Posts

Showing posts from June, 2006
Datuk.. Aku teringat lagi masa aku kecil dulu, yang mana aku naik atas bakul motor dia dan dibawa pergi dan balik tadika dan pergi dan balik kebun datuk. Aku ingat lagi, datuk belikan aku air teh bunga drinho, kerana tahu aku suka sangat kat air teh bunga. Aku ingat lagi, datuk tangkap belalang dan tunjukkan kat aku. Aku sangat takut melihatkan belalang itu melompat-lompat dalam plastik itu. Aku ingat lagi, datuk suka sangat bila kami sekeluarga balik kampung. Dia akan kumpul buah durian kat rumah dia. Semua orang suka betul bila tengok banyak buah durian kat rumahnya. Aku ingat lagi, aku temani atuk masa cuti sekolah... pergi dan balik kebun dengannya ... dan minum teh tarik bersamanya. Aku ingat lagi, tika aku besar panjang, dan masa itu atuk tinggal di gombak bersama ayah sedara, kami bersembang pasal zaman dahulu, zaman jepun, zaman awal malaysia ini... zaman dia muda dulu. Aku ingat lagi, kali terakhir berjumpa atuk, masa itu dia sudah terbaring ... tidak kuat seperti dahulu ... h
Aku merasa kasihan kepada mereka yang dahulunya hebat dalam kerja islam ini, dan sekarang sudah tidak lagi bekerja. Mereka mengelak apabila kita cuba membawa mereka bersembang berkenaan kerja ini. Mereka mengelak apabila diajak untuk bersama kita bekerja sebagaimana dahulunya. Aku takut untuk menjadi seperti itu.
Alhamdulillah. Sekarang hatiku tenang semula. Itupun setelah 2 bulan lebih berada dalam keadaan gundah gulana, marah dan kecewa.Itu adalah sebahagian dari pekej ujian Allah untuk aku. Aku amat bersyukur kerana hatiku tenang kembali. Hati itu tidak akan tenang melainkan Allah yang kasi.Orang yang kaya,bersama keluarga,berkarier,berpengaruh dan berpengetahuan banyak belum tentu bahagia kalau Allah tak kasi. Pohonlah ketenangan daripada Allah.Dia sahaja sumber ketenangan itu.
Thank you Allah for giving me strength to live the day.
ABC of life (good to read!) A--Accept Accept others for who they are and for the choices they've made even if you have difficulty understanding their beliefs, motives, or actions. B--Break Away Break away from everything that stands in the way of what you hope to accomplish with your life. C--Create Create a family of friends whom you can share your hopes, dreams,sorrows, and happiness with. D--Decide Decide that you'll be successful and happy come what may, and good things will find you. The roadblocks are only minor obstacles along the way. E--Explore Explore and experiment. The world has much to offer, and you have much to give. And every time you try something new, you'll learn more about yourself. F--Forgive Forgive and forget. Grudges only weigh you down and inspire unhappiness and grief. Soar above it, and remember that everyone makes mistakes. G--Grow Leave the childhood monsters behind. They can no longer hurt you or stand in your way. H--Hope Hope for the best and
Diriku, Jangan bersedih lagi, kerana hari ini adalah hari yang baru.
Begitu banyak perasaan negatif telah kulalui... Marah. Benci. Dengki. Kedekut. Malas. Kecewa. Semoga aku boleh mengambil pengajaran daripadanya....
Begitu banyak perasaan negatif telah kulalui... Marah. Benci. Dengki. Kedekut. Malas. Kecewa. Semoga aku boleh mengambil pengajaran daripadanya....
Hari ini bertambah seorang lagi kawan yang senasib denganku. Semoga dia tabah hati.
Cukuplah aku bersedih. Sekarang kena gembira sedikit...
Allah telah memberikanku pengalaman ini, yang amat luar biasa, yang tak pernah orang rasai, yang tak kusangka kualami jua. Pengalaman yang barangkali menjadi satu pengajaran dan ilmu kepadaku untuk menghadapi hari depan, juga untuk mengajar kepada anakku akan kehidupan. Berikanlah hatiku kekuatan,ya Tuhan.Amiin.
Apakah yang anda mahu buat hari ini?
My Dream. I wish I can realise mine.
Kekuatan adalah dari Allah. Hanya Dialah tempat kau minta pertolongan.
Entahlah. Bila aku di sini aku merasakan diriku dikuasai kegelapan. Walaupun aku cuba membawa orang ke arah cahaya, diriku sendiri dikelabui oleh kegelapan itu. Aku rasa diriku semakin hilang. Ditambah dengan perasaan seolah aku diperhambakan oleh syarikat itu. Semakin lama semakin kuat cengkamannya. Barangkali sehingga aku kecundang.
Minggu lepas adalah minggu yang menyeronokkan.Menggembirakan. Aku berkenduri sekali lagi. Orang kampung bergotong-royong. Lepas tu ramai-ramai mengemas. Lepas itu aku dan isteriku ke Terengganu. Kemudian ke Kelantan. Akhirnya balik ke KL. Ramai saudara yang aku dan isteriku temui. Begitu indah pengalaman bersama isteriku semasa cuti ini. Terima kasih kerana memberikanku peluang untuk merasa gembira dalam hidup ini....