Posts

Showing posts from June, 2010
Image
Alhamdulillah,akhirnya program pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia berjalan dengan baik.Aku berjumpa dengan saudara,rakan sepersekolahan dan Abang seAUssie di sana.Wah,ramai juga orang yang aku kenal,adalah ahli.Penulis muntlq juga datang!Moga ini menjadi suatu peristiwa yang membawa perubahan yang besar bagi ummat.
Image
Alhamdulillah,hampir siap persiapan setelah ikhwah bertungkus-lumus bekerja.Aku pulang hampir jam 4am.Moga ada tenaga untuk esok.Amiin.
Image
Jam 9pm.Aku tiba untuk membantu persiapan dewan.Pihak dewan MIEC hanya membenarkan kami masuk hanya mulai jam itu,kerana ada majlis perkahwinan besar pada pagi itu.Masya-ALlah!Masih banyak belum dikemas.Aku berdoa agar program esok berjalan lancar.
Image
Menanti waktu zuhur di masjid hidayah,KL.Angin menghembus sepoi-sepoi bahasa.Teringat masa-masa beriktikaf di masjid syakirin bersama YHY.
Seorang teman bertanya: "Tak balik kampung ke minggu ni?". Aku menjawab: "Hmm ... tengoklah". Dua tiga minggu ni aku tidak dapat balik kampung, kerana ' kampung ' datang ke KL. :) Ni semua sebab banyak kenduri kendara di masa cuti sekolah ini.
Image
Pada 9 jun,ramai orang datang untuk menderma,mendengar forum dan memberi sokongan kepada perjuangan palestin.Ramai pemuda dan keluarga dan NGO berhimpun.Moga semangat ini tidak lupus dek worldcup nanti.
Hari ini KL agak lengang.Ofis juga agak lengang.Barangkali ramai turut bercuti sempena cuti sekolah ini.
Hari semalam aku qiam dengan pemuda-pemuda dari sekitar kota itu.Amat bersemangat.Moga menjadi semangat baru.
Image
Seluruh (atau majoriti) rakyat Malaysia marahkan israel.Jumaat lepas,ramai turun demo untuk meluahkan kemarahan.Harapnya ia berterusan melalui boikot terhadap barang mereka.