Posts

Showing posts from September, 2010
Hari ini kereta aku mengalami kerosakan. Battery terminal patah. Ia disebabkan oleh aku yang menarik terlalu kuat. Hari ini juga menyaksikan ukhuwwah yang ada pada ikhwah. UHO datang ke tempat aku mengalami masalah pada hari ini. Dia terus bergegas untuk membantu. Alhamdulillah, akhirnya kereta dapat dihidupkan. Klip jumpstart digunakan utk mengikat termnial bateri dengan kabel bateri.... dan nasib baik yang patah tu pada terminal negatif. Jika yang patah pada terminal positif, ada potensi untuk litar pintas.
Image
Menjadi sunnatullah,kebanyakan benda memerlukan tenaga untuk bergerak,seperti kereta,motosikal,yang menggunakan tenaga dari petrol atau diesel.Malah,jasad kita juga perlukan tenaga dari makanan.Hm,kalau begitu,'iman' juga seperti 'tenaga'.Ia menggerakkan seorang untuk berpuasa sunat,berjemaah di masjid dan menjauhi maksiat.
Image
Ramai orang ber'mood' raya.Ramai saudara datang.Rumah nak jadi macam tadika dengan bisingnya kanak-kanak.Peluang ziarah rumah saudara juga tidak dilepaskan,sekurangnya ini peluang berziarah ke rumah mereka.Di samping itu,macam-macam kuih ditemui,dan majoriti kuih adalah 'kuih tunjuk'.Moga kesihatan tidak terencat disebabkan makanan yang amat banyak.Moga kita tidak lupa akan puasa enam,juga meneruskan apa yang telah dibiasakan semasa Ramadhan lalu.
Hari ni Ramadhan hari ke-30. Sejenak aku memuhasabahkan diri... Sejauh mana amalan aku dipertingkatkan sepanjang 30 hari ini? Adakah aku banyak mengisinya dengan program-program ibadah dan dakwah atau sibuk dengan perkara lain? Sejauh mana telah kubaca al-Quran? 30 juzuk? atau 30 mukasurat? atau 30 ayat sahaja? Sejauh mana ibadah malamku? setiap malam? beberapa malam? atau tiada langsung? Sejauh mana zikirku? setiap masa? setiap hari? Syukurlah atas peningkatan berlaku. Aku mendoakan aku mendapat sebanyak mungkin kebaikan dari bulan penuh barakah ini. Aku mendoakan diriku meningkat dari madrasah ramadhan kali ini. Jumpa lagi Ramadhan. Moga kita bertemu lagi. Amiin.
Image
Hari ni hujan turun.Hm,hampir setiap hari dalam Ramadhan hujan.Alhamdulillah,ia menjadikan Ramadhan tidak terlalu panas untuk dilalui.Aku memerhatikan sungai dalam perjalanan pulang.Ia begitu kotor dan tercemar.Puncanya pastilah dari perbuatan kita sendiri.Kita membuang sampah sesuka hati.Kita juga tak peduli akan orang yang lakukan perbuatan ini.Suatu masa nanti mungkin tiada lagi sungai bersih di bumi ini.Barangkali inilah yang diberitahu dalam alQuran bahawa kebinasaan kita adalah disebabkan oleh tangan kita sendiri.
Image
Hari ni qiam di Masjid Besi bersama SS dan A.Juga bersama anak buah SS.Suasananya sangat nyaman dan berangin sepoi bahasa.Aku terjumpa Lan dan Syhmi x-upmkb.Masih berprgm dan berusrah walaupun sibuk dengan master.Antara kegembiraan murabbi adalan melihat mutarabbinya tsabat dan berjaya.Alhamdulillah.
Image
Alhamdulillah.Hari semalam iftar bersama ikhwah,disusuli terawih dan qiam bersama,diakhiri dengan subuh dan perkongsian bersama.Nampak simple,tapi terasa kekuatan ruh yang ada.MasyaALlah.Sememangnya perkara yang nampak kecil itu boleh membina perkara yang besar!