banyak improvement aku dapat buat untuk diri aku ini. Kuatkan semangat! Berusahalah!
Sekarang sudah tak ada internet. Line telefon pun tak ada. Rumah lama tinggal sisa2 barang2 hosmet yang sekarang sedap berkursus di KL. Tinggallah aku bersama Ocent untuk membersihkan apa yang ada dan mungkin lusa akan serahkan kunci kepada cikgu sebelah yang merangkap wakil tuan rumah. Perpindahan ke rumah baru ini memberikan satu pengajaran yang besar, iaitu tak boleh main lepas tangan dalam urusan bayaran sewa dan bil. Kalau berulang lagi, maka akan dihalau lagi. Semoga aku dan hosmetku dapat mengambil pengajaran ... jika mereka dan aku tergolong dari golongan yang berfikir.
Esok, kebanyakan barang di rumah akan dipindah ke rumah baru. Meja komputer, almari, katil akan dihantar ke sana. Telefon akan terminate hujung bulan ni. Rumah baru tak ada line telefon. Hmm .. nampaknya lepas ni mungkin internet kat CC la. Harapnya ada la cara untuk aku merasa broadband nanti. Semoga dapat satu masa nanti. Amiin.
Lama tak tulis entri. Kini bulan ramadhan semakin hampir. Adakah aku rindu kepadanya sebagaimana aku rasa satu ketika dahulu. Adakah aku bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu dengan kekasih lama ini? Adakah aku akan benar-benar memanfaatkan peluang ini sekali lagi? Ramadhan oh ramadhan...
Tadi seronok bersama pelajar universiti. Mereka akan test minggu depan. Mungkin agak sibuk sekarang.
TAdi bertungkus lumus membantu hosmet aku mengeluarkan barang dia dari rumah. Sambil mengeluarkan barang, dia terjumpa banyak barang yang mendatangkan kenangan kepadanya.
Minggu lepas, tak silap aku hari selasa malam rabu.6 September 2005.Aku masa tu tengah makan dengan seorang trainer/engineer.Ketika itu, di bintulu satu benda yang dahsyat sedang berlaku. Kira-kira waktu maghrib-isyak.Tuan rumah datang ke rumah.Dia memanggil hosmet di tingkat bawah.Tuan rumah marah kat dia.Dikatakan dia akan halau sesiapa yang ada di dalam rumah itu.Dia kata dia akan bawa kuncunya ke situ untuk menghalau sesiapa di dalam rumah itu.Dia marah sebab kami lewat bayar sewa. HMS yang pakar laser tidak melaser pada hari itu. Hosmet aku tu memberitahu kepada AMR yang berada di atas.AMR marah.HMS? 11 malam.HMS pun memanggil beberapa kuncunya,just in case jika ada apa2 yang akan berlaku.Tuan rumah datang (aku rasa ada beberapa orang,termasuk anjing).AMR cuba berunding dengan tuan rumah.Tuan rumah mengungkit2 perkara kecil seperti dia pernah memotong rumput.AMR marah.HMS dan kuncunya? Setelah berdebat berkali2,akhirnya dibuat keputusan untuk keluar dari rumah ini hujung bulan ini
Tengok initial D semalam. Ni first time tengok. Orang cakap best. Memang best. Menarik betul AE86 Sprinter Trueno. Mengingatkan aku kat Corolla Seca milik Jepper, junior aku masa student dulu. Waaaah,kalau dapat satu best juga, walaupun second hand. Hmm .. orang jepun, bila buat manga atau anime, mereka betul2 kaji benda yang sebenar, macam kereta, bola sepak sehinggakan bila kita baca cerita atau tengok cerita mereka, maklumat yang diberi amat tepat (atau hampir tepat). Dengan itu, penonton, yang kebanyakannya remaja dan belia jadi minat kat benda tu, seperti kereta AE86 dalam initial D, Bola keranjang dalam Slam Dunk, Kereta mainan 4x4 dalam Dash Yonkurou dan teknik ninja dalam Naruto. Kita pun patut buat camtu ... mana lah tau, orang boleh jadi minat kat sejarah islam dan benda2 baik ... melalui komik dan anime yang dibuat!
Realitinya ... siapa yang sayang akan diri kita, melainkan ... kita sendiri ! Lihatlah sekeliling kita ... orang lebih mementingkan diri sendiri ... orang akan menyelamatkan diri sendiri ... orang tak peduli akan orang lain. Apa yang anda lihat dalam PUTRA-LRT? Kebanyakan orang berpusu2 masuk untuk mendapat tempat mereka dalam keretapi. Kalau boleh mereka akan berebut untuk dapatkan tempat duduk dalam tren itu. Begitulah juga dalam komuter, dan public transport lain. Lepas itu, kalau kita dengar berita orang palestin ditekan, orang muslim di eropah tak diberi pakai tudung, orang mati sebab tsunami ... kita tak rasa apa-apa .... sebab mereka bukan keluarga kita ... mereka tiada kaitan dengan kita... Inilah realiti yang berlaku... sedih kan?
Aku masih seperti dahulukah?
Entri August 29 2005 menyebabkan aku tersenyum... Ehe ... ada orang perasan berkenaan the chosen one nih. Semoga kita termasuk dari kalangan the chosen one ini ... yang mem balance kan force yang ada di dunia ini ... ... force of darkside and the light :)
Kekadang bila kita membandingkan diri kita dengan orang lain, kita rasa seolah2 diri kita ni tak berguna... seolah2 kita ni lemah ... seolah2 kita ni tak ada nilai... Oleh itu, renungilah apa yang Allah telah bagi kepada anda. Renungilah kelebihan yang mungkin ada pada diri anda. Lihat setiap ciri yang ada pada diri anda..... Barangkali kita merendahkan diri kita untuk mengelakkan riya..... tapi takut2 kita menghina diri sendiri... walhal setiap orang dicipta olehNya dengan tujuan tertentu. Each and every of us is unique! Apa kelebihan anda? Melukis? Menulis? Repair motor? Memikir? Ramah mesra dengan orang? Berhati baik? Pasti ada kelebihan yang telah diberikan kepada anda. Syukurilah dan manfaatkannya sebaiknya.
Aku berkursus tiga hari lepas. Hari ni habis. Waah. Best juga, dengar lecture dari seorang expert dari singapore. Dari NUS. Dia memang pakar kilat/lightning. Hari ni abisla kursus aku. Malam ni tido kat Hilton KL! WAaaaaaaaah! Futuristik gila hotel nih. Patutla mahal satu malam.
Hmm .. rezeki yang diberi Tuhan kekadang datang tanpa disangka... Dan ... pada masa yang sama ujian dariNya juga datang tanpa disangka ... Maka ... bersyukurlah dan bersabarlah ....
Hmm ... banyak tempat kat Malaysia minat kat "anata no miraie" rupanya.
Tonight I am at Raub. My, the phone signal is sometimes weak, sometimes strong. This is the time that I have for this short leave to spend with my mum and sis. To think about it, I am really thankful to Allah for providing memorable moments each time I come back to Pahang. Being far away makes me appreciate every second when I am with my family. Remembering years before, I am taking those moments for granted. From now, even in bintulu with friends, I must try to make them as memorable as possible!
Aku teringat lagi junior aku tanya aku: "Cam mana nak istiqamah?" Hmm .. soalan ini susah nak aku jawab, sebab pengalaman aku pelik sikit. Pengalaman setiap orang berlainan. Tapi aku ingat kata si Z dulu. Dia dapat formula istiqamah ni dari pakcik F. Nak istiqamah mesti ada orang yang kita refer setiap masa, mesti ada tempat untuk tambah input (di samping diskusi) dan mesti ada output (iaitu inisiatif sendiri). Hmm .. in one way, benda ni berlaku kat aku di bintulu ni, malah amat intensif sekali, memandangkan skop kawasan tak seluas KL atau tempat di semenanjung(Aku belum lagi outreach ke pendalaman yang mana majoritinya bangsa lain). Malah aku rasa, Dia overhaul semangat aku bila aku dicampak ke bintulu ini. Bila di bintulu ni, keluarga dah jauh, kawan sangat rapat, malah terasa semangat untuk isi setiap malam mengembara dengan kereta putihku untuk mencari orang. Mungkin di sini persediaan aku sebelum aku ke tempat lain untuk mengubah tempat itu.
I don't think I am the chosen one. That person is the chosen one.
This week I am away from bintulu till wednesday. It seems forces in bintulu are unbalanced when I am not around. Am I THAT needed to be there to balance the force? Does this mean ... I am the chosen one?
Tadi aku dapat ziarah F S san! Waaah! First time pegi rumah dia, pastu first time jumpa ayah dia. Waah! Jumpa orang2 hebat hari ni! Dia minggu lepas operation tulang belakang, sebab dia kena sakit yang orang kata slip disc. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dia nampak sihat hari ni. Boleh berborak. Masih boleh berkonseptual lagi. Cuma kaki dia kebas2 lagi. Sensor kat kaki kiri dia masih belum fully recovered lagi. Tapi alhamdulillah, dia masih sihat.
Aku balik kampung dua tiga hari ini. Sabtu lepas aku ke Muar, menziarahi adik aku di sana. Semalam aku menghadiri kenduri dan menziarahi atuk aku. Jumaat lepas aku ke hospital Pusrawi di KL, sebab sepupu aku kena denggi dan masuk hospital. Cemas masa tu. Alhamdulillah, sekarang keadaan dia dah stabil. Rasanya hari ini atau esok dia patut dah dapat keluar hospital, cuma kena still under medication kot.
Dua tiga hari ini aku belajar berkenaan menghargai apa yang aku ada. Ehe, ni setelah membaca buku " How to enjoy your life and your job ". Sangat menarik buku ini, walaupun ditulis oleh orang putih yang bernama Dale Carnegie. Antara isi buku ini menekankan untuk bersyukur dan menghargai apa yang kita ada. Kita selalu melihat orang lain yang lebih dari kita dan kita merungut, mengapa kita tak dapat macam orang itu. Contohnya, kita melihat kawan kita bekerja dekat dengan rumah dia, atau dekat dengan tempat yang best, walhal kita bekerja di tempat yang amat terpencil dan jauh dari keluarga. Mesti ada rasa tak puas hati, atau perasaan "Why me?Why me?".Kita tak melihat kepada orang yang tak ada kerja langsung, orang yang lebih teruk keadaannya dari kita. Sekurang2nya ini rezeki kita setakat ini.. insyaAllah, itu yang terbaik untuk kita sekarang, dan yang lebih baik akan ada untuk kita bila sampai masanya. Rasulullah dah cakap benda ni lama dah. Aku rasa ni hadith, tapi k
Terima kasih wahai tuhanku ... kerana masih menjagaku .
Adik aku balik ke rumah semalam hingga ke hari rabu ini. Waaaa. Rindunya! Sabarlah. Mungkin Allah akan beri peluang yang lebih baik untuk berjumpa dengan adik-adik aku.
Waaah. Akhirnya habis program motivasi anak-anak staf. Penat betul menjadi pengarah program. Aku rasa stail aku tak banyak berubah dari dulu, yang menyebabkan aku penat. Sangat penat. Tambah-tambah pula penolong-penolong atau committee ramai balik KL sebab mereka ada convocation dan juga ada yang sibuk dengan kerja di loji. Aku nyaris-nyaris burn out sebab banyak sangat kerja kena buat sendiri. Mujurlah Dia hantar pertolongan yang luarbiasa, yang berupa dari orang-orang yang tak disangka. Memang penat. Harapnya semuanya menjadi saham aku dan kawan-kawanku nanti. Amiin.
Di rumah aku ada 4 orang manusia. Masing-masing memiliki skop pengaruh yang tersendiri. Ada yang berkawan beberapa orang. Ada yang berkawan ramai orang. Ada yang berkawan dengan orang tertentu. Ini menunjukkan manusia suka bersosial, atau bergaul. Aku lihat seorang ini suka bergaul dengan orang-orang hebat, orang-orang ternama dan juga pelajar-pelajar. Alangkah baiknya kalau orang-orang yang berinteraksi dengan dia, disedarkan berkenaan realiti kehidupan. Aku lihat seorang lagi, bergaul dengan semua orang. Dan tujuannya antaranya ialah untuk menyampaikan kesedaran ini, melalui pergaulan itu. Alhamdulillah. Semoga Allah jadikan antara orang yang dia jumpa, mendapat hidayah melaluinya. Aku lihat seorang lagi .... dia terhad kepada beberapa orang. Tapi dia hensem. Mungkin dia ramai kawan, tapi orang tak tahu....
Ehe ... rupanya si zzz pun membaca blog aku nih. Terharu aku ... Terima kasih kerana prihatin kat batu kerikil nih....
Minggu ini aku belajar cara menulis technical report dari seorang staff senior. Dia hebat, sangat hebat .. .dari segi cara bekerja la. Hmm .. semoga ilmu ini bermanfaat.
Sabtu ini aku in-charge satu program untuk budak2 sekolah menengah. Wah, penatnya. Memang susah nak buat dalam keadaan bekerja nih. Orang-orang yang membantu aku pun sibuk juga dengan kerja di pejabat dan kilang. Nasib baik setakat ni macam ok jek. Iklan dah dibuat. Ramai juga yang hantar anak ke program ni, dalam 38 orang. Aku harap aku tak burn out lepas ni. Sungguh penat. Aku rasa sangat penat sehinggakan setiap malam aku baring, akan terus tertidur! Tapi hal ini mengingatkan juga suasana masa student dulu. Fehlongnya ...
Perasan tak ... Dia memberi apa yang kita perlukan, bukan yang kita mahukan ....
Kekadang kita berasa iri hati bila melihat nikmat yang diberi oleh Allah kepada orang lain. Pasti hati berkata : "alangkah baiknya, kalau aku yang dapat nikmat itu." Walhal, barangkali nikmat itu barangkali bukan yang baik untuk kita. Mengapa ? Aku membayangkan andaikata aku terus bekerja di Kuala Lumpur, instead di Borneo ini. Aku membayangkan, diriku akan menjadi semakin jauh dari teman-teman, leka dengan keseronokan kota metropolitan dan kawan-kawan, seronok dengan kemudahan yang diberikan. Aku membayangkan, dalam keadaan diriku yang masih belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi realiti hidup, terus berada di kuala lumpur dan berasa selesa di sana. Bila aku dicampakkan ke sini, aku menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Hampir setiap malam aku mengembara dengan kancil putihku mencari manusia dan cuba membentuk manusia. Hampir setiap minggu ada sahaja perkara yang dibuat untuk mencari dan membina manusia. Ini yang terbaik yang Allah kasi kat aku masa ini. Bersaba
Hmmm ... tadi tengok berita. Rupanya Turki antara tempat faveret percutian bagi orang yahudi.
Hari ini macam nak demam je. Mengantuk ada. Bersin pun ada. Dahla sini ada jerebu, walau tak setebal mana. Aku rasa udara stuffy sedikit. Tekak aku mula rasa sakit sekarang. Tadi masa balik mengajar tuisyen, pergilah berjumpa seorang remaja. Dia suka ke CC, jadi aku cuba mendekatinya dengan memahami minatnya. Itu antara cara aku. Cara aku lebih kepada merapatkan diri kepada orang. Cara ini sangat perlahan. Kekadang menjadi, kekadang tidak. Aku ingat kata pakcik Halim dulu :"Untuk dapatkan sesuatu, anda hendaklah menyerahkan sesuatu". Aku ingat masa aku senior ECSE dulu, selalu ke South east flat untuk berjumpa dengan nash, dengan niat supaya suatu masa nanti dia dapat hidayah dariNya. Aku tak betul2 dapat lihat hasilnya sehinggalah aku sudah bekerja. Alhamdulillah, tahun lalu aku dengar dia sudah rancak berprogram di sana. Aku harap dia istiqamah. Kini masa untuk mencari orang lain pula.
Minggu ini aku ada hantar e-mail kepada si Z. Hmm, rupanya dia seolah menganggap aku seperti dahulu. Kasihan kepadaku, dari dahulu sehingga sekarang ... masih merupakan batu kerikil baginya. Aku akui aku memang batu kerikil. Batu kecil, orang tak perasan pun, walaupun batu itu digunakan untuk membina jalan. Berdasarkan apa yang aku tahu, sememangnya si Z sangat hebat sekarang. Aku rasa gembira dan iri hati juga, sebab di Semenanjung sana dia sudah berjumpa dengan ramai orang, dan barangkali sekarang sedang mengubah orang, sama seperti di zaman muda. Aku di sini? Hanyalah sebiji batu kecil, yang membantu batu-batu besar untuk merubah apa yang ada.
Aku melihat kat cover kaset kumpulan DHearty, baru perasan, rupanya rakan satu sekolah dulu masuk kumpulan ini. Ehe, jadi penasyid sekarang ni. Sudah 7 tahun aku meninggalkan sekolah itu. 7 tahun berlalu begitu pantas.... Dahulu aku melihat begitu ramai abang2 senior, dan rakan2 sesekolah begitu semangat inginkan perubahan. Walaupun masih belum terjun ke dalam realiti kehidupan, mereka amat bersemangat. Itu 7 tahun dulu.... Ketika itu aku masih belum lagi merasakan betapa beratnya tanggungjawab ini. Ketika itu aku masih tidak yakin aku layak, walhal semua orang bertanggungjawab untuk melakukan tugas ini .... Dalam 7 tahun barulah aku memahami semuanya. Aku tidak sangka Dia memberi hidayah kepadaku di Monash sana. Begitu cantik skrip yang ditulis. Segala puji buatMu. Istiqamahkan aku dan kawanku... Amiin.
Tadi aku ke universiti kat tempat ini. Di situ ada talk-show bertopik "Aku,Cinta dan Kampus". Hosmet aku menjadi ahli panel. Tersenyum aku melihat mereka, begitu mantap menyampaikan pendapat mereka terhadap setiap soalan yang diajukan.... " Untuk mencari orang yang bersuka/ketawa bersama, ramai dan mudah ... tapi andai anda jumpa orang yang sanggup bersedih/menangis bersama anda, itulah orang yang cari, jangan lepaskan dia " Kata-kata ahli panel itu (lebih kurang la) mengingatkan aku kepada kata-kata ini " Kalau mencari teman hidup, carilah hati, kerana jika anda suka akan hatinya, dia akan menjaga hatinya, kalau anda suka akan rupanya, dia akan menjaga rupanya, walhal rupa akan hilang akhirnya "
Sekarang susah benar nak sentuh hati mereka itu. Ada sahaja alasan untuk menyibukkan diri. Walhal, mereka hanyalah pelajar sem pertama. Ya Allah, berilah hidayah kepada mereka dan kawan2 mereka di sana.
Dalam kita mencari manusia untuk disedarkan dengan kesedaran islam, kita akan menggunakan berbagai cara. Ada yang direct, ada yang perlahan, ada yang secara umum, ada yang terlalu umum. Tadi aku bersembang dengan hosmet di kedai mamak dekat sebelah stesen bas. Dia bercerita tentang approach yang aku lihat pernah dibuat oleh kawanku dahulu dan juga aku masa di Clayton dahulu. Approach ke atas hati. Dia mengatakan approach kepada hati memberikan kesan yang amat mendalam. Apabila kita dapat menawan hati orang itu, dia akan tertawan dengan kita, dia akan berkawan dengan kita ... dan dari situ terbentuklah ukhuwwah. Aku melihatkan perbezaan antara orang yang kuat tautan ukhuwwah dengan yang sekadar surface sahaja. Dari segi perjumpaan peringatan keimanan sehingga ke perjumpaan biasa ... orang yang terikat hatinya amat mesra dan wujud rasa kebersamaan sesama mereka. Aku teringatkan kawanku yang datang dua tahun dahulu. Dia merapatkan diri dengan setiap orang yang berdarah muda. Dia mendekatk
Tadi baru balik dari kelas tuisyen. Mengajar remaja tingkatan 3 subjek sains. Terasa betapa susahnya guru mengajar kita suatu masa dulu. Betapa kita tak menghargai usaha mereka ... malah kita mengutuk mereka. Ampunilah dosa guru2 kami. Tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar. Amiin.
Dulu aku memandang tidak baik kepada lelaki itu. Aku takuti perpecahan yang kusangka akan dia bawa, walhal itu hanyalah prasangka. Sesungguhnya prasangka itu tidak baik dan boleh menjadi dosa. Ampunilah dosaku. Kini bila mengetahui keadaan lelaki itu, rupanya dia menjadi mangsa keadaan yang tidak dapat dielakkan. Barangkali aku belum memahami sepenuhnya masalah dia, harapnya masalah itu selesai segera. Tidak guna bergaduh, sedangkan musuh kita sentiasa bersatu untuk menghancurkan kita. Lapangkanlah hati kami....
Bersyukurlah... .... kerana Allah memberikan hidayah kepada kita. Hidayah amat penting. Hidayah adalah sesuau yang kita tidak sangka. Kalau bukan kerana petunjukNya, aku barangkali menjadi orang yang bekerja keras demi syarikat ini, atau aku barangkali menjadi orang yang tidak mempunyai arah dan tujuan dan tidak memikirkan masa depan sama sekali. Kalau bukan kerana rahmatNya, aku akan menjadi orang biasa, yang hidupnya terlingkup dalam lingkungan yang kecil, dan terperangkap dalam putaran kehidupan iaitu ... pergi kerja, balik kerja, berehat, dapat gaji dan berbelanja ... Kalau bukan kerana sayangNya, aku tak menyedari realiti saudaraku di seluruh dunia dan barangkali tertipu oleh penguasa dan penjahat dunia... Terima kasih. Istiqamahkan aku. Jadikan aku, temanku, dan keluargaku dari kalangan orang yang menyambung kerja yang amat panjang ini... Amiin.
Setiap hari adalah hari yang baru. Di situ kita bertemu orang yang sama,tapi berbeza. Setiap yang kita lihat pada hari yang baru ini, adalah sesuatu yang baru. Housemate kita, rakan sekerja kita di hari ini adalah orang yang baru...kerana mereka adalah berbeza dari semalam. Perhatikanlah, apa yang ada pada hari ini, dan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita pada hari ini. Semoga kita menghargai dan mensyukuri nafas baru dan hari baru yang diberikan kepada kita. Manfaatkanlah masa, kerana masa adalah kehidupan. Ia bukanlah emas yang boleh dibayar nilainya. Ia adalah kehidupan yang hilang setiap kali ia berlalu.
Aku amat terharu dengan keretaku. Alhamdulillah, selepas dibeli bulan mac lalu, dia telah mengembara begitu jauh ... ke sana ke mari membantu aku dan kawan-kawanku melaksanakan tugas islam ini. Berkatilah keretaku itu ya Allah. Amiin.
I am having a hard time connecting to the net. Last week and this week is a very tedious week in the office. The boss is keeping piling my job more and more. I hope I can survive.
Aku dah buat apa yang aku mampu buat. Andaikata kalau tak berhasil, ia adalah ujian dari tuhan. Yang penting ... aku telah mencuba!
Kamal san, Omae wa ganbare mashita. Moo ichido ganbare mashio!
Hari ni sedih. Hari semalam pun sedih. Sedih sebab orang tak nak ikut kita untuk membina diri kita demi mencapai cita2 600 tahun lagi. Entahlah ... bila nak buat diskusi untuk menambahkan iman, ada pula yang malas .. ada pula yang tak bersemangat. Tapi .. itulah lumrah untuk orang yang bekerja di jalan ini kan?
Hari ini semoga lebih bersemangat dari semalam!
Apabila hati menyintai seseorang, kita akan sentiasa teringatkan akan orang itu ... Di waktu makan. Di waktu minum. Di waktu berjalan. Di waktu tidur. Di waktu bersama teman. Di waktu bekerja. Di waktu berseorangan ... Namun, adakah hati ini sebegitu terhadap penciptanya? Adakah hati ini sentiasa teringat-ingat akan Dia Di waktu makan. Di waktu minum. Di waktu berjalan. Di waktu tidur. Di waktu bersama teman. Di waktu bekerja. Di waktu berseorangan ...?
Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian hidup ini. Tabahkan hatiku. Kuatkan semangatku. Sesungguhnya segalanya dibawah kekuasaan Engkau . Hari ini aku terfikir2 akan diriku. Ada suara2 dalam hati yang cuba menjadikan aku rasa lemah, down dan tak bersemangat dengan keadaan aku sekarang. Dahlah berada di sini. Dahlah mendapat tekanan kerja. Dahlah kos hidup tinggi. Dan macam2 lagi perkara negatif berkenaan hidupku pada saat ini seolah2 aku lebih malang dari orang lain. Namun, bila aku berhenti sejenak ... dan memikirkan apa yang Dia telah beri sebelum ini .. dan memikirkan apa yang orang lain tidak ada... rupanya amat banyak nikmat yang Dia beri. Jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur... Amiin.
Tadi prof diraja negara beri satu komen berkenaan keadaan semasa. Hosmet aku bertakbir. Excited. Aku pun rasa begitu. Namun dua orang lagi hosmet senyap aja. Adakah mereka terasa dengan komen itu? Apa dia komen? Ia berkenaan siaran setiap sabtu jam 8 lebih kat channel 4 astro. Kata prof diraja tu : " Orang yang menonton program ini memiliki pemikiran yang terhad/cetek/terbatas !". Sapa tak terasa, bila mendengar kenyataan itu. Namun, itu adalah realiti. Realiti yang amat menyedihkan bagi sesiapa yang telah bangun dari tidur.
Akhir-akhir ini aku lihat entri aku pendek-pendek, dan kekadang tak bawa banyak makna. Itulah hatiku ketika ini. Setiap kali aku ingin menulis blog ini, hatiku bercelaru. Ada sesuatu yang ingin kuluahkan, tapi ia hilang dengan tiba-tiba tatkala jari ini menyentuh keyboard notebook ini. Rupanya emosi aku tidak setenang dahulu. Aku dapat rasakan aku sudah tidak seperti dahulu. Adakah aku sudah jarang mengingati-Nya? Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang, walau apa keadaannya, walau apa jua ujian dariNya. Itu adalah janji Allah dan ia adalah benar. Sesungguhnya jiwaku semakin lemah. Berikanlah aku kekuatan yang lebih baik dari dahulu wahai tuhanku. Jadikanlah aku lebih baik dari diriku yang ada pada masa lalu.
Kalau dilihat orang-orang yang memegang kuasa sekarang, kasihan dan sedih rasanya. Mereka menipu orang-orang bawahan mereka dan orang-orang bawahan dengan mudah mengikut apa yang ditipu. ... seolah-olah mereka semua sedang bermain-main... menantikan masa mereka terkejut menemui tuhannya!
Aku mencari the chosen one ... aku sangka aku telah menjumpainya.... Namun the chosen one hanyalah manusia biasa .... The chosen one pun lemah juga ... Aku takut aku menjadi the chosen one ... Kerana tanggungjawabnya sangat berat...
To go high up in the company, you must sacifice the values that you hold up to. If not, you will become nobody. That was the advice given to me today.
Do you know who you really are? Do you realise why you are doing these things? Do you really sincere in doing it? Do you always listen to your heart and feelings? What would you hear? Would you like to be this way all the time? Or you prefer to change?
Aku baru balik dari berkursus. Hmm, menarik juga. Kali ini belajar berkenaan generator dan motor. Dulu masa kat universiti aku tak betul2 menghayati kedua2 benda ini. Malah konfius dengan konsepnya. Kini aku lebih faham berkenaan asas2 berkenaan mesin ini. Jadi, selama ini adakah aku belajar untuk mendapatkan kerja? Adakah itu tujuan aku? Hmm, jika difikirkan, semua orang berlumba2 untuk ke menara gading. Adakah kerana dahagakan ilmu? Atau lebih kerana takutkan tidak dapat kerja kalau tidak memiliki segulung ijazah? Jika dilihat dari sudut Sumber Manusia/Human Resource, mereka pun berpemikiran demikian. Mereka akan menerima orang masuk kerja berdasarkan ijazah. Andaikata orang itu tidak memiliki ijazah, walaupun memiliki pengalaman 20 tahun, orang itu tidak akan mendapat kerja. Ini hakikat yang aku belajar dari kehidupan ini. Ini adalah sistem yang ada sekarang. Anak2 kita belajar bukan demi ilmu, tapi demi untuk mendapat kerja yang stabil melalui ilmu. Anak2 kita akan bekerja seperti
Aku baru balik dari berkursus. Hmm, menarik juga. Kali ini belajar berkenaan generator dan motor. Dulu masa kat universiti aku tak betul2 menghayati kedua2 benda ini. Malah konfius dengan konsepnya. Kini aku lebih faham berkenaan asas2 berkenaan mesin ini. Jadi, selama ini adakah aku belajar untuk mendapatkan kerja? Adakah itu tujuan aku? Hmm, jika difikirkan, semua orang berlumba2 untuk ke menara gading. Adakah kerana dahagakan ilmu? Atau lebih kerana takutkan tidak dapat kerja kalau tidak memiliki segulung ijazah? Jika dilihat dari sudut Sumber Manusia/Human Resource, mereka pun berpemikiran demikian. Mereka akan menerima orang masuk kerja berdasarkan ijazah. Andaikata orang itu tidak memiliki ijazah, walaupun memiliki pengalaman 20 tahun, orang itu tidak akan mendapat kerja. Ini hakikat yang aku belajar dari kehidupan ini. Ini adalah sistem yang ada sekarang. Anak2 kita belajar bukan demi ilmu, tapi demi untuk mendapat kerja yang stabil melalui ilmu. Anak2 kita akan bekerja seperti
Aku melihat mereka yang takutkan pelajar mempelajari realiti hidup di luar negara. Mereka takut pelajar2 itu tersedar dan terbangun dari tidur mereka. Ia mengingatkan aku 'agent' dalam cerita the matrix. Memang seperti agent2 tersebut. Mereka tak mahu manusia terbangun dari mimpi... Mereka mahukan, apabila tamat belajar, pelajar2 ini akan bekerja, bertungkus lumus demi negara, demi keuntungan yang mereka sendiri tidak akan dapat. Pelajar2 ini akan bekerja dan bekerja sehingga mati. Pelajar2 ini akan bekerja sehingga mereka tertekan dan akhirnya mati atau gila. Pelajar2 ini akan bekerja dan hanya peduli diri mereka sendiri. Pelajar2 ini akhirnya menjadi seperti mereka. Mereka apabila dioffer oleh agent untuk mencari manusia yang cuba membangunkan manusia, mereka akan menolong agent2 ini, kerana mereka akan diberi ganjaran oleh agent ini. Mereka akhirnya menjadi orang yang hidupnya, matinya, kerjanya, dan pemikirannya untuk nagara dan manusia semata2 ... Walhal ... adakah benda-b
Aku masih lemah. Aku perlukan kekuatan.
Hari ini aku belajar sesuatu berkenaan usaha sehingga akhir .... Tiket flight aku untuk ke Semenanjung sepatutnya esok pagi, untuk berkursus, namun aku cuba insist supaya dimasukkan aku dalam waiting list. Tapi MAS kata tiket dah penuh dan ramai waiting list, jadi no point masuk waiting list juga. Aku bertanya kepada the chosen one. Dia kata, apa salahnya mencuba, sekurang-kurangnya kalau tak dapat pun, kita puas hati, sebab kita dah cuba. Aku menjadi bersemangat lalu pergi bersama dia ke airport. Laju juga kami bawa kereta. Bila tiba di airport, aku bergegas ke kaunter. Ramai betul orang menunggu di kaunter waiting list. Aku pun tunggu. Akhirnya tak dapat tempat. Aku pun pulang bersama dia. Tapi benarlah, takla rasa kecewa sangat, sekurang2nya dah mencuba. Kena sabar la sedikit untuk flight hari esok.
Sesekali aku melihat diriku kembali. Adakah aku layak untuk membuat kerja ini? Siapakah aku ini? Aku membandingkan diriku dengan dia dan orang lain. Dalam semua orang, aku pula yang dipilih. Aku yang lemah ini diberi tanggungjawab ini. Mengapa aku dipilih? Mengapa lelaki itu tidak dipilih? Mengapa pemuda itu tidak dipilih? Mereka amat berbakat. Mereka ada karisma berbanding denganku .... Namun, aku amat bersyukur. Diriku ini masih berterusan membuat kerja di jalan ini. Bila aku membaca catatan aku suatu masa dahulu dalam blog ini, amat hebat cabaran yang telah diberi kepadaku ketika itu. Boleh sahaja aku terus tersungkur dan tertidur kembali. Di saat yang kritikal itu Dia datangkan sahabat-sahabat untuk menemaniku, Dia lihatkan kepadaku kekuatan dan jalan. Dia tenangkan hatiku. Aku amat bersyukur, ujian di kala mula bekerja dapat kulalui. Istiqamahkan daku. Kuatkan semangatku. Amiin.
Entahlah, satu demi satu peluang sedang dibuka olehNya kepadaku ... yang barangkali akan membawa perubahan kepada negeri ini. Ya Allah, janganlah engkau beri kepadaku beban yang aku tak mampu untuk tanggungi. Berikan aku kekuatan untuk menunaikan amanah yang engkau berikan ini .... amiin.
Weekend lepas aku membantu orang2 di bintulu untuk menjayakan konsert Saff One! Wah! Ni kali kedua aku involve dan lihat secara dekat kumpulan nasyid! Dulu di Melbourne, dengan kerjasama student dan PR indonesian, dengan Raihan. Kini di Bintulu, dengan kerjasama warga bintulu, dengan Saff One. Seolah2 aku melalui kembali suasana dulu. Malam sebelum konsert tu aku dan remaja2 bintulu berhirasah/berjaga alat2 yang telah dipasang untuk konsert. Ehe,seronok. Dapat bermesra dengan remaja tempatan yang inginkan islam. Dahlah tu, ramai kawan2 yang selalu berdiskusi membantu semasa konsert. Ada jadi penjaga sound, ada jadi penjaga komputer/multimedia dan the chosen one jadi program master. Wah, di sini aku melihat bakat dan karisma dia yang amat hebat. Ehe ... teringat aku kat al_emann di Aussie dulu.
Minggu ini aku pergi first aid course. Menarik. Banyak belajar pasal asas2 CPR dan juga teknik pertolongan cemas lain. Dulu tengok dalam movie je, tapi kali ni diajar teknik yang betul. Masa kelas tadi, diajar berkenaan pernafasan. Orang dewasa bernafas 12 - 20 kali seminit. Kita tak perasan sebab dah memang biasa buat. Apa jadi kalau tiba-tiba ditarik kemudahan pernafasan ini .. seperti orang lelah? Hmm ... kita tak sedar dan menghargai nikmat yang Dia kasi, sehinggalah ia ditarik balik ... Begitulah kita kan ... ambil mudah akan nikmat2 yang Dia kasi .... Ampunilah dosa kami. Amiin.
Apakah niat aku selama ini? Adakah aku benar-benar ikhlas?
Hari ni penat betul. Akhir-akhir ni banyak gak kerja. Dari pagi sampai malam bekerja.
Dahulu entri aku lebih bermakna dan menyentuh hati. Bila aku baca sekarang, aku sendiri tersentuh dengan entri-entri terdahulu. Seolah-olah aku bertemu dengan kamal san yang berada di Melbourne. Barangkali inilah antara cebisan-cebisan memori yang dapat menguatkan aku di saat ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan kerja di sini dalam keadaan sebegini. Amiin.
The question answered. I was shown the strength that I and my friends have. Thank you.
I asked Yoda about the unbalance in the force. He is also worried. The disturbance is getting stronger. What should I do?
Hari demi hari kerja makin bertambah. Hmm ... kuatkan semangat!!!
Somebody put a comment just now about one of today's entry. Alhamdulillah. It is like myself who was at Melbourne in 2003 talking to me. Yes,each person has their own ability and weaknesses. Even the chosen one also imperfect. It is just matter of how the person use it. Maybe there are some abilities yet to be unlocked. It is just the matter of finding the right key. Ganbare desu yo!
The force is going to be unbalanced by one man. However, another man was sent to balance it. He will be the chosen one. Then ... what about me? What is my role here?
Hosmet aku baru balik dari Miri.Lepas tu dinner kat luar.Bersama seorang teman. Sebelum tu aku dan dia berhenti sebentar di kampung A. Kami memerhatikan remaja yang main basketball di tengah2 hujan. Begitu seronok mereka....
Alhamdulillah. Semua berjalan lancar semalam. Cuma tak ramai yang datang. Aku amat impressed dengan adik2 yang berusaha menjayakan program itu. Sangat2 impressed! Pastu aku balik bersama F, yang aku anggap the chosen one :). Bila tiba kat rumah, tak ada sorang pun. Aku fikir ... mana la mereka pergi. Rupanya semua ke rumah lain menonton rancangan paling popular di Malaysia hari ini. .. Ehe .. aku rasa ramai dah tau apa rancangan tu... Tadi ... aku main beach soccer dengan remaja sekolah tu. Wah! Lama tak main bola pagi2 camni. Kat tepi pantai lak tu! Teringat aku masa di KL dulu. Kami main sampai penat. Dulu aku main dengan orang2 dewasa, kini dengan remaja lak. Seronok juga. Hosmet aku dah bertolak pagi tadi. Dia akan buat umrah kali ni bersama famili dia. Hmm ... selalu orang kirim doa kat sesiapa yang mengembara ke sana. Hmm ....
Siapakah aku sebenarnya? Aku dihantar ke sini untuk apa? Mengapa didatangkan orang itu? Malah, didatangkan seorang lagi yang sehebatnya?
Ada orang yang mengaku ingin menyatukan, tapi seolah memecahkan. Dia ingin menguatkan, tapi seolah melemah2kan. Dia menantikan masa yang sesuai. Dia tidak menurut arahan melainkan orang tertentu sahaja. Dia melihat2 peluang yang sesuai untuk bertindak. Adakah dia yang akan menghancurkan? Atau dia yang akan menjana kekuatan? Aku menyangka di sini adalah Australia ke-2 ... atau clayton ke-2. Tidak ... sama sekali tidak ... setelah kedatangannya.... Bintulu yang kecil ini akan mengalami perubahan yang tidak disangka ... barangkali Sarawak seluruhnya!
Lama tak menulis. Begitu banyak benda menarik berlaku di sini. Malam ni ada solat hajat dengan pelajar2 sekolah menengah. Semua orang telah berusaha bersungguh2 untuk menjayakan majlis ini. Manalah tau, dari sini bermula sesuatu yang boleh membawa kebaikan kepada umat manusia seluruhnya.
Alhamdulillah. Masih lagi diberi hayat. Masih lagi diberi nyawa untuk meneruskan hidup.
Weekend lepas aku membantu kawanku untuk membuat program motivasi untuk pelajar sekolah. Alhamdulillah, masa tu aku rasa macam masa autumn gath dan juga winter camp. Sememangnya tiap kali kita buat kerja di jalan ini, perasaannya sentiasa sama .. tak kira kita sudah bekerja atau masih belajar. Akhirnya, kancil putihku dapatla dimanfaatkan. Ehe, masa kat KL dulu takde kereta ... hanya berharap kat kawanku untuk menumpang 4x4 nya. Semoga satu masa nanti bila aku ke KL kembali, aku akan menjadi antara orang yang provide transport kat orang lain. Amiin.
Dah lama tak tulis blog nih. Macam-macam benda berlaku di sini. Aku telah mengembara ke kuching weekend lepas. Seronoknya. Sangat seronok. Teringat suasana semasa buat winter trip dulu, cuma kali ni merentas 1400 km di Sarawak menaiki kereta proton. Di sana berkhemah dan juga merentas hutan selama 4 jam. Letih ada. Puas hati pun ada. Entahlah, kawan2ku di malaya dapat tak merasa trekking sejauh ini. Dahla naik bukit dan turun bukit. Aku berjalan sehingga menemui air terjun. Petang itu, bila balik ke khemah, mandi air laut pula. Ehe, campsite dekat tepi pantai :) Main air macam budak2. Anak2 kawan aku yang datang tu pun turut main air laut sekali. Lepas ni ada lagi aktivti menarik yang akan dibuat. Sibuk juga sekarang. Ehe, rasa macam masa autumn gath jek. Fehlong. Tapi syukurlah, Dia masih istiqamahkan aku dan kawan2 ku di jalan ini. Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Bila aku fikirkan, Dia telah menjadikan rumah aku di sini begitu ceria. Tak seperti di Gombak dahulu. Ahli rumah di sini boleh bergurau. Sesekali ketawa. Sesekali makan bersama. Sesekali pergi ke masjid bersama. Ia mengingatkan aku zaman student dulu ... cuma kali ini sangat-sangat best. Bukan itu sahaja, ada rumah kawan yang tak jauh dari sini pun menceriakan suasana. Ehe ... terima kasih. Dalam kesunyian ini Kau berikan teman-teman baik untuk menemani aku di sepanjang jalan.
Aku selalu hilang semangat bila ditransfer ke sini. Namun Dia mengembalikan semangat itu melalui pelbagai cara. Di sini ujian emosi dan hati amat kuat, tambah-tambah pula dengan tekanan kerja yang belum pernah dirasa sebelum ini. Alhamdulillah. Dia masih memberikan kekuatan kepadaku untuk meneruskan hidup ini. Kuatkanlah semangatku.
Dah lama tak update ikomik. Alhamdulillah, dapat gak update. Sekarang dah ada scanner sendiri. Ehe, lama tak asah bakat yang telah dianugerahkan ini :) Semoga bermanfaat buat semua....
Dah lama tak menulis blog. Hmm.. sedar tak sedar dah dua bulan lebih kat Bintulu nih. Hari ni panas. Seminggu lepas pun rasa panas juga. PAgi tadi berjongging kat Pantai tanjung batu. Seronok lihat matahari terbit sambil bersenam di tepi pantai. Macam dalam cerita karate kid. Ehe....
Kuatkan semangat ... berusahalah!
Dua tiga hari ini, bintulu dan semenanjung begitu panas. Mak dan ayah kata memang panas kat sana. Aku kat sini amat merasakannya. PAgi2 kat tempat kerja pun masih terasa panas. Ampunilah dosa kami. Amiin.
Maaf,lama tak tulis blog ni. Aku kekadang berasa sedih. Terutamanya bila mengenangkan nasibku ini. Namun, aku cuba untuk menguatkan semangatku supaya aku tak terlalu sedih dan mampu untuk meneruskan kehidupan. Barangkali, kalau tak diuji sebegini, tak akan kutahu sekuat mana iman... tak akan aku tahu, setabah mana hati... tak akan aku tahu, sejauh mana kuat pengharapan kepadaNya....
Hmm .. ingat nak tulis, tapi ngantuk gila nih. Dahla tetiba notebook ni meragam lak. Tetiba dia slowdown la pulak. Hmm, apa2 pun seronok juga. Lama tak jalan jauh. Pastu dapat jumpa kawan lama. Sepanjang sehari aku menyelusuri kenangan lalu. Aku melihat kembali clayton, melbourne dan beberapa tempat di aussie dulu.... Aku sekali lagi berjumpa dengan kamal san. Dia menepuk bahuku. Dia berkata sekali lagi ... "Bersemangatlah! Masih ada masa lagi!" Aku yang tidak seberapa, rupanya menjadi satu watak cerita yang amat panjang. Aku merasakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadaku dan kawan2ku amat berat, apatah lagi dengan mindaku yang simple dan naif ini. Barangkali ada kekuatan yang belum aku terokai. Barangkali ada potensi yang aku belum gunakan. Bantulah aku dan kawan2ku utk menunaikan amanah dan tugas ini. "Kuatkan semangat ... Berusahalah!"
Kuatkan semangat!!!
Wah wah wah ... Hari ni mengembara lagi :) Tak sangka, aku diajak ke Brunei. Teringat masa mengembara di Aussie dulu. Sekarang aku berjumpa dengan sahabat lama aku. Ehe ... fehlong betul. ....
Bersabarlah. Sesungguhnya Dia bersama hambaNya yang bersabar. Inilah dunia ....
Setiap hari hati ini sedih. Sangat sedih. Mengenangkan nasib yang menimpa. Tiada siapa yang memahami isi hati ini melainkan diri sendiri dan Dia. Setiap hari hati ini menyimpan perasaan marah. Hati ini menunggu masa untuk membalas kepada mereka. Membalas sehingga mereka semuanya hancur sama sekali. Selayaknya mereka dihancurkan. Mereka bukan manusia. Hanya kelihatan seperti manusia. Setiap hari yang berlalu seolah tiada lagi harapan untuk merasa gembira semula.
Hari ni sembang dengan senior aku pasal cerita lama kat Clayton. Fehlong lagi ....
Sungguh menarik di sini. Tidak kusangka. Kau menjadikan kedatanganku sebahagian dari suatu cerita. Tidak kusangka. Sebaik sahaja aku di sini, berbagai benda ada secara tiba-tiba. Apa yang belum ada sebelum ini, ada sekarang. Apa yang lesu, mula dibangkitkan. Apa yang biasa, mula menjadi luar biasa. Aku amat bersyukur atas skrip ini. Satu skrip yang amat istimewa. Satu skrip yang aku rasa lebih layak untuk pemuda itu, tapi Kau beri kepada aku. Jadikanlah aku dan temanku mampu untuk memenuhi keperluan skrip ini.....
Hari ni baru dapat dua assigment dari bos. Berat juga, tapi cabaran yang menarik untuk diselesaikan. Kena buat seorang diri. Cuma rasa macam buat thesis dulu. Hehe ... nak first class honours macam dulu ke?
Kerja ini bergantung kepada siapa yang kerja lebih kuat. Andai anda kerja lebih kuat, anda akan berjaya. Andai mereka kerja lebih kuat, mereka akan berjaya. Akhirnya ... sesiapa yang bekerja lebih kuat, dia akan berjaya. Hehe .. satu pengajaran yang sekian lama aku tidak dengar dari seorang kawan lama. Aku harap dapat bertemu dengannya semula. Amat rindu sekali saat itu. Saat kami menaiki kereta merentasi eastern freeway di tengah malam untuk pulang ke clayton. Saat kami melalui dandenong ranges mencari tempat menarik untuk picnic. Saat kami memandu di grampians di tengah malam, untuk menjemput orang yang baru tiba untuk berkhemah....
Hmm ... tadi kesian kat supervisor aku. Dia kena marah dek bos dia (big boss bagi aku la) sampai menangis. Kalau aku apa agaknya reaksi aku? Menangis jugak ke? Atau terus letak jawatan? Dahsyatnya keje kat department aku ni. Hebat gak senior aku yang sorang tu. Dah lima tahun tapi dia boleh sabar.
Apa sebenarnya impian kita? Apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini? Keseronokan? Ketenangan? Mengapa manusia bekerja begitu keras? Mengapa manusia sanggup berkorban? Persoalan yang ada jawapan ... cuma manusia tidak mahu memikirkannya ...
Weekend lepas aku ke team building untuk bahagian kejuruteraan elektrik. Seronok juga, dapat berjalan ke taman negara kat sini. Jauh juga perjalanan, dalam 4 jam lebih naik bas. Di situ buat aktiviti team building, jungle trekking dan juga naik bot. Yang tak best bila ada campur benda2 kurang elok i.e. benda2 melalaikan. Hmm, susah nak kawal sebab non muslim ramai gak. Hmm ... program2 outdoor sebegini pun jabatan sumber manusia dah pandang penting ... untuk membina mindset yang dikehendaki dari jurutera2 kat sini.
Kuatkan semangat!
Semalam best gila. Group diskusi aku ramai2 pegi ke taman negara s dan menginap kat situ. Malam tu buat diskusi macam biasa. Ehe ... ni pertama kali diskusi buat outdoors. Esok lak nak gi keje, so semua orang siap bawak baju keje. Terasa macam cuti lak, tapi nak tak nak pegi keje juga tadi :) Tapi malam tu bukan sekadar diskusi. Ada motivasi untuk student politeknik yg masih lagi dalam trip. Kasi muhasabah dan semangat sikit. Tu pun buat selepas kami tutup majlis diskusi. Melihatkan student poli ni, aku teringat masa kat grampians dulu. Teringat juga masa kat wilsons prom dulu. Fehlongnye .... bak kata orang2 sini ... "mengalir air mata". Apa2 pun, perasaan ini sama. Tak kira kat Aussie ke, kat Jepun ke, Bintulu ke ... student ke ... engineer ke ... bila ada ukhuwwah dan ditambah dengan suasana program ... perasaan ini tetap ada.
Hmm ... mengapa aku buat semua ini? Mengapa hati ini masih ingin meneruskan? Mengapa? Walaupun hasilnya tidak banyak, aku masih bertahan. Mengapa? ... adakah kerana ingin mencapai impian itu? ... yang 600 tahun lamanya? ... entahlah, tapi yang penting ... Dia suka kita buat benda ni. Kerja ini telah diberi kepada orang yang Dia paling sayang. Sekarang diberi pula kat kita. Jadi ... kuatkan semangat!
Hmm, kali ni ada rombongan pelajar2 remaja melawat ke sini. Semalam. Selaku tuan rumah, aku bersama orang sini buat sedikit persediaan untuk melayan mereka. Teringat pula masa student dulu ... masa buat lawatan ke pantai barat ... dari Melaka ke Utara. Wah, masa tu ada sahaja orang yang menyambut di setiap destinasi yang kami singgah. Pastu, petang tu, aku membawa tiga orang ke bandar. Dua balik ke rumah dia. Seorang lagi nak beli barang utk sisters. Hmm hmm ... barang emergency jugak tu. Nasib baik boleh suruh orang laki2 belikan. Hehe ... ni pun mengingatkan aku masa kat aussie dulu, especially masa aku dan Y H kat Sydney. Kami pergi beli barang semasa orang lain seronok menikmati keindahan darling harbour. Wah, fehlong jugak eh.
My style is simple. I do what I can do. People push me. How hard they push, I will end up doing what I can do. People always dissappointed with it. That is both of us (seems to be) disliking each other. He is faster, stronger and aggressive. I am slow, naive, hopeless. Hehe ... those days. Those days.
Hmm, dah seminggu berlalu. Setiap hari belajar satu benda baru. Selalunya pasal Motor Operated Valve. Sebabnya, aku sekarang ikut juruteknik elektrik di pelabuhan. Mungkin pelabuhan lain pun banyak benda ni. Sesuatu yang menarik untuk dipelajari.
Ramai orang yang sangat hebat di dunia ini. Ada yang amat berbakat dalam pidato. Ada yang amat berbakat dalam sukan. Ada yang berbakat dalam membina network sesama manusia. Ada yang boleh mempengaruhi orang. Namun, aku juga yang dipilih untuk melakukan kerja ini. Apakah kelebihan aku sehinggakan aku dipilih? Kerja ini amat berat. Kalau diikutkan, aku bekerja amat perlahan, aku tak pandai berpidato dan juga berhujah seperti orang lain yang hebat. Aku juga yang dipilih. Aku yang selalu gagal melaksanakan misi, masih juga dipilih untuk kerja ini. Apakah istimewanya aku? Aku tidak tahu. Namun, aku cuba semampu yang boleh. Walaupun orang lain hebat, aku akan buat apa yang aku boleh buat. Aku tahu, ada orang yang kecewa kerana aku macam tak buat apa-apa. Ada juga yang kecewa kerana aku ini seorang yang lemah. Tapi aku buat semua ini bukan kerana memenuhi harapan orang. Aku buat supaya Dia suka dan selesa dengan aku. Dia mengetahui kelemahan dan kekuatan aku. Walaupun orang itu dan orang lain
Among the most precious things in my life is my mum's smile. I always felt very happy when I see her smile. She had given so many things to me. Being sent far away made her sad. She did not show it. As the only son, the feeling can be felt by my heart. I might be childish but this is one of things that I would do anything for it. It is hurting to know that they whom I am working for is doing uneasy things to her. It looked good in the eyes of them and for some important people. But they just do not understand. They just do not want to understand. My mum is not in a well condition. They just made her to live very far from her home. They are hurting her feelings. Many people knew about it. Maybe they knew about it. But it just ignore her. It just ignore her good deeds to them. I am really disappointed to them. She worked for them. This what they are back giving her. This is what they are giving back to me....
Hwaah! Baru balik dari camping. Ehe,macam gi grampians je. Cuma kali ni kat S National Park. Best. Semalam bowling guna buah kelapa. Malam BBQ pula, walaupun hujan lebat. Kami menyewa satu chalet, utk sisters. Brothers sepatutnya tidur kat khemah, tapi sebab hujan lebat, semua melainkan dua orang dari kami tidur kat atas beranda chalet. Khemah habis basah sebab air kat kawasan campsite naik sket. Dapat aku lihat matahari terbenam dan matahari naik sekali lagi. Begitu indah, subhanallah. Campsite sebelah pantai. Cantik. Sangat cantik. Salah satu destinasi honeymoon juga. Pagi tadi berperang kat tepi pantai. Team aku kalah. Mengapa setiap team yang aku join kalah jek? Dahla tadi semua mati masa attack. Aku ingat nak tolong forward team, tapi belum sempat aku sampai, aku kena tembak. Tapi apa2 pun seronok betul. Lepas tu main sukaneka dan juga kotak beracun. Macam-macam adengan lucu. Namun ia menyegarkan persaudaraan di kalangan yang datang. Hmm, harapnya niat dapat dijaga sepanjang progr
I was really down today. It was very stressful, but Allah made me able to sabar. He also made me remember Him at that time. I was really angry. I was trying to hold myself. I was trying to control myself. I was then searching myself, who is lost at that moment. The anger lead to hate. The hate lead to revenge. Alhamdulillah. He made me calm again. Who have faith to Allah and who are tawakkal to Him will not be spared. He listens to our prayers. All was well. I am praying so that the present better than the past. Amiin.
Dekat dua minggu tak menulis. Lama juga ya. Macam-macam berlaku selama itu. Sabtu dan ahad baru ni aku hadiri kursus perkahwinan anjuran UPM kat sini. ADa sijil dari Jabatan Agama Islam Sarawak lagi. Best kursus ni. Penceramah begitu pandai kupas tajuk2 berkaitan perkahwinan ... dari hukum hakam sampai kepada kesihatan. Pandai lawak jenaka pula tu! Banyak ilmu baru dipelajari. Rupanya perkahwinan ni satu benda yang amat berat. Itulah harga yang dibayar untuk merealisasikan satu ikatan. Pastu aku mula survey kereta. Ya, aku tak sangka juga. Rasa kena beli kereta juga kat sini. Kalau tak, jadi statik la aku kat rumah. Sini ramai orang kena jumpa, dan amat banyak potensi juga. Aku tak tau la, kereta sini mahal betul, sangat mahal. Kemungkinan besar kereta yang aku beli buat pertama kali ialah kancil. Itu yang paling murah yang aku boleh beli. Stabilkan financial aku. Amiin. Ni tak lama lagi ada piknik dan camping pula. Kena organis program dan game untuk aktiviti ni. Dah lama tak jadi org
Tadi tengok trailer satu cerita 3D. Ia dibuat berdasarkan game yang pernah dimainkan suatu ketika dulu. Waaaa! Cantiknya! Tak sangka Cloud Strife begitu hensem dan Tifa begitu comel!
Salam sejahtera buat semua. Hari ini dan semalam aku menghadiri kelas latihan. Mengajar berkenaan fungsi-fungsi kilang ini. Sebelum ini belum pernah dibuat macam ini. Sememangnya inilah pertama kali. Betul2 masa aku sampai. Walhal, seorang kawan sama orientation tak pula merasa benda ni lapan bulan yang lalu. Jeles juga dia. Barangkali ada sesuatu di hadapan yang belum ku ketahui.
Kawan-kawan aku semua sudah tidur. Di sini orang tidur awal sebab pagi esok semua kerja awal. 7.30 am dah masuk office. Namun semua balik jam 4.30 petang. Engineer sesetengahnya balik pukul 6.00 petang. Agak sibuk juga di sini, sebab kerja banyak. Berbanding jurutera di peninsular, kat sini kami buat kerja hands-on, kurang bergantung kepada orang luar. Malah jurutera turun padang bekerja bersama dengan juruteknik. Manfaatkan pengalaman yang diberikan di sini. Barangkali sesuatu yang besar sedang menanti di hadapan!
TAdi pergi jogging kat pantai tanjung batu. CAntik juga pemandangan kat sini. Cuma air laut dia tak boleh mandi, sebab dekat dengan loji gas dan loji baja. Takut air dia beracun atau ada bahan kimia tersembunyi. Tapi subhanallah, cantik sekali melihat matahari naik!
Anda bekerja di satu syarikat gergasi dunia. Atau anda dipilih oleh Perdana Menteri untuk bekerja dengannya. Atau anda belajar di suatu universiti yang paling berprestij di dunia. Atau anda menjadi rakyat di sebuah negara yang amat maju dan terkenal di seluruh dunia. Pasti wujud perasaan bangga di hati anda. Kita akan berasa sebegini apabila kita merasakan kita sebahagian daripada sesuatu yang besar dan hebat, tak kiralah sama ada ia adalah suatu organisasi atau negara. Andai anda dipilih oleh Allah untuk melakukan kerja yang paling Dia suka hambanya buat? Andai anda dipilih oleh Allah untuk melakukan kerja yang Dia pernah bagi kat kekasihNya ? Andai anda menjadi calon Allah untuk menyertai para Syuhada' dan orang-orang yang disayangiNya? Adakah anda akan rasa bangga? (di sini bangga bukan untuk sombong, tapi untuk rasa izzah , tak tau apa nak disebut dalam bahasa melayu). Bagi yang telah diberi kesedaran oleh Allah dan bagi yang mula melangkah untuk melakukan kerja menyeru manusia
This week I was doing plant familiarisation programme. Well, it is basically you just follow engineers around and help them while you learn from them. My bos said once, if you want something good you will be giving something good.
Bila tiba di sini, senior2 berebut2 untuk menjemput aku. Macam masa student dulu pula. Pastu, kat sini bekerja ibarat belajar. Kat sinilah pengetahuan kejuruteraan sebenar diperolehi. Di sini ada switchgear, relay dan CB zaman 70 an hingga yang paling baru. Malah ada sistem baru yang mengawal network elektrik kat sini. Barangkali yang paling kompleks di Malaysia. Aku ditugaskan di bawah jagaan bos yang berasal dari UK. Dia pun ramah, macam lecturer aku dulu. Sesekali berbual dengannya, rasa macam di Monash dulu... Di sini ada sesi diskusi. Macam masa di Clayton dulu. Jurutera2 muda berkumpul kat satu rumah, berdiskusi dan membaca quran beramai2. Ehe, kenangan masa student macam dihidupkan kembali. Jurutera2 muda ini sangat berpotensi. Barangkali approach aku lain sedikit, tapi insyaAllah, barangkali mereka pun akan jadi sebagaimana yang pernah aku buat di Clayton dulu. Amiin. Banyak lagi benda yang rasanya mengingatkan aku kepada aku yang dahulu. Tanah bintulu amat subur. Siapa tahu,
Finally I am in bintulu. A small town with some interesting stuff happening here and there. This town is growing. Much more faster than Kerteh and Gurun. This town is famous because of its Liquified Natural Gas plants and also for its natural outdoors.
Pada Ahad 13 Feb 2000, aku tiba di Melbourne, Australia. Di situ telah bermula satu episod baru dalam hidupku. Kini, pada Ahad 13 Feb 2005, aku akan tiba di Bintulu, Sarawak. Bermula lagi, satu episod baru dalam hidupku. Begitu menarik skrip yang telah ditulis ...
Four more days before I am leaving to Sarawak. Man, it's like I am gong for a very loooong time. Hopefully not. It may made me look not strong, but hey ... it's normal to feel that way. I am a human after all. However, I will do my best in my mission over there! Fighto, kamal san!
Today is my last day in this office. Gonna miss it. All my stuff packed and ready to be sent to Sarawak. Sayonara .. tou .. Ganbatte .. kamal san!
Lagi seminggu sebelum aku ke Sarawak. Barang-barang dah dibungkus rasanya. Esok aku akan uruskan sedikit lagi hal-hal berkenaan pejabat sebelum aku pergi. Pengembaraan yang baru bagiku, tak kusangka, tapi ia tetap terjadi. Aku kasihan bila melihat kat keluargaku. Sejak hari aku menyatakan bahawa aku dihantar ke sana, mak kelihatan bersedih. Dia tak menampakkannya, tapi aku masih perasan. Seringkali dia berkata: "Abang nak ke Sarawak dah". Aku kena kuatkan semangat! Aku akan cuba manfaatkan pengembaraan ini sebaik-baiknya.
Berusahalah!
After Chinese New Year ... my adventure will begin. Hopefully it is more meaningful and happier than before. Whatever it it, do all the best in it!
Seorang kawan sekerja membelanja aku makan tengahari. Untuk farewell katanya. Terharu aku. Ada juga insan yang turut sama bersedih atas pemergianku. Tadi baru bertemu dengan dua orang junior. Seorang sudah bekerja, di bahagian marketing. Seorang lagi akan ke Sarawak bersama aku. Jadi, bukan aku seorang sahaja yang ke sana.
People compares. I compare. Everyone compares. Yes, we always compare ourselves with others. It is to gauge the value of oneself. How would we know, if we do not benchmark our capabilities with others. Comparing is good. By benchmarking we know what are the gaps, and we might try hard to close it so that we are at par with others. Once we reach that level or supass it, we will be very satisfied and confident. On the other hand, when we realise we are better than others, we will feel great and will have high self-esteem. In addition to that, we will be thankful to God for giving us those bounties and blessings. Comparing is bad as well. By realising that we are less than others, we might go lower. We will reduce our self-esteem. We will feel useless. We will think that we are worthless. We will become less spirited. This kind of attitude exists in most of us. Some of us even nurtured this way. Mums and dads who compared their children one to another will create low self-esteem adu
Internet kat rumah lembab betul. Sangatla slow, malah jarang dapat buka webpage. Apakah puncanya?
When we do with our heart, what we do will be done to its fullest. When we do with our heart, all the hardships and difficulties that lie along the path will not be painful. When we do with our heart, we will be happy at the end of the day. Unfortunately, most of us are not doing with his heart. We are doing with half of it or without it. For what sake we are doing those things: our job, our studies, our living?
Aku rasa aku makin gemuk la bila kerja kat KL ni. Makan sedap2. Dulu berat aku dalam 70kg je. Sekarang mungkin dah cecah 100kg. Kena bersenam nih.
With dreams, a human can go over his normal limitations. He can cross borders. He can climb mountains. He can conquer a nation. I remembered those years. I dreamed of getting first class honors in my studies. My seniors warned me of the difficulties of the course. He even failed and extended one semester. No one (under same scholarship) ever completed the course in 4 years. It was impossible. It was thought to be impossible. I wrote it (“1st Class ECSE 2003”) on my study desk. I looked at it each day. It became reality on 4th December 2003. I wanted to see at least people to continue the work on this path among students in Australia. I dreamed it when I was in my third year. It seems to be not much hope at that time. Not many people interested to be involved. Most of the attempts were not really successful. I only have one friend who was also worried about the same thing. Nevertheless, we tried. We tried without knowing what was prepared. Later in 2003, He changed everythin
I like how children thinks. Children are creative and imaginative. We were used to be that way. 18 years ago, we were creative and very imaginative. Anything we encounter can be interpreted differently by our minds. We were asking lots of questions to understand. We asked our mum, dad and our grandparents. More than 18 years passed by. (I used 18 instead of 23, because at age of 1 or 2, I am not able to talk yet). We became less creative, less questioning. What happened during those 18 years? We less asking and more doing. We do without knowing why we are doing it, for what we are doing it and more importantly what are the impacts, benefits and consequences of doing it. We think our lives are boring, dull and uninteresting. Every day punching in that staff card and punching out, sitting at our desk, eating refreshments at the pantry, dealing with big boss, SMs, GMs and clients, gossiping with colleagues ... following the same routine again and again. In the next 15 years, i
There are so many things that we learned. Everyday there should be something new to us. Each day that seems to be repetitive, can be exciting and interestin, once we know how to make it so. Each day is a new day, as they are new creation. I suddenly remembered what I mentioned to myself years ago. It is to utilise every single second of my time to its fullest. Wonder why we are not doing so, as our death is coming any time. What is the point of being so sad for so long. It is natural to feel so, but better if we can overcome it. I must try to change the pain into joy, downside into upside, and must live on till the last second of this life. Reading my entries make me hurt, reminding me the harshness of reality and making me less positive each time. I should learn from the things that I did wrong and from things that went wrong. Someone has said to me "If I learn from my mistakes, I am getting a good education!".
Hari ini jam 4.55 am waktu Malaysia, si Z dapat anak lelaki. Tahniah buat dia. Bermulalah satu lagi tanggungjawab buat dia. Semoga berbahagia ke akhir hayat.
What is the best thing today? I am still alive. I am still in one piece. Weather is good. No one scolded me. I still can eat. Hmm ... at least today is not too bad after all.
Hmm, minggu depan hidup aku lebih mencabar . Ehe, esok la. Aku dah takde rumah sewa. Pastu aku tak tau mana nak pergi. Macam mana nak survive ye?
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada yang berkenaan.
Hari ni sunyi betul ofis ni. Orang balik raya.
Esok atau hari ini umat islam menyambut aidil adha. Orang di mekah sambut hari ni. Orang malaysia sambut esok. Tak sama hari raya antara kita dengan arab saudi. Pada zaman empayar islam dulu, camne agaknya....
Bekerja. Simpan duit. Berhibur. Naik pangkat. Makan. Berkahwin. Berkeluarga. Beranak. Bersama ibu dan bapa. Berada di negeri sendiri. Berada di rumah sendiri. Berada dalam suasana selesa. Bestnya. Tapi apakah bezanya dengan orang bukan islam, kalau hidup kita berputar di sini sahaja? Namun, sehebat-hebat hidup mereka, tetap tak sebaik apa yang Dia beri kepada kita. Ada atau tidak apa yang manusia-manusia lain dapat, tanpa hidayah ... tanpa kesedaran ini, tiada nilainya. Siapakah manusia terhebat? Siapakah manusia yang Allah sayang? Adakah manusia yang hidup untuk diri dan keluarganya sendiri? Adakah manusia yang kekal tinggal dalam negerinya sendiri? Adakah manusia yang berasa cukup dengan dirinya sahaja yang terjaga? Kerja kita bukan sekadar nak bangunkan manusia. Kerja kita untuk bina manusia. Bukan berkerja empat tahun sekali. Bukan bekerja setahun sekali. Bekerja setiap masa. Bekerja setiap hari. Bekerja walau hasil macam tak nampak lagi. Istiqamahkan kami. Tabahk
Teruskan usaha!
Live the life that you have. It does not matter how much you have.... ...but how much you make use of it.
Walau apa pun, bersabarlah .... barangkali kena sabar sedikit sahaja lagi :)
Sakitnya. Mengapa sering terasa sakit di dalam jiwa ini? Orang lain menerima nasib yang lebih malang dari kita. Memang kena bersyukur. Kurangkanlah sakit di dalam jiwa ini. Tenangkanlah hati ini, wahai pembolak-balik hati. Amiin.
Tadi aku berjumpa dengan seorang kawan lama. Ehe, dia antara orang yang aku rasa istimewa dalam hidup ni. Dia adalah orang yang ku suka, juga kekadang sebagai orang yang ku tak suka. Dua-dua perasaan ini wujud dalam masa yang lain. Ehe .. kami masih kawan. Jangan risau :) Namun dia dan aku bersama-sama di Australia. Kami bersama-sama pergi ke grampians, sama-sama pergi ke adelaide, ke sydney dan banyak tempat lain. Malah kami sama-sama balik pada tahun akhir pengajianku. Selepas itu dia kembali ke Australia. Aku tinggal di sini. Setahun aku di sini, merasa pahit dan tawar kehidupan, first hand.Setelah setahun, dia kembali dan akan memulakan langkahnya di sini. Aku harap dia dapat bertahan, dan menjalani perkara yang lebih baik. Cukuplah aku seorang sahaja yang sakit. Ada seorang lagi yang berada di Malaysia bersamaku. Dia amat istimewa. Kami bersama hampir setahun. Cabaran kami untuk bina rumah dikongsi. Ku ingat malam-malam aku menumpang 4x4 dia. Sehingga sekarang dia m
Alhamdulillah. Jarang sekali kita berhenti seketika, melihat betapa banyaknya nikmat yang Allah kasi kat kita. Jadikanlah kami dari golongan hambaMu yang bersyukur. Amiin.
Tadi adik dan mak masak udang goreng. Kali ni dimasak macam tempura (i.e. celup tepung). Wah, sedapnya.
Aku takut dengan masa depanku. Aku tak tahu apa yang akan berlaku. Aku takut ia lebih kelam dari yang aku sangka. Aku akan buat apa yang aku tak terfikir akan berlaku. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Aku telah cuba untuk mengelak dari pergi, dan aku dapati percubaan itu gagal. Sememangnya aku kemungkinan akan ke Sarawak jua. Segalanya ku serahkan kepadaNya. Kuatkan semangatku untuk menghadapi segalanya. Kuatkan semangat keluargaku dan temanku untuk berhadapan dengan semuanya. Amiin.
BAgi kanak-kanak (dan yang masih ada kanak-kanak dalam jiwanya :) ) ... masa hujung minggu diisi dengan melayan cerita kartun/animasi kat TV ... dari pagi hingga tengah hari. Seronok nampaknya. Apa agaknya kanak-kanak zaman dahulu isi masa mereka?
Hari ini begitu cerah. Suhu ok, tak panas, tak sejuk. Mak pun sihat. Alhamdulillah. Esok pegi keja semula. Hmm, bagi orang biasa, inilah putaran mereka. 5 hari bekerja. Minggu berehat. Bawa anak jalan2. Tidur (tidur masa weekend seronok rasanya). Pergi shopping. Masa itulah bersantai habis-habisan. Lepas tu keje semula. Hujung bulan gaji masuk. Dan ... ramai sekali orang biasa. Kita kekurangan orang luar biasa :)
Walau apa pun yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Hati ini kekadang marah, kekadang kecewa, tapi ingatlah, semuanya dari Dia. Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya ini.
Ramai orang bertanya, bila aku akan ke sarawak. Hmm, aku pun tak reti nak jawab. Sumber manusia slow betul. GM lagi slow. Nak tak nak je hantar aku. Tapi at least dia gembira la, dalam borang penilaian dia ada markah baik untuk dia.
Adakah kau lupa... kita pernah berkuasa? Adakah kau lupa... kita pernah berjaya? Menguasai ... dua pertiga dunia Merentas benua ... memayungi samudera ... Namun, kita masih lupa. Kita masih lena. Hanya kita yang terjaga. Cuma mengapa kita pilih untuk lena semula. Kita inginkan keredhaanNya, tapi cukupkah dengan amalan asasi sahaja? Peringatan untuk diri yang naik dan turun kekuatannya.
I saw the transfer document already. The GM really wanted to kick me out from here. He should be happy when he sees the finalised transfer document. He must be very happy. This is the nature. The stonger will kill the weak.
Cukuplah dengan merajuk tu. Kuatkan semangatmu. Kau adalah manusia. Kau punya kelemahan. Kau juga punya kekuatan. Malangnya kekuatan masih belum diuja sepenuhnya. Benar. Ada potensi yang masih belum dinyahkunci. Ada potensi yang masih belum diteroka. Kekuatan kau masih tersembunyi. Aku masih percayakan kau. Dia telah menyusun kisah kau sebegini. Pasti ada sebabnya. Nantilah perubahan yang kau akan buat di suatu hari. Bersabarlah ... barangkali kau kena bersabar sedikit sahaja lagi ! Hanya menantikan masa.
Semalam black out besar berlaku di KL. Wah, nasib baik aku sempat turun lif. Kalau tak, terperangkap la kat atas. Sistem lif untuk bangunan ni dapat beroperasi selama beberapa minit bila power down, untuk memberi kemudahan kepada penghuni bangunan ini untuk keluar. Canggih juga. Black out pulih dalam jam 4 petang. Wah, semua orang naik dan balik. Ada yang dah balik. Tak tau la berapa juta rugi sebab pejabat offline dekat 4 jam. Ehe, kita-kita yang kecil ni tak rasa apa-apa.
You did not get what you want ... But you were given what you need...
Dalam hidup sebagai orang bekerja ini aku bertemu dengan berbagai orang. Aku ingat lagi masa orientation sebelum kerja dulu, aku dinasihatkan oleh lion king untuk hidup lebih garang, makan orang ... kalau tak aku akan dimakan oleh orang ... kalau aku still kasihan dan mengalah, aku akan dimakan walaupun aku orang yang baik. Dunia ini bukan tempat yang selamat .... Semalam aku mendengar kisah hidup consultant berbakat. Dia pernah bekerja seperti aku, tapi dia keluar dan pergi ke tempat yang lebih baik, dan selepas itu dia buka syarikat sendiri. Dia berani dan dia ingin belajar. Dia faham perasaan di-lanyak dan dipijak oleh orang atasan. Dia faham lumrah syarikat orang malaysia. Dia telah mengajar aku sedikit sebanyak cara-cara untuk hidup .... Si tiadahati memang wujud. Ada orang sebegini. Dia manusia tapi tiada hati. Maklumlah, dia sekarang seorang ketua. Aku belajar darinya. Dalam hidup ini wujud orang yang sanggup susahkan orang lain demi selamatkan dirinya. Dalam kerja, ora
Dia begitu tabah. Hmm, kulihat dia dari orang-orang hanif. Bersahaja. Pernah belajar di Bandura/bundoora dulu. Buat kejuruteraan mekanik. Tapi kini buat projek kebarangkalian. Tabah. Sebab dia sudah berkahwin. Tapi dia berseorangan. Isterinya masih di bumi kanggaru. Dia tinggal di Malaysia. Dia ditekan oleh bosnya. Ditekan oleh syarikat yang tersayang. Dia masih sabar. Tempat ini tiada kesatuan. Siapa yang bersuara, dia tidak kekal lama. Dia akan hilang jua. Siapa pun tak berani bersuara. Dia pernah mengenali senior-senior aku yang lain. Bilakan aku mahu ceritakan bahawa dia masih boleh bertemu dengan senior-senior aku itu?
Apa yang telah aku buat selama setahun lebih di Malaysia? Adakah aku beri apa-apa kesan kepada dunia dan umat selama setahun itu? Oh diriku, betapa lemahnya aku ... betapa lalainya aku ... betapa alpanya aku ... Ampunilah dosaku. Istiqamahkan daku. Amiin.
iKomik diupdate tempoh hari. Maafla, susah nak update. Hmm, skill pun still sama lagi...Tapi syukurlah,masih mampu untuk melukis :)
Dah dua minggu ... kesan tsunami masih belum hilang. Barangkali lebih lama. Dahsyat azab tuhan. Lebih dahsyat dari sebarang super weapon yang manusia dapat buat. Namun kita masih tak rasa apa-apa kan? Adakah hati ini sudah menjadi keras? Bilakah masanya hati ini untuk kembali kepadaNya? Bilakah masanya hati ini untuk memohon ampun kepadaNya?
Alhamdulillah, guestbook dah berjaya ditukar. Aku pakai balik guestbook lama. Server Alxnet selalu jer letak bahan2 yang tak sesuai dengan orang islam (bukan tak sesuai utk orang bawah umur shj!) Tapi ni yang kita lihat kan? Arak,Rokok,Bahan-bahan lucah ... semua diharamkan @ tidak dibenarkan bagi orang yang di bawah umur (18 atau 21 tahun kalau ikut peraturan negara la). Hmm, kalau camtu orang yang atas umur , maka bolehlah mereka buat benda-benda tu. Aneh kan? islam tak beri buat sama sekali tapi peraturan kata lain lak. Lagi aneh, sini bukan aussie ... kalau aussie lain la, orang bukan islam berkulit putih yang jadi presiden.
Alahai, adik aku tukar tiket dia ke medan kepada hari rabu ni pulak. Hmm, tak jadilah semua orang untuk gi sepang. Mak still demam lagi. Ya Allah, sembuhkanlah dia. Amiin.
Tadi dapat SMS dari seorang kawan. Dia sedang berjalan2 ke pantai timur. Ehe, aku rasa dia teringat aku tatkala melalui exit ke temerloh yang ada di Lebuh raya pantai timur. Semalam pun dapat SMS jugak. Ajak main futsal. Maaf la aku tak dapat pergi. Ada urusan sket. Hari ni lagi tak dapat pergi. Aku balik kampung lak. Manjanya aku ni. Asyik risau pasal mak je. Sihatkanlah mak aku. Amiin.
Hari ini aku balik ke rumah aku. Mak demam pula. Risau aku. Hmm, kat sini hujan rupanya. Kat KL semalam tak hujan pulak. Cuaca baik je semalam. Ahad ni aku akan ke Kedah. Tumpang kereta consultant kat tempat aku bekerja. Kami akan ikuti kursus kat situ. Kursus berkenaan Root Cause Analysis (Kajian punca pokok?). Ahad ini juga aku akan hantar adik aku ke Medan. Naik MAS. Semoga dia selamat sampai ke sana. Amiin.
Orang yang mula kembali ke sini bermacam-macam. Ada yang kuat. Ada yang lemah. Bagi yang kuat, dan juga yang diberi Hidayah ... bersyukurlah. Anda sudah selamat tatkala kembali. Bagi yang lemah, dan juga yang sedang diberi susah... bersabarlah. Kasihan, mereka sering dianggap serupa dengan yang kuat. Walhal mereka semakin lama semakin menjadi bayi. Hati dan jiwa mereka semakin lama semakin fragile. Mungkin sampai tahap seperti mereka mula mengenali jalan ini suatu masa dahulu. Mereka perlukan belaian, bukan meminta sangat, tapi hati mereka still inginkan kasih sayang dari teman seperjalanan.