Posts

Showing posts from April, 2004
Nasihat dari seorang teman... Pernah dengar perbezaan antara telur, carrot dan kopi bila direbus dgn air utk jangka masa yg lama? Kalau kita rebus telur, semakin lama kita rebus, semakin keras cangkerang kulit telur itu. Kalau kita rebus carrot, semakin lama, semakin lembik dan akan hancur. Tapi, kalau kita rebus kopi, semakin lama, semakin harum dan beraroma kopi itu. Bahkan kopi itu dirasakan sedap oleh org yg merebusnya. Bila org sekeliling menekan kita, janganlah jadi spt telur, makin ditekan, makin "keras" perlakuan kita pada org yg berbeza pandangan dengan kita. Jangan pula jadi spt carrot, yg tunduk pada kemahuan org lain dgn begitu senang sekali. Tapi, jadilah spt. kopi, yg membalas kejahatan dgn kebaikan. Kata pakcik tu, jadilah spt pohon yg sentiasa berbuah walaupun sering dibaling dgn batu oleh org .
Selamat berusaha !!! Perasaan itu datang kembali ... Api yang membakar ... di saat musim sejuk Kepenatan tulang belakang ... di saat masa yang suntuk Perasaan mengantuk ... di saat hati yang jaga Oh Tuhan ... gandakanlah kekuatan Untuk meneruskan perjalanan ... Sehingga ke hujung jalan ... Terima kasih atas doa kalian!!!
Aku kagum dengan seorang rakan.Dia balik lewat sedikit daripada aku.Tapi keje awal daripada aku.Namun,dia menjadi contoh kepada aku dan kepada orang selepas aku bahawa tiada masalah untuk berjalan dan tidak tidur ,walaupun anda penat bekerja dan ditekan oleh kerja. Sangat respek kat dia.Betapa bernilainya istiqamah.....
Hmm ... hari ni hujan lak.Sekian lama tak hujan selebat ini.Sangat lebat.Tadi masa drive dari muar,kena drive perlahan kat highway.Jalan sangat basah dan berair.Takut kereta skid/tergelincir... Pastu aku dapat tahu,khabar angin malaysia mengatakan,aku akan kahwin hujung tahun ni.Hmm .. dari mana khabar ni datang? Majalah? TV?
Ada orang rindukan masa lampaunya.Memang benar,sebab masa lampau mereka begitu manis.Masa lampau yang amat hebat. Aku pun rindu.Tapi masa lampau ku tidak sehebat itu.Aku hanya batu kerikil di tepi jalan.Hanya membantu setakat termampu.Tidak kelihatan sama sekali. Tapi entah mengapa,batu kerikil ini juga yang masih Dia pilih.Batu kecil ini masih Dia jaga.Malah diri itu diajar pengalaman-pengalaman baru yang belum didapati sebelum ini.Diri yang kecil ini amat terharu. Barangkali ada sesuatu dalam diri ini yang Dia suka.Cuma aku tak tahu.Tapi aku masih amat terharu.Terima kasih atas pemilihan itu....
Hmm ... dah lama tak motivate diri melalui blog ini.Dulu selalu tulis kesulitan hari tu,dan apa yang boleh difikir atau dibuat untuk motivate diri untuk menghadapi mende tu. Adakah aku kehilangan semangat itu?Di mana ucapan-ucapan positif yang pernah aku dengari dari dalam diri ini? Ia tidak hilang.Ia tenggelam sebentar untuk proses upgrade .Apa erti semangat dan kata-kata kalau ia tidak diuji?Sememangnya untuk tahu nilai sesuatu,perlulah kita uji ia dahulu. Aku belum mahu tidur lagi ... jadi, jangan ucapkan selamat malam kepadaku!
Aku mengembara lagi.Hari ni aku tiba-tiba kat bandaraya besar balik.Semalam balik.Pastu petang tu ke sini semula.Panas betul bila berjalan kat stesen bandaraya tu.Malaysia panas hampir setiap hari.Hmm..pasti ada sebab Dia jadikan Malaysia sepanas ini.
Salam buat semua.Boku desu!!! Aku akan keje.Ari tu ingat dapat dah,cuma delay sket.Sabar yek.Nanti bila dah masuk,insyaAllah akan kucerita pengalaman baru tu. Aii ... banyak gak nak tulis dua tiga hari lepas,tapi internet meragam lak.TMNET 1515 temerloh down sampai hari ni.Aii .. ni rumah aku ke atau satu daerah ni.Ni buat blog kat CC yang guna streamyx.Ye.Streamyx.Betul2 diskriminasi terhadap kami yang guna dial-up. Semalam pergi ke IMU kat Seremban.Melihat2 open day universiti itu.Jumpa la Kawan yang pernah main bola.hee.Dia ari tu jadi goal keeper untuk Team NS.Terer gak.Ari tu ingat nak jumpa doktor,yang merupakan kawan gak,tapi dia ada hal.Maka tak jumpa.Oh,pergi ke IMU sebab adik nak cuba ke situ. Pastu ke KL.Jumpa kawan kat situ.Kawan lama.Kami tak jumpa 6 tahun.Lama tu.Dia pun pandai melukis gak.Lebih baik daripada aku.Sapa tak kenal.Encik Wanzu kita.Wah. OK.Istiqamah semua.Walaupun kita kecil,jom kita beritahu kat dunia."Inilah aku!!" dan sama-sama kit
Melukis lagi ... beberapa siri cerita baitul muslim.Hmm,kali ni daripada pengalaman yang dikumpul dan didengari daripada senior-senior yang best!
Hmm ... hari ni tak ada air bagi kawasan Temerloh.JBA umumkan semalam.Sekarang baru rasa,betapa nikmatnya ada air.Sedara kita kat palestin lagi susah....hmm..
Moo ii chido! Abdul Aziz Rantisi dan S A Yassin dibunuh.Barangkali oleh orang islam juga.Sedar tak sedar,barangkali puak israel tu kumpul keuntungan barang-barang boikot tu untuk beli missile/peluru berpandu khas untuk mereka berdua.Sedihnye.....
Boku mo!! Hmmm,letihnya tadi.Pergi ke klinik.Pastu tiba-tiba kerani tu kata,aku kena check macam-macam.Mula-mula darah.Wah,banyak gak dia amik,rasanya penuh picagari/shringe tu!Pastu check mata.Aku terfikir gak,ada ke orang yang boleh baca sampai line yang paling bawah kat kertas tu?Pastu check paru-paru.Ehe..mesin dia pelik la.Kena tiup kuat-kuat!Pastu check telinga.Ni lagi menarik.Pakai headfon,lepas tu dengar macam-macam bunyi.Pastu check jantung.Pertama kali kena pakai ECG!Menarik. Oh,sinaran X dan ujian air kencing pun ada gak,tapi benda ni biasa la bila nak check kesihatan.Hmm...sihat ke aku?Oh.Perasan tak,kita kat sini rata-rata tak buat check-up macam ni selalu.Hanya buat bila perlu je.Tak seperti orang di negeri lain,mereka buat check-up kerap jugak,mungkin 6 bulan sekali. Jadi,marilah jaga kesihatan.Lebih-lebih lagi dengan suasana sini yang panas membahang tak henti-henti!
Boku desu!!!! Tadi main bola.Besnye.Ramai kawan-kawan ada.Kawan-kawan baru.Hebatnye,baru jumpa dah mesra.Mungkin inilah ukhuwwah yang dikatakan. "Nama sapa?" "Kamal" "Oh,saya razali (bukan nama sebenar) " Lepas tu terus sembang.Tanya asal mana,dan disusuli berbincang apa yang menarik seperti cara melukis grafik atau pengalaman di australia.Tu belum kira hebat lagi. Yang ini : "Kamal,kalau awak enta problem nak bermalam,call ana tau" Hmmm...macam ni sekali.Terharu gak. Dulu kat aussie,aku dikelilingi student yang belum kahwin,bujang,remaja serta masih belum tahu kehidupan setelah naik tangga.Masa tu macam-macamlah spekulasi berkenaan kehidupan selepas kawin dan keseronokannya. Namun itu hanyalah spekulasi ... Kini aku sering bersama dengan golongan yang dah ada anak.Malah sesekali melihat mereka berkumpul bersama keluarga,dengan set keluarga yang mantap.Kali ni nampaknya bukan spekulasi lagi. Pengalaman-pengalaman berharga
Cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Dah lama tak melihat dari kaca mata yang lain . In life,we always look through one window,which is always an usually negative.We will feel disappointed,frustrated and other bad feelings as well. Once,I took a deeeeep breath and look through another window.Window of hope.Window of positive thinking.I really forgot about it.I have it but did not use it.I read this blog again. Allah is there when I am stuck.Allah is there when I am in trouble.He is there.It is just me who gave up too soon.It is just me who only thougt that the things that I can't have is the best.I did not know that He has prepared a better replacement for that. I thought it was a long wait,but it might be just a looong holiday before I become revved up and running fast into the new frontier of life.I thought I was not appreciated,but it might be a training ground for me to be patient. Well.I still got time because I am still alive now.This means I still can try.
Tadi terjumpa member sekolah lama.Kat jejantas depan kota raya.Sekarang mengembara semula.Hmmm...terkenang kembali masa dulu.Aku dan dia pernah ke sini mencari bahan untuk jamuan sekolah.Bahan?Yup,mencari mug untuk dibuat cenderahati masa jamuan FIVEST98. Aii... kenangan.kenangan.
Hmm....mana lah mana anak kambing saya?
Tadi ke londang.melaka.Pergi dari Temerloh ke Alor Gajah.Dari alor gajah ke londang.Amik result adik.Pastu balik.Penat gak. Hari ni panas.Malaysia begitu panas akhir-akhir ini.Adakah ia satu fenomena biasa atau mengandungi mesej dari pencipta kita? Penat gak.Tiga hari berturut-turut keluar rumah.
Kore wa boku!!! Tadi aku amat sedih dengan tiba-tiba.Satu demi satu berita sedih datang.Ia berlaku sekelip mata.Dahlah tu.Aku kena ke kuantan tadi. Apa yang dikata suatu masa dahulu tak dikota.Mak kata sabarla.Jangan compare dengan orang lain.Tak mampu untuk bersaing dengan empunya kelebihan.Barangkali juga apa yang ada pada diri.Cerita adik aku pun sedih juga.Tak dapat aku ceritakan di sini. Bisikan negatif mengeruhkan fikiran.Imej itu muncul aje.Memandang rendah kat aku.Menambah rasa tak selesa.Terganggu aku ketika menaiki kereta.Kurang konsentrasi aku sepanjang jalan.Malah ketika di Maran pun aku tak keruan.Mak tak putus-putus menenangkan aku.Aku sayang kat mak. Di kuantan aku memandu ke tempat urusan sekolah mak.Setelah itu pergi ke the store kuantan membeli barang sedikit.Masa kecil pernah ke sini.Kini tempat tu dah berubah sedikit.Jalan depan the store dah ditutup dan dipasangkan gerai-gerai. Dalam perjalanan pulang,makan kuih di tanjung api.Ada satu kedai best di
Tadi ke SMS Muar lagi.Tengok adik.Inilah antara rahmat yang diberikan kepada makhluk-Nya.Rahmat yang berbentuk kasih sayang dan cinta ibu dan ayah kepada anak.Tapi kasih sayang-Nya lagi hebat dan luas,kan? Bawa adik beli barang keperluan dia.Biasalah,masa aku dan adik aku yang lain kat asrama pun camtu gak.Masa aku form 4 dulu pun,selalu gak dibawa berjalan ke bangunan the store kat Klang untuk membeli barang.Famili dah datang dari jauh,mesti nak bawa berjalan. Masa dalam tempat membeli-belah,terperasan aku satu perkara.Ada dua kedai.Satu kedai hadiah.Satu kedai menjual permainan komputer.Pengunjung kedai hadiah orang perempuan.lelaki ada,tapi dia pun datang sebab nak beli hadiah untuk orang perempuan.Kalau lihat kat kedai tu,memang penuh dengan benda-benda yang orang perempuan suka,contohnya patung/doll yang comel-comel,bantal peluk yang comel-comel dan semua benda yang amat comel dan disukai oleh orang perempuan .Di kedai game/permainan komputer pula pengunjungnya orang lelaki
Saya lagi... Tadi baca sebuah buku.Lama tak belek buku ni kerana aku membaca buku lain.Buku yang pernah membakar semangatku,yang juga membuka hatiku untuk melangkah . Tiba-tiba terasa begitu membara.Terasa begitu hangat.Terasa seolah-olah aku kembali ke saat itu.Saat di mana semangat itu bermula. Sekarang aku mula mampu untuk tersenyum kembali! Kamal san! tadaima!
Boku desu! Dah lama tak menulis.Aku diri aku sendiri mula jarang menaip di keyboard ini untuk tujuan blog.Aku terasa berat untuk menulis.Tidak banyak yang aku buat,maka tidak banyak yang boleh aku tulis. Setiap hari,pada hari-hari yang lalu aku sering menulis perihal cuaca.Hujan.Panas.Termasuk cuaca lain.Aku bukan ahli cuaca,cuma itulah yang aku selalu cerita kepada ibu bapa bila menelefon mereka dari seberang laut.Cuma masa tu cuacanya sangat sejuk atau sangat panas. Di sini aku dapati kekuatan semakin berkurangan dari hari ke hari.Walaupun kekuatan ini berubah-ubah seperti arus ulang alik yang berbentuk sinusoidal atau menghampiri sinusoidal,namun kali ni, nilai RMS/Punca min kuasa dua(PMKD) arus ini agak rendah.Aku berdoa agar kekuatan yang ada kembali dan menjadi lebih kuat.Begitu banyak punca rendahnya PMKD di sini.Barangkali induktor yang terdapat di sini terlalu tinggi.Jangan putus asa!Masih ada harapan.Aku kena terus berdoa kepadaNya! Hari demi hari,rupanya kita di
Hmm ... hari ni test browser baru.Laju sket dengan dial-up.Dengan broadband tatau lagi. Cuba browser opera opera web browser
Tadi ada banyak nak ditulis.Tiba-tiba lupa lak.Maka tak tulis la.
Malam ni hujan.Renyai-renyai.....Entahlah,mengapa aku terasa sedih pula. Hmm ... nampaknya ramai orang kenal siapa penulis blog ini.Tanpa kusedari semakin ramai yang mengunjung.Aku menulis dan tidak tahu siapa yang membaca.Kuharap menjadi pengajaran bagi diri dan yang mengunjungi.Namun,adakah wujud manusia yang mengambil kesempatan ke atasnya? Aii .. apa yang aku tulis ni!
Malam semalam aku memandu pulang ke rumah.Mak dan adik ada sekali.Dalam perjalanan kulihat banyak kereta yang beratur menuju ke KL.Sangat panjang.Wah,bila cuti sabtu sahaja,ramai akan pulang ke kampung. Long weekend la katakan. Semasa memandu di MRR2 kat KL,teringat aku kat satu freeway di Melbourne.Eastern Freeway!Teringat aku bila aku dan kawanku memandu sepanjang freeway itu bila nak balik dari city of Melbourne ke Clayton.Kat sana,jalan besar macam itu dinamakan freeway.Memang free( percuma ).Besar pula.Macam mana orang Aussie tanggung kos penyelenggaraan dan pembinaannya?
Boku desu! Kali ini aku melihat ke depan.Teringat aku ketika aku rasa akan ketinggalan berbanding orang lain.Aku sudah berada pada suasana yang lain dari masa dahulu.Suasana yang boleh menyebabkan aku hilang dari pandangan kawan-kawan.Pernah aku menceritakan kepadaNya rasa hatiku.Aku tetap menanti jawapan dariNya. Jawapan telah diberikan .Aku menemui ramai rakan-rakan baru.Aku menemui jawapan untuk suasana yang baru ini.Aku amat kagum dengan mereka.Bila berjumpa,ibarat mereka dalam suasana student juga,walaupun sudah beranak dua tiga.Aku amat kagum.Dahulu aku tak berpeluang melihat kehidupan orang yang berkeluarga,bekerja dan berjawatan meneruskan jalan ini.Amat kagum.Amat terharu.Rupanya masih ada yang mampu untuk i stiqamah sehingga ke tahap ini.Semoga aku dan teman hidupku juga mampu untuk istiqamah seperti mereka.Amiin. Teringat kata sahabatku."... bila kita memilih untuk mengikuti jalan ini,kita telah memilih kepenatan.. .".
Hari ini aku mengembara lagi.Nampaknya sebelum dapat kerja,barangkali aku mengembara dua tiga kali.Itu pun kalau ada rezeki untuk mengembara. Bila aku lihat kembali ke belakang,rupanya banyak pengalaman yang aku telah lalui sepanjang empat bulan lebih di Malaysia ini.Tidur kat dalam pejabat.Tidur kat rumah kawan.Jumpa orang asli.Jumpa orang kampung.Berkenalan dengan orang muda.Berkenalan dengan orang tua.Berjumpa dengan bermacam-macam manusia.Berinteraksi dengan orang tua.Mengembara dengan bas dua tiga kali.Pergi ke merata-rata tempat.Dari Muar sampai ke Kangar.