Posts

Showing posts from July, 2008
Image
Bagi orang yang berpegang kepada pokok.dia akan merasa kuat bila pokok teguh,dia akan merasa lemah bila pokok layu. Jadi, bersabarlah bila tuhan uji dengan kelayuan pokok.
Image
Aku duduk di tepi pantai tg batu..berseorangan.Aku perhatikan gelagat manusia yang bermacam-macam.Aku teringatkan gelagat sang daie dan mad'u yang juga bermacam-macam.Aku terfikir akan ujian dan nikmat yang Tuhan berikan kepadaku.Aku menikmati angin petang yang menghembus,begitu tenang.
Image
Tadi ke tepi pantai lagi. Ni kali kedua. Kali ini aku bersama remaja sekolah pula. Sedar tak sedar tiga jam lebih kami di situ. Makan BBQ sosej yang simple tapi cepat masak. Terfikir aku ketika itu ... Aktiviti sebegini (rehlah) dipandang ringan, tetapi kesannya besar dalam membentuk manusia.
Sehari dua ini aku menggunakan sedikit masa yang ada untuk memindahkan komik dari ikomik ke www.ikomik.blogspot.com Server kat brinkster tidak memiliki bandwith yang tinggi, malah sering down apabila ada orang cuba mendownload banyak komik sekaligus. Setelah semua diupload, aku akan menjadi bersemangat untuk tambahkan koleksi baru di sana. Aku juga bercadang untuk meletakkan komik di laman komik.dakwah.info yang sudah tidak kelihatan sekarang. Moga Tuhan menjaga hati ini ....
Tadi pergi ziarah pakcik. Dia sihat-sihat sahaja. Hujan turun renyai-renyai di luar kediamannya. Panjang perbualan kami. Itu seperti ziarah-ziarah terdahulu. Kali ini aku dapati Tuhan tunjukkan aku langkah seterusnya. Langkah pertama sudah dibuat. Langkah kedua dibuka ... setelah Dia mengajarku apa yang seharusnya aku tahu dan jiwai. Hujan masih renyai-renyai. Tapi kali ini hatiku tidak sedih seperti selalunya. Hatiku seolah di'persediakan' untuk situasi seterusnya yang mungkin lebih mencabar!
Hari ini ber' jungle trekking ' di tepi tanjung batu. Aku, Mizi, Zul dan Mos masuk ke tempat trekking yang sering dilalui oleh orang cina di sini. Terkejut juga bila aku mengetahui Mizi dan yang lain belum pernah masuk ke tempat trekking itu! Aku ajak ramai orang, tapi ini sahaja yang datang. Hmm, tuhan mengujiku dengan orang yang sedikit apabila Dia mengajarku cara untuk berdepan dengan situasi sebegini. 30 minit sahaja kami dah habis satu pusingan trekking. Kami ambil laluan paling pendek, sebagai warming up untuk sesi akan datang yang lagi jauh. Kehidupan itu juga sedemikian. Tuhan menguji kita sedikit demi sedikit supaya kita bersedia untuk menghadapi tugasan yang lebih berat. Tuhan itu amat Penyayang dan Pemurah lagi Memahami.
Tadi hanya dua sahaja peserta lelaki yang datang ke KAM.Fasi tiga orang.Tak mengapa. Dia sedang memerhatikan sama ada aku frust,down dan putus asa atau terus bekerja!
Aneh ... Aku mendapati diriku, diri temanku dan diri-diri pekerja-pekerja islam yang bersamaku dan yang bersama yang lain, merasa tidak senang hati dengan mereka dan juga bersama yang lain. Kekadang timbul rasa yang kuurang enak dalam hati yang tidak sepatutnya dirasai... Sungguh aneh sebab tujuan semua itu dan ini adalah kerana mencari redhaNya! Aku bertanya kepada pemilik alam ini, mengapa? dan mengapa? Entah bagaimana, suatu hari aku dan temanku terbaca suatu hadith dari kompilasi 40 imam nawawi. Hadith ini memberikan jawapan kepada perasaan hati dan perbuatan aku, kami dan mereka. Hadith ini membuka fikiranku dan temanku seluas lautan atlantik yang membiru. Kali ini... setiap kali aku memandang kepada kami dan mereka, dengan gelagat yang bermacam-macam dan berbagai, aku tersenyum seketika. Sesungguhnya tuhan Maha Adil, Maha Saksama dan Maha Bijaksana! Moga aku, kami dan mereka memahami realiti ini dan menemui redhaNya.