Posts

Showing posts from November, 2003
Maaf bagi yang menantikan entri. Aku semalam terlalu mengantuk. Aku tertidur semasa cuba mereboot komputer kawanku ini. Semalam aku bertemu sahabat lama yang datang dari state lain. Dah sekian lama kita bersama. Dah 4 tahun. Dia still akan stay kat sini buat keje dia. Dia dah keje. Aku? Harapnya aku pun keje secepat mungkin. Demi matlamat yang sangat jauh ... Semalam aku dapat pengajaran. Kekadang, kita terlalu cepat membuat rumusan . Aku rasa terlalu sedih melihat realiti orang lain di sekeliling aku. Aku terlalu sedih bila lihat adik-adik aku yang tak faham akan batas pergaulan . Aku sedih melihat mereka susah menerima. Namun, hidayah tu kan kerja tuhan. Kemenangan tu pun keje tuhan. Keje kita ? Berusaha. Berusaha dan berusaha .... Jadi, kamal ... jangan putus asa dan bersedih bila balik ke Malaysia ye. Doakan agar mereka dibukakan hati dan diberi hidayah satu masa nanti. Semoga mereka lebih baik dari aku dan generasi aku sendiri ... Semalam juga sahabat aku gelak kat aku.
BErsemangatlah. RAsanya aku tak perlu risaukan benda-benda yang terlalu besar di hadapan. Tak sesuai dengan cara fikir aku yang simple. Aku kena settlekan apa yang terdekat. Dengan kapasiti apa yang termampu. HArapan pasti ada. Selagi kita tidak berputus asa dengan tuhan. Barangkali aku sendiri kena bersabar. Walaupun berkali-kali terpaksa memujuk diri. INgat. Harapan pasti ada. Bertakwalah. Kerana Allah akan menunjukkan jalan keluar bagi orang bertakwa ... Aku bermalam di Dennis street. Rumah yang paling lama orang Clayton tinggal. Dah 4 atau 5 generasi tinggal di rumah tu. Rumah tu buruk dah. Aku berjalan balik pagi ini. Teringat aku masa aku 1st year dulu. Sekarang aku dah 4th year. Dah besar dah aku. Apa perubahan yang aku dah buat ? Apa perubahan yang aku dapati pada jiwa aku? Adakah semalam masih sama dengan hari ini?
Semalam tidur kat masjid. Alhamdulillah, dapat gak subuh kat sana. Kebelakangan ni aku seolah-olah tidak berapa tinggal kat rumah. Esok lusa mungkin aku terus tak masuk ke dalam rumah. Beg dah siap kemas. Cuma tunggu untuk diangkut je. Hari ni genap seminggu lagi nak balik. Semalam juga kawan aku ajak ke rumah dia. Dia tamat ECSE tahun depan. Ehe .. malangnya kawan aku laki je. Mereka juga tak percaya .. aku berkawan ngan laki sahaja selama jadi student kat Monash ni. Tak ada GF . Tak ada awek cam mereka semua . Malah mereka nak carikan lak untuk aku . He he ... tak rugi jaga pergaulan kat sini. Alhamdulillah, walaupun study group aku sumer laki, kami still boleh study sama-sama. Boleh enjoy apa yang dipelajari sama-sama. Boleh gurau sama-sama. Alhamdulillah, kalau result kali ni ok... aku memecahkan rekod senior-senior ECSE - completion in 4 years! Dulu teringat aku ... bila aku lihat student-student medic kat uni sini . Mereka datang batch laki pompuan. Study pun kena laki p
OK. Hari ni nak call student advisor. Tanya pasal tiket balik. Semalam ziarah kawan indonesian. Lepas ni dapat ke tak jumpa dia. Dia suka gak ke masjid , tapi masjid kat tempat lain (Westall). Entahlah ... Kita akan buat banyak benda hari ini. Daripada bersedih dan tertekan dengan masalah, baik cuba buat sesuatu untuk kurangkan dan selesaikan masalah. Dia ada. Online selalu. Mengadulah kat Dia. Jom kita bergerak!
Rumah makin kosong. Tak ada apa kat rumah melainkan beg, kotak, microwave dan periuk serta pinggan. Wah. Begini rupanya rasa rumah tanpa perabot. Hmm .. kalau boleh aku tak nak bermewah sangat masa ada 'rumah sendiri' nanti. Banyak kerja kena buat. Takut nanti rumah kita lak tarik kita dari buat keje. Hmm .. seminggu lagi nak balik. Seminggu lagi misi besar akan bermula. Misi kat sini belum habis lagi. Kena kuat berusaha! ... tak ada masa untuk bosan pada masa cuti ini!
Wah. Komputer dah bungkus tadi. Dah dihantar ke Malaysia. Sekarang menulis di makmal komputer Monash Uni. Semalam juga rumah dah officially offline. Maksudnya, sekarang rumah dah tak ada telefon, tak ada internet dan tak ada cable tv. Lagi seminggu lebih nak balik. Semalam berhari raya di Malaysian Hall dan di Hall mOnash. Gembira dengan hari raya. Sedih dengan orang pada hari raya. Hari ini mungkin apa yang dibuat oleh kita tak significant. Suatu masa nanti. Ya .... Biarlah semua orang nak ikut nafsu di kala kita nak ikut Islam. Yang penting kita buat keje kita. Kita sampaikan. Tegurkan. Ingatkan. Mereka diberi peluang untuk memilih. Kita diberi peluang untuk berusaha . Benar. Syurga mahal harganya dan tak akan masuk dengan angan-angan semata-mata!!!
Mungkin esok internet dah takde untuk rumah ni. Ikomik dah update. Lepas ni mungkin tiada update sehingga pertengahan disember sebab komputer ni akan dibungkus dan dihantar ke Malaysia. Esok raya kalau ikut ICV dan kebanyakan tempat. Ada sesetengah tempat nak raya lusa. Ijtihad masing2 . Anyway, ingin aku ucapkan selamat hari raya kepada mak,ayah,adik:Khairul,Norlin dan Basyirah, dan juga kepada dia dan kepada sahabat seperjuangan dan kepada semua pembaca blog ini.
Kat uni. Nak jumpa lecturer, takde lak. Isi borang graduation. Hmmm ... aku akan konvo kat Malaysia, insyaAllah. Sekarang Clayton betul-betul sunyi . Dah tak ada orang tinggal. Tak lama lagi akan keluar rumah. Semalam makan kenyang betul. Gi masjid. Iktikaf ngan orang2 kat situ. Malam tadi best ... mudah je nak buat solat sunat. Terasa ringan badan untuk solat sunat walaupun mengantuk. PAstu masa sahur mereka ajak makan. Banyak betul. Nasi berlaukkan ayam dan daging. Minum susu lagi. Kenyang macam berbuka puasa lak . Hmm ... esok raya, kalau ikut ICV (Islamic Council of Victoria).
TAdi ayah , mak , norlin , syirah dan khairul call. Waa. Satu famili call aku. Malam ni mereka balik ke Terengganu untuk berhari raya. Sedar tak sedar ... aku ada 2 minggu lagi di sini. Di bumi Australia ini ...
Tadi makan kat masjid. Alhamdulillah. Brother pakistan buat iftar beramai-ramai. Sangat meriah. Wah .. malam ni malam last ramadhan (berdasarkan falak). Esok mungkin hari last pose. Hmm ... sedih gak ... dah nak habis bulan pose ....
Toilet dah bersih. Sekarang kat uni. Tak ada orang kat lab ni. Aku seorang sahaja. Scan gambar. Tiba-tiba aku terasa seolah-olah aku dibiarkan. Kamal ... ingat tak apa yang kau cakap satu masa dahulu ? '... andaikata kita berubah sebab orang, orang tu tak sentiasa akan bersama kita , tapi andaikata kau berubah sebab Dia, Dia sentiasa ada dan memerhatikan engkau. Malah Dia sentiasa bersedia mendengar rintihan kau ... ' Hmmm. Kekadang aku terlupa. Aku bukan keseorangan di sini ...
OK. Hari ni basuh toilet lak. Pastu baca buku sket. Zero Idle time!!!
Baru balik dari Dewan Malaysia. Kenyang makan kat sana. Lama juga tak ke Hall. Dalam perjalanan ke Hall, banyak benda terlintas di fikiran aku. Terkenang akan kenangan di Malaysian Hall masa 1st year dahulu. Begitu banyak kenangan ... Hari ini ramai kawan aku balik ke Malaysia. Sedih. Walaupun mereka yang balik, aku sedih ... sebab lepas ni boleh tak aku berjumpa lagi dengan mereka? ... dan lebih sedih lagi .. adakah kami akan berjumpa dalam keadaan kami pernah bersama ketika ini ... adakah kami berjumpa dalam keadaan masih istiqamah. Ikhwah dan akhawat Clayton ... jaga diri , bertahanlah masa cuti ini ... dan doakan akan daku ... kerana matlamat kita masih jauh ..
TAdi baru siap basuh dapur. Penat jari jemari ini menyental semua kotoran dapur. Bayangkan ... kotoran yang berusia 3 tahun. Tebal gila minyak kat dapur. Banyak tempat kat dapur tak dibersihkan sejak aku masuk rumah ni 3 tahun lalu. Lagi dahsyat ... aku membersih seorang diri ... hosmet2 aku missing in action sampai dekat kol 4 tadi. Takpela. Mereka tengah membersihkan bahagian lain. Membersihkan dapur memerlukan endurance yang tinggi. Bersabarla. Dia sentiasa memerhatikan kau...
Tadi baru siap angkut perabot keluar. Akhirnya tinggal barang-barang kecil sahaja. Kiranya rumah aku kosong. Dah tak ada apa-apa yang besar. Alhamdulillah. Dah selesai satu fasa. Sekarang nak cuci rumah dan buang sampah sarap yang ada dalam rumah. Tadi aku lihat senario pindah rumah lagi. Kali ini oleh teman yang lain. Yang lain dari apa yang aku rasa khamis lalu. Bagi orang lain, mungkin biasa, tapi bagi hati-hati yang sayang akan jalan ini, ini perkara yang tidak disukai. Di sini aku lihat betapa berharga kefahaman yang kami dapat di sini. Betapa mahal hati yang bersama di jalan ini. Aku sering teringat akan makcik-makcik kat sini. Aku sedih dan kasihan. Mereka sanggup bersusah demi jalan ini. Mereka dijauhi sebab nak ikut jalan ini. Mereka tak seperti kami, yang mana mereka amat rapat dengan kawan-kawan ... dan pasti amat pedih bila kehilangan kawan kerana nak ikut suruhan tuhan... Yang paling sedih bila mereka bersama dengan teman hidup yang tak mengerti apa yang perlu dibuat
Baru balik dari beddoe mosque. Dah lama tak solat kat situ. Asyik solat kat masjid lain je. Hari ni nak pindah barang agaknya. Kalau tak jadi, esok kot. Pening sket sistem rumah aku ni. Takpe .... asalkan dapat keluarkan semua perabot! Tabahkan hati . Selalulah berdoa dan mengadu kepada-Nya. Aku tidak keseorangan. Dia sentiasa memerhatikan aku.
Alhamdulillah. Dah recover. Hati dah stabil. Perut penuh dengan air soya. Best. Air soya dari Clayton. Hari ni aku gembira kerana dapat bertemu ngan sahabat sekali lagi. Hati aku gembira bila sahabat yang balik pun juga turut bersemangat sebagaimana di sini. 600 tahun lagi. Jauh matlamat kita. Kena usaha lagi!!! Teruskan usaha sehingga akhir. Dia sentiasa melihatmu!
Sekian lama aku tak berasa macam ni. Aku down. Bila sejuta perasaan mula bercampur di saat ini. Bila sejuta masalah bercampur di saat ini. Terasa tiada semangat. Tak mahu buat apa-apa. Yang tinggal hanyalah satu benda dalam jiwa. Satu benda yang minta aku untuk bertahan walaupun dah tak ada semangat. Benda amat bernilai. Benda ni tinggal kat hati ... dan sedang pujuk hati ini .... Sekarang ni yang menggerakkan jasad seolah-olah bukan jiwa aku, tapi benda ni. Bersabarlah. Mungkin bukan sedikit. Mungkin kali ni banyak. Tapi, bersabar. Dia memerhatikan kau. Dia tak lupakan kau. OK. Asar dah dekat. Jom jumpa Dia lagi....
Hari ni aku rasa kurang stabil. Still ok tapi gerakan untuk buat keje begitu perlahan. Ehe ... makin banyak masalah bila nak balik ni. Makin banyak kerenah manusia. Entahlah ... di saat aku nak balik ni, macam-macam benda aku lihat. Di masa ini aku melihat kawan-kawanku kehilangan kawan sebab nak taat kat tuhan. Di masa ini aku lihat kawan-kawan mula ambil laluan sendiri. Di saat ini aku melihat orang yang aku kenal berpelukan seolah mereka sudah dihalalkan. Entahlah ... walaupun seolah-olah tak boleh buat apa... sebenarnya aku boleh buat. Boleh buat sesuatu. Mungkin kesannya bukan sekarang. Mungkin aku tak dapat ubah mereka-mereka ini. INgatlah ... mereka akan terbakar . Selepas kebakaran, akan tumbuh pokok-pokok hijau yang akan melahirkan sinar harapan ....
Hari ni tolong orang pindah barang. Tolong akhawat. Tolong ikhwah. Waa. Dehydrated. Takde energy. TApi ... Puas hati ... :) Betapa sayangnya ikhwah kat akhawat kita ... aku terharu. Dalam keadaan tak bergaul seperti orang biasa , mereka sanggup tolong akhawat untuk memindahkan barang dari rumah di hari yang sangat panas ni . Akhawat beritahu apa kena dibuat. Mereka just buat. Tak cakap banyak. AKu kagum dengan kesungguhan mereka. Aku kagum ngan keadaan mereka yang still jaga pergaulan dalam keadaan camni. Aku kagum. Aku terharu .... Semoga Dia berkati apa yang telah mereka buat ... Hari ini sangat panas.... kalau aku dah panas camni, mereka camne pula? Pasti iman mereka lagi kuat dari kami ini ....
Hari ini aku sedih dan agak marah. Bila lihat manusia yang ada akal tak gunakan akal mereka sebaiknya. Kasihan mereka. Kasihan kat aku juga. Hmm ... Jumaat ni nak clear kan barang dari rumah! Sapa2 nak perabot tak? Hmm ... bersabarlah. Ni antara ujian dari Dia. Harapnya lepas ni aku akan bersama orang yang sama hati dan jiwa di jalan ini. Amin.
Mungkin aku tak dapat tulis banyak entry. Dua tiga hari ni asyik berjalan. Berjalan dengan banyak tujuan. Tujuan yang amat besar. Besar sehinggakan penat di badan tidak terasa. Maaf bagi yang menantikan entri. Aku berkelana dua tiga hari ini. Mencari dan menemui. Istiqamah dan jaga diri semasa cuti ini. Amin...
Nampaknya cuti kali ini lebih penuh. Ehe .. setelah cuti winter, kini cuti summer. Semua penuh. Penuh sehinggakan tak ada masa untuk idle/berehat. Zero Idle Time....
"ECSE dah habis ... tapi projek kita baru bermula ... teruskan melangkah!! " Ya. Kita akan terus melangkah. Kita akan melangkah bersama-sama, tak kira di mana kita berada! Semoga kita semua istiqamah sampai akhir hayat kita .... jadi, teruskan usaha!
Hari ni aku berjalan lagi. AKu rasa dalam dua minggu ni asyik berjalan je. Bermusafiran ke rumah kawan. Mesti ada something yang tersirat di sebalik skrip ni. Skrip yang menjadikan aku asyik berjalan. Mungkin dalam kehidupan aku akan datang aku akan sentiasa berjalan. Berjalan menemui menusia. Untuk membina manusia .... Hari ini seorang teman aku akan balik ke Malaysia. Esok ada lagi. Dua hari lepas dah ada dah. Minggu depan ada lagi. Seoran demi seorang akan balik. Hmm ... aku pun akan balik. insyaAllah. Bersama teman yang datang bersama aku masa tahun satu dahulu. Ramai teman lain datang bersama masa nak fly ke sini, tapi tak ramai bersama merasai pahit manis jalan ini. Kali ni kami akan pulang. Pulang bersama. Semoga kami akan kekal bersama di jalan ini bersama teman hidup kami . Amin ...
Pagi ini aku bangun dengan kepala yang lega. Semalam ada kawan datang. Semalam juga alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan paper aku yang terakhir(insya-Allah). Setelah 4 tahun sebagai ECSE student. Setelah 4 tahun senior aku kata : 'betul ke kau nak buat course ni? Aku takut kau tak larat. Ramai yang ... '. Setelah 4 tahun.... Kini . Aku diberi masa dan rezeki untuk hidup sehingga tahap ini. Aku diberi kefahaman . Aku diberi sesuatu yang tak ramai dapat. Aku diberi sesuatu yang sangat bernilai dalam hidup ini. Aku diberi sesuatu yang menjawab semua persoalan aku berkenaan kehidupan . Juga persoalan manusia yang dicari, tapi masih belum berjumpa. Segala puji dan segala-galanya untuk tuhan. Alhamdulillah. Kawan aku datang semalam. Ehe. Puas melayan tetamu. Nanti mungkin bila tiba masa nanti aku dan keluarga aku akan sambut lagi ramai tetamu :). Tapi aku still rasa sedih sebab tak dapat masak sedap untuk tetamu. Still gagal dalam bidang masakan.
1 jam lagi sebelum ECE4306 : Mechanoinfomatics . Subjek berkenaan robot . All the best. Percayalah kepada-Nya.
Kuatkan semangat. Lagi beberapa jam sebelum final paper....
An entry before I go to sleep. Runny nose. I hope I can cope with the exam tomorrow. Health is at minimum. Should be ok. Kaffarah for sins. In this lovely month. Love ... Suddenly this thought came into my mind, while I was walking back from beddoe mosque . I never had chance to experience so called love that my friends experiencing at this age or younger. What I mean is the love between girlfriends and boyfriends. Love without legal bonds. Love that we take for granted. I did not regret about it. At all. Because I found out the answer. The answer . The answer that was said the manual. The answer that I wanted to tell to everyone ... if I am still alive till that time. I'll wait. The time is closing by. Oh Allah. Give guidance to me and to my friend and to my friends. Amin
Ni entri pendek. Pagi ni sejuk gak. Orang lain dah tidur balik . Terfikir lak aku ... kita adalah orang islam yang terjaga di kala umat islam lain sedang tidur . Bila dikejutkan, ada yang boleh bangun, ada yang nak bangun, dan ada yang masih nak sambung tidur malah ada yang marah sebab bangunkan dia ... sebab bila bangun, banyak benda kena buat, banyak benda kena sabar , sedangkan bila tidur mereka akan dibuai dengan kesedapan dan keselesaan. Beruntunglah bagi orang yang sanggup bangun. Istiqamahkan mereka dan istiqamahkan diriku dan temanku. Amin.
I think the body system is unstable. Runny nose. Dizzy . Good. At least the challenge has increased. At least the deletion of minor sins is in its execution. Alhamdulillah. Waiting for my pasta to be cooked. Yes. Today's sahur will be pasta plus chicken. Simple.
Sahabat. Bersabarlah. Kekadang kita merasakan kita berada dalam satu kesusahan yang amat sangat. Kekadang kita merasakan seolah-olah tiada harapan lagi. Aku bertadarus tadi. Kat beddoe. Baca surah al-kahfi . Surah ni turun masa nabi dan sahabat kena siksaan sangat hebat. Surah ini ada kisah pasal nabi Musa dan nabi Khaidir. Ada kisah pasal Dzulqarnain (Zulkarnain). Ada kisah ashabul kahfi. Semua tu berkait rapat dengan sebab turunnya surah ni. Tersentuh bila baca surah ni. Kisah nabi musa tu banyak beri pengajaran (surah ke 18: ayat 60 - 82) . ... kita tak tahu apa di sebalik sesuatu. Kita hanya nampak apa yang di hadapan kita. Kekadang ada sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa hadapan, cuma kita tak tahu sahaja..... sebab masa surah tu turun ... sahabat nabi dah teruk kena siksa .... Jadi ... sabarlah. Andaikata kita tak tahan. Andaikata kita sakit. Andaikata kita luka. Andaikata kita hampir nak putus asa . Pesanlah kepada diri. Pesanlah kepada hati ... bersabarlah .
All right! Hari ni kita kena buat lebih baik dari semalam! Hari ni cerah. Cerah betul. Lepas zuhur nak ke library. Study group. Satu lagi paper. Tak sabar nak abiskan! Cukuplah. Kalau kita ada masa untuk bersedih, kita pasti ada masa untuk buat sesuatu yang membina. Benar. Human actions are affected by their emotions . Ni kata-kata seorang kawan aku yang dah lama berinteraksi dengan bermacam manusia. Aku harap thesis dia siap dengan cemerlang. Orang beriman sentiasa mendoakan orang beriman yang lain, kan? Moga kita semua istiqamah di jalan ini. Amin. OK. Teruskan hidup ini. Pandang ke depan. Bersedia! Bergerak!!!
Pagi ni aku bangun . Di rumah adikku yang datang dua hari lalu. Lusa exam . Aku tak tahulah, aku asyik berasa sedih. Semalam aku menerima banyak berita sedih. Berita sedih dari kawan-kawan. Sedih dengan berbagai masalah yang menguji mereka. Exam. Financial. Macam-macam lagi ... Semalam juga aku berasa sedih. Sedih bila tahu orang kurang faham akan bersama orang yang faham . Kasihan. Manusia berasa sedih bila ditimpa ujian. Manusia berasa tertekan bila ditimpa ujian. Entahlah. Mendengar berita-berita ini menjadikan aku berterima kasih kepada Dia ..... OK! Kena kuatkan semangat! Tabahkan hati ..... mudahkan kawanku dan bantulah kawanku untuk menghadapi urusan mereka ....
Berpagi-pagi! Wah. Nyaris miss sahur. Aku terbangun dalam 15 minit sebelum subuh. Alhamdulillah. Sempat gak makan dan minum. Alhamdulillah, sempat jemaah subuh juga. Dalam perjalanan ke masjid ... teringat aku akan kawan-kawanku. Ramai orang yang datang bersamaku ke bumi kanggaru ini. Kalau ikutkan agak ramai . Dalam 60 orang satu gerombolan. Yang bersama ke daerah ini hanya 20 lebih. Kami dah final year. Dah nak tamat pengajian di sini. Selepas ni kalau diizinkan Allah, dapatla bekerja . Seterusnya berkeluarga. Seterusnya .... Bila difikirkan ... di sinilah bermulanya segala yang akan meninggalkan kesan yang lama. Andaikata di sini kita bina kefahaman terhadap cara hidup yang sebenar. Andaikata di sini kita mengenali dan bergaul dengan manusia yang memiliki hati - hati dan jiwa yang sayang terhadap jalan yang diambil oleh kekasih Dia .... alangkah beruntungnya . Belum tentu kita akan dapat peluang ini bila kita bekerja nanti .... Aku terfikir sejenak. Andaikata aku tak m
Hari ini panas. Panas tapi tak terik. Adik junior aku ni kelihatan kebosanan bila habis exam. Kesian. Antara sindrom selepas exam. Aku takut aku kena gak sindrom tu. Ramai akan kena sindrom camni. Sebab ... matlamat dan halangan exam tu dah selesai. Entahlah ... Aku harap aku tak kena sindrom tu. Sebab kita banyak kerja kena buat. Bukankah kita nak buat sejarah ... bukan menjadi sejarah! Oleh itu , kuatkan semangat. Bersabarlah. Barangkali kita kena bersabar sedikit sahaja lagi....
Ralat : entry pada Tuesday Nov 4 ada kesilapan sedikit. Dulu aku tertulis (7:30) yang bermaksud surah ke-7 , ayat 30. Sebenarnya surah al-insan surah ke-76 ... dan ayat tu ayat ke-30 . Sekian dimaklumkan. Hari ini ada dua orang adik datang ke rumah aku. Sorang dah habis exam. Sorang lagi tinggal satu paper. Ehe ... dah lama tak ada tetamu. Seronok layan mereka berdua. Malam semalam merasa lah mereka solat 20 rakaat kat beddoe. Hmm .. suddenly this thought came. I love ramadhan . Why? In this month people will try to pray in jamaah in the mosque, people will avoid bad deeds. People will not talk bad. People will try to do lots of good. People will give food to others. Girls will wear more politely ( I mean, cover aurah and so on ) . During this month people can eat together. People like to share things with others. This is why I like ramadhan. Outside the month .... sadly these are not happening at all. Sedar tak sedar ... itulah realiti. Kita tahu. Tapi tak buat apa-apa. A
Hari ini . Ada orang baru sampai ke Clayton . Bersama bapa dia . Mencari rumah . Tolong dia cari rumah. Penat mencari rumah. Penat melayan orang baru sampai .... Ehe .... belajar sikit2 ... cara layan orang tua :) OK. Kuatkan semangat. Penat jasad tak akan halang aku dari bekerja! Banyak benda aku kena buat. Banyak fasa yang aku kena lalui. BEtul . Bila hati ini kuat . Bila hati ini diperkuatkan . Maka seluruh badan akan digerakkan!!! Kuatkan jiwa kami. Amin.
Alhamdulillah. The paper was not really tough. It was past year paper ( I think year 2000 ) .. Alhamdulillah. Semalam lepak kat rumah kawan lagi. Kali ni yang tinggal kat CAmpus Walk . Boleh tahan. Rumah macam antara south East flats dan Halls of Residence. Tak besar ... tak kecik. Selmalam solat terawih kat Caulfield. Dalam Monash Uni. 8 rakaat. Panjang juga. Kejang gak kaki ni. Kena kuatkan endurance aku! Dua tiga hari ini aku asyik mengembara. Dua tiga hari ini juga aku asyik bermimpi ... aku merantau ke banyak tempat ... aku menjadi berbagai watak : sebagai pengembara ..... entahlah ... OK. Nak naik shuttle bus ke Clayton. ... bertolak sekarang!!!
Hmm ... lagi beberapa minit je sebelum exam!! Kuatkan semangat ! Mantapkan iman! BErsedia !! ... demi menempuh sesuatu yang amat jauh !!!!
Alhamdulillah. Alhamdulillah . Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah kerana memudahkan urusanku. Segala puji bagi Allah atas segalanya. Mudahkan urusanku yang seterusnya. TAdi aku dapati kertas past year boleh dibuat dalam masa 30 - 40 minit (untuk paper 3 jam). Tuhanku, mantapkanlah aku untuk menghadapi peperiksaan ini ... mantapkanlah kawanku jua! Tuhanku ... permudahkan urusanku dan urusan temanku dan urusan sahabat seperjuanganku .... Amin. Tuhanku ... terima kasih kerana menjadikan aku tersenyum sepanjang hari .... lebih-lebih lagi aku bila melintas jalan di Australia ini hari ini ..... Sememangnya Dia tak menghampakan kita. Trust Him .... He never lets you down!!!
Alhamdulillah. Dapat bersahur. Aku susah sket dapat bersahur kat rumah. Selalu bila bangun, subuh dah masuk. Ehe .. hari ni diberi rezeki untuk bersahur. Sebelum aku tidur semalam aku teringat kepada satu kata-kata : " ... kita tak perlu berangan jauh.... Kerana aku belum tentu hidup sehingga hari itu . Kerana engkau pun belum tentu hidup sehingga hari itu. Tapi yang penting kita terus berusaha tingkatkan iman dan keje kita . Kerana kita buat segala ini bukan untuk diri kita .... tapi untuk matlamat kita ..." Betul. Yang penting untuk matlamat yang sangat jauh .... ada yang sanggup mendahulukan sesuatu yang lebih besar daripada dirinya sendiri.... dan untuk itu, sama-sama buat keje dan berusaha!!! Betul. Aku ada kawan sebegini. Dia selalu gaduh ngan aku. Kalau ikut diri ini barangkali kami susah nak berkawan. Tapi kami still kawan. Sejak mula kenal di KLIA. He's the only that feel what I felt when we see people around us. He's the one who cried when peop
Alhamdulillah. Dah selesai solat terawih .... sejam setengah lalu. Masjid yang aku pegi ni solat 8 rakaat je, tapi panjaaang. Best gak bacaan dia. Cuma penat sket ... Aku di rumah kawanku sekarang. Ok. Nak sambung pasal rumah. Hmm ... bila dibandingkan, setiap rumah ada suasana tersendiri. Ada keceriaannya tersendiri .... Rumahku agak sunyi . Semua agak sibuk. Jarang dapat makan bersama. Entahlah .... Hmm ... nanti aku sambung lagi. Kena tidur ... nak bangun sahur ....
Hari ni makan best kat rumah kawan!!! Wahh ... rumah ni memang meriah!! Sini ada pakar masak kek, pakar masak kuih , pakar buat teh tarik ...dan seorang ketua cheff! Meriah betul. Teringat aku. Tahun lepas pun meriah camni, walaupun rumah ni dahulu didiami oleh orang yang berlainan... Tapi , bila melihat kembali kepada kehidupanku di rumahku di Australia ni ... agak berlainan. Ehe .... sambung lagi selepas terawih ...(kalau masih larat nak taip :) )
Oraitt ! Tadi lecturer dah kasi sket guide kat camne nak jawab past year. Hmm ... tapi dia cam busy lak hari ni. OK. Aku rasa preparation should be ok! Ya Allah, kuatkan semangatku dan kawanku dan bantulah kami dalam exam ini. Amin.
Kesian badan aku . Still tak stabil . Kesan sardin masih ada . Kuatkan semangat !!! Kol 10 am ni nak jumpa lecturer!!
Aku membaca surah al-insan. Tersentuh hatiku bila terbaca ayat ini : " Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah . Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana " (76:30). Terima kasih .... kerana memilih aku untuk mengikuti jalan ini. Jadikan orang yang bersamaku pun memilih jalan ini dan istiqamahkan kami sehingga kami mati.....Amin
Malam semalam aku makan 2 ketul sardin yang dimasak sabtu lepas. Aku pantang lihat makanan orang tak nak , dan makanan tu still edible , maka aku makan untuk elak ia terbazir begitu sahaja. Rupanya sardin yang dibiarkan begitu lama meninggalkan side effect yang besar. Malam semalam aku mengantuk dan tak larat macam biasa bila aku berterawih. Selalunya aku ok je 20 rakaat. Semalam aku struggle untuk dapatkan 20 tu. Aku rasa badan aku bermasalah bila makan sardin . Kalau makan yang baru masak pun, aku tend untuk rasa mengantuk. Pagi ni badan aku lak rasa lemah. Aku nak buat keje, tapi fizikal rasa lemah lak. Walau apa pun, redha lah dengan apa yang terjadi. Pasti ada hikmahnya. Pengajaran : aku takleh makan sardin yang usia lebih sehari.
Waaaa! Otak dah tepu! Ok. Lepas buka puasa nanti sambung lagi! Jangan putus asa!
Semalam ... sewaktu aku menaiki train dari huntingdale ke central ... bersama housemate aku ... terkenang aku akan diriku masa dahulu .... 4 tahun dahulu ... aku teringat . Aku di Sunway. Masa itu aku rasa kejutan amat sangat. Aku keliru dengan suasana . Aku nak jaga pergaulanku. Tapi kawan-kawan semua boleh selamba . Aku keliru. Aku rasa seolah-olah aku seorang sahaja sebegitu. Selama setahun aku menggapai. Mujurlah ada surau di belakang asrama . At least aku dapat solat berjemaah dengan penghuni flat tu (teringat aku kat pakcik tu..). Solat jemaah pun orang seapartment , tak nak buat. Aku agak tertekan dengan suasana yang aku tak mampu nak buat apa dengannya. Aku keseorangan .... Namun ... seperti kata tuhan, Dia berkuasa kasi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki . Ada seorang yang aku kenal. Betul2 lain dari dahulu. Aku harap dia dapat istiqamah hingga akhir hayat dia. Hmm ... aku pun .... 3 tahun dahulu. Di Normanby House. Tinggal keseorangan. Ada kawan, tapi kawan y
Hari ini cerah . TErasa summer atau spring kembali ke melbourne. Aku ke library. Baca buku ... actually baca maths . Subjek Reliability Engineering. Tertidur2 lak. Ni aku balik ke rumah untuk baca dan tulis sket. Malam ni aku berbuka puasa ngan junior. Mereka adakan majlis berbuka puasa. Mesti ramai junior datang. Senior? Dengarnya tak ramai yang pergi ... entahla .. Sedar tak sedar ... aku menuju ke penghujun pengajian aku di sini . Apa yang akan berlaku selepas ini. Adakah aku akan istiqamah di jalan ini ...? Tuhanku ... tetapkan diriku dan temanku di jalan ini ... Amin.
Alhamdulillah. Hari ni hujan dan amat sejuk. TApi aku stay kat library... mengulangkaji. Aku teringat kat adik-adik perempuan aku. Mereka tak lalui apa yang aku lalui. Bila teringatkan begitu ... aku terasa sedih di hati. Teringat aku akan diriku yang mudah kasihan .... Oh. Tuhanku. Berilah hidayah kepada kami semua. Amin.
PAgi ni aku miss sahur. Bangun je dah kol 4.50 pagi. Pegi masjid dan solat di sana bersama room mate. Ramai gak orang di masjid. Bestnya bila satu masa nanti subuh orang solat penuh berjemaah seperti solat jumaat. Tatkala itu, umat Islam pasti dikagumi dan disegani oleh umat lain dan ditakuti dan digeruni oleh musuh .... Bila masa itu? 500 tahun lagi ? 600 tahun lagi ? 1000 tahun lagi ? Sesuatu yang sebegini besar pasti mengambil masa yang lama ... pasti menelan belanja yang besar ... pasti memerlukan banyak tenaga ... Biarlah jauh ... yang penting langkah yang aku dan temanku ambil pada hari ni dan saat ini. Istiqamahkan kami. Amin