Sesekali aku melihat diriku kembali. Adakah aku layak untuk membuat kerja ini? Siapakah aku ini? Aku membandingkan diriku dengan dia dan orang lain. Dalam semua orang, aku pula yang dipilih. Aku yang lemah ini diberi tanggungjawab ini.

Mengapa aku dipilih? Mengapa lelaki itu tidak dipilih? Mengapa pemuda itu tidak dipilih? Mereka amat berbakat. Mereka ada karisma berbanding denganku ....

Namun, aku amat bersyukur. Diriku ini masih berterusan membuat kerja di jalan ini. Bila aku membaca catatan aku suatu masa dahulu dalam blog ini, amat hebat cabaran yang telah diberi kepadaku ketika itu. Boleh sahaja aku terus tersungkur dan tertidur kembali. Di saat yang kritikal itu Dia datangkan sahabat-sahabat untuk menemaniku, Dia lihatkan kepadaku kekuatan dan jalan. Dia tenangkan hatiku. Aku amat bersyukur, ujian di kala mula bekerja dapat kulalui.

Istiqamahkan daku. Kuatkan semangatku. Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany