Posts

Showing posts from August, 2006
Ya Allah, sabarkanlah aku bila diuji sebegini. Sabarkanlah aku bila ahli halaqah aku tak respect kat aku sama sekali... Mau sahaja aku 'bakar' halaqah itu ... Tapi aku masih disuruh untuk menjaganya. Sabarkanlah aku. Amin.
We are young. We got creativity. We have islam. We have the energy. We can change this world. Ali RA did it.Zaid RA did it. However, most of us spend our 'youngling' years with fun and enjoyment. We don't care about what is happening around us. We only focus our energy on our career and fun. In the day of judgement, Allah will ask us : "What have you done?" Do we able to answer it? So .. think about it! <inspired by 'Muslims for life, by Soldiers of Allah>
Hari-hari kita pergi kerja. Kemudian bekerja dengan sibuknya. Kemudian pulang dari kerja. Kemudian kita berehat. Kemudian kita bekerja semula esok harinya. Putaran yang tidak akan berhenti. Dunia semakin hancur dan rosak. Tiada orang yang berbuat apa-apa. Dan kita tak rasa apa-apa.
Hmm ... letihnya hari ini. Hari-hari kita letih. Buat benda berfaedah letih. Buat benda tak baik letih. Tak buat apa-apa pun letih. (Orang koma pun, nurse kena balik-balikkan tubuh dia, sebab tubuh letih kalau terlalu lama dalam posisi yang sama). Jadi kita nak letih sebab apa? Alangkah baiknya kalau letih sebab buat kerja keranaNya :)
Hubungan hati adalah suatu yang berlaku sesama manusia sepanjang masa. Ada hubungan hati berdasarkan tempat kerja yang sama. Ada yang sebab syarikat yang sama. Ada yang sebab kita pekerja dan dia bos kita.Ada juga hubungan sebab minat benda yang sama. Ada yang sebab kita dan dia menyokong pasukan bola yang sama. Ada yang sebab sukan yang sama. Ada sebab hobi yang sama.Ada hubungan hati disebabkan kita dan dia tinggal di negeri yang sama, atau negara yang sama.Ada juga hubungan hati sebab sekolah sama atau universiti yang sama. Selalunya hubungan hati adalah sebab kita dan dia ada hubungan darah, iaitu ada pertalian keluarga, tak kiralah keluarga rapat atau bau-bau bacang sahaja. Ada satu hubungan hati yang lebih hebat dari hubungan hati yang semua tadi. Hubungan tersebut ialah hubungan iman. Iman yang sebenarnya. Iman yang hidup di hati. Hubungan ini lebih kukuh dan menghasilkan kekuatan. Hubungan ini lebih lama berkekalan. Aku pernah mengalami seorang yang aku dan dia diikat dengan im
Tadi pergi scanning baby. Guna ultrasound. Di klinik itu aku dan isteriku menunggu lebih satu jam setengah sebelum dapat jumpa doktor. Begitu ramai orang yang ingin berjumpa doktor sakit puan pada hari itu... kira-kira 12 orang dan lebih 15 minit seorang! Bila dapat masuk sahaja ke bilik doktor Pakar Sakit Puan tu, dapatlah aku melihat bayi yang dikandung oleh isteriku tersayang :) Wah, kali ni dah besar! Sudah 8cm saiz dia! Pertama kali aku dapat melihat anakku melalui ultrasound. Tapi bagi Amy sudah kali kedua. Kali ni nampak jarinya dan tangannya bergerak-gerak. Kali ini lebih jelas rupa tubuhnya berbanding sebulan yang lalu, yang mana masa itu anak aku bersaiz 3.8cm sahaja. Masa ini juga dapat lihat tulang belakang dia. Tak dapat dibayangkan perasaan aku ketika itu. Segala puji bagi Allah. Aku akan jadi bapa .. insyaAllah :)
Semalam remaja datang untuk bermalam di madrasah. Mereka mendengar tazkirah dan qiyam bersama. Siangnya mereka mengikuti Kelas al-muttaqun ... yang mana mereka mempelajari perihal kehidupan ...
Ada seorang itu... Dahulunya dia di Australia ikut berprogram. Bila pulang ke Malaysia, masih berprogram. Dia menjadi antara orang kuat yang memastikan berjalannya program di sini, seperti kelas al-Muttaqun, dan juga program-program yang lain. Dia yang menjadi orang yang memastikan diskusi di kalangan eksekutif berjalan... 'Tiba-tiba' dia kahwin. Selepas itu dia sibuk dengan kehidupan rumahtangganya. Dia mula jarang dapat datang diskusi. Makin lama makin jarang dia datang diskusi. Makin lama makin jarang. Akhirnya dia tak datang langsung diskusi. Sehinggalah ke hari ini. Kini dia dengan aku dan teman seperjuanganku terasa 'amat jauh'. Sukar sekali untuk aku bawa dia membincangkan masalah umat atau remaja. Kini dia hanyalah sebuah kisah lama ... Semoga ia menjadi pengajaran
Hari ini kita yang diuji ... ... Esok lusa orang lain pula ....
Ralat : 12 minggu, bukan 12 bulan .... :)
Minggu ini dah masuk minggu ke-12 isteriku mengandung. Ya. Amy dah 12 bulan. Alhamdulillah. Aku amat gembira dan amat bersyukur. Isteriku melalui trimester pertama dengan selama, walaupun dalam tempoh itu dia ke lautan Filipina dan ke Norway yang sejuk. Alhamdulillah. Semoga Allah menenangkan hatiku dan isteriku ... kerana kami hanya berjumpa 4 hari dalam sebulan. Hanya Dia sahaja faham betapa beratnya hatiku dan hatinya menghadapi ujian ini....
Kasihan. Ada antara kita yang teruk berusaha. Dia ke sana ke mari mencari orang. Dia ke sana ke mari membentuk orang. Tapi, apakan daya. Dia memiliki ilmu sekelumit cuma. Dia memiliki karisma sedikit cuma. Dia memiliki kekuatan fizikal tidak seberapa. Tapi dia berusaha dan berusaha dan berusaha. Dia ke kampus-kampus. Dia ke sekolah-sekolah. Tapi dia melihat kawan-kawannya tidak berbuat sepertinya. Dia melihat kawan-kawannya sibuk dengan hal lain. Akhirnya dia letih. Akhirnya dia kecewa. Namun .... Allah melihat setiap usaha yang dia buat. Allah dah hitung setiap sen duit minyak yang dia spend untuk membentuk manusia ini. Allah dah calculate setiap titik peluh yang keluar dari badannya itu. Allah dah ambil kira air mata kekecewaan dari matanya. Bergembiralah. Bagi orang-orang yang malas dan seronok bersama karier dan keluarga, silalah. Allah juga telah melihat dan 'mengiran'ya juga. Berjaga-jagalah!
"...From the clouds to the rocks ... ... there's a piece of a puzzle... .. of the purpose of man... ..it's a piece and a piece of islam..." <Dari "People of the boxes", Dawud Whansby> Aku suka lagu ni. Ia mengingatkan aku akan tujuan aku dilahirkan ke dunia ini. Ia mengingatkan aku bahawa aku sebenarnya hidup di dalam 'kotak' yang selesa, melainkan aku sendiri yang keluar dari kotak itu ... .. dan alam ini menjadi bukti tujuan kewujudan kita!
People sacrifice for a purpose. Most do it for their work, career and money. They deny it, and they get mad if you tell them 'Wow, you are sacrificing for your job/money!' Not many sacrifice themselves for Him, and for the great purpose. Only the ones, who are the unsung heroes, where paradise will be their reward.