Posts

Showing posts from January, 2013

Teh tarik yang panjang...

Pagi tadi UMFS menghantar sms kepadaku. Mengajakku makan nasi dagang di kedai biasa. Aku tersenyum dengan penuh semangat. Lama tak jumpa dia. Rindu sangat padanya. Rindu yang wujud dari pemikiran dan kerisauan yang sama. Tiba di kedai nasi dagang, dia tengah menghabiskan teh tarik. Aku pun order teh tarik juga. Kami bersembang lama. Pelbagai update dan peringatan yang aku apat. Tak kurang juga muhasabah darinya. Orang di sekitar datang dan pergi makan nasi dagang dan nasi lemak. Di tengah2 itu berlaku perbincangan yang mungkin mengubah dunia! Antara pengajaran yang aku kutip .. tarbiyah adalah pemula kepada segalanya! Ia boleh mengubah seorang dari pendiam kepada lantang berpidato! Disebabkan terlalu lama berbual... zuhur pun sudah hampir. Tak sempat nak jenguk AE dan lain2 di program ramah mesra mereka di utara daerah ini... Tak sabar nak jumpa di sesi teh tarik seterusnya...

Tersenyum

Image
Terbaca tulisan di sebuah blog. Ia membuatkan aku tersenyum seorang diri. Harapnya aku memberi manfaat sebaiknya untuk teman seusrah ini. Nanges....

Menjaga anak...

Hari ni aku berada di rumah... menjaga anak. Dua-dua demam... dan istriku menguruskan program untuk para remaja. Hmm...  sekali-sekala menjaga anak, menjadikan bonding lebih kuat antara bapa dan anak...

Telefon....

Aku sedang menanti MZAJ .... adakah dia akan menefonku malam ini? Atau esok? Dah lama tak sembang  dengannya ... selepas dia pulang dari bintulu....

Event...

Image
Aku mejadi volunteer untuk event ini. Setakat menolong menjaga logistik serta alat tulis. Moga ia memberikan manfaat kepada umat....

Kekadang bersabar dengan kerenah adalah lebih baik

Semalam sembang dgn YHY di restoran pelita Subang. Rindu sungguh kepadanya. Aku dapat merasai ruh yang bersemangat di hatinya.. sama seperti di bintulu dahulu.. Banyak juga kami sembang. Diselang-seli dengan update terkini. Aku menceritakan kepadanya berkenaan perasaan hati yang bergelora .. meronta...dan tak.tahan dengan kerenah orang senior yang tak memahami.orang muda... YHY mencadangkan agar aku belajar dari akh MATA .... "Yang penting tercapai apa yang kita nak .. kalau awal2 dah clash, senior tu akan ban atau halang anta!... last2 x dapat apa2 pun!" Nasihat yang baik... Mungkin kena tukar strategi selepas ni...

Bersemangat

Sehari dua ni bila mendengar dan melihat status temanku YHY... sungguh terasa ruh dan semangat yang ada pada dia kini! Mungkin keputusan dia ke negara Rom barat pada awal 2012 adalah keputusan yang sangat baik.... namun tiada kebetulan dalam kehidupan ini, kerana semuanya ditentukan! Aku tumpang gembira dan bersemangat juga!

Pertemuan dengan orang besar elektrik

Hari ini bertemu dengan orang besar dari pembekal elektrik .. Selalunya mereka amat garang dan kurang beri kerjasama ... Tetapi ....Alhamdulillah, Allah seolah lembutkan hati mereka, dan mereka menerima pembentangan proposal dari konsultant grid projek itu. Pengerusi projek pun kelihatan gembira.

Panggilan Haji

Alhamdulillah...! Aku dan isteriku mendapat surat tawaran menunaikan haji! Tidak sangka sungguh! UHO sendiri tidak percaya, sebab dia sendiri daftar lebih awal dariku. Inikah yang dikatakan jemputan khas daripada Allah kepada hambaNya? Segala puji bagiMu atas nikmat ini. Berikanlah aku dan isteriku kemudahan dalam menunaikan rukun islam yang keenam ini! Amiin!

Perancangan yang tidak ada fokus

Hari ini JkD membuat retreat satu hari untuk merancang aktiviti buat daerah SJ. Aku highlight berkenaan unit T belum siap merancang ... Namun JkD meneruskan juga.. dan meminta hanya fokus kepada belanjawan. Pagi tadi seluruh ahli unit T berkumpul dan rushing membuat belanjawan. Ia dimulakan dengan menyenarai wasail2 yang perlu dibuat serta berapa orang dan berapa kali perlu dibuat. Dari situ terus diset berapa banyak belanja yang diperlukan. Jumlah belanjawan unit T adalah paling besar! Ia adalah logik kerana wasail kita banyak dan ia adalah syarat untuk melahirkan orang yang boleh bekerja di jalan ini...