Dia begitu tabah. Hmm, kulihat dia dari orang-orang hanif. Bersahaja. Pernah belajar di Bandura/bundoora dulu. Buat kejuruteraan mekanik. Tapi kini buat projek kebarangkalian.

Tabah. Sebab dia sudah berkahwin. Tapi dia berseorangan. Isterinya masih di bumi kanggaru. Dia tinggal di Malaysia. Dia ditekan oleh bosnya. Ditekan oleh syarikat yang tersayang. Dia masih sabar.

Tempat ini tiada kesatuan. Siapa yang bersuara, dia tidak kekal lama. Dia akan hilang jua. Siapa pun tak berani bersuara.

Dia pernah mengenali senior-senior aku yang lain. Bilakan aku mahu ceritakan bahawa dia masih boleh bertemu dengan senior-senior aku itu?

Comments

Popular posts from this blog

Germany