Posts

Showing posts from October, 2009
Aku berbaring di masjid syakirin mengenang dan memuhasabah kehidupanku sendiri.Hidupku dipenuhi ujian yang tak putus.Cuma orang lain tak tahu.Aku merasa lemah setiap masa menghadapinya selama ini.Ia menimbulkan rasa kecewa dan putus asa.Aku perlu tabahkan hati!Aku tak boleh berputus asa!Selagi masih hidup,selagi itulah masih ada peluang untuk berusaha!
Kekuatan hati itu penting untuk menghadapi kehidupan hari ini. Kehidupan ini tidak akan sunyi dari ujian yang sering berbentuk kesusahan. Orang yang kita sangka bergembira mungkin sedang kusut dan berduka dengan masalah yang kita sendiri tidak sangka. Orang yang tidak memiliki kekuatan hati akan kalah apabila bertembung dengan ujian dan dugaan hidup. Ada yang terjun ke dalam hiburan. Ada yang memabukkan diri dengan arak mahupun dadah. Ada yang membunuh diri. Semuanya dilakukan untuk lari dari ujian dan dugaan ini. Dari mana datangnya kekuatan hati? Kekuatan hati wujud dengan wujud apabila hati itu hidup. Bagaimana hati itu boleh hidup? Ada dua : Zikrullah dan Zikrul maut. Mengingati Allah dan mengingati mati. (ada hadith berbunyi seperti itu, cuma saya tak ingat matan dia). Bila difikir-fikirkan, benar juga. Hati yang hidup akan tabah dan tenang menghadapi apa sahaja yang melanda di dalam kehidupan ini. Hati yang mati akan bertambah mati dengan bertambahnya ujian hidup. Ingatilah Allah
Image
Aku memerhatikan remaja.Agak ramai.Mereka bermain bola dengan gembira di perkarangan parkir surau.Barangkali mereka bermain selepas asar.Kira-kira 40 minit sebelum maghrib,mereka bersurai.Tak perlu ditegur mahupun disergah,seperti di tempat lain.Aku pun masuk ke ruang solat.Tiba-tiba masuk seorang remaja lalu memasukkan wang ke dalam tabung.Aku agak kagum.Apa yang telah dibuat oleh penduduk di sini?