Posts

Showing posts from 2010
Image
Semalam nampak kereta bersusun di tebing sungai kelang.
Image
Malam tadi mungkin adalah liqa terakhir di afaq.Mulai minggu depan i.e. tahun depan,pejabat IKRAMSJ berpindah ke putraheights.Satu kawasan baru untuk beramal dan diterokai.
Image
Jika anda benar-benar berada di dalam dakwah,anda akan mendapati kehidupan berlalu begitu laju.Siang dan malam diisi dengan kerja sehingga anda merasakan tidak cukup masa.Anda perlu memikirkan pelbagai perkara pada suatu masa!Oleh itu persiapkanlah jiwa raga dengan tarbiyah yang membina.Ayuh kita melangkah dan bergerak bersama teman seperjuangan!
Teringat aku coretan Dr. QY,'kalau orang boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk tegakkan islam seperti usaha mereka untuk tegakkan KLCC,maka islam boleh jadi setinggi KLCC!'.Ia membuatkan aku merenung diriku.Benar,majoriti dari masa dan tenaga digunakan semasa bekerja.Gunakan saki-baki yang letih dan memerlukan rehat itu untuk islam.Juga masa cuti dan hujung minggu digunakan untuk islam.Juga gaji yang dapat hasil dari penggunaan masa yang banyak digunakan untuk islam.Moga apa yang diusahakan ini diterima olehNya dan menjadi saham yang baik.
Semalam isteriku kena diaorrhea.Anak pula kena demam.Laptop pula kena air teh.Aku tak dapat nak sertai dan bantu program Lepasan SPM @ Banting.Macam-macam ujian pula.Hm,mungkin banyak dosa nak dikaffarahkan.Aku kena sabar dengan ini.Pasti ada hikmahnya. Pada malam itu,aku menerima panggilan.Student yang aku jaga,ingin berjumpa.Maka kami bertemu di Bidara.Rupanya mereka mendambakan nasihat.Alhamdulillah,Dia beri sedikit peluang untuk berbuat pahala hari itu.
Image
Hari ni hujan sangat lebat.Langit sudah gelap.Sungai Klang membuak-buak airnya.Teringat aku akan program dengan student australia semalam,yang mana aku menjadi panel mengongsikan pengalamanku di malaysia.Melihatkan jumlah mereka melebihi 100 orang memberikan daku semangat dan harapan terhadap masa depan dakwah ini.Mata mereka bersinar-sinar mendengar perkongsian kami.Moga usaha yang tak seberapa ini menjadi titik permulaan bagi mereka untuk memikul amanah yang amat berat ini.Moga mereka menjadi gerombolan pemuda yang memenuhi kekosongan yang ada seperti sungai tadi.
Image
Aku menunggu zaujah sedang mengadakan liqa dengan belia di VA.Dapat SMS dari YHY,memaklumkan dia akan sertai liqa aku.Hm,moga makin meriah dan rancak dakwah di sini.Aku kesian akan Sarawak,kerana kehilangan seorang lagi penggerak.Tapi aku yakin,pasti Dia sediakan sesuatu untuk orang di sana!
Image
Malam ni ke surau baiturrahman.Di sana ada ceramah oleh ust adil.Ia salah satu dari tentatif program Sunaton,yang mana anak-anak bersunat beramai-ramai.Aku harap ia berjalan dengan baik.Aku harap dapat menemui sasaran dakwah baru.Moga juga dapat menyumbang saham akhirat.
Image
Tatkala menaiki putra-LRT,aku merenung lagi kepada kehidupan.Hari ini aku tidak lagi sedih dan marah seperti dulu.Ditambah-tambah dengan nikmat yang lain.Sejauh mana telah ku syukuri semuanya?Wahai Allah,berkatilah semuanya dan ampunilah dosaku.
Image
Generasi pemuda adalah harapan umat.Aku terasa kebenarannya.Pemuda kreatif fikirannya,cergas gerakannya dan membara semangatnya.Aku gembira melihat adik-adik begitu semangat memanfaatkan kehidupan.Aku sedih melihat adik-adik leka tenggelam dalam kehidupan.
Image
Aku rasa bulan November ni bulan outstation.Hari ini masih kat Myy.Selama 20 hari aku kerja offshore bulan ini.Masuk ofis 3 hari sahaja.Kesibukan ini menyebabkan aku kurang menyumbang dan menyertai aktiviti dakwah.Aku juga sedih sebab tak dapat berjumpa dengan anak buah dan teman halaqah.
Sudah hampir dua minggu aku ke laut. Melihat platform-platform minyak dan gas, membuat kerja penilaian dan pengumpulan data. Pengalaman yang luar biasa bagiku, yang belum pernah ke platform. Aku merasa hampir semua pakej pengalaman ke platform: Naik helikopter, naik bot, boat transfer masa biasa, boat transfer masa hujan, pengalaman bot masa hujan, tinggal di kuarters di platform, stranded dekat unmanned platform sampai kena tidur dalam substation, makan mee segera di tengah-tengah kebisingan mesin, pengalaman pergi-balik bot hari-hari. (Jika diizinkan, aku ingin juga tulis secara detail pengalaman-pengalaman menarik ini). Bila difikirkan, aku pernah terlintas untuk merasa pengalaman ini suatu masa dulu... dan Dia memakbulkannya. At least dah merasa. Maha Suci Allah. Moga pengalaman ini memberi manfaat.
Image
A:jom riadah esok. B:hm,nanti ana check dgn org lain. C:sy x dpt la,ada hal. D:tengok dulu la. (Mlm tu) B:ok.dlm 2-3 org dtg. (Pagi) B:abg.nampaknya saya sorang kot pg.yg lain x sihat. ... Memang mahal harga hidayah Allah kpd kita.
Image
The picture above was taken when I went to labuan last 2 weeks.Interesting to see that something like this at a hotel.
Hari ini kereta aku mengalami kerosakan. Battery terminal patah. Ia disebabkan oleh aku yang menarik terlalu kuat. Hari ini juga menyaksikan ukhuwwah yang ada pada ikhwah. UHO datang ke tempat aku mengalami masalah pada hari ini. Dia terus bergegas untuk membantu. Alhamdulillah, akhirnya kereta dapat dihidupkan. Klip jumpstart digunakan utk mengikat termnial bateri dengan kabel bateri.... dan nasib baik yang patah tu pada terminal negatif. Jika yang patah pada terminal positif, ada potensi untuk litar pintas.
Image
Menjadi sunnatullah,kebanyakan benda memerlukan tenaga untuk bergerak,seperti kereta,motosikal,yang menggunakan tenaga dari petrol atau diesel.Malah,jasad kita juga perlukan tenaga dari makanan.Hm,kalau begitu,'iman' juga seperti 'tenaga'.Ia menggerakkan seorang untuk berpuasa sunat,berjemaah di masjid dan menjauhi maksiat.
Image
Ramai orang ber'mood' raya.Ramai saudara datang.Rumah nak jadi macam tadika dengan bisingnya kanak-kanak.Peluang ziarah rumah saudara juga tidak dilepaskan,sekurangnya ini peluang berziarah ke rumah mereka.Di samping itu,macam-macam kuih ditemui,dan majoriti kuih adalah 'kuih tunjuk'.Moga kesihatan tidak terencat disebabkan makanan yang amat banyak.Moga kita tidak lupa akan puasa enam,juga meneruskan apa yang telah dibiasakan semasa Ramadhan lalu.
Hari ni Ramadhan hari ke-30. Sejenak aku memuhasabahkan diri... Sejauh mana amalan aku dipertingkatkan sepanjang 30 hari ini? Adakah aku banyak mengisinya dengan program-program ibadah dan dakwah atau sibuk dengan perkara lain? Sejauh mana telah kubaca al-Quran? 30 juzuk? atau 30 mukasurat? atau 30 ayat sahaja? Sejauh mana ibadah malamku? setiap malam? beberapa malam? atau tiada langsung? Sejauh mana zikirku? setiap masa? setiap hari? Syukurlah atas peningkatan berlaku. Aku mendoakan aku mendapat sebanyak mungkin kebaikan dari bulan penuh barakah ini. Aku mendoakan diriku meningkat dari madrasah ramadhan kali ini. Jumpa lagi Ramadhan. Moga kita bertemu lagi. Amiin.
Image
Hari ni hujan turun.Hm,hampir setiap hari dalam Ramadhan hujan.Alhamdulillah,ia menjadikan Ramadhan tidak terlalu panas untuk dilalui.Aku memerhatikan sungai dalam perjalanan pulang.Ia begitu kotor dan tercemar.Puncanya pastilah dari perbuatan kita sendiri.Kita membuang sampah sesuka hati.Kita juga tak peduli akan orang yang lakukan perbuatan ini.Suatu masa nanti mungkin tiada lagi sungai bersih di bumi ini.Barangkali inilah yang diberitahu dalam alQuran bahawa kebinasaan kita adalah disebabkan oleh tangan kita sendiri.
Image
Hari ni qiam di Masjid Besi bersama SS dan A.Juga bersama anak buah SS.Suasananya sangat nyaman dan berangin sepoi bahasa.Aku terjumpa Lan dan Syhmi x-upmkb.Masih berprgm dan berusrah walaupun sibuk dengan master.Antara kegembiraan murabbi adalan melihat mutarabbinya tsabat dan berjaya.Alhamdulillah.
Image
Alhamdulillah.Hari semalam iftar bersama ikhwah,disusuli terawih dan qiam bersama,diakhiri dengan subuh dan perkongsian bersama.Nampak simple,tapi terasa kekuatan ruh yang ada.MasyaALlah.Sememangnya perkara yang nampak kecil itu boleh membina perkara yang besar!
Image
Aku teringatkan sesuatu bila melihat kepada gambar ini.Ia mengajar pengguna kenderaan ini cara menggunakan fungsi differential lock bila diperlukan.Hm,itu baru differential lock.Bagaimana dengan manusia yang kompleks ini?
Alhamdulillah,baru selesai iftar bersama masyarakat Bandar Kinrara. Iftar dibuat di masjid al-Ehsan.Beberapa orang miskin juga diberi bantuan. Aku juga bertemu dengan pemuda-pemuda yang bersemangat. Mereka sanggup menaiki teksi dari jauh semata-mata ingin bersama dengan ikhwah lain dalam program iftar itu. Wah, masih banyak yang perlu dibuat, masih banyak 'kerja' yang perlu disiapkan!
Sudah hampir separuh ramadhan berlalu. Hmm ... jika dimuhasabahkan diri ini, sejauh mana kita telah mengejar amalan di bulan ini. Pagi tadi aku terkena sakit belakang. Salah urat sewaktu bangun pagi. Innalillah! Sukar sekali untuk bersolat dan bergerak. Mungkin dengan sabar akan keadaan ini, makin banyak dosa akan dikaffarah olehNya. Wahai Allah, aku memohon keampunan dariMu, atas segala kesalahanku, dan atas segala kelalaianku.
Alhamdulillah,sudah 7 hari ramadhan.Harapnya amalan yang ada dapat dipertingkatkan lagi.Aku berlumba-lumba tilawah dengan isteriku.Aku cuba memanfaatkan saat bangun iftar untuk qiam.Sungguh banyak peluang membanyakkan pahala. Cuma,aku perasan saf isya serta terawih di masjid dan surau berkurang dengan mendadak,walaupun baru 6 hari berpuasa.Adakah masyarakat sudah hilang semangat untuk menghidupkan ramadhan ini?Alangkah sedihnya.
Antara tanda kejayaan ikhwah adalah dia konsisten subuh di masjid di rumhnya.Alangkah rugi membiarkan walau satu saat tanpa amal.t
Image
Dalam kereta aku mengulang-ngulang lagu rasmi IKRAM.Baru selesai memberi semangat kepada student.Ramai juga mereka.Lagi ramai dari masa aku dahulu.
Image
Alhamdulillah,akhirnya program pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia berjalan dengan baik.Aku berjumpa dengan saudara,rakan sepersekolahan dan Abang seAUssie di sana.Wah,ramai juga orang yang aku kenal,adalah ahli.Penulis muntlq juga datang!Moga ini menjadi suatu peristiwa yang membawa perubahan yang besar bagi ummat.
Image
Alhamdulillah,hampir siap persiapan setelah ikhwah bertungkus-lumus bekerja.Aku pulang hampir jam 4am.Moga ada tenaga untuk esok.Amiin.
Image
Jam 9pm.Aku tiba untuk membantu persiapan dewan.Pihak dewan MIEC hanya membenarkan kami masuk hanya mulai jam itu,kerana ada majlis perkahwinan besar pada pagi itu.Masya-ALlah!Masih banyak belum dikemas.Aku berdoa agar program esok berjalan lancar.
Image
Menanti waktu zuhur di masjid hidayah,KL.Angin menghembus sepoi-sepoi bahasa.Teringat masa-masa beriktikaf di masjid syakirin bersama YHY.
Seorang teman bertanya: "Tak balik kampung ke minggu ni?". Aku menjawab: "Hmm ... tengoklah". Dua tiga minggu ni aku tidak dapat balik kampung, kerana ' kampung ' datang ke KL. :) Ni semua sebab banyak kenduri kendara di masa cuti sekolah ini.
Image
Pada 9 jun,ramai orang datang untuk menderma,mendengar forum dan memberi sokongan kepada perjuangan palestin.Ramai pemuda dan keluarga dan NGO berhimpun.Moga semangat ini tidak lupus dek worldcup nanti.
Hari ini KL agak lengang.Ofis juga agak lengang.Barangkali ramai turut bercuti sempena cuti sekolah ini.
Hari semalam aku qiam dengan pemuda-pemuda dari sekitar kota itu.Amat bersemangat.Moga menjadi semangat baru.
Image
Seluruh (atau majoriti) rakyat Malaysia marahkan israel.Jumaat lepas,ramai turun demo untuk meluahkan kemarahan.Harapnya ia berterusan melalui boikot terhadap barang mereka.
Lama tak menulis. Aku kini sudah mula menyusun rentak hidup di sini. Kini sudah mula berkumpul dengan sang pemuda, yang aku dapati berminat untuk memahami jalanNya! Sedikit demi sedikit tugasan diberikan kepadaku. Aku mendoakan agar aku tidak memikul melebihi apa yang aku mampu. Sekarang, aku harus memandu lebih 40 minit beserta tol jika ingin menambah kefahaman dan juga memberikan kefahaman. Malah untuk beriadah, aku perlu lalui jarak yang sama atau lebih jauh. Namun, kali ini aku hadapinya dengan semangat dan keyakinan kepadaNya! Cuma, cabaran terbesar di sini ialah, bagaimana ingin melayani karenah keluarga besar dan kecil kerana mereka sudah begitu dekat dan selalu datang menjengukku.
Image
Sekarang tengah menaiki ERL untuk urusan kerja.Mengenangkan kesusahan yang aku telah lalui dahulu,aku tersenyum.Aku belum puas mengucapkan syukur kepadaNYa.
Image
Pada malam itu,aku beserta ikhwah menyertai malam Lifeline4Gaza.Ramai juga yang datang.Adakah kesedaran terhadap Palestin kukuh pada umat ini?Apa yang telah kita lakukan untuk mereka?
Image
Syukur kepada Ilahi, bakal mujahid lahir dengan selamat di pusrawi jam 1246 pada hari ini. Beratnya 3.1kg, sama seperti bapanya. Alhamdulillah, dia lahir dengan mudah dan selamat. Moga dia menjadi anak yang soleh wa musleh dan berjaya di dunia dan akhirat.
Image
Hari ini juga aku membasuh kancil itu....buat pertama kali di Kuala Lumpur!Kelihatan tukang basuh agak bertungkus lumus kerana banyaknya daki yang terdapat di kancil itu...daki yang terkumpul dari mukhayyam,jaulah dan pengembaraanku di borneo.
Image
Segala puji bagi ALlah,kancil aku telah selamat tiba di Kuala Lumpur.Moga ia memberi jasa yang sama seperti yang diberi ketika di Sarawak dahulu.Sama-sama kita menguatkan dakwah di sini!
" Nikmat dihargai apabila ia hilang dari kita... " Benar sekali... Nikmat mata, dihargai apabila dah mula rabun atau buta... Nikmat telinga, dihargai apablia dah mula tak dengar atau pekak... Dan macam-macam nikmat lagi .... Bagiku, aku menghargai satu nikmat yang dirasakan biasa bagi kebanyakan orang ... nikmat bersama keluarga. Ia kerana aku 'kehilangan' nikmat itu sebelum merasainya... Setelah lima tahun berjauhan dan merasai keperitan akibat berjauhan itu, aku sangat-sangat-sangat berterima kasih kepada Yang Maha Kuasa atas keadaan aku sekarang. Walhal, bagi teman-teman sekerja dan orang sekelilingku, ia adalah perkara biasa. Segala puji bagi Engkau atas segala apa yang Engkau berikan! Jadikan aku mensyukuri dan memanfaatkannya sebaiknya! Amiin!
Hampir masuk dua minggu aku menjadi pekerja di sini. Tadi berjumpa dengan NI di rumahnya. "WAh, tak sangka dapat jumpa anta di rumah ana. Bagaikan mimpi!". Dia tersenyum melihatkan aku tiba di rumahnya di Kuang. Dahulu, aku bertemu dengannya di Kch, di rumah sewa berdekatan dengan rumah UAFH. Aku singgah sebentar di rumahnya setelah menghantarkan isteriku untuk liqa gabungan di kawasan berdekatan dengan situ. Risau juga sebab dia dah sarat mengandung. Moga keberkatan program itu membawa kebaikan kepadanya dan anakku juga. Kami berbicara akan berita terkini, walaupun baru berjumpa Ahad lepas masa riadah.
Weekend ini merupakan weekend pertama bagiku sebagai orang yang menetap di Kuala Lumpur. Aku tak dapat membayangkan, aku tak perlu rushing ke airport lagi untuk mengejar flight ke Miri, dan disambung dengan driving selama dua jam lebih untuk ke rumah. Segala puji bagi Allah atas nikmat yang diberi. Bila memikirkan nikmat ini, aku sangat menghargai kehidupan yang kulalui sekarang ... berada bersama isteri dan anak.....walaupun pada mata orang biasa, ia adalah perkara biasa... Moga aku mensyukuri nikmat ini dengan menyerahkan masa dan tenaga dengan lebih baik untukNya!
Hari ini aku bertemu kembali dengan teman-teman seperjuanganku dahulu. Wah, teringat aku masa mula bekerja di KL 6 tahun dahulu. Kali ini aku lebih masak dengan kekurangan dan kelebihan yang ada pada mereka dan juga menghargai roh yang ada di sebalik apa yang dibuat. Banyak kisah-kisah lama dan baru kami kongsikan bersama .... Moga aku lebih bersemangat dan tsabat di jalan ini!
Hari ini aku melapor diri ke tempat baru. Kusangka bangunan buruk, rupanya di renovate sebegitu class, ibarat KLCC. Kusangka kena pakai tie sampai petang, rupanya agak casual dan terbuka suasana kerja di sini. Teman-teman baru terdiri dari yang terlibat dengan design dan project, dan segelintir sahaja ada pengalaman loji. Aku teringat semasa aku mula melapor diri dahulu. Ketika itu aku amat mentah dan mengikut apa yang diarah dan disuruh. Memang sangat mentah. Cuma kali ini, aku membawa sehimpun pengalaman yang amat bernilai. Alhamdulillah, aku bersemangat ... sebagaimana aku bersemangat di waktu mula kerja dahulu. Tatkala pulang ke rumah, aku pulang bersama isteri .... aku tidak percaya ia berlaku sekarang, tetapi ia memang benar-benar berlaku! ... dan ini menunjukkan kuasa Yang Maha Menjadikan! Segala puji bagiNya!
Petang tadi bertemu dengan ZAZ. Ehe, begitu beriya-iya dia ingin bertemu. Banyak kisah-kisah lama dikongsikan kembali. Banyak juga pengajaran yang aku boleh ambil dan belajar darinya....
Hari ini aku pulang ke Kuala Lumpur bersama keluargaku. Terasa seperti pulang dari belajar di Australia dahulu. Mungkin ia adalah serupa ... kerana aku pulang setelah 'belajar' selama 5 tahun berkenaan hal teknikal (elektrik) dan juga berkenaan bagaimana harus dilalui jalan ini.
Image
This is it.Today is my last day as LNG staff.Alhamdulillah.
Aku ingin menulis, akan tetapi masa seolah tiada untuk aku merehatkan jasad ini. InsyaAllah aku akan pulang. Namun, sebelum aku pulang, seolah aku ditakdirkan olehNya untuk melakukan satu perubahan terakhir yang mungkin terbesar bagi bumi kenyalang ini. Aku berasa amat terharu kerana Dia menjadikan saat perpisahan dengan teman-teman di bumi kenyalang dalam keadaan sedang berjuang di jalanNya!
Image
Perjalanan kita terasa sangat jauh bila kita tidak tahu di mana penghujungnya.Hanya yang mempunyai ketabahan sahaja dapat mengharunginya.Sebenarnya ia adalah cara Tuhan menguji keyakinan kita terhadapNya.Teruskan perjalanan,kerna kemenangan itu pasti tiba,yang adakalanya dalam keadaan yang tidak disangka.
InsyaAllah aku akan berpindah ke Kuala Lumpur tidak lama lagi ... tinggal menunggu surat rasmi dari pusat.... Apa yang berlaku menunjukkan kuasaNya yang Maha Hebat . Aku terkenang tatkala Dia membantu aku untuk mendapat ijazah kelas pertama ketika di Australia dahulu. Ia sungguh luar biasa! Dia telah menjadikan aku mendapat keputusan yang cemerlang ... lebih dari apa yang aku jangka! ... sedangkan senior-seniorku tidak pernah habis kursus dalam masa yang ditetapkan, kerana terpaksa extend semester. Kali ini Dia menunjukkan kuasaNya yang lebih luar biasa. Loji itu amat sukar untuk dibuka pintu bagi membenarkan pekerjanya bertukar lokasi. Ditambah dengan keadaan orang tidak mahu pergi ke sana... Tetapi, hujung tahun lepas, ketua bahagian elektrik bersama pembantunya mempropose lalu mem fight untuk menjadikan pergerakan aku suatu realiti. Ketua kejuruteraan menyetujuinya ... Suatu keajaiban! MasyaAllah. Tidak lama selepas itu, pergerakan aku diluluskan oleh ketua loji. MasyaAllah! Jika
Allah memperkenankan doa hambaNya. Kekadang, untuk menunaikan permohonan hambaNya, Dia persiapkan suasana dan keadaan sekeliling kita sebelum ia diperkenankan. Sementara persiapan berjalan, kita berasa seolah doa kita itu tidak diperkenankanNya. Jika kita tidak sabar, kita mula berputus asa lalu merasa kecewa dengan doa lalu berhenti. Jika kita sabar, dan memberi sepenuh tawakkal kepadaNya, nescaya kita dapati harapan itu muncul setelah kita berdepan dengan suasan yang putus asa itu. Realiti ini merupakan pengajaran yang aku ambil terhadap apa yang berlaku kepadaku kini. Juga aku dapati dari karya HRS yang amat popular, iaitu KCB1 dan KCB2.
Image
Hari ini agak menarik.Waktu pagi aku di Tloh,menukar dan mem'balance' tayar.Tengahari di MBSA,Shah Alam,melihat YHY menjadi pengantin.Petang di KLIA Spang,bersama keluarga,menghantar adik ipar ke India.Selepas Maghrib,aku menunggu kapal terbang ke Myy.Tengah malam nanti,tiba di Myy,lalu memandu ke Btu bersama teman.Segala puji bagi Allah atas kekuatan yang diberikan.
Adakah anda terfikir, ketika anda berehat di rumah ... tanpa sedar, anda menjadi punca kepada kerosakan yang ada di dunia ini? Masakan begitu?! Adakah dengan berada di rumah dan berehat sahaja sudah jadi sedemikian? Mari kita lihat ... di saat ini, dunia dikuasai oleh kejahatan dan musuh-musuh islam. Malah mereka setiap hari merancang dan melaksanakan pelbagai agenda untuk memastikan dunia di bawah cengkaman mereka, dan memastikan tiada siapa yang bangkit untuk menghancurkan mereka . Untuk itu, mereka pastikan masyarakat seluruhnya rosak dan hilang keinginan dan jati diri. Mereka tabur hiburan kepada remaja dan memastikan mereka tenggelam sedalam-dalamnya ke dalam hiburan ini. Sememangnya apabila kita melihat remaja di sekeliling kita, semuanya terpengaruh dan tenggelam sama sekali, melainkan mereka yang dipilih olehNya untuk berpegang kepada islam. Tidak cukup dengan itu, mereka pastikan masyarakat mengejar harta dan wang, dan tidak putus-putus untuk mengejarnya. Lihat kehidupan kita
Tadi aku melihat teman-temanku menyusun langkah dan mengemaskan susunan.Begitu serius dan bersemangat!Satu nasihat yang begitu mengesankan hati:'Tugas ini diamanahkan olehNya kepada kita,jadi semua orang mesti memikulnya sama ada mahu atau tidak.Bersyukurlah kerana kita dipilih untuk berada bersama-sama di jalan ini!'Moga kita terus tsabat.
Image
Hari ini aku ke myy utk pulang ke rumah dari sana.Terlintas di dalam perjalanan;Kita bersungguh dalam mengejar pencapaian cemerlang dalam kerja supaya dapat penilaian bagus di hujung tahun.Adakah kita bersungguh mengejar amal supaya mendapat syurga dan redhaNya di hujung nyawa kita?