Posts

Showing posts from March, 2007
Hari Jumaat lalu aku meredah hujan,merentas 207km ke utara drpd bintulu dan menaiki kapal terbang dr sana.Hari ini aku kembali ke bintulu merentas malam,bertemankan kereta-kereta yg lalu lalang di jalanan.Satu pengalaman yang agak ekstrim,yang aku tak mahu ulangi.
Syarikat ini telah menzalimi ramai orang, dengan menaburkan janji manis yang akhirnya menyebabkan ramai kecewa dan sesetengahnya menderita. Aku mulanya tidak terasa sehinggalah aku mengetahui ada yang menderita disebabkan perbuatan mereka ini. Itu tidak termasuk perbuatan mereka terhadap golongan bukan pegawai. Aku mendongak ke atas dan memikirkan, apa sebenarnya dalam kepala mereka yang berada di Kuala Lumpur sana? Adakah mereka memiliki hati dan perasaan atau sekurang-kurangnya sifat kasihan atau perikemanusiaan? Pada masa yang sama seorang yang soleh sudah keluar meninggalkan syarikat ini. Kehi langannya tidak terasa bagi kebanyakan orang ibarat angin yang berlalu, namun barangkali bangunana dan tiang penyejuk utama menangis kesedihan. Aku tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku bila ramai lagi orang soleh meninggalkan syarikat ini. Adakah ini persediaan ke arah kehancuran syarikat ini, sebagaimana yang telah berlaku terhadap kebanyakan syarikat besar di bumi tercinta ini? Ha
Adakalanya perkara yang menghalang kita untuk mengubah keadaan ialah diri kita sendiri. Apabila kita memikirkan 'tidak boleh', 'tidak dapat' atau 'tidak ada guna berbuat...' menjadikan diri kita terhalang daripada berusaha untuk mengubah keadaan kita sekarang yang kurang menggembirakan. Aku teringat kata-kata kawanku minggu lalu tatkala dia menelefon aku semasa aku. 'Cubalah, kalau tak dapat pun at least kita dah cuba!'. Benar kata dia. Dalam kehidupan, ada banyak perkara yang tak terbuat sebab kita sudah merasakan tidak boleh dan langsung tidak mencubanya. Ada kata-kata yang membawa makna yang serupa : 'Jika kita tidak mencuba, kita akan gagal sama sekali' dan 'if we did not try, we will miss 100%!' Oleh itu, perlulah diri ini melawan 'kata-kata' yang terngiang di dalam kepala itu. Allah pun menyuruh kita berusaha dahulu, sebab kita hanya mampu untuk berusaha, hasilnya semuanya di tanganNya!
Husna dah makin berisi. Pipinya sudah gebu. Comelnya rasa hatiku. Dia adalah anugerah Tuhan yang sangat aku syukuri. Husna masih menangis di tengah malam. Jam 1am ke atas, dia akan terjaga, dengan mata yang terkebil-kebil sebentar, lalu membuat bunyi yang comel lalu menangis sekuat hatinya. Dia akan senyap bila disusui. Kekadang perlu diperiksa sama ada dia buang air atau tidak, kerana lampin yang basah atau kotor menjadikan Husna kurang selesa. Pengalaman ini hanya dapat kurasai dua minggu sekali, dan setiap kali berjumpa hanya dua malam satu hari. Hanya Allah yang memberikan kesabaran kepada hatiku dan isteriku dan juga Dialah yang menjaga Husna. Namun, aku harus kuatkan semangat dan sentiasa berdoa agar semua ujian ini dapat dilalui dengan tenang dan mudah. Amin.