Posts

Showing posts from March, 2014

Kapal Terbang

Sudah lebih seminggu MH370 hilang. Pelbagai teori dan fakta diketengahkan dalam suratkhabar, TV dan media sosial. Aku tertarik dengan maklumat dari driver teksi ketika aku pulang dari outstation. Dia menceritakan bahawa, ketika kejadian itu, pegawai di Control Tower dah beritahu boss berkenaan MH370 yang tak bergerak2 di skrin radar. Bos itu tidak peduli sehingga pihak negara China yang hubungi Malaysia pada pagi itu. Semua call log dipadamkan supaya apa yang berlaku tidak diketahui. Dia menceritakan lagi, kapal terbang 777 serta radar Control Tower adalah second hand. Ia di - reconditioned setelah dibeli. Kemungkinan besar telah berlaku electrical failure ke atas pesawat. Jika maklumat ini diketahui, ia menjatuhkan reputasi pengeluar kapal terbang serta negara ini. Agak menarik maklumat pakcik teksi ini. Dia mendapat maklumat hasil sembang dengan pekerja Control Tower, pilot dan orang-orang berkaitan. Jika ia benar, maka ia adalah satu cover up.yang sangat besar ke atas kelemahan

Selsema

Aku selsema. Ia terkena sejak pagi semalam. Cuma hari ini tak seberat semalam. Ia sangat memberatkan kepala sampai tak larat nak bertemu dengan kawan seusrah. Sudah lama tidak kena sakit. Ia mengenangkan aku akan hikmah di sebalik sakit. Ia mengkaffarahkan dosa seorang hamba. Moga aku dapat bersabar dan pulih. Esok perlukan kesihatan untuk bantu program untuk remaja dan juga pertemuan gantian bagi teman usrah. Astaghfirullah.

Korea

Image
Tak sangka. Aku diberi rezeki untuk ke Korea... dari 8 Mac hingga 13 Mac. Di sana aku bersama beberapa senior dari syarikat, melakukan audit dan perbincangan di ibu pejabat kontraktor projek. Hanya sempat melawat beberapa tempat sahaja ... Itaewon .. yang terkenal dengan makanan halal dan juga masjid Dondaemun ... yang terkenal dengan tempat membeli-belah baju, selimut dan kain sutera korea Namsan tower .. yang terkenal dengan mangga yang dikunci di pagar ... serta menara Seoul (Namsan Tower) ...... Cuma... Berbetulan dengan hari aku pergi ... 8 Mac, adalah satu hari selepas kehilangan MH370. Tempat boarding pun bersebelahan dengan penerbangan MH370 8 Mac (masa itu masih belum tukar no. penerbangan lagi). Moga Allah memudahkan usaha mencari penumpang penerbangan itu..

Sukan Sekolah

Image
Hari ni sukan sekolah untuk Husna. Di stadium UIA. Pertama kali di sini. Penat semalam (masa ke PAT sampai 10 malam) masih belum hilang. ..tapi gembira tengok kakak ceria ...