Posts

Showing posts from July, 2006
Kita disuruh untuk berusaha . Kita tidak disuruh untuk berjaya
Tadi aku mengembara bersama remaja bintulu dan pelajar uni. Dua kereta. Avanza dan Kancil putih. Bermula dari bintulu jam 1.30petang. Kami memulakan dengan al-fatihah serta tazkirah berkenaan niat. Sepanjang perjalanan ke Miri, aku bertaaruf panjang. Tiba 4.30petang di Miri. Kami mendaki bukit melihat tempat keluar minyak pertama di Malaysia. Tempat yang bernama Canada Hill itu sangat indah, kerana dari situ dapat melihat matahari terbenam yang amat cantik. Selepas itu ke sebuah universiti, berjumpa dengan super junior aku. Kami kemudian bermalam di Miri. Kemudian, esoknya, kami bersantai sambil mendengar tazkirah berkenaan 'manusia dalam kotak' di tepi pantai. Setelah itu kami membeli barang sedikit dan kemudiannya berlepas kembali ke bintulu. Sungguh indah pengembaraan kali ini. Teringat aku kepada keadaan aussie dahulu....
Mengapa kita hidup? Apakah tujuan kita hidup? Ramai orang tidak dapat menemui jawapannya. Mereka sehari-hari terkejar-kejar akan benda yang tidak membawa mereka ke mana-mana.
Lama dah tak tulis entri. Hmm .. tadi baru kena marah dek bos. Biasalah. Selalu bos marah-marah kat staff dia. Tadi juga aku cerita sedikit akan masalah aku kat kawan di cubicle sebelah aku. Aku ceritakan betapa susahnya untuk jumpa isteri dan anak-anakku nanti. Dia senyap dan tak berkata apa-apa. Senyap sahaja. Pastu dia tukar cerita lain. Terus tak tercerita aku pasal hal aku. Tapi, bila dia cerita betapa seronok dia jaga anak dia, betapa susah dia jaga malam untuk tidurkan anak dia, dia beriya-iya, seolah nak semua orang tahu. Aku sedih juga. Ada juga orang macam ni. Bila kongsi masalah dengan dia, dia buat tak tahu atau mengelak. Bila dia kongsi masalah, kita dengar pula. Itulah lumrahnya. Kalau kita minta tolong kepada manusia, mereka tak suka. Even luahkan masalah pun mereka tak suka, sebab manusia memang tak suka peduli orang lain. Luahkan masalah kepada Allah. Mintalah kepada Allah. ... Terima kasih kerana mengajarkanku akan hal ini.
Just now Megat called me. It's via VOIP. Missed him. I still remember all those star wars memories with him... ... and also those discussion in AEK 9952...
Alhamdulillah.. Setelah sekian lama, akhirnya telah bermula episod baru untuk remaja di sini.... Di sini telah bermula perjumpaan kumpulan asas ... Di sini telah bermula kembali kelas al muttaqun... Semoga ia menjadi permulaan ... ..semoga ia berterusan
It seems that we are living in our own worlds. We do not care about others. We do not care, as long our life is ok, as long we are living fine. Most of my friends are like that. ..even though they were the ones who lived more than their worlds! They were the ones who strive and struggle during their younger and bachelor years ... finding people and waking them up from their sleep. They were the ones who did great job in this path in bringing others to the creator. So many stories were heard about them. Now, they are just 'stories from those days'.... How sad, to see my seniors, who were active during those days ... now are doing nothing and avoiding this path... and happy with their families... I hope and prayed so that I do not end like them... Amiin.