Posts

Showing posts from January, 2010
Image
Hari ini agak menarik.Waktu pagi aku di Tloh,menukar dan mem'balance' tayar.Tengahari di MBSA,Shah Alam,melihat YHY menjadi pengantin.Petang di KLIA Spang,bersama keluarga,menghantar adik ipar ke India.Selepas Maghrib,aku menunggu kapal terbang ke Myy.Tengah malam nanti,tiba di Myy,lalu memandu ke Btu bersama teman.Segala puji bagi Allah atas kekuatan yang diberikan.
Adakah anda terfikir, ketika anda berehat di rumah ... tanpa sedar, anda menjadi punca kepada kerosakan yang ada di dunia ini? Masakan begitu?! Adakah dengan berada di rumah dan berehat sahaja sudah jadi sedemikian? Mari kita lihat ... di saat ini, dunia dikuasai oleh kejahatan dan musuh-musuh islam. Malah mereka setiap hari merancang dan melaksanakan pelbagai agenda untuk memastikan dunia di bawah cengkaman mereka, dan memastikan tiada siapa yang bangkit untuk menghancurkan mereka . Untuk itu, mereka pastikan masyarakat seluruhnya rosak dan hilang keinginan dan jati diri. Mereka tabur hiburan kepada remaja dan memastikan mereka tenggelam sedalam-dalamnya ke dalam hiburan ini. Sememangnya apabila kita melihat remaja di sekeliling kita, semuanya terpengaruh dan tenggelam sama sekali, melainkan mereka yang dipilih olehNya untuk berpegang kepada islam. Tidak cukup dengan itu, mereka pastikan masyarakat mengejar harta dan wang, dan tidak putus-putus untuk mengejarnya. Lihat kehidupan kita
Tadi aku melihat teman-temanku menyusun langkah dan mengemaskan susunan.Begitu serius dan bersemangat!Satu nasihat yang begitu mengesankan hati:'Tugas ini diamanahkan olehNya kepada kita,jadi semua orang mesti memikulnya sama ada mahu atau tidak.Bersyukurlah kerana kita dipilih untuk berada bersama-sama di jalan ini!'Moga kita terus tsabat.
Image
Hari ini aku ke myy utk pulang ke rumah dari sana.Terlintas di dalam perjalanan;Kita bersungguh dalam mengejar pencapaian cemerlang dalam kerja supaya dapat penilaian bagus di hujung tahun.Adakah kita bersungguh mengejar amal supaya mendapat syurga dan redhaNya di hujung nyawa kita?