Posts

Showing posts from February, 2004
Sedarkah kita . Ada satu program yang wujud.Yang telah dihantar kepada manusia.Melalui pesuruh-Nya.Program ini membawa kebahagiaan dan keselamatan kepada sesiapa yang mengikutinya. Program yang amat sempurna . Namun,program ini perlu disampaikan kepada semua manusia.Ini adalah tanggungjawab pembawa program ini.Amat penting kerana manusia akan merana tanpanya.Ada yang mengatakan mereka boleh bahagia tanpa program ini,tapi hakikatnya sistem dalaman mereka merana.Tanpa program ini,sosial,ekonomi,pengurusan,kekuasaan,kekuatan manusia tidak terarah.Akan rosak binasa. Hari ini.Masih ramai yang belum mendapat program ini.Mengapa? Andaikata manusia menerima program ini,mereka akan terjaga .Dari mimpi mereka.Mereka akan terkejut melihat realiti.Mereka akan melihat sekitar mereka melalui penglihatan versi yang lain .Versi yang hanya akan diketahui apabila jasad mereka tidak mampu untuk berfungsi lagi. Barangkali ramai menyangka mereka sudah mendapat program ini.Kerana pada nam
Pagi nanti akan ke SMS Muar.Ziarah adik.Baru siap upload ikomik.Splash page baru.Komik baru. Dua hari lepas teman saya baru selesai interview.Alhamdulillah,interview dia berjalan lancar. Interview kat dunia ... kita dah rasa cemas. Interview kat alam barzakh sana .. camne ye? Aii .. tidur lewat lak malam ni.Ingat nak siapkan komik esok,tapi tak nak tunggu,jadi siapkan tadi ... semangat sangat la pulak. Oh.Esok sahabatku aljabal pulang ke bumi bawah bawah .Selamat meneruskan perjuangan di sana!
Sakit perut.Penat.Panas lak hari ni.Elektrik takde lak masa jumaat tadi.EHe ... abis suara khatib baca khutbah.
Semalam panas betul.Sampai petang pun panas.
Asyik lupa nak tulis entri ni: 1425 Hijrah .Tahun baru kita. Hijrah .Bermula era baru dakwah nabi.Bermula sebuah negara yang mana di dalamnya seluruhnya mengamalkan sistem islam.Bermula era yang mana ramai manusia memeluk islam . Pergi ke madinah sekarang .Tahun ini. Lihat kat situ .Kalau orang bukan islam pergi ke situ,adakah mereka akan tertarik untuk masuk islam?adakah mereka akan diajak untuk mengenali islam? Adakah madinah masih menjadi contoh sebagaimana 1425 tahun lalu? Di situlah negara islam yang pertama wujud.Kini?Apa yang terjadi kepada tempat itu hari ini? Mengapa begitu besar perbezaan ... antara semalam dan hari ini?!!!
Hmm ... kita baca al-quran kan? err ... ke kurang baca ? ke tak suka baca? Ok .. mari lihat surah an-nur,ayat 31 (24:31): "Katakanlah kepada wanita yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung itu ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki,atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak memiliki keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyika. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,h
Hari ni aku tak dapat melangkah jauh.Aii .. semalam jumpa kawan.Kawan lama.Rindu pada masa dia dan aku bersama berjalan dahulu.Pernah kami naik van ke brisbane sama2. APa nilai kita di sini? Sekadar seorang yang bernama kamal yang belum tentu semua orang kenal atau ... ?
Hari ni nak mengembara lagi.Badan rasa tak berapa larat.Ishh... gerak!gerak! Kalau masa free camni tak gerak,tak aktif,nanti bila ada komitmen keje nanti camne?nanti bila dah ada pasangan camne?nanti bila ada anak camne? Berusahalah!!!!!
Sometimes,we felt really lazy.Even if we know what should we do.Even we know that there is something that should we do.Ugh...this is one of our weakness as humans.What should we do?Well ... Like I said last time. It is a choice .To do or not to do.If we want to make change,we know what to do.Get up and go forward ... all the way!
Oh.Charger? Sahabatku aljabal,charger dah ada.Tu .. manual kita.Cuma pakai ke idak je.Setakat try ni 1 juzuk/bahagian ... boleh tahan efek dia :).
Hmm ... dalam hidup sehari-hari kita diikat dengan macam-macam ikatan. Dengan ikatan ini kita sama ada ditarik ke dalam suasana atau kita menarik orang keluar dari suasana. Hari ni jadi driver hampir satu hari.Ehe ... mak tak berapa sihat.Kena bawa dia ke sekolah.Lepas tu ke mesyuarat.Malam lak bawa ayah ke kedai makan.Makan kat kedai mamak.Hmm... Teringat aku.Suatu masa dahulu.Aku mengisi masa dengan benda yang aku sangka memenuhi kekosongan jiwa aku.Majalah.TV.Konsol.Internet. Kita tak sedar satu benda yang lagi best kalau kita nak isi kekosongan di hati.Tau tak apa dia? Ia adalah manual yang diberi oleh pencipta kita! Malah dengan mengingati Dia,hati akan tenang! OK.Teruskan buat keje.
Sistem sudah stabil. Alhamdulillah.Kekeadang kan,bila Allah nak upgrade program dalam hati ni,Dia akan uji 'program dalaman' kita.Pada masa yang sama,ujian kepada program itu adalah ujian yang hati kita boleh tanggung,walaupun nampak susah pada awal dan pertengahannya.Ehe ... terasa best betul ni.Sangat best. Virus yang dimaksudkan ialah virus hati.Bentuknya ialah perasaan tak baik,rasa sakit dalam jiwa dan rasa tertekan.Sebab virus ni macam-macam.Puncanya barangkali dari musuh kita .Memang pandai.Sebab musuh kita ni berpengalaman dalam memasuki ke dalam hati kita dan merosakkannya.Selalulah munajat kepada Allah supaya kita terselamat dari virus ini.Amin. Saya nak minta maaf kat kengkawan dan yang membaca blog saya dengan setia.Ehe ... ada ke peminat setia blog ni?Ia hanyalah cerita hidup yang nak dikongsi dengan semua dan untuk diri.Manalah tahu,ia amat berguna sebagai peringatan kepada diri ini suatu masa nanti. Allah sangat sayang kat hambaNya.Kita pun kena say
Still fixing.
Tadi pergi hospital.Lihat sedara sakit.Hmm ... bila kita sakit,masa tu payah nak buat apa-apa.Payah nak buat keje.Payah nak bermunajat kepadaNya. Pastu masa balik dari hospital,dapat satu lagi ilmu tanggarumah.Hmm ... seseorang kena tau camne cara pasangan dia marah,tapi nak faham ni makan masa.Kekadang bukan marah pun,tapi jadi salah faham.Contoh dalam perbualan.Kekadang kan,ayat yang dicakap macam marah tapi bukan marah,tapi kita terasa sebab dia cakap ngan suara tinggi.Masa tak faham,sedih je kita bila dia kata camtu.Ehe ... tapi bila dah faham,terasa lucu pula. Tadi sembang ngan orang yang kejenye install digital tv di mesia ni.Dia kata satelit MEASAT 1 dah tak berfungsi.Sekarang dah ada MEASAT 2.Oh, rupanya dah ada yang baru. Virus infection still exist.Damage reduced to 5%.Well,it is a battle that I can't avoid.It is between me and myself.Only one can help.What would it be at the end?
Virus tu datang lagi semalam. Serangannya berjaya merosakkan 40% dari sistem pertahanan yang ada. Tapi aku tak nak kalah kali ni. The best defense is offense!!! Orang lemah berusaha cara orang lemah. Barangkali ada kekuatan yang belum dijumpai dalam diri. Diriku, teruskan usaha!
Life is about making choice.Is it? Yes.At so many instances in our life,we are ended up making choices .Sometimes we need to go somewhere,and it is us who decide whether we go or not.Sometimes we need to decide whether to do or not.Sometimes we are the one who decide whether we need to change or not . do we think, by not making choices,we are not choosing at all? Ehe .. that is also a choice! . Life will go on and all those choices will make what we are in the future! It might not make sense to some of us. Yeah. We will grow up .We will become mum and dad.We will become leaders.We will become somebody in the future.I have seen people.Lots of people.And I know what they did when they were young.There are difference in them.The ones who choose to go along the path and also the ones who choose not to or go slightly outside the path. However, if we see ourselves as the ones who are not in the proper path ... we still have time to go back.Yes.And the time is now! We are not su
2 lelaki: Pertama : Seorang yang mesra dengan perempuan . Peramah .Dia berkawan dengan anda.Akhirnya anda dapat tahu dia suka kat anda.Anda pun terpikat dengan dia.Setelah mengetahui isi hatinya ,anda berdua mula rapat.Masa itu anda masih student .Kalian berdua masih terus berkawan.Kalian selalu keluar dan bertemu bersama.Makan bersama. Study bersama .Banyak saat indah yang anda kongsi bersama.Namun, bila sentuh pasal perkahwinan ,dia menjauh. Belum masa untuk kita bincang lagi.Belum sampai masa lagi.Bukankah ibu dan ayah sudah merestui hubungan kita.Itu katanya. Kedua : Seorang yang menjaga pergaulannya .Dia tak mudah bercakap dengan perempuan.Dia kelihatan pemalu.Pada masa yang sama kelihatan dingin .Sebab orang cop dia kuat agama,orang tak berapa nak dekat dengan dia.Tiba-tiba suatu hari,seorang senior anda yang dah kahwin,menjadi orang tengah baginya.Dia melamar anda.Dengan tersipu-sipu anda menerima lamarannya.Akan tetapi,selepas itu,begitu teliti sikapnya terhadap perg
Jangan lemah semangat.
sample 'news'letter version 1 Assalamualaikum, Salam sejahtera saya ucapkan . Alhamdulillah.Syukur kepada tuhan kerana anda dan teman anda menerima risalah ini.Syukur kepada Allah kerana kita masih lagi bernafas sebagai seorang islam yang insyaAllah beriman. SAudaraku yang ku hormati, Ketahuilah, Allah maha melihat dan maha mendengar. Dia sedang memerhatikan kita .Dia sedang melihat kita.Hati kita pasti merasai kewujudanNya.Hati kita pasti merasai akan kehadiranNya. Bukankah dalam berlima,Dialah yang keenam.Dalam berempat,Dialah yang kelima.Dalam bertiga,Dialah yang keempat.Dalam berdua,Dialah ketiga.Hatta bila kita keseorangan,Dia ada bersama.Dalam erti kata lain, Allah sentiasa ada di sisi kita . Saudaraku yang ku hormati, Cinta itu indah .Cinta itu cantik.Perasaan ini telah dicampakkan ke dalam hati manusia.Perasaan ini ada dalam hati manusia. Perasaan ini pasti ada dalam hati kita sekarang ini.Tidak dapat dinafikan akan kewujudannya. Cuma, Dia telah
Tepi rumah aku ada orang buang sampah . Sekarang makin bertambah sampah.Tempat tu bukan tempat buang sampah. Tensen bapa aku. Aku pun tensen gak.Bila seorang manusia tak nak bertanggungjawab ,manusia lain juga yang susah .islam tak ajar benda ni.Tapi orang islam gak yang buat perangai tak elok ni.Pelik kan?...Hmm,camne nak sedarkan orang camni? Tadi dapat e-mail pasal melayu pergi gereja .Wah.Pertama kali tengok orang pakai tudung masuk gereja.Kat somewhere in bandar yang sangat besar.Aii ... satu lagi keadaan yang mana 'islam' tinggal nama je.Bangsa tak menjamin agama .Apa yang tradisi,masyarakat dan orang kata belum tentu betul.Ia boleh diterima dan boleh ditolak.Yang hanya boleh diterima ialah apa yang datang dari Allah dan rasulNya , betul tak? Hakikatnya, mungkin lagi banyak realiti yang lagi dahsyat di seluruh dunia. Dunia kini sakit kerana manusia. Dunia kini tersiksa kerana perbuatan manusia. Dunia rindukan cahaya yang pernah menyinarinya suatu ketika dahulu.
Semalam hantar kawan di lapangan terbang antarabangsa. Sebelum tu aku ke komuter ukm. Tercangak la kat situ dari jam 6 petang sampai 7.30 malam,menunggu sahabatku,aljabal. Aku perhatikan manusia. Macam-macam ragam manusia di situ. Oh, rupanya kat situ ada feeder bus ukm berhenti. Tapi aku pelik la ... kat perumahan yang dekat situ takde surau ... kalau ada pun jauh benar ( rupanya ada surau kat stesen komuter tu sendiri).Hmm... Pastu pergi lapangan terbang.Sempat la jumpa kawan.Sampai-sampai je, mereka nak turun ke balai berlepas. Dalam perjalanan pulang, ada peristiwa menarik berlaku. Minyak nak habis !!!Aku dan aljabal panik.Camne ni.Kat highway tak perasan lak stesen minyak.Pastu masuk exit bandar ... alaa ... lupa lak. Exit selepas exit Nilai.Bila masuk bandar tu,terkejut. Laa .. bandar baru. Takde stesen minyak . Orang kat pondok tol pun kata takde stesen minyak. Pergi ke satu pondok guard kat bandar tu.Dia kata ambil jalan depan pondok tu ... straiight sampai Nilai.
Ayah dah pegi sekolah.Kejap lagi amik mak.Lepas tu akan start mengembara lagi. Tadi dah berpeluh.Teringat aku kat Clayton.Tiap-tiap petang hujung minggu aku main bola.Aii... kalau boleh main bola kat kawasan perumahan ni .... best nye. Kat sini ada gelanggang takraw dan badminton. Tapi takde orang muda yang main. Ke mana mereka pergi? Hari ni apa yang berlaku kat adik,abang dan kakak kita di palestin sana? Adakah aku tak rasa aku perlu tahu kisah mereka? Mereka adalah saudaraku. Mengapa aku tidak berasa apa-apa bila tahu umat islam di bunuh dan ditindas di sana? Apa yang tidak kena dengan hatiku ini !? Bukankah nabi berkata : " bila seorang itu tidur tak kisah akan nasib saudaranya,maka ia bukan dari mereka ". Renungilah wahai diriku....
Aii .. makan lagi.Kali ni ayah lak ajak makan.Nampaknya kena bersenam lebih la hari ni! Susah nak cari buku electrical atau electronics engineering kat tempat aku ni. Kat perpustakaan awam hanya ada buku pasal civil engineering je.Buku cerita tak payah nak cerita la.Penuh!Buku ilmiah kebanyakannya rujukan,takleh pinjam.TAkpela.At least ada benda nak dibaca.Tapi kat tangan aku pun ada beberapa buku yang belum habis dibaca.Rupanya masa tak betul2 digunakan untuk membaca ..... OK.Jom membaca....
Hari ni aku nak berjalan lagi. Dua tiga hari lepas ni akan berjalan lagi. Ehe ... hidupku semasa belum bekerja ni, aku berjalan melihat dan berjumpa dengan manusia. Banyak pengalaman yang telah ditimba dan akan dipelajari. Pagi tadi pergi makan pagi kat bandar lama. Aii .. burung buang najis atas kereta lak. Biasalah, bandar lama banyak burung layang-layang. Oh,teringat aku suatu benda..... Kita pernah dengar orang kata islam tu kolot.Mungkin kita rasa biasa je.Hakikatnya mungkin kita sendiri pandang islam tu kolot.Lihatlah wanita.Mereka yang bertudung dengan betul (menutup aurat sebetul2nya) dianggap orang lama.Orang yang bertudung labuh lagi la dipandang pelik.Bila ada orang sensitif pasal solat,dianggap terkongkong.Bila ada orang sensitif terhadap pergaulan lelaki perempuan,dianggap tak mengikut peredaran zaman.Aku ingat tu kata-kata dalam buku teks je,tapi rupanya itu yang berlaku.Aku lihat orang islam biasa sahaja berkhemah bersama-sama lelaki dan perempuan.Aku lihat oran
Hmm... tengah hari tadi makan tengah hari dengan mak. Tengah makan,tiba-tiba dengar ada budak kecil menangis.Kuat tangisan dia.Puas ayah dia senyapkan anak kecil itu.Mak budak tu lak tengah jaga adik dia yang lagi kecik.Mak kata,biasalah tu.Nanti bila aku ada anak,aku akan alami camtu. Bila budak besar tu terjaga dari tidur, biasanya dia akan mula buat pe'el. Maksudnya buat perangai .Selalunya menangis la.Kekadang dia terjatuh sendiri pun dia nangis.Tambah lagi bila ada adik,dia akan lagi mudah menangis.Masa ada anak besar ni(rasanya dalam 3-4 tahun kot), kena sabar.Anak akan selalu menangis. Tu yang jadi penderaan kanak2 kalau iman tak kuat.Kesian kanak2 ni. Mereka menangis sebab nakkan attention mak ayah mereka.Aii ... nanti aku boleh sabar ke bila tiba masa ada anak nanti?Semoga aku dan wife aku akan dapat didik generasi selepas kami sebaiknya.Semoga mereka lebih baik dari kami dan menyambung rantai perjuangan ini.Amin Hmm ... apsal nak tulis entri ni?Entahlah,sekarang
Ehe ... lama lak tak tulis. Aku jumpa sahabat aku dua hari lepas. Kekadang bila jumpa kawan kita, jiwa kita di recharge . Banyak gak benda yang kami sembangkan. Dari isu kereta baru sehingga ke isu rumah muslim. Aii ... Beberapa ketika dahulu aku ingat lagi. Hatiku kurang stabil .Rupanya aku susah nak terima akan kelemahan yang ada pada diriku.Sememangnya setiap orang ada kekuatan dan ada kelemahan.Kekadang bila kita melihat sahabat kita yang lebih hebat dari kita, kita terlupa akan kehebatan kita yang lain. Kita nampak seolah-olah kita lemah dan kurang dari sahabat kita.Bukankah nabi menyuruh kita melihat orang yang kurang dari kita agar kita mensyukuri apa yang ada pada kita? Andai kita rasa kita kurang dari orang lain,barangkali ada orang yang kurang dari kita . Nikmat yang ada pada diri kita tak kita sedari melainkan setelah ia hilang dari tangan kita.Renungilah diri setiap hari.Gigit dan bakar perasaan ego dalam diri.Jadilah pokok padi yang baik, semakin berisi semakin tu
Ehe ... lama lak tak tulis. Aku jumpa sahabat aku dua hari lepas. Kekadang bila jumpa kawan kita, jiwa kita di recharge . Banyak gak benda yang kami sembangkan. Dari isu kereta baru sehingga ke isu rumah muslim. Aii ... Beberapa ketika dahulu aku ingat lagi. Hatiku kurang stabil .Rupanya aku susah nak terima akan kelemahan yang ada pada diriku.Sememangnya setiap orang ada kekuatan dan ada kelemahan.Kekadang bila kita melihat sahabat kita yang lebih hebat dari kita, kita terlupa akan kehebatan kita yang lain. Kita nampak seolah-olah kita lemah dan kurang dari sahabat kita.Bukankah nabi menyuruh kita melihat orang yang kurang dari kita agar kita mensyukuri apa yang ada pada kita? Andai kita rasa kita kurang dari orang lain,barangkali ada orang yang kurang dari kita . Nikmat yang ada pada diri kita tak kita sedari melainkan setelah ia hilang dari tangan kita.Renungilah diri setiap hari.Gigit dan bakar perasaan ego dalam diri.Jadilah pokok padi yang baik, semakin berisi semakin tu
Hmmm ... hari ni kena drive lama. Nak ke SMS Muar lagi. Masa tak bekerja ini mengajar aku erti kehidupan. Namun ... kita sentiasa bekerja kan?
Catatan pagi. Mulakan pagi kita dengan fikiran positif. Mulakan pagi kita dengan semangat membara! Bila kita lihat manusia. Terasa sedih dan terbakar melihat manusia bermain-main dengan hidup mereka. Mereka kata ingin cemerlang , tapi leka dengan kisah cinta yang kosong . Leka dengan hiburan yang menyeronokkan . Mereka ingin maju seperti kuasa besar melalui meniru apa yang dibawa, tapi yang mereka ambil dari kuasa besar hanyalah fesyen,trend,gaya hidup yang hanya membawa bernilai kosong dalam hidup manusia. Pelik kan manusia ... yang so-called orang islam ni... Jadi apa yang kita nak buat? Jawapan sudah ada. Hanya orang yang beriman dan beramal soleh akan berjaya. Sebab mereka tidak kerugian sama sekali. Their idle time is zero. Their dynamism is maximum. They always have something to do. Boring is not in their dictionary. bukankah orang yang beriman meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya ?
Tadi hantar adik aku ke kampus dia. Wah. Tensen betul drive kat highway bila kereta banyak. Maklumla. Cuti nak abis. Orang pun pulang ke KL. He he ... stesen minyak pun penuh. Sampai kena beratur untuk isi minyak. Hmm ... kena jadi driver lah dua tiga hari ni.
Semalam aku melihat sepupu aku berkahwin. Wah. Seorang demi seorang yang aku kenal mula melangkah . Seorang demi seorang meninggalkan aku dan kawan-kawan lain di sini. Aku teringat sesuatu tengah hari semalam. Aku terfikir. Kat dunia ni, manusia cuba menyatukan manusia dengan bermacam-macam sebab . Ada yang menyatukan manusia berdasarkan kepada bangsa mereka. Ada yang menyatukan manusia berdasarkan negara mereka. Ada yang menyatukan manusia berdasarkan status mereka dalam masyarakat. Macam-macam lagi sebab lain yang manusia gunakan untuk menyatukan mereka. Namun. Ada satu ikatan. Ada satu kesatuan. Kesatuan yang amat kuat. Yang menyatukan manusia ... tak kira bangsa apa ... tak kira negara apa ... tak kira apa taraf mereka dalam masyarakat ... yang pernah ada suatu ketika dahulu ... yang menjadikan manusia aman sejahtera seluruh dunia... Iaitu kesatuan di bawah akidah yang sama. Kesatuan di bawah sistem yang sama. Sistem yang menyinari dunia satu ketika dahulu. Benar .. a