Posts

Showing posts from October, 2011
Pagi ini aku perlu mulakan dengan perasaan syukur. Begitu banyak nikmat yang telah Allah berikan. Namun banyak mana aku telah manfaatkan untuk jalanNya?

Pagi nan indah

Image
Alhamdulillah. Pagi ini mataharinya ceria dan mesra. Keletihanku semalam memandu sejauh 400km+ hilang sedikit dek suasana yang ceria ini. Aku bersyukur atas pekerjaan yang diberi olehNya ini. Moga hari ini lebih ceria dari sebelumnya! Amiin.

Ruang Tamu

Image
Inilah ruang tamu apartmen.Aku dan teman sekerja selalu berbual sambil memberi komen kepada cerita dan berita yang ditonton. Published with Blogger-droid v1.7.4

Bilik B3B2

Image
Inilah bilik tempat aku menginap selama 7 bulan untuk projek di Kertih ini. Sudah tiba masa untuk check out esoknya dan memulakan langkah baru..
Esok hari terakhir aku di project di Kertih ini. Hari ini cuti Deepavali, tetapi aku tidak pulang, sebagaimana beberapa kali aku di sini sebelum ini, yang mana cuti umum hari Rabu. Teman-teman di loji Gas kebanyakannya akan cuti esok, jadi aku tidak dapat berjumpa dengan mereka esok. Kebanyakannya sudah farewell sebelum mereka bercuti. Mungkin esok akan ada sedikit farewell dengan orang Korea. Pengalaman teknikal yang aku peroleh dalam projek ini sungguh berharga. Segala puji bagi Allah atas nikmat ini!
Hidup ini lebih bermakna jika kita mempunyai tujuan yang jelas. Lihat tokoh-tokoh hebat di masa lalu... Mereka memiliki impian yang sangat besar. Mereka berusaha tanpa berputus asa. Dan merekalah yang meninggalkan kesan terhadap dunia... Published with Blogger-droid v1.7.4
Sabtu lepas ada perhimpunan sejuta ummat (HIMPUN). Begitu hebat promosi yang dibuat. Ada melalui radio iKIM, melalui internet (fb, twitter), melalui SMS. Matlamat perhimpunan di Stadium Shah Alam itu sangat baik, iaitu untuk memberi kesedaran, awareness kepada orang umum, terutamanya orang islam dari kalangan Melayu akan gejala murtad yang berleluasa. (adakah bangsa lain bilangan orang murtad tidak seramai Melayu?). Banyak komen yang aku lihat. Ada yang meletakkan syak bahawa ia ada kaitan dengan agenda politik parti tertentu (memandangkan pilihanraya umum negara ini makin dekat). Ada yang marah sebab ia menyentuh sensitiviti agama lain dan bangsa lain. Akan tetapi, yang datang tidak memenuhi stadium seperti yang diharapkan. Mungkin disebabkan oleh keputusan-keputusan yang diambil oleh kumpulan-kumpulan yang ada, mungkin sebab terkesan dengan komen-komen yang wujud dan juga menjaga maslahat tertentu. Kumpulan NGO penganjur datang dengan memobilisasi seramai mungkin ahli mereka. T

Accident

Hari isnin baru ni,avanza aku terbabas lalu melanggar divider tengah. Ia berlaku jam 8+ pagi selepas tol sri jaya. Aku pergi ke balai polis gambang kerana menyangka ia di bawah daerah gambang. Aku perlu buat laporan untuk insurans nanti. Calar di bahagian kanan teruk juga. Polis gambang mencadangkan untuk pergi ke IPD Kuantan sebab polis trafik ada di sana. Aku ke kuantan. Balai polis trafik terletak di belakang hospital kuantan. Mereka kata kawasan yang aku kemalangan mungkin terletak di bawah maran. Aku pergi masuk highway dan check apa kilometer yang tertulis untuk kepastian. Ia adalah 187-189. Aku juga perasan ada papan tanda polis menunjukkan ia di bawah maran. Aku ke IPD Maran dan membuat laporan. Mereka membuat laporan dan mengambil gambar. Lepas tu aku balik Temerloh utk urusan insurans. Rupanya diperlukan polisi insurans, ic, driving licence, geran kereta dan repot polis untuk urusan claim ini. Ayah dan Albert, ejen toyota membantuku utk urusan claim ini. Published wit
Tadi berusrah bersama student SM Agama d Manjalara. Pertama kali berjumpa pelajar yang ada. Pengetua sangat supportif. Moga ia dapat istiqamah dan melahirkan pemuda yang mengubah dunia!
Hari ni cerah. Ada keraian di Masjid Taman Melawati. Published with Blogger-droid v1.7.4