Aku amat bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepadaku. Menyelusuri kisahku di Kuala Lumpur hingga ke Bintulu, aku amat bersyukur.

Di KL dahulu, aku nyaris-nyaris tidur kembali setelah jaga. Aku berdoa supaya dijaga diriku ini kerana aku dapat merasakan aku akan hilang jika tidak ada apa yang dibuat ke atasku.

Tiba-tiba sahaja aku dicampak ke Bintulu. Mula2 aku menyangka aku akan jadi lebih teruk, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Aku menemui "AUSTRALIA" yang kedua di bintulu ini. Di sini segala yang pernah aku alami di Australia seolah berulang kembali. Malah aku 'diberi' seorang hosmet yang hampir sama dengan hosmet di Marshall Avenue, seorang hosmet yang memegang kuasa dan seorang yang boleh ketawa dan berjuang bersama-sama.

Semoga kehidupan yang mendatang lebih baik dari kehidupan sekarang dan yang lalu.Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany