Kekadang kita berasa iri hati bila melihat nikmat yang diberi oleh Allah kepada orang lain.

Pasti hati berkata : "alangkah baiknya, kalau aku yang dapat nikmat itu."

Walhal, barangkali nikmat itu barangkali bukan yang baik untuk kita. Mengapa ?

Aku membayangkan andaikata aku terus bekerja di Kuala Lumpur, instead di Borneo ini. Aku membayangkan, diriku akan menjadi semakin jauh dari teman-teman, leka dengan keseronokan kota metropolitan dan kawan-kawan, seronok dengan kemudahan yang diberikan.

Aku membayangkan, dalam keadaan diriku yang masih belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi realiti hidup, terus berada di kuala lumpur dan berasa selesa di sana.

Bila aku dicampakkan ke sini, aku menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Hampir setiap malam aku mengembara dengan kancil putihku mencari manusia dan cuba membentuk manusia. Hampir setiap minggu ada sahaja perkara yang dibuat untuk mencari dan membina manusia.

Ini yang terbaik yang Allah kasi kat aku masa ini. Bersabarlah wahai hati. Dia akan ganti apa yang kamu tak dapat hari ini,dengan yang lebih baik suatu masa nanti ....

cuma kena sabar ... sedikit sahaja lagi!

Comments

Popular posts from this blog

Germany