Posts

Showing posts from 2006
Aidil Adha menjelang tiba. Semoga kita menghayati pengorbanan yang telah dilalui oleh nabi-nabi dan rasul-rasul serta sahabat.
Kita tahu tak macam mana keadaan orang islam di sekeliling kita? Atau kita langsung tidak peduli? Ini adalah satu keadaan yang sudah menjadi kebiasaan bagi kita, dan juga orang islam yang lain. Kita sudah dipisah-pisahkan daripada orang lain. Kita dijadikan supaya hanya sayang pada negara kita, bukan negara umat kita (umat islam). Kita dijadikan supaya sayang kepada bangsa kita, bukn bangsa islam. Kita disatukan atas dasar bangsa dan keturunan dan kenegerian, bukan atas dasar akidah. Keadaan yang amat menyedihkan diparahkan lagi dengan kita dibiasakan untuk mementingkan hiburan dan keseronokan. Semakin hari semakin banyak hiburan disogokkan kepada kita sehinggakan kita tenggelam dalam dunia hiburan itu sendiri. Orang yang bekerja keras di tempat kerja akan menghabiskan masa terluang untuk berhibur dan berehat. Akhirnya, tiada lagi orang yang peduli dengn nasib umat islam dan juga saudara seakidah mereka. Semakin lama semakin hancur umat ini dan akhirnya kita pun terkena dengan kehancur
Sukar sekali untuk mendapat akses internet. Hari ini aku akan pergi bersama isteriku ke pusrawi untuk membuat medical check-up.Alhamdulillah, dah nak masuk 8 bulan isteriku mengandung. Allah telah menjaganya dengan baik. Segala pujian dan ucapan terima kasih kepadaNya.
There was a boy, who was with me, but seems to be not anymore. Who was active with activities but seems to be not anymore. He was very close friend before he went to Perak, but now seems to be not anymore. Something has happened over there. I called but he rejected the call. I SMSed but no reply given. What has happened? Please do not give up yet.
Tadi solat di Masjid DH. Jumpa seorang kawan. Ah. Lama tidak berjumpa dengannya. Aku rasa agak lama.Aku terlalu sibuk dengan membina remaja. Banyak masa dihabiskan untuk mereka. Bila terlihat dia aku teringatkan masa di Clayton dahulu. Aku teringatkan keputusan itu ... yang mana membina dahulu, bukan mengambil hati semua. Keputusan ketika itu amat menyakitkan... ... tapi ia mengubah kepada apa yang ada sekarang di sana!
When Allah loves you, he will make you understand more about life (i.e. the 'din'). If he does not?
Lama betul tak dapat menulis. 23 Orang remaja. Di sini. Menjadi permulaan baru. Terasa seperti di Golden Valley dulu. Kena terus follow up. Jangan putus asa.
Semalam dah pergi check-up pregnancy dengan isteriku. "Hmm...anak you tinggilah, tengok .. tulang kaki dia panjang. Ni mesti ikut ayah dia" Dah minggu ke-29 dah. Lagi 11 minggu lagi! Alhamdulillah, dah lalui 29 minggu yang penuh dengan detik2 gembira bersama baby, especially bila dia bergerak-gerak!
Salam buat diriku. Akhir-akhir ini aku amat stress dan menyampah dengan tempat kerjaku ini. Begitu banyak kerja yang diberikan dan tidak terbuat olehku. Tambah pula dengan boss yang tidak memahami apa yang sedang berlaku. Tambah lagi dengan boss dia yang pun tak faham dengan apa yang berlaku. Aku terasa seolah aku sudah hilang tujuan untuk bekerja di sini. Aku terasa seolah tiada ertinya bekerja di sini. Sabarlah. Barangkali ini masa aku diuji dengan pekerjaan sebegini. Barangkali esok lusa, aku akan berjumpa dengan pekerjaan yang lebih baik.
Hmm ... Lama betul tidak menulis di sini. Banyak juga benda telah berlaku sehingga kini. Semalam sahaja aku bersama remaja di bintulu ini qiyamullail bersama-sama. Walaupun jumlahnya tidak ramai, ia adalah suatu yang baik. Qiyam itu sendiri pun diusahakan oleh mereka sendiri. Hari ini mungkin bermula dengan beberapa orang. Kalau aku dan orang-orang lain bekerja betul-betul, insyaAllah, akan lagi ramai orang yang akan menjadi baik seperti mereka.Bukan senang nak jadikan orang yang berusia 14-15 tahun untuk berminat dan commit untuk perkara sebegini. Moga aku dan mereka masih istiqamah dalam jalan ini...
Bila terbaca kisah perang Hunain, terasa di hati, pentingnya pembinaan diri untuk mencapai kemenangan. Juga terasa terharu akan kisah orang Ansar yang complaint kat nabi pasal pembahagian ghanimah.
Seminggu lagi cuti sekolah akan bermula. Maka seronoklah pelajar2 sekolah terutamanya remaja. Kerana sudah tidak perlu lagi pening kepala belajar dan periksa. Tetapi cuti yang panjang ini menjadikan mereka terpinga-pinga.Mereka akan berasa tidak tahu nak buat apa sebab terlalu banyak masa. Mulalah mereka mencari jalan untuk mengisi masa yang ada.Bukan dengan solat berjemaah di masjid.Bukan membaca al-quran atau belajar untuk memahaminya.Bukan dengan belajar kemahiran-kemahiran tambahan dalam kehidupan.Bukan dengan menjadikan diri mereka bermanfaat untuk orang sekeliling. Mereka akan isi masa dengan kelalaian dan kelekaan.Mengisi masa dengan PS2,PSP,Konsert,Astro dan sewaktu dengannya.Itu yang ditunjukkan kepada mereka.Tiada orang yang mengajak mereka untuk berbuat kebaikan.Kawan-kawan di sekeliling mengajak mereka untuk melepak dan membuang masa. Ditakuti ada yang mengajak keluar agama. Nauzubillah! Kasihan kepada remaja-remaja kita.Mereka harapan umat ini.Abis tu, apa peranan kita dan
Hmmm... letih juga hari ni.
hari ni pergi register haji utk aku dan isteri tersayang.Lama betul beratur.Dari 11 pagi sampai 3 petang. hmmm...kena tunggu 5-6 tahun lagi,dan harapnya ada la duit yang cukup masa tu. amiin.
This week my wife is 24 weeks pregnant already.Now her stomach is a bit round.Cute. Yesterday we went to see baby products.My wife and I were excited.Those small clothes were very cute. Thank you Allah for what you gave us. Hmm ... today we will be going to Melacca, which is my wife's parents 'kampung'.This would be my first time celebrating Raya as a family man :) Ah, there was also something interesting last night. The 'mohor besar',who always announce the date of Raya,was late announcing it.I don't know why, but it was making (at least) my family frustrated, not to mention the people at my neighbourhood. We have to wait almost 1 hour after isya' before we can start our terawih prayers. Ehe, it was the first time like this happened. Well.. Selamat Hari Raya to all. Drive safely.
Esok hari raya... Salam Aidilfitri buat teman-teman semua. Aku memohon maaf atas segala silap dan salah. Moga kita dapat bertemu dengan Ramadhan sekali lagi. Moga kali ini kita lebih baik dari dahulu.
Aiyaa... tagboard kat tepi buat hal pulak. Hmm.. server down ke?
Kali ini aku merasakan satu kelainan dalam menyambut Ramadhan. Tahun ini ia lebih banyak diisi dengan kerja-kerja islam, sehinggakan hujung minggu pun penat mengembara ke miri untuk ini. Setiap malam ada sahaja aktiviti, tidak lagi merehat-rehat diri seperti dahulu. Alhamdulillah. Semoga dapat bertemu lailatul qadr kali ini.
Sudah lama tidak menulis. Ehe... hari ni balik ke KL sekejap. Esok ada ultrasound appointment. Tak sabar nak lihat perkembangan baby.
Why I must feel weak? Get up my friend! It is not the end of it yet! You are still alive, thus you still have the chance! You have been chosen to make history, not to be one of them! So, be strong! The end of this will be better than its beginning, and it is normal to face hardships first before reaping its fruits! So, be strong!
Tahun lepas... hujung minggu diisi dengan aktiviti di kampung yang jauh di dalam hutan. Tahun ini .. hujung minggu diisi dengan jaulah ke utara dan bertemu dengan roh-roh baru dalam umat ini. Alhamdulillah.
Selamat melalui bulan Ramadhan. Dah 12 hari dah. Aku sekadar 1.8 hari sahaja berpuasa bersama isteriku. 10.2 hari yang lain berpuasa berseorangan. Sedih juga. hanya Dia sahaja tahu apa di hati ini ...
Bila aku melihat orang di sekelilingku, aku merasakan bahawa mereka tidak merasa apa-apa yang berat di bahu mereka. Mereka tidak perlu rasa risau akan tanggungan yang patut mereka tanggung. Mereka tidak perlu rasa peduli akan kerosakan umat ini. Mereka tidak perlu rasa risau kalau tidak berbuat apa untuk mengembalikan umat ini. Mereka tidak perlu rasa bersalah kalau mereka berehat. Sabarlah. Perjalanan masih jauh.
Lama aku tak update blog ini. Aku tiada sempat mengakses internet. Sibuk ke sana ke mari. Sudah pergi ke Miri dua kali berturut-turut. Malah menyambut ketibaan di Miri, demi dakwah ini. Ditambah dengan kerja di loji macam nak gila. Sememangnya tempat kerja aku stressnya berganda-ganda. Tapi sekarang bulan yang mulia sudah tiba, dan aku rasa sangat nantikannya. Dan kini aku melaluinya sebagai seorang yang dah berkahwin, cuma berjauhan sahaja. Hanya kepadaNya aku berserah ... segalanya.
Minda yang kecil akan memikirkan benda yang kecil... Minda yang besar akan memikirkan benda yang besar... Namun ramai orang menyangka minda mereka cukup besar, walhal mereka memiliki minda yang kecil... Jagalah 'minda' anda ...
Semalam aku bertemu dengan penulis buku 'Budak Dakwah'. Wah, best tahap naga melayu! Bila penulis tu menghuraikan berkenaan hadith pasal budak dan ahli sihir tu, terasa sangat best. Akhirnya aku dapat tangkap apa yang dimaksudkan dan apa yang tersirat. Samping itu aku berjumpa dengan teman-teman seperguruanku dahulu. Cuma Nemesis seperguruanku tidak menghadirkan diri. Apa-apa pun, aku gembira dengan pertemuan itu.
My wife is pregnant for 14 weeks already. Her stomach still not round yet. She is healthy and can eat happily :) Alhamdulillah. The bounties that Allah give is very termendous.
Ya Allah, sabarkanlah aku bila diuji sebegini. Sabarkanlah aku bila ahli halaqah aku tak respect kat aku sama sekali... Mau sahaja aku 'bakar' halaqah itu ... Tapi aku masih disuruh untuk menjaganya. Sabarkanlah aku. Amin.
We are young. We got creativity. We have islam. We have the energy. We can change this world. Ali RA did it.Zaid RA did it. However, most of us spend our 'youngling' years with fun and enjoyment. We don't care about what is happening around us. We only focus our energy on our career and fun. In the day of judgement, Allah will ask us : "What have you done?" Do we able to answer it? So .. think about it! <inspired by 'Muslims for life, by Soldiers of Allah>
Hari-hari kita pergi kerja. Kemudian bekerja dengan sibuknya. Kemudian pulang dari kerja. Kemudian kita berehat. Kemudian kita bekerja semula esok harinya. Putaran yang tidak akan berhenti. Dunia semakin hancur dan rosak. Tiada orang yang berbuat apa-apa. Dan kita tak rasa apa-apa.
Hmm ... letihnya hari ini. Hari-hari kita letih. Buat benda berfaedah letih. Buat benda tak baik letih. Tak buat apa-apa pun letih. (Orang koma pun, nurse kena balik-balikkan tubuh dia, sebab tubuh letih kalau terlalu lama dalam posisi yang sama). Jadi kita nak letih sebab apa? Alangkah baiknya kalau letih sebab buat kerja keranaNya :)
Hubungan hati adalah suatu yang berlaku sesama manusia sepanjang masa. Ada hubungan hati berdasarkan tempat kerja yang sama. Ada yang sebab syarikat yang sama. Ada yang sebab kita pekerja dan dia bos kita.Ada juga hubungan sebab minat benda yang sama. Ada yang sebab kita dan dia menyokong pasukan bola yang sama. Ada yang sebab sukan yang sama. Ada sebab hobi yang sama.Ada hubungan hati disebabkan kita dan dia tinggal di negeri yang sama, atau negara yang sama.Ada juga hubungan hati sebab sekolah sama atau universiti yang sama. Selalunya hubungan hati adalah sebab kita dan dia ada hubungan darah, iaitu ada pertalian keluarga, tak kiralah keluarga rapat atau bau-bau bacang sahaja. Ada satu hubungan hati yang lebih hebat dari hubungan hati yang semua tadi. Hubungan tersebut ialah hubungan iman. Iman yang sebenarnya. Iman yang hidup di hati. Hubungan ini lebih kukuh dan menghasilkan kekuatan. Hubungan ini lebih lama berkekalan. Aku pernah mengalami seorang yang aku dan dia diikat dengan im
Tadi pergi scanning baby. Guna ultrasound. Di klinik itu aku dan isteriku menunggu lebih satu jam setengah sebelum dapat jumpa doktor. Begitu ramai orang yang ingin berjumpa doktor sakit puan pada hari itu... kira-kira 12 orang dan lebih 15 minit seorang! Bila dapat masuk sahaja ke bilik doktor Pakar Sakit Puan tu, dapatlah aku melihat bayi yang dikandung oleh isteriku tersayang :) Wah, kali ni dah besar! Sudah 8cm saiz dia! Pertama kali aku dapat melihat anakku melalui ultrasound. Tapi bagi Amy sudah kali kedua. Kali ni nampak jarinya dan tangannya bergerak-gerak. Kali ini lebih jelas rupa tubuhnya berbanding sebulan yang lalu, yang mana masa itu anak aku bersaiz 3.8cm sahaja. Masa ini juga dapat lihat tulang belakang dia. Tak dapat dibayangkan perasaan aku ketika itu. Segala puji bagi Allah. Aku akan jadi bapa .. insyaAllah :)
Semalam remaja datang untuk bermalam di madrasah. Mereka mendengar tazkirah dan qiyam bersama. Siangnya mereka mengikuti Kelas al-muttaqun ... yang mana mereka mempelajari perihal kehidupan ...
Ada seorang itu... Dahulunya dia di Australia ikut berprogram. Bila pulang ke Malaysia, masih berprogram. Dia menjadi antara orang kuat yang memastikan berjalannya program di sini, seperti kelas al-Muttaqun, dan juga program-program yang lain. Dia yang menjadi orang yang memastikan diskusi di kalangan eksekutif berjalan... 'Tiba-tiba' dia kahwin. Selepas itu dia sibuk dengan kehidupan rumahtangganya. Dia mula jarang dapat datang diskusi. Makin lama makin jarang dia datang diskusi. Makin lama makin jarang. Akhirnya dia tak datang langsung diskusi. Sehinggalah ke hari ini. Kini dia dengan aku dan teman seperjuanganku terasa 'amat jauh'. Sukar sekali untuk aku bawa dia membincangkan masalah umat atau remaja. Kini dia hanyalah sebuah kisah lama ... Semoga ia menjadi pengajaran
Hari ini kita yang diuji ... ... Esok lusa orang lain pula ....
Ralat : 12 minggu, bukan 12 bulan .... :)
Minggu ini dah masuk minggu ke-12 isteriku mengandung. Ya. Amy dah 12 bulan. Alhamdulillah. Aku amat gembira dan amat bersyukur. Isteriku melalui trimester pertama dengan selama, walaupun dalam tempoh itu dia ke lautan Filipina dan ke Norway yang sejuk. Alhamdulillah. Semoga Allah menenangkan hatiku dan isteriku ... kerana kami hanya berjumpa 4 hari dalam sebulan. Hanya Dia sahaja faham betapa beratnya hatiku dan hatinya menghadapi ujian ini....
Kasihan. Ada antara kita yang teruk berusaha. Dia ke sana ke mari mencari orang. Dia ke sana ke mari membentuk orang. Tapi, apakan daya. Dia memiliki ilmu sekelumit cuma. Dia memiliki karisma sedikit cuma. Dia memiliki kekuatan fizikal tidak seberapa. Tapi dia berusaha dan berusaha dan berusaha. Dia ke kampus-kampus. Dia ke sekolah-sekolah. Tapi dia melihat kawan-kawannya tidak berbuat sepertinya. Dia melihat kawan-kawannya sibuk dengan hal lain. Akhirnya dia letih. Akhirnya dia kecewa. Namun .... Allah melihat setiap usaha yang dia buat. Allah dah hitung setiap sen duit minyak yang dia spend untuk membentuk manusia ini. Allah dah calculate setiap titik peluh yang keluar dari badannya itu. Allah dah ambil kira air mata kekecewaan dari matanya. Bergembiralah. Bagi orang-orang yang malas dan seronok bersama karier dan keluarga, silalah. Allah juga telah melihat dan 'mengiran'ya juga. Berjaga-jagalah!
"...From the clouds to the rocks ... ... there's a piece of a puzzle... .. of the purpose of man... ..it's a piece and a piece of islam..." <Dari "People of the boxes", Dawud Whansby> Aku suka lagu ni. Ia mengingatkan aku akan tujuan aku dilahirkan ke dunia ini. Ia mengingatkan aku bahawa aku sebenarnya hidup di dalam 'kotak' yang selesa, melainkan aku sendiri yang keluar dari kotak itu ... .. dan alam ini menjadi bukti tujuan kewujudan kita!
People sacrifice for a purpose. Most do it for their work, career and money. They deny it, and they get mad if you tell them 'Wow, you are sacrificing for your job/money!' Not many sacrifice themselves for Him, and for the great purpose. Only the ones, who are the unsung heroes, where paradise will be their reward.
Kita disuruh untuk berusaha . Kita tidak disuruh untuk berjaya
Tadi aku mengembara bersama remaja bintulu dan pelajar uni. Dua kereta. Avanza dan Kancil putih. Bermula dari bintulu jam 1.30petang. Kami memulakan dengan al-fatihah serta tazkirah berkenaan niat. Sepanjang perjalanan ke Miri, aku bertaaruf panjang. Tiba 4.30petang di Miri. Kami mendaki bukit melihat tempat keluar minyak pertama di Malaysia. Tempat yang bernama Canada Hill itu sangat indah, kerana dari situ dapat melihat matahari terbenam yang amat cantik. Selepas itu ke sebuah universiti, berjumpa dengan super junior aku. Kami kemudian bermalam di Miri. Kemudian, esoknya, kami bersantai sambil mendengar tazkirah berkenaan 'manusia dalam kotak' di tepi pantai. Setelah itu kami membeli barang sedikit dan kemudiannya berlepas kembali ke bintulu. Sungguh indah pengembaraan kali ini. Teringat aku kepada keadaan aussie dahulu....
Mengapa kita hidup? Apakah tujuan kita hidup? Ramai orang tidak dapat menemui jawapannya. Mereka sehari-hari terkejar-kejar akan benda yang tidak membawa mereka ke mana-mana.
Lama dah tak tulis entri. Hmm .. tadi baru kena marah dek bos. Biasalah. Selalu bos marah-marah kat staff dia. Tadi juga aku cerita sedikit akan masalah aku kat kawan di cubicle sebelah aku. Aku ceritakan betapa susahnya untuk jumpa isteri dan anak-anakku nanti. Dia senyap dan tak berkata apa-apa. Senyap sahaja. Pastu dia tukar cerita lain. Terus tak tercerita aku pasal hal aku. Tapi, bila dia cerita betapa seronok dia jaga anak dia, betapa susah dia jaga malam untuk tidurkan anak dia, dia beriya-iya, seolah nak semua orang tahu. Aku sedih juga. Ada juga orang macam ni. Bila kongsi masalah dengan dia, dia buat tak tahu atau mengelak. Bila dia kongsi masalah, kita dengar pula. Itulah lumrahnya. Kalau kita minta tolong kepada manusia, mereka tak suka. Even luahkan masalah pun mereka tak suka, sebab manusia memang tak suka peduli orang lain. Luahkan masalah kepada Allah. Mintalah kepada Allah. ... Terima kasih kerana mengajarkanku akan hal ini.
Just now Megat called me. It's via VOIP. Missed him. I still remember all those star wars memories with him... ... and also those discussion in AEK 9952...
Alhamdulillah.. Setelah sekian lama, akhirnya telah bermula episod baru untuk remaja di sini.... Di sini telah bermula perjumpaan kumpulan asas ... Di sini telah bermula kembali kelas al muttaqun... Semoga ia menjadi permulaan ... ..semoga ia berterusan
It seems that we are living in our own worlds. We do not care about others. We do not care, as long our life is ok, as long we are living fine. Most of my friends are like that. ..even though they were the ones who lived more than their worlds! They were the ones who strive and struggle during their younger and bachelor years ... finding people and waking them up from their sleep. They were the ones who did great job in this path in bringing others to the creator. So many stories were heard about them. Now, they are just 'stories from those days'.... How sad, to see my seniors, who were active during those days ... now are doing nothing and avoiding this path... and happy with their families... I hope and prayed so that I do not end like them... Amiin.
Datuk.. Aku teringat lagi masa aku kecil dulu, yang mana aku naik atas bakul motor dia dan dibawa pergi dan balik tadika dan pergi dan balik kebun datuk. Aku ingat lagi, datuk belikan aku air teh bunga drinho, kerana tahu aku suka sangat kat air teh bunga. Aku ingat lagi, datuk tangkap belalang dan tunjukkan kat aku. Aku sangat takut melihatkan belalang itu melompat-lompat dalam plastik itu. Aku ingat lagi, datuk suka sangat bila kami sekeluarga balik kampung. Dia akan kumpul buah durian kat rumah dia. Semua orang suka betul bila tengok banyak buah durian kat rumahnya. Aku ingat lagi, aku temani atuk masa cuti sekolah... pergi dan balik kebun dengannya ... dan minum teh tarik bersamanya. Aku ingat lagi, tika aku besar panjang, dan masa itu atuk tinggal di gombak bersama ayah sedara, kami bersembang pasal zaman dahulu, zaman jepun, zaman awal malaysia ini... zaman dia muda dulu. Aku ingat lagi, kali terakhir berjumpa atuk, masa itu dia sudah terbaring ... tidak kuat seperti dahulu ... h
Aku merasa kasihan kepada mereka yang dahulunya hebat dalam kerja islam ini, dan sekarang sudah tidak lagi bekerja. Mereka mengelak apabila kita cuba membawa mereka bersembang berkenaan kerja ini. Mereka mengelak apabila diajak untuk bersama kita bekerja sebagaimana dahulunya. Aku takut untuk menjadi seperti itu.
Alhamdulillah. Sekarang hatiku tenang semula. Itupun setelah 2 bulan lebih berada dalam keadaan gundah gulana, marah dan kecewa.Itu adalah sebahagian dari pekej ujian Allah untuk aku. Aku amat bersyukur kerana hatiku tenang kembali. Hati itu tidak akan tenang melainkan Allah yang kasi.Orang yang kaya,bersama keluarga,berkarier,berpengaruh dan berpengetahuan banyak belum tentu bahagia kalau Allah tak kasi. Pohonlah ketenangan daripada Allah.Dia sahaja sumber ketenangan itu.
Thank you Allah for giving me strength to live the day.
ABC of life (good to read!) A--Accept Accept others for who they are and for the choices they've made even if you have difficulty understanding their beliefs, motives, or actions. B--Break Away Break away from everything that stands in the way of what you hope to accomplish with your life. C--Create Create a family of friends whom you can share your hopes, dreams,sorrows, and happiness with. D--Decide Decide that you'll be successful and happy come what may, and good things will find you. The roadblocks are only minor obstacles along the way. E--Explore Explore and experiment. The world has much to offer, and you have much to give. And every time you try something new, you'll learn more about yourself. F--Forgive Forgive and forget. Grudges only weigh you down and inspire unhappiness and grief. Soar above it, and remember that everyone makes mistakes. G--Grow Leave the childhood monsters behind. They can no longer hurt you or stand in your way. H--Hope Hope for the best and
Diriku, Jangan bersedih lagi, kerana hari ini adalah hari yang baru.
Begitu banyak perasaan negatif telah kulalui... Marah. Benci. Dengki. Kedekut. Malas. Kecewa. Semoga aku boleh mengambil pengajaran daripadanya....
Begitu banyak perasaan negatif telah kulalui... Marah. Benci. Dengki. Kedekut. Malas. Kecewa. Semoga aku boleh mengambil pengajaran daripadanya....
Hari ini bertambah seorang lagi kawan yang senasib denganku. Semoga dia tabah hati.
Cukuplah aku bersedih. Sekarang kena gembira sedikit...
Allah telah memberikanku pengalaman ini, yang amat luar biasa, yang tak pernah orang rasai, yang tak kusangka kualami jua. Pengalaman yang barangkali menjadi satu pengajaran dan ilmu kepadaku untuk menghadapi hari depan, juga untuk mengajar kepada anakku akan kehidupan. Berikanlah hatiku kekuatan,ya Tuhan.Amiin.
Apakah yang anda mahu buat hari ini?
My Dream. I wish I can realise mine.
Kekuatan adalah dari Allah. Hanya Dialah tempat kau minta pertolongan.
Entahlah. Bila aku di sini aku merasakan diriku dikuasai kegelapan. Walaupun aku cuba membawa orang ke arah cahaya, diriku sendiri dikelabui oleh kegelapan itu. Aku rasa diriku semakin hilang. Ditambah dengan perasaan seolah aku diperhambakan oleh syarikat itu. Semakin lama semakin kuat cengkamannya. Barangkali sehingga aku kecundang.
Minggu lepas adalah minggu yang menyeronokkan.Menggembirakan. Aku berkenduri sekali lagi. Orang kampung bergotong-royong. Lepas tu ramai-ramai mengemas. Lepas itu aku dan isteriku ke Terengganu. Kemudian ke Kelantan. Akhirnya balik ke KL. Ramai saudara yang aku dan isteriku temui. Begitu indah pengalaman bersama isteriku semasa cuti ini. Terima kasih kerana memberikanku peluang untuk merasa gembira dalam hidup ini....
Kuatkan semangat Kamal San. Hari ini seolah kegelapan menyelubungimu kan? Hari ini hatimu begitu lemah kan? Hari ini kamu rasa begitu down kan? Hari ini kamu rasa keseorangan kan? Sabarlah. Isterimu dah beri kata kata semangat kepadamu kan? Kamu masih hidup, dan masih ada iman kan? Kamu masih lagi seorang islam .. kan? Kamu masih ada tubuh sempurna kan? Kamu masih ada pekerjaan kan? Kamu masih ada keluarga kan? Sabarlah ya. Semua di dunia ini tak kekal. Semua di dunia ini akan berubah juga suatu masa nanti. Hari ini kurang baik, mungkin esok akan jadi baik. Jangan putus asa dengan kehidupan, sebab peluang hidup hari ini pun adalah nikmat juga kan? Kuatkan semangat! Kamal san!
Am I forgetting my friends or they are forgetting me? It is one question that come to my mind after reading hakim's comment in the chatterbox.
Aku tengah baca satu buku yang amat menarik ... 'Tuesdays with Morrie' Hmm .. bila mengenangkan Morrie yang begitu tabah menghadapi kematiannya, mengapa aku rasa lemah semangat, stress dan marah2 menghadapi kehidupan. Satu kata2 dia yang menarik... "Apabila anda bersedia untuk kematian, anda bersedia untuk kehidupan! (When you learn to die, you will learn to live!) Itu telah diajar .. realiti berkenaan kematian. Ia pasti, tapi kita melupakannya atau tidak mahu memikirkannya. Kita suka membuat perkara yang menyenangkan, yang menyeronokkan, yang tidak berkaitan dengan kematian kita.... Sebab itu kita terkejar ke sana sini mencari benda yang kita sendiri tidak pasti!
Aiya.. tah apa2 la chatbox sebelah ni. Ada orang salah guna juga rupanya!
Minggu lepas adalah minggu yang amat menggembirakan aku. Aku dapat spend masa begitu banyak dengan isteriku. Sabtu itu aku balik ke Melaka, berjumpa dengan datuk dan sedara isteriku. Kemudian pada malam itu kami pulang ke KL. Tapi sebelum tiba di rumah, kami beli makanan dan pergi ke sebuah kawasan yang amat tinggi dan makan kat situ. Wah, romantik sekali. Tambah pula dengan hujan yang renyai-lebat pada malam itu. KL sering hujan pada masa-masa sebegitu. Selepas itu, esoknya aku ke KT untuk berkursus. Aku tertinggal flight ke KT hari tu, tapi dapat pergi juga dengan flight seterusnya. Nasib baik. Itulah, check in lambat sangat. Itu pun sebab ralit membelek buku. Weekend satu lagi aku kembali dari KT ke KL. Lepas tu aku dan isteriku pulang ke rumahku .. jumpa adik-adik dan ibu bapaku. Dan hari ini .. aku di sini. Di bintulu. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan isteriku kembali.
Bagaimanakah aku boleh keluar dari masalahku ini? Bagaimana? Aku merasakan macam tiada lagi jalan untuk mengeluarkan diriku daripadanya. Pasti ada. Pasti ada jalan keluar. Bukankah Allah berfirman "...Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan sediakan jalan keluar baginya ... (Toha:2)" Jadi, kena bertaqwalah kepadaNya. Itu jalannya. Itu caranya. Ya Allah, tabahkan hatiku bila menghadapi ujian yang berterusan ini... ujian yang menguji hatiku, jiwaku dan perasaanku...
3 hari yang amat menggembirakan buatku. Kelmarin.Semalam.Hari ini. Ini kerana aku berpeluang meluangkan masa sepenuhnya bersama isteriku. Segala puji bagi Allah.
Hari ini aku melihat sahabatku menaiki bas ekspres ke miri buat kali terakhir. Selama 5 tahun lebih dia menaiki bas Mtc itu setiap petang jumaat untuk bertemu isteri dan anak tercinta. 5 tahun yang amat panjang itu, dia hanya bersama dengan anak sulungnya yang berusia 4 tahun selama 10 bulan sahaja. Aku amat gembira melihatnya gembira. Dia telah melakukan perubahan dan melalui perubahan di bintulu ini. Semoga kita berjumpa lagi.
Hari demi hari aku memerhatikan hosmetku itu. Begitu gembira dia melalui hari-hari terakhir sebagai orang yang bekerja di bintulu ini. Aku belum pernah melihat dia gembira sebegini. Aku amat memahami mengapa dia gembira .. kerana aku sekarang merasai apa yang dia telah rasai... 6 tahun dia berjauhan dengan isteri dan anak tercinta. 6 tahun dia bersabar dan menantikan peluang. 6 tahun dia menangis. 6 tahun dia bekerja. 6 tahun yang amat panjang. 6 tahun itu ... sudah berakhir. Keadaanku yang juga berjauhan dengan isteri menjadikan aku amat memahaminya. Adakah aku akan menunggu 6 tahun lagi? .... Wahai tuhan, tunjukilah aku jalan .... ke mana harus aku pergi?
Hari ini aku mengupdate website aku ... ikomik. Setengah hari semenjak semalam. Aku cuba upload di rumah ust JQAF, tapi tak menjadi. Hmm, kena cari peluang dan cara lain untuk berbuat demikian... Aii .. macam mana ya...?
Hari ini sempat tersenyum sebentar ... kerana terlihat sedikit cahaya, yang menunjukkan jalan kepadaku untuk langkah kehidupanku yang seterusnya...
Tadi pergi kursus People TurnAround. Hmm .. menarik juga. Apa yang aku dapat simpulkan dari kursus ini ... kejarlah apa yang anda impikan. Jangan biarkan diri anda terperangkap dengan keadaan selesa. Keluarlah dari kepompong ketakutan. Hadapilah tekanan, kerana tekanan pasti ada, yang menjadikan kita stress ialah apabila hati tidak mampu menghadapi tekanan itu.
Segala puji bagi Allah. Segala puji atas segala nikmatNya yang diberikan kepadaku. Segala puji bagi Allah yang telah memperkenankan doaku. Merenung kembali akan apa yang telah Dia berikan kepadaku, menjadikan aku tersenyum dikala hati sakit menghadapi cabaran yang ada di sekeliling ini. Segala puji bagiMu kerana telah menjadikan perkahwinanku berjalan dengan baik tempoh hari. Segala puji bagiMu kerana menjodohkan aku dengan seorang akhawat yang solehah, yang menyejukkan mataku, yang menghilangkan stressku. Segala puji bagiMu kerana menjadikan keluargaku dan keluarga mentuaku memahami aku dan isteriku dan menerima kami berdua dengan baik. Segala puji bagiMu... Ampunilah aku kerana sering bersangka tidak elok .. terutamanya di kala hati ini diuji dengan ujian yang hebat ini....
Hari ini .. aku sangat marah kat syarikat itu ... sehingga aku sumpah syarikat itu... dan tiba-tiba petang tadi ... server syarikat itu down secara total ... sehingga ramai tak dapat buat kerja ... ni belum aku sumpah tahap naga lagi ni ...
Sedar tak sedar .. aku dah sebulan 2 hari aku berkahwin, namun jumlah hari yang aku bersama isteriku hanyalah ... 11 hari .. Dan seterusnya .. maksimum 4 hari sebulan ... itu pun kalau tak terpaksa bekerja di loji ... demi negara ini ...
Hari ini pertama kali aku menangis kerana rasa kecewa dan rindu kepada keluarga. Hari ini aku bercadang untuk pulang ke KL, dengan harapan dapat bertemu isteriku. Tiba2 terpaksa balik lambat kerana kena memastikan pemasangan dan penerimaan alat di loji berjalan dengan baik. Hatiku amat kecewa ... kerana aku terpaksa mengorbankan keluarga demi kerja ....
Hari ini hosmet aku M resign dari syarikat yang kami bekerja. Kulihat di wajahnya kegembiraan yang tak terkata, bahkan aku amat memahaminya. Kerana ... kami mengalami pengalaman yang hampir sama... Kerana ... kami berjauhan dari keluarga yang tercinta ... demi 'kerja dan negara'
Esok aku akan bekerja kembali. Bekerja dan bekerja. Demi negara. Dipergunakan semahunya. Macam orang lain? Perlunya dalam hidupku untuk mengubah suasana ini. Tunjukkan aku jalan yang patut aku lalui ...
Hmm .. baru sahaja balik dari KL. Beginilah hidup aku hari ini ... hanya bertemu isteri dua minggu atau sebulan sekali. Begitu sukar untuk kami berjumpa. Begitu mahal harga setiap perjumpaan kami. Semahal RM400 tiket airasia pergi dan balik Bintulu-KL. Tu belum kira tiket skybus atau duit minyak dan tol kembara isteriku. Wah, tidak ku sangka aku berjauhan sebegini. Tidak seperti orang lain yang seronok dengan isterinya setiap hari. Setiap kali aku pulang kerja, sama sahaja seperti semasa aku belum bernikah dahulu. Rumah sewa yang sama. Hosmet yang sama. Bilik yang sama. Suasana yang sama. Hanya panggilan telefon kepada isteri tercinta sahaja pengubat rindu.
Bersabarlah wahai hatiku...
Wah, tension betul hari ini. Semalam aku ke loji dari pagi sampai jam 2pm. Pastu malam dari jam 9.30pm sampai 12.30pm. Hari ni dari jam 9.30am sampai 12.00noon. Dahla tak ada elaun untuk kerja lebih masa, tak dapat cuti ganti, mungkin tak dapat claim minyak, pastu kena kerja keras macam ni. Dalam orang tak tahu, rupanya jurutera2 di sini seolah2 diperhambakan! Semoga hati ini lebih sabar ....
Minggu ini aku kena jadi standby engineer. Ini bermakna aku jadi macam doktor, bila2 sahaja akan dipanggil untuk turun ke loji untuk menyelesaikan masalah di sana bersama technician yang juga standby. Tadi ada kena call-out, tapi alhamdulillah, technician aku kata dia boleh buat tanpa aku perlu ke sana.... Terima kasih kerana menjadikan technician aku kali ini yang baik2 dan bekerjasama...
Sekarang .. makin banyak kerja yang kena dibuat di sini, dan makin nampak jalan yang perlu dilalui untuk mengubah bumi kenyalang ini....
Hmm .. dah 5 hari menjadi pekerja asing tanpa isteri. Dua tiga hari lalu, aku rasa sangat rindu dan sayu juga. Asyik teringat kepada isteriku yang aku sangat cintai :) Alhamdulillah, Dia memberi kekekuatan dan ketabahan kepada hati ini ... kerana diri ini perlu menjadi kuat untuk mengubah dunia ini... Malah isteriku sering memberi kata2 semangat kepadaku untuk terus berusaha ... walaupun dia kekadang mengalirkan airmata, menahan rindu kepada suami yang tercinta. Namun, sehingga hari ini, aku selalu juga teringat kepada dia.Wahai tuhan, segala puji bagi Engkau kerana menjodohkan aku dengan dia.
Bila nabi kata .. "pilihlah wanita kerana agamanya", memang betul apa yang dia kata. Sangat2 best bila kita memilih kerana agamanya ... lagi2 kerana dakwahnya :)
Hmm .. sekarang tengah seronok berbulan madu ... So .. jangan kacau saya ye :)
Akhirnya .. penantianku dan dia berakhir. Pada 11 Mac 2006 jam 10 malam di Taman Melawati aku melafazkan : "Aku terima nikahnya Amy Mawarni Bt Md Yusoff dengan maskahwinnya RM80 TUNAI!" Suatu sejarah baru telah bermula dalam diri 'kamy' ....
Esok. Tinggal esok sahaja lagi. Hatiku agak berdebar-debar. Bagaimana perasaannya bila aku menerima akad nikah nanti? Semoga Allah menengkan hati ini ...
Semakin dekat dengan hari yang besar itu. Hari ini hari terakhir rasanya aku dapat berada di rumah untuk sehari. Esok akan mula betul2 sibuk, sebab di pagi hari aku akan menjemput adik aku dari airport, dan di waktu petang sibuk dengan final preparation pernikahan aku. Wah. Tak sangka aku akan kahwin akhirnya!
Setelah mendengar lagu Mirwana, rasa sangat sangat best. Ehe, aku dulu minat alarm me, lepas tu d'hearty dan sekarang Mirwana! Sangat best .. terutamanya lagu hikmah kembara!
Hari ini aku mengembara sekali lagi. Naik bas. Naik PUTRA. Naik STAR. Naik komuter. Jumpa kawan lama. Kawan yang merupakan junior kepadaku semasa aku belajar dahulu. Dia sudah bekerja. Dia sudah merasakan pahit maung kerja. Dia sangat tension dengan kerjanya. Dia stress. Dia tengah bersabar dan kekadang hilang sabar. Tiba di stesen komuter yang ingin dituju, aku bertemu dengan sahabat lagi. Naik kereta isterinya. Hijau muda warnanya. Kami berjalan lagi. Malam itu sempat berjumpa dengan kawan2 dan adik2. Malam itu juga aku menonton klip video student tahun selepas peninggalan aku. Aku tersenyum melihat baju banyak poket itu masih dipakai lagi. ...
Salah satu nikmat yang sangat besar ialah ketenangan hati. Tanpa ketenangan hati,segala apa yang ada di sekeliling kita tidak ada nilainya. Sanggupkah kita bergaji besar, ramai pengikut, dihormati orang, kaya, beristeri cantik, berpangkat ... tapi di hati amat tersiksa dan sakit? Ketenangan hanya datang dari Allah. Dia yang mencampakkannya ke dalam hati hambaNya, meskipun hambaNya itu tengah menghadapi masalah dan tekanan. Berdoalah, agar hati ini diberi ketenangan olehNya.
Sudah hari isnin. Wah, makin dekat dengan hari perkahwinan aku. Makin terasa besarnya peristiwa yang akan berlaku sabtu ini. Minggu ini adalah minggu terakhir untuk prepare apa2 yang masih belum dibuat. Hari ini agaknya sibuk sedikit, mencari barang2 untuk persediaan diri yang akan dibawa ke alam baru nanti :)
Setiap hari bila kita bangun tidur, apa yang kita selalu fikirkan? Adakah kita memikirkan apa yang nak dimakan? Atau memikirkan kerja-kerja pejabat yang masih perlu disiapkan? Atau memikirkan assignment yang due tengah hari ini? Atau memikirkan ke mana anda mau pergi melancong hari ini? Jarang sekali kita memikirkan .. apa yang boleh kita buat untuk mengembalikan ummah ini kepada kehebatannya!
Hmm .. tadi masa aku melangkah masuk ke dalam airport btu, terasa seolah masa aku balik final year dahulu ... Hmm..
Lagi 6 hari sebelum aku melangkah ke alam perkahwinan. Macam2 benda terlintas di hati ini ... menyebabkan perasaan bercampur2 ...
Hmm ... penat juga hari ini, membawa adikku berjalan ke sana ke mari...
Dahulu software yang ada padaku hanyalah core software. Dan aku hidup berasaskan core software itu... Malah aku menghadapi dunia dengannya... Kini ia akan diupgrade. Installation akan bermula... satu demi satu ...
Tadi begitu seronok bermain bola di tepi pantai, bersama sahabat dan adik2. Deru air laut yang begitu menenangkan hati ... jeritan semangat adik2 dan sahabat2 ketika bermain bola ... menyebabkan aku terlupa akan kepenatan bermain. Sebelum itu kami beramai2 bersolat malam dan berkongsi ilmu ... Alangkah indahnya kalau dapat dirakamkan saat itu. Kerana barangkali ini antara yang akan mengubah apa yang ada di sini dan seluruh dunia!
Preview Kad Jemputan Kamal dan Amy
Makin dekat dengan tarikh perkahwinan ... hmm .. sejauh mana aku sudah bersedia?
Segala puji bagi Allah kerana menemukan kembali aku dengan semangat yang ku pernah rasa suatu ketika dahulu ... Sudah lama tidak terasa sebegini ... terutamanya setelah sekian lama pulang dari benua itu ... Aku merasakan seolah serpihan diriku kembali satu demi satu ... bila menemui adikku yang baru datang dari situ ... Terima kasih. Segala puji bagiMu.
Berkata seorang sahabat "Kata-kata anta merupakan azimat untuk orang aussie" Benarkah? Aku amat terharu .... kalau ia benar, aku tak dapat kata apa2 ....
Siang hari penat betul bekerja. Berkejar ke sana ke mari, menjaga mesin dan melayan orang. Petang pulang lewat pula. Lepas tu pergi ambil kawan si Y, dan terus ke masjid untuk mengajar. Penat betul. Tapi selepas memberi kuliah ringkas, aku dapat pengajaran ... itu pun selepas berbincang dengan si Y.
Junior aku seorang demi seorang akan bekerja. Aku harap mereka masih istiqamah di jalan ini.
Wah. Sekarang makin jarang dapat tulis dalam blog ini. Begitu cepat masa berlalu. Sudah hampir setahun aku ditukarkan kerja ke bintulu. Dalam satu tahun sahaja sudah banyak perubahan yang aku lihat pada diriku, dan juga kepada bintulu. Setahun yang lalu, tidak ramai orang yang mengikut aktiviti islamik secara konsisten. Semua dibuat berdasarkan masa lapang yang ada. Kalau sibuk sahaja, terus aktiviti tu jadi perlahan dan kekadang ditangguhkan. Kini makin ramai pula, ditambah dengan kedatangan orang-orang baru yang dahulu pernah melibatkan diri semasa belajar. Keadaan sekarang sudah mula meriah setelah terhenti seketika. Semoga perubahan kali ini lebih besar dan bermakna. Setahun yang lalu aku datang sebagai orang biasa. Aku teruk dipengaruhi oleh keadaan. Kini alhamdulillah, penghantaran aku ke borneo mengubah aku sedikit demi sedikit sehingga aku merasai kembali perasaan yang aku rasai di zaman student dahulu. Setahun yang lalu, aku hanya tahu sedikit sahaja mengenai kehidupan. Kini a
Hmm.. macam-macam yang dibeli masa berkursus di KT nih. Aku bawa mak dan adik ke KT sebab aku diberi peluang tinggal di hotel kat tengah2 KT. Jadi masa aku berkursus, mak dan adik aku pergi mencari barang2 untuk perkahwinan aku nanti. Boleh tahan banyak. Mungkin sebab barang2 kat sini murah sedikit dari tempat aku atau KL. Harapnya taklah berbelanja berlebih2an pula.
Mengapa? ...Orang yang kurang hebat bercakap ...dia yang banyak bekerja ...dia yang terpaksa bercakap, walaupun kurang menarik cakapannya ...dia yang bersusah-payah Mengapa? ...Orang yang hebat bercakap ...hanya bercakap sahaja Tidak mengapa... ...Sesungguhnya amalan orang yang beramal tidak akan disia-siakan...
Bila anda tidak disibukkan dengan kebaikan,barangkali anda sedang disibukkan dengan kejahatan.
Begitu payah aku nak menulis di blog ini sekarang. Internet dah tak ada. Pastu nak gi CC atau tempat yang ada internet pun jarang dapat. Hari demi hari, aku disibukkan dengan kerja untuk mengubah dunia :)
11 Mac 2006 ... Suatu tarikh yang amat besar dalam kehidupanku. Tarikh yang akan menjadikan aku seorang suami. Wah, tak sangka begitu cepat masa berlalu. Tak sangka akhirnya, masanya sudah tiba...
Semakin hari semakin menekan keadaan hidup ini , sehingga menyebabkan kau terasa lemah dan berputus asa. Adakah kau akan menyerah kepada keadaan atau melarikan diri dari keadaan? Apa yang akan kau lakukan? Tekanan dan masalah pasti akan berlaku ... Bukankah saat ini .. saat bagi dirimu untuk belajar sesuatu dari sungai kehidupan ini? Bukankah saat ini .. saat bagimu untuk menerima latihan 'kehidupan' supaya menjadi lebih kuat ... supaya dapat menghadapi cabaran 'kehidupan' yang lebih besar ... suatu masa nanti ? Bukankah saat ini .. mindamu dan hatimu mula tergerak untuk berfikir dan bergerak .. dan bertanya akan erti kehidupan .. berbanding jika kamu berada dalam kesenangan dan keselesaan? Bukankah saat ini .. kau terasa lebih dekat dengan Allah .. dan kau lebih kerap mengingat dan merujuk kepadaNya? Bersabarlah ... Barangkali kena bersabar .. sedikit sahaja lagi ...
Perjalanan menarik ke Miri bersama kawan2 dari petang semalam hingga pagi tadi... mengingatkan aku kepada suasana yang aku rasai semasa di Aussie dulu....