Posts

Showing posts from January, 2008
Kuala lumpur dan kawasan sekitarnya sangat panas akhir-akhir ini. Terasa begitu membahang, malah waktu malam pun tidak sejuk lagi. Husna tak selesa bila tidur di tingkat atas, melainkan dipasangkan kipas untuk menyejukkan dia. Di sini, di borneo pula lain cuacanya. Hujan begitu kerap. Pagi hujan. Petang hujan. Malam pun ada masa hujan juga. Bumi ini kelihatan sakit, sebagaimana yang ahli kaji bumi dan kaji cuaca memberikan amaran kepada umat manusia. Namun, kita degil dan terus merosakkan bumi ini. Malah kita dah dapat lihat di sana sini bukit ditarah dan ditogelkan begitu sahaja. Di tempatku di KL, aku dapat melihat secara terang, bukit di depan rumah sudah botak, semata-mata untuk dijadikan rumah mewah yang berharga setengah juta lebih. Benar kata Tuhan, kebinasaan yang kita alami adalah disebabkan oleh tangan kita sendiri. Bilakah kita akan sedar?
Kehidupan ini berputar setiap hari. Kita kerap terlupa bahawa usia kita yang ada ini sepatutnya digunakan untuk menunaikan tugas yang diberikan olehNya, bukan untuk berhempas pulas mengumpul harta benda.