Posts

Showing posts from May, 2012

Berita...

Hmm.. Beberapa minggu lalu, keluar berita Parti Islam nak bermuzakarah dengan Parti bangsa untuk isu umat islam. Selepas beberapa ketika, parti islam menerangkan hal sebenar. Media massa salah cerita.. Mereka rupanya nak bermuzakarah dengan NGO islam yang tak mahu disebut namanya... Adakah ia NGO itu, yang lantang menegur Parti Islam .. ? Adakah muzakarah itu akan berlaku? Terkini... Parti bangsa pun nak muzakarah dengan NGO untuk isu yang sama..

Kata2..

Pepatah arab "Belanja apa dalam kocek, pasti yang ghaib akan datang" Kata2 bersemangat utk galakkan infaq :)

Jika Allah nak mudahkan...

Hari ni aku ambil cuti untuk membantu akh Sir dalam urusan berjumpa dengan ayah akhawat yang bakal bapa jadi mertua dia insyaAllah. Sir datang bersama ibunya di LCCT jam 11.20am tadi. Aku mengambilnya lalu membawa ke rumah ayah akhawat di kawasan Setiawangsa-Keramat. Mula2 kami agak gusar, memikirkan bagaimana persepsi pakcik itu... hanya berdoa dan bertawakkal kepada Allah, kerna Dia yang memegang hati manusia. Bila tiba di tempat ayah akhawat itu, Subhanallah! begitu ramah sekali dan begitu mesra sekali ayah akhawat itu. Siap berterus terang dan memudahkan lagi urusan yang bakal dilalui oleh akh Sir dalam membina baitul muslimnya nanti! Dia sangat berkenankan akh dan keluarga akh serta memahami akan satu sama lain! Subhanallah! MasyaAllah! Memang jika Allah ingin mudahkan suatu urusan itu, Dia akan mudahkan mengikut cara yang Dia kehendaki! Alhamdulillah. Syukur kerana semua berjalan dengan baik. Syukur kerana diberi peluang membantu seorang akh dalam usaha yang murni ini.

Kata2 osem...

UMNow menang ke, kalah ke... PR menang atau kalah ke... kerja dakwah & tarbiyyah ini mesti diteruskan! Bersemangatlah! Published with Blogger-droid v2.0.4

Facebook

Akhir2 ni aku lihat orang islam bercakaran di dalam facebook. Ia dimangkinkan dan dicedera parahkan lagi bila bertalu2 berita dan isu muncul di media masa (fatwa bersih, isu utusanmelayu letak berita lucah di muka depan... Macam2 lagi..) Ada pihak yang tegur dan komen dan ada pihak yang lawan. Apa akhlak dan tindakan sewajarnya yang perlu kita buat dalam suasana sebegini? Kalau terlibat, panas. Kalau tak terlibat pun panas (dalam hati).

Mesyuarat...

Semalam... ada mesyuarat berkenaan MPN. Aku sampai lewat, tapi ngam2 time action item aku (wakil IkSJ). Oklah, kena buat name tag dalam 100 lebih gitu. Hampir2 disuruh buat name tag untuk MPWN juga, tapi makcik2 kata mungkin tak perlu. Meeting habis bila part aku selesai. Cepat juga ya.. Aku ke pejabat IkSJ. Ingatkan nak sambung meeting pre-retreat bagi Lujnah T. Tengok2 rupanya x ada yang bincang sebab semua sangka dah siap! (sebab aku ada email template petang semalam UNTUK DIISI, tapi bila nampak template tu, sume orang rasa dah siap. Takde yang baca isinya?). Aku sembang2 dengan imam UHA. Cadang kat dia kita perlu kuatkan murabbi .... sebagai salah satu strategi lujnah T kali ini. UHA setuju. Dia kata dulu masa PJ ... tarbiyyah dia yang jaga (patutlah penuh dengan rasa ruh yang osem masa dulu!). AJ asyik kata takde masa. UHA kata, kalau kita cari pasti akan ada masa tu! Aku setuju. Bulan depan IkSJ akan buat balik liqamasulin seperti di zaman yang osem dulu. Alhamdulillah.

Cabaran buat kerja dakwah...

Aii ... mencabarnya nak buat kerja dakwah ini kan? Aku terfikir benda ni lately .... bila melihatkan kondisi diriku dan juga temanku di sini. Cabaran bermacam-macam ... ... kerja di pejabat yang memakan masa dan tenaga yang banyak. Yalah .. kerja dari awal pagi sampai awal malam atau lewat petang. Malah lepas habis seharian di tempat kerja, terasa letih yang amat luar biasa. Itu tidak termasuk kurang rehat sebab balik lewat setiap malam kerana menghadiri liqa dan meeting.... ... karenah keluarga yang penuh dengan majlis dan aktiviti seperti kenduri, ziarah dan makan-makan. Kita tidak boleh tinggalkan begitu sahaja, kerana mereka tidak memahami kita, dan jika diterjah sahaja, akan meninggalkan kesan buruk dan persepsi. Ada masanya kita akan miss event atau program yang best, kerana perlu meletakkan masa buat mereka.. ... perasaan hati dengan teman seperjuangan serta ikhwah. Mereka manusia, kita manusia. Kekadang ada saatnya kita rasa tak best bila berinteraksi dengan sesetenga
Dapat mesej... Kena pergi miting esok utk persediaan MPN. Hmm... Published with Blogger-droid v2.0.4

Baru tahu jawatan...

Tadi baru dapat email dari S/U IkSJ. Baru tahu apa jawatan aku dalam IkSJ: Rabtul Am. Aku tengok tiada orang dalam AJK kecil. Hari ni baru tau apa tugas, walaupun dah dilantik dua tiga minggu sebagai AJK... Maknanya aku buat kerja unit Rabtul Am sorang2? (dahlah jadi S/U Tarb pula .... )

Sepupu menikah

Malam ini sepupu sebelah ayahku melakukan akad nikah kat Masjid Kuala Selangor. Sangat jauh tempatnya. Lepas akad nikah masa maghrib, kami makan kat tempat keluarga perempuan lepas isyak. Dapat tengok budaya orang Jawa sambut orang kahwin... dengan marhaban dan bersanding pada waktu malam!

Meeting Tarb pertama

Malam ni pengalaman pertamaku menjadi S/u unit Tarb IkSj. Hampir semua orang dari lujnah Tarb datang. Banyak sangat benda nak dibincang, termasuk takwim... walaupun dah agak lewat...