Posts

Showing posts from October, 2007
Di kala hati sedih,hanya Dia sahaja yang menenangkannya.Di kala hati gembira,kita sering 'ter'lupakanNya.
Lama sudah aku tidak mengangkat pen dakwat hitam saiz 0.5 itu. Wah, dah berkarat bakat yang diberikan kepadaku. Bakat melukis yang telah aku tinggalkan sekian lama. Hari ini Dia memberikan aku peluang untuk mengangkat pen itu semula. Moga kertas-kertas yang aku simpan dipenuhi komik-komik islami lalu diterjemahkan ke dalam websiteku itu. Wahai Allah, kepadaMu aku berharap. Aku harap lintasanku untuk melukis kisah-kisah sirah, al-quran serta hadith dan sahabat serta tokoh-tokoh hebat boleh tercapai. Anakku dah 9 bulan. Sedar tak sedar, dia akan pandai membaca lalu mengenali manga dan anime. Kini naruto, kakashi, sasuke, kenshin, ryuuji dan banyak lagi watak jepun yang menjadi idola dan minat anak-anak kita, dan tiada watak lain yang boleh menandingi mereka.
Wahai diri,ketika kau melihat kehidupan ini dalam skop dirimu sahaja,kau merasa sakit kerana tidak diberi apa yang kau impikan. Lihatlah ia dalam skop tujuan diwujudkan kehidupan itu sendiri.Kau pasti mendapati, apa yang berlaku padamu adalah satu anugerahNya terhadapmu. Bersabarlah.Hanya perlu sedikit sahaja lagi.
Husna dah boleh merangkak semalam.Gembiranya bila mengetahuinya.Cuma,aku tidak dapat berada di sana untuk melihatnya.
Sudah seminggu hari raya berlalu. Aku asyik teringat kat Husna. Akhir-akhir ini jiwa aku agak lemah dan kurang bersemangat. Aku kena bertahan dan kuatkan semangat. PertolonganNya pasti akan tiba.
Semalam aku sangat seronok berqiam.Lama aku tunggu perasaan ini,dan ia muncul semalam.Aku mengaji sampai sakit tekak.Hujan yg lebat tidak terasa sejuknya.
Hari ini mula sunyi.Ramai orang dah balik kampung untuk beraya.Keadaan agak lesu di pejabat.Suasana yang normal sebelum raya.

Supermarket at night

Image
A view of the biggest SK in Borneo.
Di hari-hari terakhir Ramadhan ini, aku melihat begitu ramai orang solat Subuh di Masjid Syakirin. Aku ingat ia akan berkurang, tetapi sehingga kini ia maintain . Bilangan orang yang iktikaf dan qiamullail di masjid pun makin bertambah. Malam ini ramai remaja akan datang untuk qiamullail dan bersedia untuk program ihtifal Remaja di masjid tersebut. Semoga ia berkekalan sehingga keluar dari Ramadhan.
Sesekali bila melihatkan kepada nikmat-nikmat yang Tuhan telah berikan kepadaku, aku terasa amat terharu dan sanga-sangat bersyukur kepadaNya. Terasa juga malu kerana sering merungut kepadaNya akan nikmat-nikmat lain yang masih belum aku perolehi. Mengenangkan pengetahuan, kemahiran dan perkakasan yang aku miliki ... juga mengenangkan Aishah Husna yang sangat comel lagi pandai ... juga mengenangkan kegiatan kerja islam yang aku sedang dilibatkan sekarang ... juga mengenangkan keluargaku yang amat aman dan tenang ... terasa seharusnya diriku bersyukur teramat sangat kepadaNya. Ampunilah aku wahai Tuhanku. Aku memohon ampun daripadaMu atas segala kesalahanku.
Hari ini dan semalam menyaksikan begitu ramai orang solat subuh di masjid Syakirin di sini. Suasana begitu meriah dan bersemangat sekali. Kira-kira 6 saf penuh di masjid itu, yang selalunya hanya 1 saf sahaja. Moga keadaan ini berkekalan.