Posts

Showing posts from August, 2013

Adik nak ikut usrah

Image
Subhanallah Walhamdulillah. . Tiba2 adik kandung sendiri nak ikut usrah .. Moga Allah terus tunjukkan jalan kepada dia tsabatkan dia di jalan ini.. (Nanges dalam hati...)

Mesir

14 Ogos... Berlaku pembunuhan beramai2 di dataran Rabaah. Pembunuhan yg dibuat tanpa perikemanusiaan. Askar2 di bawah general laknatullah itu menembak secara random kepada orang awam. 2000+ orang syahid. Wajah2 kematian mereka semua disertai dengan senyuman.. 15 Ogos... IKRAM .. ABIM ... HALUAN membuat demo. Bermula jam 2pm depan Ambank Ampang Point .. berarak ke depan kedutaan mesir di Ampang hilir. Tak dapat masuk ke pintu depan kedutaan .. sebab polis dan FrU sudah membuat pagar manusia di depan kedutaan. Jadi demo hanya berteriak di tepi kedutaan... Aku singgah sekejap .. mengambil semangat teman2 yang bercuti 1/2 hari meramaikan suasana.. 17 Ogos... PAs dan NgO berkumpul di dataran Merbuk untuk munajat 100k kepada Mesir... Aku tak turut serta disebabkan keletihan melayani saudara beraya di rumah. Agak kesal kerana tak dapat bersama (... setelah dimuhasabah oleh UMFS) ....sehingga hari ini .. perbantaian kepada orang mesir berterusan.. Ya Allah .. bantulah mereka Hanc

Pengalaman luarbiasa Ramadhan 1434

Dah lama tak menulis blog ini. Aku menulis coretan ini di kampung halaman. 29 Ramadhan sudah tiba. Berakhirlah bulan yang dirindui dan penuh rahmah wal magfirah ini. Ramadhan tahun ini merupakan anugerah yang luarbiasa dariNya. Banyak perkara-perkara baik berlaku padaku dan keluargaku dari segi amalan. Pada tahun ini, aku dapat beriktikaf fardi di masjid hidayah dan di masjid kemensah. Ini adalah iktikaf  pertama kali semenjak aku pindah ke KL ini. Sebelum ini, aku selalu dapat beriktikaf bersama hosmet di Bintulu. Tambahan lagi, aku diberi peluang dan kekuatan untuk bersolat tasbih bersama imam tempatan. Solat yang amat menguji ketahanan sendi (15 + 10 +10 + 10 + 10 + 10 + 10 tasbih per rakaat, 4 rakaat yang menjadikan jumlahnya 300 tasbih!). Kali terakhir aku ikut rasanya masa di sekolah >_< Tahun ini, anak-anakku yang 6 dan 3 tahun menyertai solat isyak berjemaah serta tarawih di masjid. Ini adalah pertama kali semua anak-anak turut serta di masjid di bulan ramadhan. Yang