Posts

Showing posts from March, 2013

Sedih

Semalam sangat sedih .. sebab ada 2 ikhwah pergi ke rahmatullah... Seorang darinya aku pernah jumpa tahun lepas.. Teringat dia yang sangat ceria dan bersahaja. Dia juga sangat komited di Jalan ini. Membaca komentar teman2nya menyebabkan aku terharu. Semua menyebut2 akan kebaikan beliau. Moga dia mendapat ganjaran dan rahmat dariNya. Moga dapat bertemu di Jannah, akh Iman Syafiq...

Pulun

Di saat ini pakcik makcik terutamanya ketua-ketua sangat pulun kepada aktiviti PuRu ni.. Setiap weekend mahu saja dibatalkan program pembentukan individu.. diganti dengan berjumpa orang sambil periksa bilangan orang dalam rumah serta bendera yang mereka suka.. Aku mengadu ia agak kering. UHA dan UFZ kata takpe .. pulun saja .. basahkan masa pertemuan mingguan tu .. Aku geleng kepala dan sabar Ya Allah .. kurniakan aku kesabaran dan ketenangan ..