Dalam kita mencari manusia untuk disedarkan dengan kesedaran islam, kita akan menggunakan berbagai cara. Ada yang direct, ada yang perlahan, ada yang secara umum, ada yang terlalu umum.

Tadi aku bersembang dengan hosmet di kedai mamak dekat sebelah stesen bas. Dia bercerita tentang approach yang aku lihat pernah dibuat oleh kawanku dahulu dan juga aku masa di Clayton dahulu. Approach ke atas hati. Dia mengatakan approach kepada hati memberikan kesan yang amat mendalam. Apabila kita dapat menawan hati orang itu, dia akan tertawan dengan kita, dia akan berkawan dengan kita ... dan dari situ terbentuklah ukhuwwah.

Aku melihatkan perbezaan antara orang yang kuat tautan ukhuwwah dengan yang sekadar surface sahaja. Dari segi perjumpaan peringatan keimanan sehingga ke perjumpaan biasa ... orang yang terikat hatinya amat mesra dan wujud rasa kebersamaan sesama mereka.

Aku teringatkan kawanku yang datang dua tahun dahulu. Dia merapatkan diri dengan setiap orang yang berdarah muda. Dia mendekatkan diri dan cuba memahami dan cuba membuka hati orang2 muda ini, termasuklah aku.

Hasilnya, aku di sini ibarat seorang yang bersedia disusun walaupun masih ada kelemahan dan kekurangan. Hasilnya juga wujud manusia2 yang sangat inginkan islam kembali ke tempat yang sepatutnya ... menjadi kuasa dunia.

Jadi, marilah kita menyentuh hati-hati manusia ini ... semoga diri mereka dan diri kita terbangun dari lena dan mengubah dunia!

Semoga lebih ramai manusia yang mendapat hidayah dariNya. Semoga usaha kita mendapat rahmatNya.

Comments

Popular posts from this blog

Parking di dayabumi.. 1st time

Hidayah