Posts

Showing posts from July, 2015

Melihat kembali

Adakalanya kita perlu melihat kembali tujuan asal kepada apa yang kita sedang buat... .. sebab kita mungkin sudah lupa akan perkara itu lalu ia menjadi rutin dan membosankan serta melemahkan semangat. Tujuan itu akan mengembalikan semangat dan menjadikan kita dapat meneruskan apa yang sudah dimulakan dahulu.

Adik ipar bertunang

Hari ini hari pertunangan adik iparku di kampung Gadong, Serian. Agak jauh dari bandar kuching. 88km. 1 jam setengah naik triton atau pajero. Dapat melihat adat orang sini. Mereka perlu ada majlis merisik dan majlis bertunang. Setelah bertunang, perlu tanda tangan surat perjanjian tunang oleh pihak lelaki dan perempuan. Barang hantaran hanya perlu ada masa majlis pertunangan sahaja. Masa nikah nanti tidak perlu lagi. Menarik. Pengalaman baru buat aku serta keluarga sebelah isteriku.