Dekat dua minggu tak menulis. Lama juga ya. Macam-macam berlaku selama itu.

Sabtu dan ahad baru ni aku hadiri kursus perkahwinan anjuran UPM kat sini. ADa sijil dari Jabatan Agama Islam Sarawak lagi. Best kursus ni. Penceramah begitu pandai kupas tajuk2 berkaitan perkahwinan ... dari hukum hakam sampai kepada kesihatan. Pandai lawak jenaka pula tu! Banyak ilmu baru dipelajari. Rupanya perkahwinan ni satu benda yang amat berat. Itulah harga yang dibayar untuk merealisasikan satu ikatan.

Pastu aku mula survey kereta. Ya, aku tak sangka juga. Rasa kena beli kereta juga kat sini. Kalau tak, jadi statik la aku kat rumah. Sini ramai orang kena jumpa, dan amat banyak potensi juga. Aku tak tau la, kereta sini mahal betul, sangat mahal. Kemungkinan besar kereta yang aku beli buat pertama kali ialah kancil. Itu yang paling murah yang aku boleh beli. Stabilkan financial aku. Amiin.

Ni tak lama lagi ada piknik dan camping pula. Kena organis program dan game untuk aktiviti ni. Dah lama tak jadi organiser camni. Dah setahun dah. Penglibatan macam zaman student dulu.

Kerja akan jadi semakin berat. Maklumlah, jurutera kat sini diperah teruk berbanding jurutera kat semenanjung. Tapi harganya ialah pengalaman yang banyak dan menarik.

Kat sini manusia tertekan, dan juga gembira. Ia bergantung kepada bagaimana manusia itu menghadapi kehidupannya.

Comments

Popular posts from this blog

Germany