Semalam, beberapa remaja di bintulu memulakan perjalanan mereka ke kuching. Jam 9 malam mereka menaiki bas dan bertolak. Aku tersenyum tatkala melihat mereka begitu seronok menaiki bas itu.

Teringat aku kepada suasana masa winter trip dahulu. Aku ingat lagi masa tu, aku dan kawan2 aku memasukkan barang ke dalam van pada waktu malam (tapi dah dekat pagi) ... dan memandu van menuju ke adelaide. Wah, fehlongnya.

Tatkala aku melihat jadual program untuk remaja bintulu ini, aku tersenyum lagi. Sangat padat, sangat menarik. Setiap kali stop, ada sahaja ceramah dan juga kena buat hafalan. Sekali lagi aku teringat masa bermusafir dahulu ... aku menghafal hadith2 pilihan bersama adik dan kawan2.

Kini, aku tak berpeluang untuk mengembara dengan bas seperti ini. Yang aku buat setakat ini hanya menaiki kereta menuju ke tempat yang jauh untuk berkhemah atau memberi khidmat masyarakat kepada orang2 tempatan yang di pendalaman.

Comments

Popular posts from this blog

Germany