Posts

Showing posts from March, 2011
Image
Di sini traffic jam bila hujan lebat dan air melimpah ke atas jalan.Mengingatkan aku pada bintulu pada waktu pagi,dan air naik kat sekolah teknik.Sini air lagi teruk melimpahnya,sampai kena divert jalan.Macam nak banjir.Harapnya tak jadi teruk macam tu.
Hari ini menunggu lama di kedai servis kereta. Hmm.., dah lebih dua jam menunggu. Rasa teruji juga kesabaran ni :)
Hari ini aku berumur 30 tahun. Begitu cepat masa berlalu.
Tadi masa makan malam bersama teman, kami berbincang pasal integriti. Ada kes orang salah guna kuasa manipulate contract sampai untung berjuta, tetapi dia kena tangkap akhirnya. Integriti itu hanya boleh datang bila adanya iman. Tanpa iman yang kuat kepada Allah, kita akan kelabu mata bila nampak duit berjuta didepan mata, malah akan ketagih lagi untuk pecah amanah! Oleh itu, iman perlu dibentuk untuk memastikan orang bekerja dengan penuh integriti!
Image
Kini aku akan lebih kerap ke Kerteh. Di sana ada projek besar oleh syarikat ini. Aku disuruh untuk membantu lead engineer dalam design dan engineering sehingga raya ini. Aku kembali kepada mode berulang alik ... sebagaimana apa yang aku rasa di bintulu. Cuma kali ini aku diberi pampasan sedikit, dan dapat balik melalui jalan darat (i.e. kereta), berbanding dahulu yang tiada apa-apa, kena keluar duit sendiri untuk travel dan juga hanya boleh melalui kapal terbang. Hal itu menjadikan aku bersyukur. Cabaran keadaan ini ialah program hari biasa di kawasan SJ sukar untuk aku sertai, terutamanya perjumpaan untuk anak buah. Malah perjumpaan untuk diri sendiri pun sukar bertemu juga, kerana hujung minggu selalunya diisi program mencari orang dan juga membentuk minda. Naqib aku menasihati 'pastikan hafalan dan quran dibaca, matsurat juga!'. Ya, bila keadaan sebegini, ada harapan serigala akan memakan kambing ini yang berseorang diri. Kecualilah kambing itu mencari kawanannya di padang r