Posts

Showing posts from July, 2012

Sembang di kedai makan

Aku merasa perlunya ikhwah bersembang2 di luar bulatan untuk.merapatkan ukhuwwah yang semakin kering. Kalau tak, 'Ukhuwwah Teras Kegemilangan' akan tinggal slogan semata2

Sembang dan futsal..

Hari jumaat lepas, aku ke padang futsal exrtreme park bersama AE dan U Lah.Di sana ada beberapa ikhwah hadir,tapi tak seramai yang dijemput. Ahli sebulatan pun hanya AFMN dan UHO sahaja.Ahli bawah bulatan hanya AE,MSMS dan AAT sahaja (yang lain menghadapi keuzuran yang dibenarkan). Masa futsal diisi dengan bersembang dengan MSMS dan mengeluarkan beberapa titik peluh. Selepas berfutsal,aku dan AE ke serdang untuk bersembang dengan UqY. Semangat sekali serta segar sekali bersembang dengannya, sehingga AE berubah dari nak demama kepada sihat walafiat. Dapat juga ikuti perkembangan kesihatan adik2 di bumi bawah-bawah sana.

Kisah yang sungguh sedih

Pada hari ini berlaku sesuatu yang sungguh sedih dan memberi kesan yang amat dahsyat kepada hatiku. Secara ringkasnya, aku telah melakukan sesuatu yang berkait dengan D & T lalu menyebabkan ayahku dan ibuku merajuk. Hari ini, majlis merisik adikku ketiga bertukar menjadi majlis bertunang, dan hanya aku seorang, tanpa Husna dan Fatih serta ibunya datang meraikan majlis yang besar ini, dalam keadaan saudara-mara begitu ramai datang. Isteri dan anak2 ditinggalkan dalam majlis yang berbeza, yang boleh sahaja kami tinggalkan jika kami tahu bahawa majlis keluarga hari ini sebesar ini. Hatiku sangat remuk, lalu menjadikan aku sungguh down .... dan mula rasa sangat2 merajuk kepada teman2 D & T, terutamanya kepada 'orang2 kuat di kawasan ini'  walaupun mereka tidak bukanlah punca secara direct kejadian itu berlaku. Merajuk itu muncul bila kisah2 lampau mula kembali ke dalam minda.... Oh Allah, berikan hatiku kekuatan untuk pulih semula.