Posts

Showing posts from July, 2004
Semalam kena marah dek bos. Dia kata aku tak buat apa yang dia nak. Hmm, supervisor aku senyap je. Aku tau, dia memberikan support kepadaku sepanjang aku di sini. Kesian dia. Aku rasa dia pun tensen dengan keadan itu. Tapi, aku tak terlalu tertekan. Alhamdulillah, hati ini diberi ketahanan dari tekanan sebegini. Supervisor aku sendiri banyak memberi nasihat kepadaku. Di pejabat, kuranglah ambil hati dan banyak bersabar...kuranglah merungut dan banyakkan guna benda yang ada pada kita!
Alhamdulillah! Finally I could update ikomik! Alhamdulillah!
Hmmm .... bila agaknya dapat access kat scanner dan photoshop?
Hmm ... di dunia, musuh bersatu ... walau berlainan baju. Namun umat islam, berpecah .... walau bersamaan 'hala tuju '. Kita berlawan sesama sendiri, ketika mana musuh sedang berpakat untuk menghancurkan kita sama sekali. Kesian kat orang yang sedang mencari , kerana pening kepala melihat orang bergaduh sesama sendiri, walhal sepatutnya mereka ini diberi kefahaman mengenai jalan ini ....
Tensen jugak. Internet meragam sana sini. Ada file nak diupload,tapi tak dapat upload. Kat CC lak, takleh pakai disket atau CD rom. Aii ... sabar je lah. Pasti ada hikmahnya.
Aii .. malas lak nak tulis. internet kat sini mula meragam . Sabar je la.
Segala puji ... bagi yang masih meneguhkan hati ini ...
Pokok ... bila dibiarkan hidup di dalam rumah, maka ia tak banyak membesar.   Pokok ... bila dibiarkan hidup di luar rumah, maka ia akan membesar dengan banyak.
OK. Kuatkan semangat ye!
Hmmm ... alhamdulillah. Adik aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Kesian bila tengok mak dan ayah struggle untuk adik. Aku selaku abang pun ingin membantu. Dan sedang membantu ... dan mendoakan ... insyaAllah. Betapa besarnya nikmatMu kepada kami. Alhamdulillah.
Aku tak suka keseorangan. Mudah terasa lemah bila sebegini. Entahlah ... mengapa terasa rindu pula sebagaimana aku rasa di sekolah dahulu, sebagaimana aku rasa masa foundation dulu. Kamal san! Kuatkan semangat! Berusahalah!
Dua hari lepas aku berkhemah dan juga berperang. Seronok juga. Dah lama tak buat camni. Hehe... kali ni aku tak mati dalam pertempuran. Aii .. orang lain ada gak merasa kena peluru. Injured pun ada. Lemah la camni. Tapi masa kat hujung perkhemahan tu ada satu kata-kata yang menyentuh hatiku. Kata seorang abang. "We got to start somewhere". Benar. Biarpun susah. Biarpun nampak lama. Biarpun nampak mustahil. Namun, kita perlu buat sesuatu. Kita perlu bermula ... walau apa jua keadaanya! Kehidupan semakin mencabar. Barangkali ia mengkaffarah dosa. Barangkali ia menguatkan jiwa. Biarlah. Yang penting, aku sudah bermula!
Sesungguhnya begitu banyak nikmat yang Dia beri, namun banyak mana yang kita syukuri? Sungguhnya kita suka berbaik dengan boss dan superior kita, namun, mengapa kita jarang berbaik dengan pencipta kita?
Hari ini belajar pasal pembumian/earthing. Menarik gak. Benda ni ramai orang tak perasan, walaupun penting.
Hari ni di pusat latihan. Ehe,best gak kursus pasal lightning/kilat. Banyak benda kita tak tahu pasal kilat ni. Sememangnya ia fenomena yang amat besar, tapi ramai tak sedar. Jurutera elektrik pun barangkali tak sedar. Patutla rumah selalu trip bila kilat,sebab udara ionised, dan ia menjana arus dalam litar rumah dan mengganggu litar rumah. Hanya orang yang arif akan nampak apa yang orang biasa tak nampak. Electrical engineer boleh rasa current walaupun tak nampak .... Orang yang terbuka mata hati boleh nampak kepentingan kerja itu ,walaupun orang biasa tak nampak kepentingannya....
Well, it seems that it is pretty hectic this week. I'll be training, so I might be away for a while.
Hmm ... kekadang kita rasa bila kita dah bekerja, kita jadi orang yang bekerja (pejabat/loji).Kekadang bila kita balik ke Malaysia, kita rasa macam kita dah jadi orang Malaysia... Kita rasa macam kita dah meninggalkan zaman student .... ...barangkali tidak. Dalam jiwa kita masih ada seorang student, yang masih bersemangat. Ya,kita cuma berada dalam suasana yang lain je,tapi semangat kita ... keinginan kita ... harapnya masih membara! OK. Apa-apa pun, berusahalah!
Hmm ... lama tak memblog. Aku ke kenduri sepupuku weekend lepas. Wah, ni kali kedua aku ke kenduri macam ni. Kenduri kahwin orang yang agak dekat dengan aku. Kali kedua gak tengok sepupu mengakad nikah depan mata. Ehe ... relaks je. Tapi cemas gak, terutamanya masa nak terima nikah. Meeemang cemas! Dalam beberapa saat sahaja, diri kita dah masuk ke alam lain dan perasaan lain. Selepas selesai akad, semua orang keliling senyum kegembiraan. Pernikahan mengikat dua keluarga, dua dunia dan dua jiwa. Semoga ia melengkapkan iman dan memantapkan perjuangan .... .... baru aku tahu,ia tidak menggandakan tenaga,tapi menggandakan ujian. Dengan ujian terlatihlah iman dan kesabaran. Sesiapa yang lulus ujian, barulah dapat kita lihat daripada dirinya ... kekuatan! Aii .. apa aku mengarut ni....