Posts

Showing posts from January, 2004
Semalam aku mendapat dua perkara yang aku rasa best. Pertama. Setelah aku baca buku yang bertajuk heart soother/softener .. masa tu aku menaiki putra-lrt... pastu menunggu bas pemberi makan atau feeder bus :), aku terfikir ... selama ni rupanya ada satu hikmah besar yang diajar kepadaku. Semua yang berlaku seminggu lalu ... dua minggu lalu rupanya untuk mengajar aku satu benda. Bersyukur dan bersabar. Kekadang aku rasa tak senang bila dipandang rendah, walhal ... ada yang mungkin lebih rendah ... tapi mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada. Mereka bersyukur dengan kapasiti mereka. Mereka memanfaatka n sebaiknya nikmat yang diberikan kepada mereka ..... Aku pula? SAtu lagi .. semalam singgah di rumah ayah saudara. Dia baru sahaja dapat bayi. Anak ke-3. Wah. Pertama kali aku rasa bayi amat comel . Halusnya kaki dia. Waah, comelnya bila masa dia tidur . Aku takut nak pegang sebab kecik sangat. Mak pula kata orang lelaki kekadang camtu. Nanti anak sendiri pun takut nak pegang
Catatan tengah malam. Ehe .. sekarang segan nak online awal malam atau petang, sebab takut adik telefon rumah. Rumah ada 1 line je. TAdi aku merenung diriku. Sememangnya banyak nikmat yang Dia kasi. Aku asyik tak perasan je. Aku ingat aku serba lemah dan serba kurang. Walhal, hakikatnya banyak benda yang Dia kasi yang sebenarnya lebih dari orang lain . Astaghfirullah. Ampunilah aku wahai tuhanku. Bila aku memikirkan lagi. Jalan cerita hidupku dipenuhi dengan macam2 nikmat dari Dia. Bila direnungkan, aku dapati yang ku sangka kurang baik sebenarnya lebih baik. Yang kurasakan tak macam orang lain ... sebenarnya adalah lebih baik dari orang lain. Sememangnya amat banyak nikmat yang diberikan. Cuma aku yang tak sedar ia ada di hadapan. Kadangkala kita sangka kita tak dapat apa yang kita nak . Kadangkala kita sangka kita tak dapat apa yang kita rasa terbaik untuk kita. Hakikatnya ... mungkin Dia nak beri yang lebih baik kepada kita ... cuma Dia nak kita sabar je ... barangkali ki
Hari ni layan mak. Dia penat betul. Semalam hantar adik ke SMS Muar. Esok orang Jepun nak datang sekolah dia. Dari Akifuchu . Sekolah ni datang ke sini setiap tahun. Rapat betul ngan sekolah mak aku. Hmm .. ni yang aku terlintas pagi tadi. Bila memikirkan pasal keadaan aku. Amat besar nikmat yang tuhan kasi kat aku. Memang benar janji Dia di dalam al-quran :" .. orang lelaki baik untuk orang perempuan baik .. " (check dalam surah an-nur ... ada la kat situ!). Mungkin orang tak nampak. Sebab ... mereka belum cuba ! Kalau kita nak orang yang soleh ... jadilah orang yang soleh dahulu ... bukankah itu yang paling baik? Bukankah kita mencari hati ? .... sebab andai kita suka kat apa yang ada di wajah dia, dia akan menjaga wajah dia .. dan andai kita suka kat apa yang ada di hati dia , dia akan jaga apa yang ada di dalam hatinya ... Tak ramai orang mempunyai luaran yang lawa ... tapi lagi tak ramai yang memiliki hati yang cintakan Penciptanya!
Alhamdulillah. Serigala berjaya diterajang kali ini. Benar. Time kita seorang camni, time tu serigala datang balik. Masa ni kita yang akan berperanan untuk memilih. Nak dimakan atau menjelma menjadi singa lalu menggigit atau menerajang serigala yang datang tu. Isilah hatimu dengan al-quran ... isilah hatimu dengan ilmu ... banyakkan membaca ... kerananya kamu tak mudah tergelincir. OK! Time idle mesti diminimakan. Banyak nak baca ni! Demi matlamat yang besar, walaupun tak nampak lagi bila ia akan direalisasi!
Pagi ini berpagi-pagi dengan bacaan ma'thurat . Payah benor nak baca sorang2 ni. Tapi kalau kita betul2 nak buat, kita buat aje! Hmm .. jika pemangsa datang lagi... Heh ... kali ni aku tak mahu kalah. Akan ku terajang pemangsa tu (kalau tak larat, akan ku panggil sahabatku untuk menerajang bersama) ! Err ... mungkin ku bakar ia sekali! Sahabat. Andai rasa di hati ... ingin dipenuhi ... ingin sesuatu yang menenangkannya ... isilah dengan al-quran ...isilah dengan zikir ... isilah hati dengan benda bermanfaat ... sesungguhnya hati cepat jemu ... sesungguhnya manusia itu bersifat pelupa.
Minna san! arigatou! (terima kasih semua!) Alhamdulillah . Akhirnya hatiku kembali pulih! Alhamdulillah. Rupanya dalam semangat ada ruang vakum yang aku tak sedar. Rupanya dalam diriku masih tersembunyi perasaan kurang baik . Masih tersembunyi sesuatu yang menantikan ia untuk meletup sahaja. Rasa tak puas hati yang amat kepada seorang manusia ... yang aku pendam ... yang aku cuba hapuskan suatu ketika dahulu ... datang kembali secara tiba-tiba! Dan ... alhamdulillah ... perasaan itu sudah pergi ... dan aku harap ia tak akan kembali selama-lamanya ! Rupanya Dia nak aku sedar masih wujudnya kelemahan dalam hati ini. Rupanya Dia nak aku sedar ... bahawa setiap kali aku hadapi krisis ... mengadulah kat Dia dahulu ... ingatilah Dia di saat itu ... sebab melalui mengingati Dia ... melalui bersabar menerima ujian Dia ... hati akan tenang .... dan pertolongan akan datang!!! Selepas setiap kesusahan ada kesenangan. Bersama setiap kesusahan ada kesenangan. Memang benar janji Tuhan!
Sometimes ... when He wants to upgrade you, you will encounter something that you think that you would never ever able to bear it. Actually you can. You have the capacity to bear such thing. Why? It's because the hardship is from Him . Hmm .. It was me who said it. It was my friend who reminded me about it. " Bersabarlah ... barangkali kita kena bersabar sedikit sahaja lagi ." Yes. It really means a lot to me now. Sometimes, you face hardships that nobody knows except you and Him. It seems that it would be hopeless. Nothing seems to be possible at that moment. I should remember this : " Whoever has taqwa towards Allah, He will create solutions (for his problems/hardships). (thohaa:2) ".
Something is wrong here. Really wrong . I don't know why and how it started. It seems that the soul is resetting . Even meeting friends does not recharge the heart. Something is really wrong. No! It can't be. Help me.
Hmm ... jangan putus asa! Berusahalah! Takleh ikut rasa malas ni. Kena berusaha! Keje ni makan masa dan perlukan kesabaran!
Hmm . Perlahan-lahan keadaan mula memamah jasad seorang manusia. Apa yang patut dia buat? Adakah dia boleh berbuat apa2 ? Sesungguhnya pemangsa amat bijak ... atau mangsa yang kurang bijak ....
hari ini aku rasa tak sedap badan lagi. hmm.. barangkali kaffarah dosa lagi.Esok aku nakcamping lagi . Terasa rindu kat kawan2. Wah. Bila mereka balik ke aussie nanti, mesti makin rindu. Hmm .. bahaya betul bila kambing tinggal sorang-sorang ni ...
Dunia hari ini menyaksikan manusia mencari penyakit dan tak mahu mencari ubat . Hampir setiap hari ada sahaja kejahatan yang dilakukan oleh manusia. Ramai jadi mangsa. Lelaki. Perempuan. Malah kanak-kanak pun menjadi mangsa. Pada masa yang sama, manusia tidak tahu macam mana nak selesaikan masalah kejahatan yang berleluasa. Kasihan pada manusia. Pencipta kita sudah menunjukkan penyelesaiannya , tapi manusia tidak mahu menerima. Manusia ingin selesaikan dengan menggunakan akal mereka yang amat terhad kapasitinya . Terhad kapasiti itu bukan kerana bodoh atau cerdik ... tapi kerana sememangnya manusia tak mampu untuk mengetahui hakikat jiwa mereka . Bukankah Dia yang lebih mengetahui hakikat ruh kita dan kita tak tahu apa-apa mengenainya (Sila cari dalam surah al-kahfi)? Sampai bilakah manusia akan jadi begini? Adakah kita nak biarkan keadaan ini berterusan? Adakah kita akan terjaga bila masalah ini kena kepada orang yang kita sayang? nauzubillah. Kasihan kat kita ... sebab ki
Wah. Apa sumbangan aku kepada dunia hari ini? Hmm...
Alhamdulillah.Ingat balik apa yang nak ditulis.Macam ni : Kekadang kan, kita rasa kita ni jahat sangat ... banyak ngan dosa . Kita terasa amat payah untuk bertaubat. Kita rasa kalau kita bertaubat, orang lain akan kata macam-macam kat kita ... kita rasa kita dah jauh dari kebenaran... kita rasa seolah-olah kita dah memang tiada harapan lagi ... Tapi .. renunglah kembali wahai diri .. kita dah rasa akan dosa kita ... kita dah tak bangga lagi dengan dosa kita ... kita dah perasan akan kejahatan kita ... mungkinkah itu tandanya Dia nak tunjukkan sesuatu kat kita? ... mungkinkah itu tandanya Dia nak kita kembali kepada-Nya .. dan kembali ke jalan-Nya? ... dan mungkinkah itu tandanya Dia sayang kat kita? ... sebab bila Dia sayang kat seseorang hamba, Dia akan kurniakan hamba itu ... kefahaman terhadap agama ? Benar. Jadi jangan tunggu untuk berubah. Kita tak tahu bila kita akan mati. Kita tak tahu apa yang akan berlaku seminit lagi. Masih ingatkah kita peristiwa-peristiwa hidup ki
Aii .. ada satu lagi entri. Tak ingat lak apa dia ... hmmm ... tido dulu la nampaknya...
Hari ni aku tersenyum kejap. Dulu aku kurang sabar . Bila nakkan sesuatu, aku tergerak untuk dapatkan benda itu sesegera mungkin. Terlalu gopoh dan tergesa-gesa ... Kini aku dinasihatkan oleh temanku supaya sabar. Bila aku baca sebuah buku ... buku itu pun suruh aku sabar (..Buku itu..) . Ehe ... dalamnya berkata : "adakalanya kita marah sebab hari yang mendung, sedangkan hari mendung menandakan awan itu mengandungi air yang banyak yang akan turun dan menyegarkan bumi." Benar ... kenalah sabar, sebab kita tak tahu apa yang berlaku di depan kita. Mungkin Dia nak kita sabar ... sedikit sahaja lagi!
Hari semalam aku menjemput adik aku di Shah Alam. Sekian lama aku tak drive jauh. Betul2 menguji ketahanan aku. Ketahanan aku untuk memandu agak rendah. Perlu berlatih supaya aku dapat drive lagi lama!!! Isyhh .. aku kena mantapkan ketahanan driving aku .. sebab nanti mungkin kena drive untuk bawa keluarga aku dan sahabat aku berjalan ke banyak tempat!
Tertidur tadi. Wah ... seluruh badan terasa malas. Kena kuatkan semangat!!!
Teringat aku sembang dengan kawan aku beberapa hari dahulu ... Bincang pasal kasih sayang dan hati. Ehe ... perasan tak ... andai hati kita sudah dipenuhi cinta kat manusia (atau dunia) sebelum diisi dengan cinta kepada-Nya, maka mudah sekali kita leka dari mengingati-Nya ... mudah sekali kita melanggar apa yang Dia tak suka dan yang Dia murka. Tapi andainya cinta kepada Allah itu tertanam di hati sebelum cinta yang lain, maka kita tak mampu untuk langgar batasan Dia semata-mata perasaan kita terhadap si dia! Hmm ... ok ke kalau kita bercinta walaupun tak dihalalkan oleh Dia? Ehe ... apsal aku asyik teringat idea2 camni? Aku ada keje yang lagi besar untuk dibuat! Jadi, sementara ni, pastikan masa kita adalah zero idle time! Waa ... baju tak jemur lagi! Kena gi jemur baju!
Wah. Semalam pertama kali aku lihat orang yang berbahagia. Ehe. Aku tersenyum je bila terfikir kat keadaan orang tu. Ayah aku pun senyum bila aku cerita pasal orang ni. Hehe ... dia ialah sahabat aku yang dah naik tangga ke-2 ! Aku? Bila sampai masa .. terjadilah ia . Semalam aku sembang ngan kawan gak. Terdengar cerita pasal orang yang bekerja di jalan ini . Kasihan pada sesetengah orang yang buat keje ni. : Kerja mengajak orang kepada islam dan menjadi muslim yang dinamik dan bergerak! Mereka harap kepada bertambahnya bilangan orang, bukan kepada bertambahnya usaha pada diri sendiri . Hakikatnya .. dalam keje cam ni, tuhan tak tanya berapa ramai yang kita dah sedarkan, tapi banyak dan susah mana usaha kita ... sebab ... ramai atau tidak, Dia yang tentukan!
Ok. Hari ni takleh lemah lagi. Mesti ada sesuatu yang boleh aku buat hari ini. Kelambatan untuk dapat bekerja ini pasti ada hikmahnya. Mungkin Dia nak aku upgrade diri aku sementara cuti ni.... Kasihan kawan2 kita. Kasihan kat kita. Kita suka berhibur,bermain dan berehat . Bila ada orang ajak kita untuk berfikir sejenak ... lebih2 lagi berkenaan realiti kita ... lebih2 lagi berkenaan hakikat kita sebagai hamba ... kita tak suka. Kita lebih rela dengan kehidupan kita yang sudah selesa. Hakikatnya ... itu bukan jiwa seorang yang ingin mengubah dunia. Itu hanya jiwa orang yang sekadar menjadi pelakon tambahan atau tukang solek di belakang pentas persembahan. Adakah kita lupa ... suatu masa dahulu, islam pernah menerangi dunia .. islam pernah memakmurkan dunia ... sehinggakan semua orang ... semua makhluk aman dengan suatu sistem yang amat lengkap dan amat mantap ... kerana sistem ini bukan ciptaan mana-mana manusia ... kerana sistem ini datang direct dari pencipta kita!
Tidakk! Aku tidak boleh down masa ni!!! Rupanya ada yang kena lagi hebat dari aku . Ada yang sedang hadapi cabaran hebat dari suasana!!! Hanya Allah yang dapat menjaga dia. Mantapkan iman dia. Kuatkan semangat dia. Amin. Kamal. Semangat dah kembali kan ? Manfaatkannya sekarang!!!!
Entah mengapa aku terasa amat down di saat ini. Kawan sudah berjauhan. Aku sudah terputus dengan temanku . Tak tahu apa yang terjadi kepada dia sekarang ini. Adakah temanku dan aku mampu istiqamah dalam keadaan begini. Adakah kita dapat meneruskan semangat kita di kala orang sekeliling bergembira dan berlapang dada dengan kerosakan yang melanda. Orang di sekeliling kita memandang pelik kepada kita .... ... suatu benda yang aneh di planet ini ... bila seorang lepasan ijazah jurutera bercakap dan concern perihal agama ... Ada bisikan sumbang yang membisikkan perkara buruk kepadaku. Melemahkan semangatku di saat jiwaku sebegini. Mengatakan, tiada apa yang boleh dibuat. Lebih mudah untuk ikut arus dari melawan arus yang sedang melanda .... di mana kawan-kawan kita tatkala suasana menekan jiwa? .... Kamal ... Dia sentiasa melihat kita. Biarlah apa orang kata.Kita ikut islam kata,bukan ikut orang atau bangsa kita kata .... Jangan harap pada kawan,sebab kawan tu manusia dan
Sambungan celoteh. Aku nak gak tulis sebelum aku tidur ni. Pastu ... kita ibarat memandu kat highway. Tapi anehnya, ramai yang memandu pada arah yang berlawanan dengan arah jalan. Anehnya, kita pula yang dianggap memandu pada arah yang salah! memang aneh .. sebagaimana yang nabi kata ... cuma , yang kena saman nanti siapa ? kita atau mereka ? Lagi ... untuk mendapat visa ... kita kena persistent ... sebab ... persistent pays ! Hmm ... biarpun susah , kita terus buat ... sebab yang kita boleh buat ialah usaha , dan keputusan Dia yang tentukan !
Semalam aku mengembara bersama teman ke Pulau Pinang. Sepanjang lebihraya utara selatan itu, aku belajar banyak benda. Benda realiti. Realiti kepada hidupku dan hidup orang lain. Pertama ... betapa faham mana kita ni, kita bukan malaikat. Kita pasti ada kekurangan. Isteri kita pun ada kekurangan. Kita tak boleh expect dia seperti huda dalam siri solehah tu. erk! nak bawa mak keluar kejap ... sambung nanti ek!
Alhamdulillah. Sakit belakang dah kurang. Siang nanti nak ke kenduri sahabat aku. Ehe ... contoh terdekat kepada jawapan persoalan aku sebelum ini .... Sabar la yek. Allah tak kasi sesuatu kat hamba Dia melainkan hamba itu mampu untuk menanggungnya. Dia sayang kat kau tu ....
Hmm ... tadi aku terdengar satu nasyid. Geli geleman aku dibuatnya. Ehe ... nasyid pasal couple ni. Dulu ... teringat aku pada diri aku ... Aku tertanya-tanya ketika itu... dalam islam, ada coupling tak? Mengapa ramai orang bercouple? Adakah itu cara untuk cari pasangan? Adakah itu cara untuk membawa kebahagiaan? Entahlah. Akhirnya aku temui jawapannya. Cuma kena sabar ... sebab nafsu dan syaitan tak suka cara ni. Jaga pergaulan dan gunakan islam sebagai cara dan neraca untuk mencari si dia .... Ehe ... kita nak ikut apa yang islam kata , bukan ikut apa yang orang kata ....kerana itulah prinsip kita! Bukankah kita ingin menjadi batu-bata yang akan mengubah dunia?
Hari ini hujan. Hmmm ... aku melukis lagi. Wah. Bila kita berseorangan, mula datang macam2 perasaan. Hati mula meminta untuk diisi. Mulalah benda di sekeliling menarik kita ke arahnya. TV. Internet. Game. Majalah. Kamal ... bukankah orang yang paling berjaya ialah orang yang meninggalkan perkara yang tak bermanfaat? ... lihat surah al-mukminun ... dalam 5 ayat awal dia. Dan ... hati kan rasa tenang bila kita isi masa kita dengan benda bermanfaat, lebih2 lagi bila ia bertujuan untuk capai keredhaan tuhan ... Betul kan?
Hari ni ada catatan menarik untuk diri aku. Hari ni aku sembang perkara menarik ngan mak. Sambil hantar mak ke sekolah, aku tanya mak berkenaan belanja seorang anak ke sekolah. Mak kata dalam RM600 setahun (atau satu semester .. tak ingat) untuk seorang anak sekolah rendah. Kalau menengah mungkin kurang sedikit,mungkin lebih .. bergantung kepada belanja harian anak tu kat sekolah. Oh, memang banyak mak dan ayah belanja untuk kita. Begitu juga kot kita kepada anak2 kita nanti. Banyak pengorbanan mereka di situ ... dan di masa2 lain juga! Petang tadi pula bincang pasal lahirkan anak . Ada yang kena bedah. Ada yang cara semulajadi. Itu bergantung kepada ibu yang nak beranak. Pastu kan, yang paling susah hati masa anak tu nak lahir bukannya mak, tapi si ayah . Selalunya ayah akan tend untuk pengsan . Hmm ... mak kata perempuan dah biasa dengan sakit. Setiap kali mereka datang bulan sebenarnya sakit. Oh . Aku baru tau benda ni. Laki lak .. sakit sikit je mungkin dah cam sakit besar.
Banyak buku kena baca. Hmm ... nanti bila keje, takut kita tak ada masa lak.Manfaatkan masa yang ada!
Hari ni sakit tulang belakang lak. Sakit betul setiap kali nak pandang ke kiri atau ke kanan. Hmm .. kaffarah dosa aku ni. Aku mula teringat kat orang lak. Ya Allah ... tabahkan hatiku ini.
Badan still tak sedap.Ujian.Kuatkan semangat.
Masih menanti kerja.1st class.Takde keje.Hmmm...sekarang sudah menjadi penganggur terhormat .. ehe! Nak keje.Sebab nak dapatkan visa khas untuk misi seterusnya ! Hari ni badan tak sihat.Tertidur lebih lak.Sampai sekarang tak sedap badan .Sabarla. Hati ini ... bila tak diisi dengan nur Ilahi ... bila tak diisi dengan zikir kepadaNya ... bila tak diisi dengan benda bermanfaat ... benda 'kosong' akan masuk. Benar. Bila kita meninggalkan benda berfaedah ... bila kita ingin berehat dari keje ini ... mulalah hati kita diisi dengan benda kosong .Sangat kosong sehinggakan kita mahu ia diisi. Malangnya kita mengisinya dengan benda yang lebih kosong .Mula2 akan tengok TV.Lepas tu chatting.Lepas tu.Lepas tu.Semakin kosonglah jiwa manusia. Semoga kita tak begitu.Temanku.Matlamat kita masih jauh.Mari kita sama-sama upgrade diri kita sementara masa masih ada ni ...
Hmm ... sebenarnya kita telah ditipu. Ditipu oleh kotak suara itu. Realitinya tak secantik dikata. Tatkala aku melihat realiti sebenar. Apa disebalik benda baik yang dikata. Kita dikatakan gembira ... realitinya wujud kebencian yang tak terkata! Kita dikatakan bahagia ... realitinya statistik sebenar menunjukkan, jiwa manusia yang sengsara ... menunjukkan betapa gila manusia! Kita dikatakan itu dan ini ... realitinya bila kita pergi melihat sendiri ... alangkah sedihnya. Apa puncanya? Kita selami diri kita ini ... lihatlah dengan mata hati ... Apa penyelesaiannya ? Ada pada yang telah Allah kasi kat manusia ... berbentuk manual dan penerang manual ... yang sedang dipijak-pijak oleh musuh dan orang islam sendiri ... 1000 tahun amat jauh. Keje kita masih banyak. Kuatkan semangat dan bersabarlah!