Posts

Showing posts from September, 2006
Lama aku tak update blog ini. Aku tiada sempat mengakses internet. Sibuk ke sana ke mari. Sudah pergi ke Miri dua kali berturut-turut. Malah menyambut ketibaan di Miri, demi dakwah ini. Ditambah dengan kerja di loji macam nak gila. Sememangnya tempat kerja aku stressnya berganda-ganda. Tapi sekarang bulan yang mulia sudah tiba, dan aku rasa sangat nantikannya. Dan kini aku melaluinya sebagai seorang yang dah berkahwin, cuma berjauhan sahaja. Hanya kepadaNya aku berserah ... segalanya.
Minda yang kecil akan memikirkan benda yang kecil... Minda yang besar akan memikirkan benda yang besar... Namun ramai orang menyangka minda mereka cukup besar, walhal mereka memiliki minda yang kecil... Jagalah 'minda' anda ...
Semalam aku bertemu dengan penulis buku 'Budak Dakwah'. Wah, best tahap naga melayu! Bila penulis tu menghuraikan berkenaan hadith pasal budak dan ahli sihir tu, terasa sangat best. Akhirnya aku dapat tangkap apa yang dimaksudkan dan apa yang tersirat. Samping itu aku berjumpa dengan teman-teman seperguruanku dahulu. Cuma Nemesis seperguruanku tidak menghadirkan diri. Apa-apa pun, aku gembira dengan pertemuan itu.
My wife is pregnant for 14 weeks already. Her stomach still not round yet. She is healthy and can eat happily :) Alhamdulillah. The bounties that Allah give is very termendous.