Posts

Showing posts from July, 2005
Aku amat terharu dengan keretaku. Alhamdulillah, selepas dibeli bulan mac lalu, dia telah mengembara begitu jauh ... ke sana ke mari membantu aku dan kawan-kawanku melaksanakan tugas islam ini. Berkatilah keretaku itu ya Allah. Amiin.
I am having a hard time connecting to the net. Last week and this week is a very tedious week in the office. The boss is keeping piling my job more and more. I hope I can survive.
Aku dah buat apa yang aku mampu buat. Andaikata kalau tak berhasil, ia adalah ujian dari tuhan. Yang penting ... aku telah mencuba!
Kamal san, Omae wa ganbare mashita. Moo ichido ganbare mashio!
Hari ni sedih. Hari semalam pun sedih. Sedih sebab orang tak nak ikut kita untuk membina diri kita demi mencapai cita2 600 tahun lagi. Entahlah ... bila nak buat diskusi untuk menambahkan iman, ada pula yang malas .. ada pula yang tak bersemangat. Tapi .. itulah lumrah untuk orang yang bekerja di jalan ini kan?
Hari ini semoga lebih bersemangat dari semalam!
Apabila hati menyintai seseorang, kita akan sentiasa teringatkan akan orang itu ... Di waktu makan. Di waktu minum. Di waktu berjalan. Di waktu tidur. Di waktu bersama teman. Di waktu bekerja. Di waktu berseorangan ... Namun, adakah hati ini sebegitu terhadap penciptanya? Adakah hati ini sentiasa teringat-ingat akan Dia Di waktu makan. Di waktu minum. Di waktu berjalan. Di waktu tidur. Di waktu bersama teman. Di waktu bekerja. Di waktu berseorangan ...?
Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian hidup ini. Tabahkan hatiku. Kuatkan semangatku. Sesungguhnya segalanya dibawah kekuasaan Engkau . Hari ini aku terfikir2 akan diriku. Ada suara2 dalam hati yang cuba menjadikan aku rasa lemah, down dan tak bersemangat dengan keadaan aku sekarang. Dahlah berada di sini. Dahlah mendapat tekanan kerja. Dahlah kos hidup tinggi. Dan macam2 lagi perkara negatif berkenaan hidupku pada saat ini seolah2 aku lebih malang dari orang lain. Namun, bila aku berhenti sejenak ... dan memikirkan apa yang Dia telah beri sebelum ini .. dan memikirkan apa yang orang lain tidak ada... rupanya amat banyak nikmat yang Dia beri. Jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur... Amiin.
Tadi prof diraja negara beri satu komen berkenaan keadaan semasa. Hosmet aku bertakbir. Excited. Aku pun rasa begitu. Namun dua orang lagi hosmet senyap aja. Adakah mereka terasa dengan komen itu? Apa dia komen? Ia berkenaan siaran setiap sabtu jam 8 lebih kat channel 4 astro. Kata prof diraja tu : " Orang yang menonton program ini memiliki pemikiran yang terhad/cetek/terbatas !". Sapa tak terasa, bila mendengar kenyataan itu. Namun, itu adalah realiti. Realiti yang amat menyedihkan bagi sesiapa yang telah bangun dari tidur.
Akhir-akhir ini aku lihat entri aku pendek-pendek, dan kekadang tak bawa banyak makna. Itulah hatiku ketika ini. Setiap kali aku ingin menulis blog ini, hatiku bercelaru. Ada sesuatu yang ingin kuluahkan, tapi ia hilang dengan tiba-tiba tatkala jari ini menyentuh keyboard notebook ini. Rupanya emosi aku tidak setenang dahulu. Aku dapat rasakan aku sudah tidak seperti dahulu. Adakah aku sudah jarang mengingati-Nya? Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang, walau apa keadaannya, walau apa jua ujian dariNya. Itu adalah janji Allah dan ia adalah benar. Sesungguhnya jiwaku semakin lemah. Berikanlah aku kekuatan yang lebih baik dari dahulu wahai tuhanku. Jadikanlah aku lebih baik dari diriku yang ada pada masa lalu.
Kalau dilihat orang-orang yang memegang kuasa sekarang, kasihan dan sedih rasanya. Mereka menipu orang-orang bawahan mereka dan orang-orang bawahan dengan mudah mengikut apa yang ditipu. ... seolah-olah mereka semua sedang bermain-main... menantikan masa mereka terkejut menemui tuhannya!
Aku mencari the chosen one ... aku sangka aku telah menjumpainya.... Namun the chosen one hanyalah manusia biasa .... The chosen one pun lemah juga ... Aku takut aku menjadi the chosen one ... Kerana tanggungjawabnya sangat berat...
To go high up in the company, you must sacifice the values that you hold up to. If not, you will become nobody. That was the advice given to me today.
Do you know who you really are? Do you realise why you are doing these things? Do you really sincere in doing it? Do you always listen to your heart and feelings? What would you hear? Would you like to be this way all the time? Or you prefer to change?
Aku baru balik dari berkursus. Hmm, menarik juga. Kali ini belajar berkenaan generator dan motor. Dulu masa kat universiti aku tak betul2 menghayati kedua2 benda ini. Malah konfius dengan konsepnya. Kini aku lebih faham berkenaan asas2 berkenaan mesin ini. Jadi, selama ini adakah aku belajar untuk mendapatkan kerja? Adakah itu tujuan aku? Hmm, jika difikirkan, semua orang berlumba2 untuk ke menara gading. Adakah kerana dahagakan ilmu? Atau lebih kerana takutkan tidak dapat kerja kalau tidak memiliki segulung ijazah? Jika dilihat dari sudut Sumber Manusia/Human Resource, mereka pun berpemikiran demikian. Mereka akan menerima orang masuk kerja berdasarkan ijazah. Andaikata orang itu tidak memiliki ijazah, walaupun memiliki pengalaman 20 tahun, orang itu tidak akan mendapat kerja. Ini hakikat yang aku belajar dari kehidupan ini. Ini adalah sistem yang ada sekarang. Anak2 kita belajar bukan demi ilmu, tapi demi untuk mendapat kerja yang stabil melalui ilmu. Anak2 kita akan bekerja seperti
Aku baru balik dari berkursus. Hmm, menarik juga. Kali ini belajar berkenaan generator dan motor. Dulu masa kat universiti aku tak betul2 menghayati kedua2 benda ini. Malah konfius dengan konsepnya. Kini aku lebih faham berkenaan asas2 berkenaan mesin ini. Jadi, selama ini adakah aku belajar untuk mendapatkan kerja? Adakah itu tujuan aku? Hmm, jika difikirkan, semua orang berlumba2 untuk ke menara gading. Adakah kerana dahagakan ilmu? Atau lebih kerana takutkan tidak dapat kerja kalau tidak memiliki segulung ijazah? Jika dilihat dari sudut Sumber Manusia/Human Resource, mereka pun berpemikiran demikian. Mereka akan menerima orang masuk kerja berdasarkan ijazah. Andaikata orang itu tidak memiliki ijazah, walaupun memiliki pengalaman 20 tahun, orang itu tidak akan mendapat kerja. Ini hakikat yang aku belajar dari kehidupan ini. Ini adalah sistem yang ada sekarang. Anak2 kita belajar bukan demi ilmu, tapi demi untuk mendapat kerja yang stabil melalui ilmu. Anak2 kita akan bekerja seperti
Aku melihat mereka yang takutkan pelajar mempelajari realiti hidup di luar negara. Mereka takut pelajar2 itu tersedar dan terbangun dari tidur mereka. Ia mengingatkan aku 'agent' dalam cerita the matrix. Memang seperti agent2 tersebut. Mereka tak mahu manusia terbangun dari mimpi... Mereka mahukan, apabila tamat belajar, pelajar2 ini akan bekerja, bertungkus lumus demi negara, demi keuntungan yang mereka sendiri tidak akan dapat. Pelajar2 ini akan bekerja dan bekerja sehingga mati. Pelajar2 ini akan bekerja sehingga mereka tertekan dan akhirnya mati atau gila. Pelajar2 ini akan bekerja dan hanya peduli diri mereka sendiri. Pelajar2 ini akhirnya menjadi seperti mereka. Mereka apabila dioffer oleh agent untuk mencari manusia yang cuba membangunkan manusia, mereka akan menolong agent2 ini, kerana mereka akan diberi ganjaran oleh agent ini. Mereka akhirnya menjadi orang yang hidupnya, matinya, kerjanya, dan pemikirannya untuk nagara dan manusia semata2 ... Walhal ... adakah benda-b
Aku masih lemah. Aku perlukan kekuatan.
Hari ini aku belajar sesuatu berkenaan usaha sehingga akhir .... Tiket flight aku untuk ke Semenanjung sepatutnya esok pagi, untuk berkursus, namun aku cuba insist supaya dimasukkan aku dalam waiting list. Tapi MAS kata tiket dah penuh dan ramai waiting list, jadi no point masuk waiting list juga. Aku bertanya kepada the chosen one. Dia kata, apa salahnya mencuba, sekurang-kurangnya kalau tak dapat pun, kita puas hati, sebab kita dah cuba. Aku menjadi bersemangat lalu pergi bersama dia ke airport. Laju juga kami bawa kereta. Bila tiba di airport, aku bergegas ke kaunter. Ramai betul orang menunggu di kaunter waiting list. Aku pun tunggu. Akhirnya tak dapat tempat. Aku pun pulang bersama dia. Tapi benarlah, takla rasa kecewa sangat, sekurang2nya dah mencuba. Kena sabar la sedikit untuk flight hari esok.