Posts

Showing posts from June, 2011

Post Created Jun 20, 2011 4:15:23 PM

Hari semalam adalah Hari Bapa/Father's Day.... Aku menyambutnya dengan menjaga Fatih dan Husna di Melaka... sementara menantikan wife ber-team building

Post Created Jun 20, 2011 3:32:00 PM

Hmmmm
"Apa yang menggerakkan kita adalah hati, bukan jasad dan juga akal". Aku teringat kata ini dari mp3 pakcik K. yusuf. Wah, benar sekali... Apa yang menggerakkan kita untuk bangun dan ke masjid untuk solat subuh? badan yang kuat? pengetahuan yang banyak berkenaan fadilat solat jemaah subuh?.... .. tidak! ... jika begitu, mengapa ada orang yang ilmu agama banyak, tapi tidak beramal/berakhlak? Ia adalah digerakkan oleh hati yang memahami fadilat itu... Bila direnungkan ... kita akan gagahkan badan kita walaupun terpaksa bangun awal, terpaksa travel jauh, terpaksa spend duit ... bila nak hadiri konsert artis yang kita minat (superjunior? am?) ... bila kita nak beli iphone/ipad2 yang kita lama idamkan ... Semua itu digerakkan oleh hati... oleh itu, hendaklah kita berusaha agar hati ini memahami tugasnya yang sebenar dan menggerakkan tubuh ke arah jalan yang diredhai olehNya!
Lama tak update. sejak ada facebook dan twitter, blogger ni agak ditinggalkan. sekarang pun orang guna blog untuk set up website untuk bisnes dan lain2. akhir2 ni makin sibuk di kerteh, memandangkan fasa projek dah nak masuk ke bahagian membeli barang. bila beli barang, maka perlu banyak jumpa kontraktor untuk urusan pembelian. sejak dua menjak ini juga, aku mengikuti perkembangan negara ini. semakin lama semakin menjadi2 korupsi oleh pihak atasan terpancar dalam berita dan suratkhabar. mereka mula berbelanja luar biasa atas perkara yang sia2 (yang sukar untuk diterima oleh orang yang berfikir). ia tak perlu disorok pun, kerana sangat jelas menimbulkan syak wasangka di kalangan orang ramai. pengikut parti pihak atasan juga sudah menunjukkan ciri2 kemarahan dengan korupsi ini. moga Allah selamatkan negara ini.