Posts

Showing posts from December, 2008
Image
Apa sahaja yang kita buat,ia pasti menjadi perkara yang paling betul bagi kita.Adakah ia 100% betul atau sebaliknya?Ia bergantung kepada apa yang kita tahu dan faham.Andaikata kefahaman kita salah,kebenaran yang kita percayai adalah kesalahan.Pohonlah kepadaNya supaya kita sentiasa di jalan yang benar.
Image
Ni adalah umai D-I-Y yang aku buat.Dapat bahan-bahan masa pergi mukah.Sedap juga,walaupun ada tulang sikit-sikit.
Baru-baru ni aku masuk ke dalam Facebook/FB. Aku mendapati ramai kawan-kawan sekerja dan kawan lama begitu aktif dalam FB ini. Pertama kali juga aku merasakan online community yang agak menarik, kerana dari situ aku dapat melihat apa yang difikirkan, dibuat dan disukai, juga dibenci oleh orang-orang di sekeliling (walaupun mungkin ianya rekaan semata-mata).
Subhanallah!Bila Tuhan ingin membantu dan menggembirakan para dai,Dia berikan dalam bentuk yang Dia mahukan . Aku dan teman-teman ingin menghidupkan kembali proses pembentukan dan menyangka hanya sedikit sahaja yang menyahut,lalu mendapati yang tua,yang memerhati dan yang muda begitu ramai menyahut seruan kami di pulau ini. Aku dan yang lain harus beristighfar atas kelebihan ini sebagaimana disuruh surah an-nasr.
Permainan menjadi rebutan kanak-kanak kecil.Ia menjadi alat untuk menghiburkan hati mereka.Ia menjadi perkara yang diimpikan oleh mereka.Ia adalah benda yang ditunjukkan kepada kawan-kawan sebagai kebanggaan Bila mereka dewasa,permainan mereka menjadi sesuatu yang lebih mahal.Ia boleh jadi rumah,kereta,gadget dan sebagainya. Itu juga yang dikatakan oleh pakcik SQ,yang mana manusia mengejar dunia bagai kanak-kanak yang bermain.
Minggu ini merupakan minggu yang begitu menggembirakan. Aku melihat keletah Husna setiap hari. Husna asyik menyebut "abi .. jom" , "abi ... nak" , "abi ... ikut", "abi ... mamam (makan)", "abi ... bukak". Husna berinteraksi denganku begitu mesra sekali. Aku merasakan kali ini seperti ayahnya, tidak seperti yang aku alami pada masa lalu. Mungkin ini kesan aku berada di sisinya untuk tempoh yang lama. Memang agak lama berbanding biasa (bukan 2 minggu tiada dan sehari lebih ada). Anak amat perlukan kasih sayang ibu dan bapanya. Kurang seorang, mungkin tidak sempurna dan mungkin juga merencat perkembangan jiwanya. Aku mengharapkan mereka memahami akan hakikat ini, tetapi tidak terjadi sama sekali. Untuk itu, aku mencuba untuk mengisi masa yang ada ini untuk menjadi ayah ... atau abi kepada Husna. Moga Tuhan memperkenankan doaku untuk menjadi ayahnya yang terbaik.