Saturday, December 30, 2006

Aidil Adha menjelang tiba.

Semoga kita menghayati pengorbanan yang telah dilalui oleh nabi-nabi dan rasul-rasul serta sahabat.
Kita tahu tak macam mana keadaan orang islam di sekeliling kita? Atau kita langsung tidak peduli?

Ini adalah satu keadaan yang sudah menjadi kebiasaan bagi kita, dan juga orang islam yang lain. Kita sudah dipisah-pisahkan daripada orang lain. Kita dijadikan supaya hanya sayang pada negara kita, bukan negara umat kita (umat islam). Kita dijadikan supaya sayang kepada bangsa kita, bukn bangsa islam. Kita disatukan atas dasar bangsa dan keturunan dan kenegerian, bukan atas dasar akidah.

Keadaan yang amat menyedihkan diparahkan lagi dengan kita dibiasakan untuk mementingkan hiburan dan keseronokan. Semakin hari semakin banyak hiburan disogokkan kepada kita sehinggakan kita tenggelam dalam dunia hiburan itu sendiri. Orang yang bekerja keras di tempat kerja akan menghabiskan masa terluang untuk berhibur dan berehat.

Akhirnya, tiada lagi orang yang peduli dengn nasib umat islam dan juga saudara seakidah mereka. Semakin lama semakin hancur umat ini dan akhirnya kita pun terkena dengan kehancuran ini. Nauzubillah.

Jadi, marilah kita sedar dan kaji realiti yang berlaku di sekeliling kita dan cuba berbuat sesuatu.

Nak buat apa dan macam mana? Saya ada jawapan saya. Apa jawapan anda?
Sukar sekali untuk mendapat akses internet.

Hari ini aku akan pergi bersama isteriku ke pusrawi untuk membuat medical check-up.Alhamdulillah, dah nak masuk 8 bulan isteriku mengandung. Allah telah menjaganya dengan baik. Segala pujian dan ucapan terima kasih kepadaNya.

Thursday, December 21, 2006

There was a boy, who was with me, but seems to be not anymore. Who was active with activities but seems to be not anymore. He was very close friend before he went to Perak, but now seems to be not anymore. Something has happened over there.

I called but he rejected the call. I SMSed but no reply given. What has happened?

Please do not give up yet.
Tadi solat di Masjid DH. Jumpa seorang kawan.

Ah. Lama tidak berjumpa dengannya. Aku rasa agak lama.Aku terlalu sibuk dengan membina remaja. Banyak masa dihabiskan untuk mereka.

Bila terlihat dia aku teringatkan masa di Clayton dahulu. Aku teringatkan keputusan itu ... yang mana membina dahulu, bukan mengambil hati semua. Keputusan ketika itu amat menyakitkan...

... tapi ia mengubah kepada apa yang ada sekarang di sana!


When Allah loves you, he will make you understand more about life (i.e.
the 'din').

If he does not?

Tuesday, December 19, 2006

Lama betul tak dapat menulis.

23 Orang remaja. Di sini. Menjadi permulaan baru. Terasa seperti di Golden Valley dulu.

Kena terus follow up. Jangan putus asa.

Sunday, December 03, 2006

Semalam dah pergi check-up pregnancy dengan isteriku.

"Hmm...anak you tinggilah, tengok .. tulang kaki dia panjang. Ni mesti ikut ayah dia"

Dah minggu ke-29 dah. Lagi 11 minggu lagi!

Alhamdulillah, dah lalui 29 minggu yang penuh dengan detik2 gembira bersama baby, especially bila dia bergerak-gerak!