Posts

Showing posts from March, 2004
Hari ini akhirnya hujan dengan lebatnya ! Sejuuuuknya bumi ini akhirnya. Aku mula mengembara kembali dua tiga hari ini. Aku berjalan menemui seorang teman. Dia amat aku kagumi. Dia selalu bersusah-payah demi orang lain. Pada masa yang sama kekadang dia ada benda yang perlu dia buat dan perlu dia siapkan. Dia sentiasa mesra dengan orang dan orang jarang atau mungkin tak pernah lihat dia marah. Ehe ... dapat pengalaman baru bila pergi tidur di pejabat dia ... temankan dia buat kerja. Aku takut aku iri kepada kawan-kawanku di Australia sana. Mereka pasti ada banyak pengalaman baru . Hmm ... tapi rupanya di sini pun banyak pengalaman. Pengalaman hidup sentiasa ada, cuma cara kita hidup menentukan banyak atau sedikit pengalaman itu. Jika kita hidup biasa, atau dalam putaran yang sama, maka tak banyak cerita dalam cerita hidup kita. Banyak juga kenangan yang diberikan walaupun di sini. Bersyukurlah kepadaNya ye ! Bila dah bekerja, mungkin banyak lagi pengalaman akan saya jumpa.
Hari demi hari,kita melihat seolah harapan makin hilang.Kita melihat seolah perjuangan makin susah.Kita lihat seolah suasana tidak menyebelahi kita.Satu demi satu peristiwa.Satu demi satu lakonan dunia.Semuanya berpihak kepada mereka,kerana mereka buat masa ini memegang dunia . Namun,selaku manusia yang ada program ini...nak tak nak,kena jugak menunaikan tuntutannya... hmm ... hari ni pun panas lagi.Mengapa panas?Sebab kemarau.Sebab hujan mula kurang?Sebab ada perkara yang Dia nak kasi tau kat kita ?
survival of the fittest ... yang kuat membaham yang lemah ... manusia mencari kekuatan ... melalui wang dan penguasaan ...
from islamonline : A non-scientific poll by CNN.com showed 54 percent of the more than 200,000 respondents felt Bush crossed the line.... Rupanya ramai gak nampak kemunkaran mamat ni.Ingatkan dunia dipermainkan dengan berita2 dan cerita2 mereka.
Terbaca dan teringat.... “Sekiranya Kiamat berlaku sedangkan di tangan salah seorang daripada kamu anak pokok, maka tanamkanlah ia” [Diriwayatkan oleh Ahmad] ...maka, boku wa ganbaremasu!!!!!
Hmm.Semalam panas betul.DAlam masjid panas.Kat bilik panas.Bukak kipas pun masih lagi panas!
Hari ni aku berjalan dengan kawan lama.Waaa.Lama tak jalan cam ni.Dulu kat aussie jalan dengan dia gak.Dibawa aku ke merata tempat.Dulu ingat lagi jalan2 cari kawasan best untuk bersiar-siar.Dekat bukit.Sampai kereta takleh start.Ehe... Kali ni jalan2 di Malaysia lak.
These days I was being test ed.I think it was quite a lot.From there I can see who am I.Not what I think.It's what I am.How do I react,think,feel and being patient when pushed. It is easy to tell people to be patient .It is harder being patient and advising yourself to be patient.But that's life.Like it or not,it has happened.It is reality. When I looked back,I saw some of my plans shattered. I mean it does not work according to what I planned.Well,it is outside my control.I can plan,but He has better plans for me.Remember,last time when I did my thesis?Yeah.That time it seems to be hopeless.Early that year I thought that was going to be the best and interesting thesis but it ended with a very bitter end during the interview in the first semester!Remember that painful feeling?Remember the feeling ... being pounded into pulp ? Remember what happened then? At the end of second semester .... I ended up having the most impressive thesis presentation for russell's student
Diuji dan diuji.Bersabar yek.
Berusaha.Berserah.kepadaNya.Di kala harapan tiada.
Tahu tak anda.Seorang pejuang islam dibunuh hari ini.Mati.Semoga syahid.Amin. Tahukah kita siapa dia?Ke .. kita tak kisah siapa dia?
Tadi ke temerloh.Naik bas.Maklumla kereta kat bengkel.Lama tak naik bas.Teringat aku kat Clayton.Di sana bas lagi bersih dan berhawa dingin.Lagi selesa.Menepati jadual lak tu.Kalau mesin rosak,dia kasi naik free je.Pastu bila orang turun bas,mesti ucap 'thank you' kat driver.Pastu kat dalam bas ada pamplet jadual waktu bas untuk laluan tu.Rindunya.... Fotostat barang yang perlu.Nak cuba keje ni. Oh.Kat bandar dah banyak sampah.Harapnya cepatla semua orang kemas.Balik rumah pun naik bas.Penatnya.Lama tak jalan cam ni.Naik bas ke sana ke mari. Ehe...kena biasakan,nanti keje...bole la naik bas untuk jimatkan kos dan simpan.
Tadi aku dapat panggilan dari satu universiti yang tak terkenal.Mungkin ni peluang aku untuk kerja buat sementara ni.Nak sangat kumpul duit untuk matlamat tu.Aii .. sabarla,barangkali kena menanti sedikit sahaja lagi.
Pagi ini ayah hantar mak ke sekolah.Lepas tu mungkin dia hantar kereta ke bengkel untuk dibaiki.
Tadi kereta mak aku kena langgar di belakang.Teruk juga.Ruang barang dan lampu rosak teruk.Pastu, tiba-tiba macam-macam sahaja tak kena sepanjang hari di Muar.Adik aku nak cari kedai beli barang pun hampir tak jumpa.Kesian kat adik aku.Dahlah nak ke sekolah,tensen lak dengan insiden ini. Malam ni hujan lebat lak.Forecast kata tak hujan. Aku dapat SMS dari kawan aku.Akhirnya dia dah dapat surat offer.Aku belum lagi.Jadi sekarang tinggal aku seorang sahaja yang belum dapat surat offer(kalau dikira orang yang aku tahu dari batch aku).Hmmm...sedih terasa tiba-tiba.Possible ke dapat keje 1 april ni? Hari ini terlalu sedih.Sangat sedih dengan macam-macam yang tak kena. Sabar je la.Sabar tu susah nak buat.
Ingin ku ceritakan sesuatu yang ingin ku kongsi... Malam ini hujan lebat.Kilat sabung-menyabung.Sehingga sebentar tadi.Sekarang sudah reda.Adakah sesuatu yang besar telah berlaku? Ok.Aku bersama sahabatku berjalan-jalan berjumpa manusia.Tidak ku sangka,tapi memang berlaku,aku lihat senario seperti yang pernah dilukis dalam komik itu.Si suami buat kerja sampai dia penat.Dia drive sampai lewat malam.Bila nak pulang, teman dia pula yang drivekan pula.Dia adalah antara orang yang aku respek.Aku rasa ramai adik aku pun respek kat dia.Sentiasa senyum dan sentiasa bawa sikat ke mana-mana ;) Ehe...susah nak cari orang macam itu. Aku juga mendapati,perbezaan antara manusia membolehkan ia dimanfaatkan untuk jalan ini.Orang lelaki buat kerja secara simple tapi kekadang berlebih sedikit dari kapasiti biasa dan orang perempuan buat kerja secara detail tapi menghampiri kapasitinya.Ehe.. orang tak faham lak kali ni.Maaf yek. Hmm ... kita selalu mengharapkan good ending . Mungkin kita ba
Esok.Hari aku buat pertama kali mengundi.Sama-samalah kita tunaikan tanggungjawab kita.Jom buat pilihan....ehe... Hari ini hujan renyai pada pagi.Cerah.Petang cerah juga.Esok?hanya Dia sahaja yang tahu....
Selamat berjuang ... bagi jiwa yang sedang berjuang. Selamat bekerja ... bagi jasad yang bekerja. Selamat malam ... bagi yang nak tidur. Selamat jalan ... bagi mereka yang dah terbakar . Selamat hari lahir ... bagi yang masih hidup. Jangan berputus asa! Barangkali masa yang ada inilah Dia nak bagi pertolonganNya. Bacalah,barangkali yang kita baca ini akan masuk. Tulislah,barangkali yang kita tulis ini akan beri keputusan. Hafal,barangkali yang dihafal akan membawa kesan. Cubalah,barangkali yang dicuba itu ada jaya. Tapi,ingat ... hasilnya tetap Dia pegang.Yang kita buat hanyalah berusaha.
Tadi kawan lama datang.Sembang kejap dengan dia.Ehe ... dia sekarang berjalan merata juga. Hari ini cerah.Senang nak jemur kain.
Pagi ni cerah.Semalam hujan lebat.Aii ... asyik cerita pasal cuaca je. Hmm .. bila kita mendapat keselesaan,kita selalu lupa nikmat yang tuhan bagi dan lupa akan realiti hidup ini.Kita lupa saudara kita yang dibunuh di sana.Kita lupa saudara kita yang sedang teruk kelaparan di sana.Kita lupa saudara kita diperlakukan sesuka hati di sana.Disiksa.Ditembak.Dihina.Dikeji.Seolah-olah orang yang ada islam amat hina nilainya. Suatu ketika dahulu.Ketika seorang perempuan diganggu.Khalifah serta-merta hantar surat kat pengacau dengan mengatakan : "jika kamu tak lepaskan perempuan ini,nescaya akan kuhantar tentera yang bila sampai barisan pertama di negara kamu,barisan terakhir dari negara ini masih belum habis keluar!".Maka perempuan muslim itu dilepaskan.Dia dilindungi.Hari ini,berjuta-juta perempuan dianiaya dan dieksploitasi. Nampaknya masih belum banyak yang aku dah buat.Adakah sebab aku ni malas?Adakah sebab aku dah mula terikat dengan komitmen lain?Adakah aku tak taha
Sejak akhir-akhir ini aku mudah mengantuk.Tengah hari mengantuk.Pagi mengantuk.Malam mengantuk.Aii .. kena tambah masa bersenam ni!
Kyo ... nani o shimasu? Otanjyoubi ? Ehe .. hari ini aku sebaya dengan kawan aku.Mengikut kelender masihi aku dah masuk 23 tahun.Dah tua la aku.Semalam ingat 24,silap kira.Aku baru naik 23 tahun.Dah 23 tahun hidup.Alhamdulillah.Cuma, banyak mana sumbangan yang aku telah buat selama itu? Apa yang telah aku buat kepada alam ini? kepada islam? kepada manusia? The clock is ticking ... Hari ni cuti sekolah.Cuti universiti juga.Hmm .. mesti ramai tengah relaks,merehatkan diri setelah berhempas pulas belajar.Kita dibiasakan dengan budaya seperti itu.Ibu bapa kita pun,kalau kita perhati,lepas kerja,akan berehat dan bersantai.Weekend mesti dihabiskan untuk berehat dan bersantai.Jadi orang muda seperti adik kita dan diri kita pun dibiasakan dengan macam tu.Masa lapang dihabiskan untuk berehat.Buku memang tak sentuh la.Tapi rasanya di samping merehatkan diri,kita juga buat benda yang seronok .Untuk mengisi masa lapang. Kesian gak.Masa lapang diisi dengan hiburan.Masa sibut diisi den
Hujan lebat lagi.Kilat mula sabung menyabung.
Bagaimana seorang manusia boleh mengubah dunia?
Aku ada seorang sahabat yang aku respek.Ehe.Dia bersahaja ,pada masa yang sama bergaya .Dia pemalu pada masa yang sama seorang yang berani buat.Setiap orang ada peribadi yang menarik dan tersendiri. Semoga kelebihan kita boleh dimanfaatkan untuk memberi kebahagiaan kepada manusia dan alam seluruhnya.
Hari ini mendung sedikit.Semalam hujan dan ribut petir.
Aku rasa aku ni orang pelik.Memang pelik.Aku antara orang paling muda kat masjid kat kampung aku.Yang lain regular customer masjid yang berusia ke emasan .Orang muda lain?Berada di rumah berehat dan menonton Tv. Aku lihat orang lain cuba meniru perkembangan pakaian semasa.Tiru walaupun ia mendedahkan badan dan mewarnakan rambut . Aku tanya orang kat kedai makan, tak rasa apa-apa ke,sedih ke,apa ke... jawabnya,alaa ... dah trend semasa,kita lain... orang muda lain.Pelik.Aku orang muda,tapi mengapa rasa tak selesa.Peliknya aku ini. Aku lihat orang muda bercouple.Macam dalam Tv.Macam dalam drama.Macam dalam cerita amerika latin. Bagiku,couple lepas kawin. Masa tu dah halal.Masa tu dah dibolehkan sebab dah ada ikatan yang sah. Pelik kan apa yang aku fikir ni? Orang marah kat aku bila aku banyak sebut pasal islam. Bila aku cerita pasal kena ingat kat tuhan,orang terasa. Pelik,seorang berpendidikan kejuruteraan berminat pasal hadith. Pelik, bila seorang pakar komputer dan IT, minat
Semalam hujan lebat.Aku lihat orang berkumpul.Kereta dikiri kanan jalan.Bersiap sedia untuk sesuatu.Begitu bersemangat.Hujan semakin lebat.Kilat sabung-menyabung.
Hari ni sedih.Mengapa aku rasa sedih.Hmm.Sebab aku mendapat berita sedih dari kawan.Seolah-olah aku merasakan apa yang dia rasa.Namun,berat mata memandang(teks SMS),berat lagi bahu yang memikulnya. Setiap perkara pasti ada hikmahnya.Bukankah apabila Dia sayang kat hambaNya,akan diuji hamba itu dengan kesusahan ?
Boku desu...Kyo ... nani o shimasu? EHe.Best lak cara sahabat ni tulis blog.Teringat aku masa dulu.Aku nak sangat kawan dengan orang jepun.Nak sangat pergi jepun.Sebab?Orang jepun bersemangat.Tu yang aku lihat dalam siri drama dan anime suatu masa dulu.Cerita orang kulit putih dan kulit kuning langsat dan juga kulit hitam manis ,takde cerita yang menaikkan semangat.Sekadar menjadikan orang menangis atau berangan-angan. Nampaknya,sudah hilang kesenian islam yang berupa semangat dan keperwiraan ,kerana ia diganti dengan cinta dan keseronokan . Walaupun begitu,semangat kena dijana,kerana apa yang kita buat amat masa lamanya,barangkali 600 tahun lamanya! Yosh! Ikimasu!!!!
Hmmmm.Hari ini aku dapati kawasan perumahan ni hujan.Amat lebat.Sehingga menyebabkan banyak lopak terbentuk.Terutamanya di jalan besar kat sekolah rendah tu.Habis kotor kereta mak. Tadi di masjid aku mendapat suatu benda yang menarik.Ingin dikongsi kat sini. Pernah tak kita dengar nabi berkata:' mukmin itu ibarat cermin kepada mukmin yang lain' .Sememangnya benar.Bila kita melihat di cermin.Kita akan nampak kekotoran pada muka kita.Cermin hanya menunjukkan kat kita,apa kekotoran yang ada di muka.Cermin tidak menceritakan keadaan muka kita kepada orang lain.Itulah sifat mukmin.Dia menegur andai mukmin itu ada kekotoran .Dia tidak akan menceritakan keburukan atau keaiban mukmin itu kepada orang lain.Di sini dapat dilihat,islam menegah orang mengumpat dan pada masa yang sama menyuruh mukmin saling tegur-menegur. Buat diri ini ... bila ada orang tegur,lihat apa yang ditegur...andai ia benar,sabar dan cuba buat sesuatu yang membina :).
When the power supply got interrupted,what would the system do to remove the interruption?Would the system halt?Would it detach/disconnect the faulty part?
Sedihnya ... budaya kita diperlekeh. Apa yang datang dari orang berkulit putih diagungkan. Apa yang datang dari langit dipandang ketinggalan.Adakah aku macam itu?Hmm ... mari aku check.Ada tak dalam diri aku sifat ini?Takut-takut ada,sebab ia dah di install sekian lama.
Waa .. lagi seminggu, aku akan menjadi setahun lebih tua. Kalau sempat la. Yang penting, masa kita diisi.
Kekadang kan,kita ditarik ke dalam suatu keadaan yang mana kita rasa kita dah tak boleh pulih. Mungkin sampai kita rasa kita dah tak ada harapan. Mungkin sampai kita rasa satu demi satu benda menjadi serba tak kena. Mungkin sampai kita nak mencari benda untuk dipersalahkan,tapi akhirnya menyalahkan diri sendiri. Adakah bila timbul keadaan itu,kita rasa kecewa ? Adakah bila timbul keadaan itu,kita rasa alangkah baiknya andai suasana dahulu (yang amat kita sukai),kembali kepada kita? Ya.Tapi kita adalah watak utama cerita kita.Bukan cerita orang lain. Pengarah hanya melihat gelagat kita selaku pelakon utama dalam siri yang tak tahu bila ending nya ini. Cerita kita bergantung kepada pilihan kita.Selagi kita diberi nyawa,selagi itu kita berpeluang untuk menentukan jalan cerita kita.(tapi hakikatnya Pengarah juga yang dah set jalan cerita kat loh mahfuz sana). Namun,ingin aku nasihatkan kepada diri,bila keadaan menekan lagi,barangkali inilah masa untuk me-level up-kan diri.Inilah mas
Apa akan jadi pada orang yang lemah di luar dan di dalam?
Hari ni aku tak berapa sihat.Esok ada hal sedikit.Mak kena ke kuantan lak.Kesian mak.Dia pun kurang sihat.DAhla keje. Sekarang di sini meriah.Sebab dah dekat nak raya.Ehe ... pilihan raya!Orang kat keliling releks je.Kat masjid pun tenang.Kat kedai makan pun tenang.Tak sabar nak tengok malam election.Teringat masa kecik dulu.Masa tu kat kampung.Meriah.Ramai orang.Ramaai betul.PAtutla dinamakan raya.Raya maksudnya besar.Orang asli temiar/temiah pun gunakan istilah raya(atau raya' ... ada hamzah mati kat hujung...ehe) yang bermaksud majlis besar.Hmm ... kat aussie tak la terasa meriah sangat.Sebab tak rasa beza antara labour dan liberal dan sapa2 lagi. Tadi hujan.Mujur baju dah diangkat.
Oh.Teringat lagi. Pernah tak terfikir.Tangan kiri dan tangan kanan kita simetri.Kaki pun sama.Tak pendek sebelah.Hampir sama panjang kan? Hebat betul ciptaan Dia.
Dua tiga hari lepas aku teringatkan bicara bersama seorang pemuda: Petunjuk atau hidayah amat mahal.Tak ramai orang yang kita lihat di sekeliling kita dapat benda ni.Betul,cuba perhati.Kalau tak pun,cuba tengok diri kita,adakah kita sudah mendapat hidayah? Op.. lupa lak.Masa berbicara,aku ada tulis ... 1.ada manusia menemui hidayah 2.ada manusia dilanggar hidayah 3.ada manusia kahwin dengan hidayah Yang pertama,ada manusia mencari-cari dalam hidupnya benda ini.Sejak kecil dia cenderung kepada kebaikan.Sejak remaja dia inginkan kebaikan.Dia mencari dan mencari.Akhirnya Dia memberikan hidayah yang dicari kepada manusia itu. "..barangsiapa yang berusaha/berjihad di jalan Kami,Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami..." (tak ingat surah apa... insyaAllah,kalau ada rezeki akan ditulis) Yang kedua,ada manusia tidak terfikir untuk mendapat hidayah.Dia leka dan larut dalam dunia.Dia tidak sangka pun.Tapi Allah sayang kat hamba ini,maka diberinya hidayah melalui jal
Hari ni aku refresh php skill aku.Hmm ... semalam panas.Hari ni pun panas gak(tapi kurang sket).Esok panas ke agaknya? Semalam masa kat masjid terfikir lak satu benda. Ramai orang tua datang .Orang muda macam tak ada.Masa tua kita tak larat.Masa tua kita mesti struggle untuk rukuk dan sujud.Masa tua mesti kita penat bersila sambil berzikir.Masa tua gak kita payah nak pose sunat.Masa tua gak mesti rabun nak baca al-quran.Masa tua gak mesti rabun nak baca buku ilmiah dan neraca.Masa tua gak mesti tekak tak larat nak mengaji lama-lama. Masa muda kita banyak tenaga .Cuma hawa' ( nafsu ) rasa malas nak gunakan untuk perkara yang bermanfaat tapi kurang menyeronokkan.Lagi best jika tenaga digunakan untuk perkara menyeronokkan walaupun tak bermanfaat,malah merosakkan.Camtu yang nafsu nak. Renungilah wahai diri.
hmm.. hari ni aku temui beberapa benda menarik ! Petang tadi aku main-main dengan network settings komputer aku dan komputer rumah.Komputer aku tu yang aku bawa dari Aussie ;).Dua-dua pakai winXp .Sebelum ni komputer rumah boleh akses shared documents dalam komputer aku,tapi komputer aku takleh pulak.Macam-macam dah aku cuba sebelum ni. ICS menjadi,tapi file and printer sharing tak jadi. Tadi akhirnya aku jumpa sebabnya tak jadi selama ini.Rupanya guest account komputer rumah tak aktif.Patutla setiap kali klik kat ikon komputer rumah ,asyik mintak password je. Tapi keadaan ini mungkin menyebabkan komputer rumah terdedah kepada dunia luar.Sebab? Akaun guest telah diaktifkan dan mungkin boleh diakses oleh orang yang mengetahui.Agaknya ini pepijat yang dikatakan suatu ketika dahulu? Pastu kemas rumah sedikit.Terjumpa satu benda yang menyebabkan aku terfehlong sekejap. Fehlong ialah terkenang kisah lama(bahasa orang clayton).Aku terjumpa kereta mini 4WD Tamiya aku dulu.Ehe ..
Biarpun kita ada seribu kekurangan,tapi keje ini kalau kena dibuat .. ia tetap kena dibuat.Lebih baik dari tak buat langsung! Biarpun banyak lagi langkah yang perlu diambil,mulalah melangkah,walaupun kita terpaksa langkah satu demi satu.Lebih baik dari langsung tak melangkah! Kuatkan semangat!!!
Kekadang kita dipandang remeh oleh orang lain.Mesti marah kan bila diperlakukan sebegitu.Inilah yang susah bagi aku untuk kawal.Aku mudah marah bila dipandang rendah.Maksud aku bila aku fikir orang itu memandang rendah kat aku.Mungkin tu salah orang tu sebab suka pandang rendah atau salah aku yang mudah sangat terasa.Mungkin juga aku memandang rendah kat orang lain tanpa aku sedari,maka Dia jadikan manusia itu memandang rendah kat aku. Wahai diri,janganlah lagi memandang rendah kat sesiapa.Ingatlah,nikmat yang kau ada ni,semua bukan milik kau.Ia datang dari Dia.Ingatlah,kau itu siapa.Dia itu siapa.Kau adalah manusia.Dia adalah pemilik manusia.Bukankah segala-galanya datang dari Dia? Hari ni panas lagi.Malaysia ni panas betul dua tiga hari ni.Musim panas ke?Atau manusianya sudah panas ?
Sahabat.Doakan aku agar cepat dapat keje.Lepas tu .. ehe.Semoga dapat dalam hujung bulan ini atau 1 april.Amin. Hmm ... When we look around us, don't we think for a while about it? People say,if you learn science,you'll get to know more about your creator. Yes .However,how come my lecturers did not see it?How come many of our muslim engineers/doctors still disobeying the rulings of the creator?How come so many intellects in this world still denying the system from Him? I looked at myself.Do we wonder,how can we have feelings ?How can humans think?How is it possible that we make our hands move?Why we are structured like this?How come humans can be originated from just two cells? Who is the one controlling this process?Can it be done by itself? Simple questions. answers? . It has been told by our prophet. Humans are created .Everything we see are created.By ONE creator.The one and only. It is our creator. Allah .