Posts

Showing posts from June, 2014

Pengalaman melawat tapak projek

Image
Hari ini aku melawat tapak projek. Dapat melihat sejauh mana persiapan tempat bagi urusan pembinaan loji janakuasa yang besar itu. Aku memerhatikan kampung dan penduduknya... Tahun hadapan barangkali semua ini akan dipindahkan dan hanya tinggal kenangan ...

Gotong-royong #Ramadhan

Image
Alhamduillah. Segala puji bagi Allah. Hari ini aku berkesempatan untuk bergotong-royong bersama ahli kariah masjid al-Iman membersihkan masjid sempena Ramadhan. Aku menolong memvakum karpet ruang solat. Sempat juga minun teh dan sembang dengan ahli kariah. Akhirnya .. tercapai niatku. Dah 5 tahun di sini tapi tak berkesempatan untuk melakukannya. Moga Allah memudahkan urusanku untuk muayashah dengan kariah ini ...

The last day ...

Image
Last night was last night for our halaqah group. We had Syrian-Jordanian themed meals at SS15 area. This group was the longest group which I joined, compared to previous ones .. which last between 1 to 3 years. Next week will begin new adventure with some new faces. It is still in IkSJ though... Thank you to UHO for guidance given to us and for your patience handling the team.

Bandung

Image
Alhamdulillah. Dari 8 Jun hingga 11 Jun aku, isteri, anak-anak serta mak ayah mertua melancong ke Bandung. Ini adalah pertama kali aku ke Indonesia. Aku mula-mula risau akan kesulitan yang mungkin timbul bila di sana. Namun, Alhamdulillah .. segalanya berjalan dengan baik. Kami berlepas dari KLIA2 yang selesa dan moden. Ia tidak seteruk LCCT, cuma masih perlu berjalan jauh ke terminal antarabangsa. Setibanya di sana .. kami disambut oleh Pak Agus, selaku supir (pemandu) serta tourist guide kami.Malam pertama, kami makan di Restoran "Sederhana" (Masakan Padang) .. makanan padang. Lauk pauk diletak di atas meja. Mereka hanya caj lauk yang dimakan sahaja. Pada masa itu, kelihatan satu bas penuh dengan orang Malaysia turut singgah makan. Setelah itu kami ke hotel SukaJadi, yang agak selesa untuk kami. Hari isnin .. kami ke Tangkuban Prahu, kawah gunung berapi yang masih berasap. Di sana .. ramai penjual barang mengekori kami untuk menjual barang m

MyGMJ 2014

Image
Pada malam ini MyGMJ (Malaysia - Global March to Jurusalem) berlangsung di Shah Alam. Alhamdulillah. Langit cerah dan terang. Event berjalan dengan baik. Aku datang untuk berjumpa dengan ahli diskusi, sebab berjanji untuk minum. Namun, tiada memberi respon bila aku bertanya kehadiran mereka di saat itu. Aku bertemu dengan teman-teman lain dari Penang, Kuala Selangor, PJ dan SJ. Malah aku bertemu dengan sepupu ipar beserta teman seusrahnya. Pada malam itu, banyak aktiviti yang berlangsung; sajak dideklamasikan oleh Pak Agi, tarian tradisional oleh pelajar palestin di Malaysia, lagu berkait palestin oleh Faizal Tahir, ucapan oleh ayah Faizal Tahir (err.. encik Tahir) dan flashmob ... Aku bergerak balik kerana menjangka tiada yang datang. Tatkala aku sudah memasuki lebuhraya persekutuan, barulah AAAT memaklumkan bahawa dia sebenarnya datang. .... jika tiada rezeki untuk minum teh ... memang tidak akan dapat minun teh..

It's Signed!

Image
Today was my first in my life witnessing a real signing ceremony of a very large contract by large corporations. The event was formal. Everyone wears necktie and blazer/coat. Big names from involved parties were there. This event marks important milestone to the project that I did. It has firmed in the execution phase of the project. Unfortunately only three of the team members from the Front End Enginnering were there (most of us were away on holiday). Most of the audience were representatives of the project owner. No press was observed.