Posts

Showing posts from February, 2008
Hari ni agak sunyi.Tidak ramai orang di stesen LRT.Dalam keretapi pun begitu.Barangkali ramai yang diam di rumah atau di tempat penamaan calon pilihanraya. Aku melihat sesetengah orang tidak terasa apa-apa dengannya.Ada yang teruja.Ada yang bersemangat.Ada yang 'all-out'.Ada yang merasa jelik,kerana kotor.Ada yang memerhati,dan menunggu masa yang sesuai kerana persiapan belum mantap. Apa yang akan jadi kepada negara ini dua minggu nanti?Semuanya bergantung dengan apa yang telah diusahakan empat tahun lepas!
Bila memerhatikan manusia di tepi masjid jamek, aku memikirkan apa yang ada di kepala mereka yang berjalan. Ada yang nak pergi kerja. Ada yang nak naik STAR LRT. Ada yang nak membeli barang di kawasan masjid india. Ada yang nak ke Kota Raya. Setiap satu ada tujuan mereka. Setiap satu sedang bergerak laju menuju ke destinasi mereka. Namun, mungkin ada yang merayau-rayau, saja-saja berjalan-jalan tanpa ada tempat yang nak dituju. Namun, ada juga yang duduk-duduk memerhatikan manusia seperti aku. Mungkin juga ada yang duduk-duduk menantikan kawan atau client mereka di situ. Mungkin juga ada yang duduk-duduk tanpa apa-apa tujuan. Seolah suasana di bawah stesen STAR LRT masjid jamek melambangkan kehidupan sendiri. Ada yang tahu ke mana mereka mahu pergi, dan bergerak ke arah itu. Ada yang tidak tahu, tetapi masih bergreak. Malah ada yang tidak bergerak sama sekali. Moga kita semua mengetahui tujuan kita, kerana tidak ada tujuan lain melainkan satu sahaja ... iaitu .....
Lama tidak menulis. Malah, amat jarang menulis. Begitu banyak yang berlaku, tetapi tidak pula aku rekodkannya dalam tulisan di sini. Sedar tak sedar, anakku dah berusia setahun. Alhamdulillah. Tapi, aku terasa sedih juga, kerana hanya menjadi ayah kepadanya selama dua bulan lebih sahaja. Perasaan ini difahami oleh mak, ayah, isteriku dan keluarga terdekat. Beberapa sahabat yang kugelar 'ikhwah', memahami perasaan ini. Aku kekadang terasa marah, kerana segelintir manusia tidak memahami perasaan ini, walaupun mereka sudah menjadi ayah sekian lama. Mereka menceritakan perihal berkorban, bermatlamat tinggi dan ingin menjadi 'juara dunia', namun kata-kata mereka semuanya kosong, kerana mereka membawa keluarga mereka di sisi mereka, ataupun mereka sering naik kapal terbang untuk menemui keluarga mereka (dan mereka mempunyai peluang yang cerah untuk bersama keluarga, berbanding aku yang tiada apa). Ah. Sabarlah. Marah sahaja tidak menghasilkan apa-apa ....