Posts

Showing posts from October, 2003
All right!!! bateri dah dicas semula . Wah , begitu payah nak cas bateri jiwa ni. Charger buatan sendiri kekadang slow sket, lebih2 lagi bila perasaan berseorangan menyerang.... hari ni pakai charger orang lain .... charger kawan ... yang menunjukkan sinar harapan! Aku harap teman2ku yang sedang membuat persiapan untuk peperiksaan mampu stabilkan diri di masa ini... Kuatkan semangat semua!!!
Hari ni masuk hari ke3 aku hempas pulas upgrade ::Aussiee:: . AKu harap kelebihan ini digunakan seoptimumnya!!!!! OKlah. Biarlah dah tinggal seorang! Andai memang kena buat seorang diri ... akan ku cuba sedaya upayaku!!! Wahai tuhan ... Kaulah sahaja tempat aku mengadu dan Kau sahaja yang memahami jiwaku! Istiqamahkan aku dan temanku ... Amin!
Kamal ... kuatkan semangatmu ... dulu kan dah aku cakap ... He is watching you ...the line still on ... stay connected !
Terkenang akan diriku ... entah mengapa tetiba merasa sunyi .... di bulan yang mulia ini ... entah mengapa aku terasa aku mungkin akan begini untuk masa tertentu ... di mana , aku memikul senjataku untuk mengalahkan musuh ... di mana temanku tiada di sisiku .... di mana, hanya Dia sahaja tempat aku mengadu dan meluahkan rasa di hati ... betapa sunyinya aku di bumi ini .... Wahai tuhanku, bantulah aku untuk menggandakan kekuatan jiwaku ... dan jadikan aku menggunakannya untuk jalan-Mu. Istiqamahkan aku dan temanku ... Amin ....
Alhamdulillah, akhirnya website versi PHP siap fasa pertama. Harapnya laman web berbentuk portal ni dapat dimantapkan supaya kita semua dapat manfaat darinya. Nak tengok ? Klik di sini! ... Namun ia masih di peringkat percubaan :) . OK! Sekarang masa untuk ulangkaji ECE4509 Reliability ENgineering! Berusahalah!!!
Sejak dua menjak ini aku disapa oleh brother2 arab dengan mesra. Waa. Bestla bila aku lihat mereka sembang bahasa arab sesama mereka. Teringat aku kat seseorang. Kawan aku. Dia pun fasih arab. ... Teringin aku untuk fasih dalam bahasa ini juga .... Tadi salah seorang brother arab ajak aku berbuka di rumah dia. Dia orang Jordan. Makan makanan arab. Nasi , ayam , minced meat, yogurt , salad arab. Alhamdulillah .... Tadi pun lepas terawih ada sorang brother arab (mesir/sudan) hantar aku balik ke rumah.
Alhamdulillah... dah dua paper sudah! Tadi dipermudahkan untuk menjawab semua soalan ... dalam masa 40 minit !!!! Ok. Dah selesai satu tugas. Belum masa untuk relaks. Keje kita banyak. Pandang 600 tahun ke hadapan! Ke tugasan seterusnya! ... "Faiza faraghta fansob!"
Akhirnya dah siap satu paper. Tinggal lagi 3 ! Esok ada ECE4507 Renewable energy . Pasal Solar Panel , pasal Geothermal, pasal wind energy ... dan beberapa perkara berkaitan ngan environment. Hari ini hujan pula di Clayton ini. Setelah bertadarus kat rumah kawan, balik dan masak lauk berbuka. Simple je. Tomyam instant . Kesian kat aku. FAIL memasak. Adik aku dan mak aku tak kasi aku masak masa cuti tahun lepas. Nak tolong buat kuih pun takleh. Tapi tak perlu risau(especially yang akan bersama ngan aku nanti), aku tak kisah sangat dah pasal apa yang nak dimakan. Asalkan kita hilang lapar ... ok la kan? Lagipun , kalau minimise masa masak , maka harapnya ada masa untuk buat banyak keje lagi kan ? Semoga kita akan terus di jalan ini ... Amin.
Hari ini Exam bermula!!! Tendon, LIgament, Eccentric Contractions, Sesamoid bone, Cross-bridge, Supraspinatus, Deltoid, Collagen, Osteocytes,Action potential ..... banyaknya definisi yang student medic kena hafal ... ni baru belajar biomechanics.... OK, kamal ... ingatlah , mengapa kita buat semua ini selama ini ... mengapa kita berusaha sehingga kini ... Dah hari kedua ramadhan. Berapa banyak aku dah improve? Hmm ... apa yang boleh aku improve?!! Prepare myself! Go forward!!!
Esok paper BIomechanics. Alhamdulillah, kalau kita percaya kat Dia , Dia tak akan kecewakan kita. Tadi member aku non-stop kasi jawapan untuk sample question....dan alhamdulillah seolah-olah masuk ngan mudah dalam PC400 RAM aku .... OK. Bersama kita berusaha ...! Bersedia! Terus melangkah!
Tadi hujan. Subuh di masjid. Esok exam . Biomechanics (ECE4804). Lusa ECE4507 (renewable energy). Berusahalah!
Alhamdulillah. Akhirnya ramadhan dah tiba!!!! Solat terawih. Wah, aku terasa seronok bila lihat ramai orang datang ke masjid. Harapnya suatu masa nanti setiap hari orang muslim dan mukmin akan datang berjemaah di semua masjid di seluruh dunia!!! Amin.....
Hmm ... tetiba nak tambah lagi satu entri hari ini ... Andaikata selama ini kita berubah sebab sesorang , maka dia tak dapat bersama kita setiap masa atau selamanya ... tapi andaikata kita berubah sebab Dia, Dia sentiasa ada dan memerhatikan kita !
Semalam sembang ngan kawan. Dia sebut pasal risiko . Realitinya kita takut nak ambil risiko. Tapi peliknya kita selalu ambil risiko. Lihatlah ... kita sanggup tinggalkan rumah untuk ke universiti. Ke luar negara. Itukan risiko? Aku dulu masa mula nak masuk ke jurusan Elektrikal ini pun menghadapi risiko. Orang kata nak masuk ke Monash ni selalunya drop out kalau amik ECSE. Nak masuk ke department ECSE pun payah sebab ramai nak masuk. Nak pass sampai ke final year pun tak ramai . Risiko untuk gagal di tengah jalan tinggi . AKu melihat ramai kawan aku tersungkur dan terjatuh di tengah jalan. Bila difikirkan ke belakang lagi, banyak risiko telah diambil. Masa nak ke asrama penuh, aku tinggal di asrama pertama kali. Masa tu takut. Masa tu tak pasti boleh belajar macam kat rumah ke tidak. Bila difikirkan merentasi masa ... dahulu hingga sekarang ... kita sebenarnya sanggup ambil risiko , sebab ... kita percaya akan ganjaran daripada risiko itu , iaitu : ijazah, kecemerlangan pe
Tadi teman seorang kawan bersama mekanik untuk repair kereta dia. Kereta tu nak dijual kat kawan lain. Tapi dengarnya akan digunakan untuk tolong orang lain,bukan untuk diri sendiri. Mekanik yang repair tu aku respek ... dia boleh sabar. Ye la. Keje repair ni dibuat luar masa keje dia. Bukan OT pun. Tapi dia kira mudah dalam kos dan sebagainya. Tamat repair jam 12.00 tengah malam tadi ... dari jam 9.00 malam ... Hmm ... semoga Allah beri hidayah kat mereka ...
Setiap masa, ada ketikanya kita melihat manusia memilih jalan hidup ... malah menukar jalan yang mereka lalui ... Kekadang kita rasa sukar bagi kita untuk membuat pilihan . Kita berdepan dengan berjuta kemungkinan. Kita menjadi keliru, takut dan hilang kekuatan diri. Tapi , setiap kali ... setiap masa, jangan berputus dari berdoa kepada-Nya , agar jalan yang akan kita pilih itu , terbaik ... bukan untuk kita sahaja , tapi untuk suatu yang lebih besar!!! Ingin aku memberi sokongan dan doa kepada semua sahabatku yang mula membuat pilihan .... yang melangkah ke masa depan ... demi tujuan ... yang harapnya menjadikan kita bahan binaan kegemilangan 600 tahun di hadapan! Semoga hati kita tenang dan diberi ganjaran , serta kekuatan dan kebahagiaan ! ... Amin!
Hari ni bangun lewat sedikit. Bila tiba di masjid, orang baru habis solat subuh berjemaah. OK, esok kita cuba bangun awal lagi, insya-Allah! Hmmm ... pelik. Bola kat TV selalu diadakan pada pukul 2-3 pagi ... takpun 3-4 pagi . Mengapa timing bola selalu waktu2 sebegini? Hmm ... orang sanggup qiam bola untuk tengok.... tapi untuk solat subuh, untuk ibadah (khusus) malam , payah lak. .... dan worst case , mungkin ada yang lalai dengan solatnya ! Orait .... bila lagi , siapa lagi ... yang nak ubah keadaan ni. Mungkin bukan sekarang. Mungkin 600 tahun lagi.... tapi jadilah antara batu2 binaan yang membina perubahan itu! Istiqamah dan berusahalah!
Sekali lagi aku melihat temanku. Melihat diriku. Kami bersama-sama sejak mula sampai ke sini hingga kini. Macam-macam kami hadapi. Bersama dan bersendirian . Aku melihat lagi. Tatkala aku ceria , mungkin dia menangis. Tatkala aku tertekan, mungkin dia tersenyum. Kekadang kami senyum bersama , sedih bersama .... NAmun ...cabaran yang kami hadapi masih berbeza ... sebab Dia tak uji hambaNya melainkan mengikut kemampuan hambaNya itu.... Bersabarlah wahai teman, barangkali kita kena bertahan sedikit sahaja lagi ....
I read my entry on Thursday June 05 2003 ... ... and compare with what happened today. My thesis. My presentation. My life . Everything has changed. THere will be a great difference back then , when I was driven to do that for myself and when I am doing it for something bigger! Back to work ... thesis is finished. Well , do the next work ... faiza faraghta fansob!
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hari ini hari cerah . Tak hujan macam semalam. Hari ini aku present thesis aku. 11.30 pagi waktu melbourne. Hari ini menunjukkan betapa Dia membantu dan betapa hebat bantuan-Nya bila Dia kehendaki . Presentation aku tadi ada gak problem. Komputer meragam bila aku nak start bukak powerpoint slide. Pastu komputer tu hang/crash bila aku nak bukak movie clip robot. Tapi alhamdulillah, problem tu nampak kecil. Ramai orang lebih impressed dengan robot aku dan presentation secara keseluruhan. Sememangnya Allah maha kuasa! "Dan terhadap nikmat tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur) [ad-Dhuha : ayat 11]"
Aku ingatkan tak tulis blog ni. Tapi bila baca blog sahabat lain, semua kelihatan amat down dan mandorm sekarang ini. Hmm... aku pula? Sekarang tengah memfinalise presentation thesis aku. Ehe .. tak sabar lak nak present esok. 30 minit je. Teringat lak masa aku present last semester. Masa tu aku rasa lebih berat kepada camne nak survive dalam presentation tu .. dan camner nak score . Kini aku dapat lihat satu perubahan dalam niat aku. Betul2 berubah ... dari 'ECSE 1st in 2003!' kepada satu yang lebih besar!!! Sekarang, ECSE akan dijadikan alat untuk mendapatkan satu benda yang lebih besar ... hanya mereka yang memahaminya akan memahaminya. Demi Islam ... demi jalan ini ... Maka ... Bersemangatlah! Matlamat kita besar!!!!
OK. Esok ada presentation! Bercampur baur perasaan ini ... antara seronok dan gementar . Tapi , bila fikirkan kembali mengapa aku buat benda ni selama ini, percampuran antara perasaan itu hilang dan digantikan dengan satu perasaan baru. Benar, jika kerja ini kita buat untuk diri kita, maka kita akan usaha sekuatnya untuk diri kita dan akan risau untuk diri kita . Jika kerja ini kita buat untuk sesuatu yang lebih besar, maka ... apa pun yang berlaku, kita akan cuba yang terbaik, dan akan bersabar dan bertenang dengan keputusan dan hasil yang kita dapat. Malah kita akan berpegang lebih kuat kepada Yang Maha BErkuasa ....
Lama tak tulis entry. Ehe ... hari ini berlaku satu peristiwa yang kurang best, tapi aku sabar dan relaks. Alhamdulillah, Dia memang kasi ketenangan walaupun sepatutnya tensen masa ni. Tadi aku terlupa yang poster thesis (yang dah diedit) perlu dihantar sebelum 9am. Aku nak hantar sebab poster yang aku submit minggu lepas cam sket je maklumatnya. Bila aku nak hantar, baru perasan, dah jam 10 lebih. Maka, poster thesis aku tak dapatla diupdate. Tinggallah design poster asal yang aku dah hantar minggu lepas... Tak mengapa. Setiap mehnah pasti ada hikmah....
Hmmm ... entri tadi still cam something missing. Haa... ni dia ! : Kita kena sabar menunggu sesuatu ...sebab kekadang penantian tu lama, kekadang sekejap ... Kita kena sabar dalam mengikut perintah tuhan.... sebab nafsu kita rasa tak senang bila kita nak jadi baik.... Kita kena sabar dalam meninggalkan larangan tuhan.... sebab musuh luar dan dalam kita mengajak kita untuk buat maksiat, apatah lagi dalam keadaan sekarang..... Kita kena sabar bila kita nak jaga prinsip kita.. .. lebih2 lagi bila prinsip tu prinsip Islam, sebab prinsip ni ... prinsip orang yang 'dagang/asing'.... Benarlah, sabar itu sebahagian dari iman ....
Sebenarnya begitu banyak ingin ku tulis tapi ia lenyap tatkala jari ni nak menaip.... EHe .. pagi ni dibangunkan awal lagi. Alhamdulillah. Esok lusa still dapat peluang ini tak? Seminggu lagi nak exam. Seminggu lagi nak puasa!!! Wah, ni yang aku tak sabar. Rindu pada bulan tu .... OK. Dua subjek berat akan dihadapi dalam minggu pertama exam tu. Kena usaha kuat lagi! Ya Allah, bantulah kami dan sahabat kami. Amin.
Uriidu an ata'allama lughatal 'arabiyyah marratan! Teringin aku belajar kembali bahasa arab .... sebab setiapkali mendengar ayat-ayat yang berasal dari langit , hati ini ingin berasa tersentuh dengan maknanya yang mendalam ... Ehe ... lama tak tulis blog ni. Dua tiga hari lepas macam tenggelam dalam alam luar. Maaflah wahai diriku. Aku terlalu ingin membantu sahabat yang buat website supaya website tu dapat run dalam PHP ... maka aku mengeksperimen PHP dua tiga hari ni ... selepas aku hantar thesis tempoh hari ... Tadi Monash strike .... mogok tak ada kelas... jadi banyak kelas cancelled ....
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sesungguhnya janji Engkau itu benar . Seseungguhnya kata-kata Mu benar. Sesiapa yang menolong di jalan Engkau, Engkau akan tolong . Dan pertolongan Engkau datang dari tempat yang tidak disangka . Tidak disangka, dalam tempoh yang agak singkat thesis aku siap akhirnya . Mencecah angka perkataan 10,000++. Ditambah dengan result thesis yang meyakinkan. Sesungguhnya begitu besar dan hebat kuasa tuhan!
Akhirnya aku stabil kembali . Orait! Sekarang bersemangat semula untuk buat kerja!!! ... wah, tadi aku tertidur-tidur kat meja komputer aku ni. Sakit tulang belakang. Hmm ... ni rupanya maksimum limit aku. Yang kita kata 50% atau separuh sahaja. Tak dapat bayang kalau aku dapat tambah yang lagi 50% tu. Semoga aku menemuinya satu masa nanti (kalau still ada hayat lagi). Amin
Almost ... a bit more . Several chapters left for this report. But why I am feeling like this? My mood is swinging so sudden. Kamal , at this kind of moment ... trust me , Allah is watching and waiting for your call. Human actions affected by their emotions ... and that's what our Creator put in HIs manual. Trust Him and keep on your du'a . The link is still on... stay connected
Ehe , baca email dari adik perempuan aku tadi. Yang bongsu. Dia kata aku terlalu cepat membesar . Cara caka p dah lain. Minat pun dah cam lain. Tak gila kat game seperti masa dulu. .... Hmm ... aku dah besar? (Tersenyum sendirian) .... Aku dah 22 tahun. Kira level pemuda la kan. Baiklah! Teruskan perubahan ! Bersedia untuk cabaran seterusnya! Ya Allah, istiqamahkan aku dan teman2ku . Amin!
Ok. Lagi 5000++ perkataan lagi! Berusahalah sehingga habis! Semalam aku tertidur awal lagi. Alhamdulillah, mungkin itu time Allah nak aku rehatkan jasad. Allright, masa untuk teruskan kerja! Ingat kamal, matlamat kita! Go for IT!! :)
Semangat makin kuat. Jasadku terasa lemah disebabkan keletihan menaip. Teruskan usaha menyiapkan report tu! Betul . Bila hati kita inginkan sesuatu , ia akan menggerakkan rakyatnya untuk buat ke arah itu. Tak kira untuk ketaatan atau kecintaan atau kemaksiatan ... .. kerana cinta , hati sanggup buat apa sahaja .. .. kerana takut , hati sanggup bekerja walau sakit .. .. kerana nafsu , hati juga sanggup menzalimi jasadnya ... ....sememangnya benar apa yang Rasul kata ' ... ketahuilah, ia adalah hati ' "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas , dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas , dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya . Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengemba
Unstability still going on. Aku menulis thesis report terus menerus. Aku memfinalise robot terus menerus ... ... sebab tujuan aku untuk buat ni dah jelas. Aku nak buktikan sesuatu! ... demi sesuatu yang amat BESAR!!! EHe ... rasanya orang tertentu je faham kot.
The weather is cold. REally cold. I am stopping from writing my thesis report for 20 minutes. Eat pasta with soup. I am a bit down. Still unstable . No. I can't let myself like this. Hwaaah! I must continue to do work! Must work! BEcause the reason to do work is not for me! It is more than that! Allah has granted me so many things. He has given me so many things. A small test like this should make me stronger and I must endure! Changes in mood should not make me weak! All the best. Trust me. He's always watching you. Don't worry .....
Menulis blog dalam keadaaan separa stabil . Ketika ini keinginan aku untuk main game datang tiba2. Dah lama tak main. Aku kira dua bulan lebih. Mungkin tiga bulan. Main game tak optimise masa , malah bakar masa ..... Ni tanda2 untuk reset . Aku tak suka. Aku takut . Tatkala tiba di Malaysia aku akan direset oleh suasana dan orang di keliling. Siapa yang akan bantu aku? Adakah aku hanya bersama Dia ketika itu ... mengadu kepada-Nya .... berharap agar Dia masih menjaga hati ini ....? Ya Allah. Tuhanku. Bantulah aku untuk bertahan sehingga akhir hayatku! Amin!
PAgi ni kena buat keje kuat! Aku baru tau thesis report due RAbu depan! Ni akibat jarang check departmental website . DAhla tu, poster thesis kena hantar isnin ni!! Wah! kena kuat kerja! TAk ada masa untuk malas! TApi ... kena ingatla wahai diriku... mengapa kena kuat bekerja/study? Apa matlamat sebenar aku nak buat bersungguh ni? OK. Berusahalah semua! Kuatkan semangat kami dan pandulah hati kami ke arah niat yang betul . Amin!
Semalam tertidur lepas study. Aku tak sedar bila aku terlelap. Memang buat kerja sampai habis!!! OK. Teruskan usaha kita hari ini!!! Berusahalah! Asbahna wa asbahal mulku lillah! ...
Bila aku kenang lagi... apakah kelebihan aku hingga aku dipilih untuk mendapat kesedaran ini? Apa kelebihan aku sehingga aku dipilih untuk melalui jalan ini ?.... Dia lebih mengetahui . Bersyukurlah . Berusahalah ! Berdoalah agar .... .... aku dan temanku berterusan di jalan ini sehingga mati.
Entah mengapa ... hari ini tetiba hatiku terkenang akan diriku .... teringat dosa2 lalu. Wahai tuhan, bersihkanlah diriku dari dosa2 lalu .... mudahkan aku untuk melangkah dan istiqamahkan aku bersama temanku dalam pelangkahan kami ..... Semoga cucu cicit kami merasa kehebatan cahaya Islam 700 tahun nanti ... Amin
Hari ni satu lecture pun takder. Ngantuknya .... Kena buat keje! Ada thesis report, reliability assignment, robotics assignment dan biomechanics kena hantar minggu ni dan minggu depan!!! Grr .. takleh malas! Kena lawan! OKla... ke library sekarang!
Erk ... thesis due seminggu lebih lagi. Masa dah sikit. kuatkan semangat. Dia pasti menolong hambaNya. Berdoa kepadaNya selalu!
Hari ini panas gak. Alhamdulillah. Panas pun ok gak. Selalu sejuk je. TAdi terserempak ngan sorang budak pompuan yang aku pernah jumpa masa tahun 1. Ingatkan dia dah balik. Rupanya tamat tahun ni. Seperti biasa, aku berjalan 1 meter setengah dari dia ke uni, cakap dua tiga patah, pastu belum sempat aku amik arah lain, dia tukar arah perjalanan dia ..... Pelik kan, orang lain jalan sebelah orang pompuan sambil sembang seperti biasa je, aku lak keep the distance seolah-olah orang perempuan tu merbahaya padaku ( hmm ... merbahaya :) ) Sememangnya bila jadi orang asing, memang akan terasa asing ^_^
... ikomik down . Server brinkster down. Setiap perkara pasti ada hikmahnya. Jadi, jangan rasa down cam server tu lak !
Hari ini begitu cerah! Alhamdulillah. Aku habiskan hari ini dengan programming simulasi robot yang hidu bahan kimia. Seronok gak amik subjek robot ni. Kita menghargai ciptaan Ilahi. Sedar betapa hebat kuasa Allah cipta otak makhluk. Sehinggakan semut kecik tu pun kita tak mampu buat. Kita senang2 bunuh semut kecik tu. Dia ada nyawa dia kan? Apatah lagi bila bunuh manusia ... di palestin sana ... Sekarang dah mula masuk musim exam dan assignment. Ya Allah, kuatkan semangat aku dan kawan seperjuanganku , Amin!
Dua tiga hari lepas aku melihat satu peristiwa menarik. Seorang senior ditelefon oleh juniornya. Junior tu meluahkan masalah kat seniornya. Senior itu mendengar dengan tenang. Lepas tu dia nasihat kat junior dia... sehinggakan .. 'he he ... sabarla. ceritala lagi. ...' 'duit ko ok ke? kalau tak, aku nak kasi sikit ...' Aku terharu melihat kejadian itu. Senior dan junior tu ibarat adik beradik , mungkin lebih dari tu. Inilah mungkin ukhuwwah yang terjalin ( atas dasar iman ) yang kita selalu dengar tu. OK! Lepas ni kena kuatkan semangat adik2 dan bantu semampu yang boleh!!!
Ada orang menanti aku menulis blog ini. Ehe . Blog ni taklah sehebat mana. Blog paling best sebenarnya blog kita ngan tuhan kita :) TAdi baru balik dari majlis ramah mesra student dan advisor. Dapat la jumpa kengkawan batch aku dan junior aku. Majlis tu formal. Ada presentation(pembentangan) dari student dan advisor. Suasana serupa seperti yang aku alami masa industrial training dulu. Entah mengapa aku tiba2 terasa sedih. Sedih bila fikir ... inilah yang mungkin aku akan lalui tidak lama lagi (kalau masih hidup la) ... aku akan dikelilingi suasana yang akan menjadikan aku sebahagian dari mangsa keadaan. Keadaan yang melupakan manusia dari realiti umat sendiri ... Diriku ... selalulah berdoa kepada-Nya, agar kita dan teman kita istiqamah di jalan-Nya!
HAri ini hujan. Agak lebat. Macam musim winter. Sejuknya pun lebih kurang winter. Ikutkan sekarang dah spring. Aku baru gunting rambut ngan member. Berwajah baru! Entahla ... tiba2 terfikir pasal apa yang berlaku sekarang ni. Orang kata macam2 kat cara hidup kita. Kat sistem hidup kita. Kata macam2 kat Islam. ... kata tak adil la , zalim la ... Sedangkan ... itulah manual dan cara hidup yang diberikan oleh Pencipta kita kat kita, dan Dia tahu camner yang terbaik untuk kita. Adakah Islam yang kita lihat di sekeliling .. di Mesir, di Australia, di Arab Saudi, di Mesia, di UK, di Indonesia .... adakah itu Islam yang diajar oleh rasul 1400 tahun dahulu ... Islam yang sebenar? Entahlah ... tetiba tulih blog provokatif camni. TApi , kita boleh fikir kan?