Posts

Showing posts from April, 2005
Hmm .. ingat nak tulis, tapi ngantuk gila nih. Dahla tetiba notebook ni meragam lak. Tetiba dia slowdown la pulak. Hmm, apa2 pun seronok juga. Lama tak jalan jauh. Pastu dapat jumpa kawan lama. Sepanjang sehari aku menyelusuri kenangan lalu. Aku melihat kembali clayton, melbourne dan beberapa tempat di aussie dulu.... Aku sekali lagi berjumpa dengan kamal san. Dia menepuk bahuku. Dia berkata sekali lagi ... "Bersemangatlah! Masih ada masa lagi!" Aku yang tidak seberapa, rupanya menjadi satu watak cerita yang amat panjang. Aku merasakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadaku dan kawan2ku amat berat, apatah lagi dengan mindaku yang simple dan naif ini. Barangkali ada kekuatan yang belum aku terokai. Barangkali ada potensi yang aku belum gunakan. Bantulah aku dan kawan2ku utk menunaikan amanah dan tugas ini. "Kuatkan semangat ... Berusahalah!"
Kuatkan semangat!!!
Wah wah wah ... Hari ni mengembara lagi :) Tak sangka, aku diajak ke Brunei. Teringat masa mengembara di Aussie dulu. Sekarang aku berjumpa dengan sahabat lama aku. Ehe ... fehlong betul. ....
Bersabarlah. Sesungguhnya Dia bersama hambaNya yang bersabar. Inilah dunia ....
Setiap hari hati ini sedih. Sangat sedih. Mengenangkan nasib yang menimpa. Tiada siapa yang memahami isi hati ini melainkan diri sendiri dan Dia. Setiap hari hati ini menyimpan perasaan marah. Hati ini menunggu masa untuk membalas kepada mereka. Membalas sehingga mereka semuanya hancur sama sekali. Selayaknya mereka dihancurkan. Mereka bukan manusia. Hanya kelihatan seperti manusia. Setiap hari yang berlalu seolah tiada lagi harapan untuk merasa gembira semula.
Hari ni sembang dengan senior aku pasal cerita lama kat Clayton. Fehlong lagi ....
Sungguh menarik di sini. Tidak kusangka. Kau menjadikan kedatanganku sebahagian dari suatu cerita. Tidak kusangka. Sebaik sahaja aku di sini, berbagai benda ada secara tiba-tiba. Apa yang belum ada sebelum ini, ada sekarang. Apa yang lesu, mula dibangkitkan. Apa yang biasa, mula menjadi luar biasa. Aku amat bersyukur atas skrip ini. Satu skrip yang amat istimewa. Satu skrip yang aku rasa lebih layak untuk pemuda itu, tapi Kau beri kepada aku. Jadikanlah aku dan temanku mampu untuk memenuhi keperluan skrip ini.....
Hari ni baru dapat dua assigment dari bos. Berat juga, tapi cabaran yang menarik untuk diselesaikan. Kena buat seorang diri. Cuma rasa macam buat thesis dulu. Hehe ... nak first class honours macam dulu ke?
Kerja ini bergantung kepada siapa yang kerja lebih kuat. Andai anda kerja lebih kuat, anda akan berjaya. Andai mereka kerja lebih kuat, mereka akan berjaya. Akhirnya ... sesiapa yang bekerja lebih kuat, dia akan berjaya. Hehe .. satu pengajaran yang sekian lama aku tidak dengar dari seorang kawan lama. Aku harap dapat bertemu dengannya semula. Amat rindu sekali saat itu. Saat kami menaiki kereta merentasi eastern freeway di tengah malam untuk pulang ke clayton. Saat kami melalui dandenong ranges mencari tempat menarik untuk picnic. Saat kami memandu di grampians di tengah malam, untuk menjemput orang yang baru tiba untuk berkhemah....
Hmm ... tadi kesian kat supervisor aku. Dia kena marah dek bos dia (big boss bagi aku la) sampai menangis. Kalau aku apa agaknya reaksi aku? Menangis jugak ke? Atau terus letak jawatan? Dahsyatnya keje kat department aku ni. Hebat gak senior aku yang sorang tu. Dah lima tahun tapi dia boleh sabar.
Apa sebenarnya impian kita? Apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini? Keseronokan? Ketenangan? Mengapa manusia bekerja begitu keras? Mengapa manusia sanggup berkorban? Persoalan yang ada jawapan ... cuma manusia tidak mahu memikirkannya ...
Weekend lepas aku ke team building untuk bahagian kejuruteraan elektrik. Seronok juga, dapat berjalan ke taman negara kat sini. Jauh juga perjalanan, dalam 4 jam lebih naik bas. Di situ buat aktiviti team building, jungle trekking dan juga naik bot. Yang tak best bila ada campur benda2 kurang elok i.e. benda2 melalaikan. Hmm, susah nak kawal sebab non muslim ramai gak. Hmm ... program2 outdoor sebegini pun jabatan sumber manusia dah pandang penting ... untuk membina mindset yang dikehendaki dari jurutera2 kat sini.
Kuatkan semangat!
Semalam best gila. Group diskusi aku ramai2 pegi ke taman negara s dan menginap kat situ. Malam tu buat diskusi macam biasa. Ehe ... ni pertama kali diskusi buat outdoors. Esok lak nak gi keje, so semua orang siap bawak baju keje. Terasa macam cuti lak, tapi nak tak nak pegi keje juga tadi :) Tapi malam tu bukan sekadar diskusi. Ada motivasi untuk student politeknik yg masih lagi dalam trip. Kasi muhasabah dan semangat sikit. Tu pun buat selepas kami tutup majlis diskusi. Melihatkan student poli ni, aku teringat masa kat grampians dulu. Teringat juga masa kat wilsons prom dulu. Fehlongnye .... bak kata orang2 sini ... "mengalir air mata". Apa2 pun, perasaan ini sama. Tak kira kat Aussie ke, kat Jepun ke, Bintulu ke ... student ke ... engineer ke ... bila ada ukhuwwah dan ditambah dengan suasana program ... perasaan ini tetap ada.
Hmm ... mengapa aku buat semua ini? Mengapa hati ini masih ingin meneruskan? Mengapa? Walaupun hasilnya tidak banyak, aku masih bertahan. Mengapa? ... adakah kerana ingin mencapai impian itu? ... yang 600 tahun lamanya? ... entahlah, tapi yang penting ... Dia suka kita buat benda ni. Kerja ini telah diberi kepada orang yang Dia paling sayang. Sekarang diberi pula kat kita. Jadi ... kuatkan semangat!
Hmm, kali ni ada rombongan pelajar2 remaja melawat ke sini. Semalam. Selaku tuan rumah, aku bersama orang sini buat sedikit persediaan untuk melayan mereka. Teringat pula masa student dulu ... masa buat lawatan ke pantai barat ... dari Melaka ke Utara. Wah, masa tu ada sahaja orang yang menyambut di setiap destinasi yang kami singgah. Pastu, petang tu, aku membawa tiga orang ke bandar. Dua balik ke rumah dia. Seorang lagi nak beli barang utk sisters. Hmm hmm ... barang emergency jugak tu. Nasib baik boleh suruh orang laki2 belikan. Hehe ... ni pun mengingatkan aku masa kat aussie dulu, especially masa aku dan Y H kat Sydney. Kami pergi beli barang semasa orang lain seronok menikmati keindahan darling harbour. Wah, fehlong jugak eh.
My style is simple. I do what I can do. People push me. How hard they push, I will end up doing what I can do. People always dissappointed with it. That is both of us (seems to be) disliking each other. He is faster, stronger and aggressive. I am slow, naive, hopeless. Hehe ... those days. Those days.
Hmm, dah seminggu berlalu. Setiap hari belajar satu benda baru. Selalunya pasal Motor Operated Valve. Sebabnya, aku sekarang ikut juruteknik elektrik di pelabuhan. Mungkin pelabuhan lain pun banyak benda ni. Sesuatu yang menarik untuk dipelajari.