Posts

Showing posts from 2011

Bangsa islam...

Bila bangsa kita adalah bangsa islam, maka kita akan merasa perihatin kepada saudara seakidah kita di Palestin dan Syiria yang tengah teruk ditindas dan dibunuh di negara sendiri. Kita juga akan merasa gembira bila bertemu dengan saudara seislam di tengah2 suasana bukan islam. Kita juga akan merasa gembila bila mendapati ada orang masuk islam dan merasa seperti saudara kita. Sungguh hebat bila hubungan hati ini berasaskan islam berbanding asas2 yang lain!

Kerja macam cuti

Wah! Hari ini pejabat begitu kosong! (Malah keretapi Putra tadi pun tidak penuh seperti biasa, juga parking lot di stesen juga agak lengang dari kereta2). Jadi, mood kerja hari ini seperti bercuti (walaupun tidak bercuti!). Siap tadi ada kawan sekerja datang mengacau lalu berborak pasal isu semasa. Ada beberapa perkara yang menarik dibincangkan tadi (sampai dia terbawa kita turun ke tingkat bawah untuk makan roti telur bersama teh tarik - kafe pun lengang juga pagi tadi!). Pertama, dia kongsi berkenaan islam dan Melayu di Malaysia. Dia kurang selesa dengan sentimen islam itu mesti Melayu. Dia ada kawan yang revert, malah isterinya juga revert. Dia mendapati sentimen islam perlu Melayu itu menjadikan orang bukan Melayu amat prejudis terhadap sesiapa dari kaum mereka yang revert masuk islam (terutamanya orang Chinese di Malaysia). Bukankah islam untuk semua bangsa? Bukankah juga, Melayu ni luas rumpunnya, dari indonesia hingga ke filipina, dengan cabang2 kaum Melayu yang berbagai,

Kisah pagi di pasar

Image
Pagi tadi teman mak pergi pasar di Mentakab. Huhu, ni first time ke pasar ni, walaupun tinggal dan membesar dekat daerah ini !>_< Dalam perjalanan,mak bercerita kisah tanah dia di kampung padang luas. Baru2 ni ada orang di sana minta kat mak sebahagian tanah mak untuk dibuat jalan.Jalan itu akan menghubungkan kawasan perumahan (yang bakal dibina) dengan jalan besar (main road). Tanah untuk perumahan itu di belakang tanah mak. Pada awalnya, mak tak nak,sebab jika jslan dibuat, mungkin tak dapat diguna untuk tujuan lain (tanam2 ke, buat rumah sendiri ke).Tapi, mak kemudian terfikir akan pahala jariah yang bakal digenerate oleh pengguna jalan (jika tanah itu dijadikan jalan). Rasanya ada disebut dalam hadis pasal amal jariah dari "jalan yang digunakan orang ramai". Wah! Aku terharu dengan keputusan mak ni! Memang visi yang sungguh awesome! (Boleh sahaja mak reject, dan minta pampasan besar,tapi dia tak minta). Jarang sekali orang mengambil perkiraan akhirat mendahu
Segalanya bermula dari hati. Ia banyak kali aku ulang dalam post2 sebelum ini dan di FB dan twitter. Benar. Bila hati bersemangat, apa sahaja boleh dibuat! Jom, kita buat!

Melayu

Image
Akhir2 ini aku mendapati isu kesatuan melayu makin menjadi2 diperkatakan... tak kiralah di arena politik, dan juga di arena gerakan dakwah (di kalangan NGO). Di TV tiga, terutamanya bila tengok buletinutama (berita prime time antara maghrib isya), selalu parti melayubersatu dan orang2 yang berkaitan serta macam tak berkaitan sebut2 pasal perlunya orang melayu ni (yang majoritinya muslim) bersatu, dan jangan ikut parti orangbukanmelayu yang non-muslim itu. Makin lama makin kedengaran bunyi2 itu ... seolah2 hari Peru13 (pilihanraya umum ke 13) sangat dekat! Bila lihat di FB, dahsyat juga 'pergaduhan'  perbincangan antara pihak2 yang berbeza (pendapat dan idea). Bila satu orang buat statement, satu pihak lagi akan menyerang memberi pendapat, dan dibalas balik oleh pihak yang memberi statement. Tu belum kira bila teman2 seperjuangan atau sepemikiran kedua2 pihak masuk campur. This is applicable for both sides, regardless who make statement first . Aku harap aku lebih mema
Hari ni ke tempat kerja sangaat lewat! Anakku kencing malam. Lupa nak alas atau pakaikan pampers. Jadi menunggu lama gak toto utk siap dibasuh oleh mesin basuh.

Awan besar

Image
Subhanallah! Hebatnya ciptaan Allah! Cantik dan besar awan yang kulihat dari tempat parkir kereta hari ini.

Kesatuan prinsip dan warna

Image
Bersatu atas prinsip lebih kuat, bertenaga dan membawa perubahan berbandin kesatuan berasaskan warna kulit. Prinsip itu akan menguatkan lagi jika ia adalah aqidah islam yang sejahtera. Ia pernah terbukti di masa lalu yang mana generasi hebat dari masa itu bersatu, walau bangsa berbeza. Mereka sanggup mati untuk prinsip itu. Jika bersatu atas warna kulit, tak kiralah warna sawo matang melayu atau hitam berkilat negro atau hitam selerti gagak di atas,ia belum tentu berjaya. Ini kerana prinsip yang dipegang mungkin berbeza, malah dicampur dengan kepentingan peribadi yang akan memecahkan kembali kesatuan yang berasaskan warna kulit itu! Oleh itu, bersatulah atas dasar prinsip. Sama-samalah mantapkan kefahaman kita supaya prinsip kita menjadi jelas. Published with Blogger-droid v2.0.2

Bergabung atau bekerjasama

Image
[kredit] Satu perkara menarik yang disebut oleh NPNL tadi ... sambil makan nasi dan ayam kampung di cheras. "BN terdiri dari 3 parti utama berasaskan kaum dan bergabung  di bawah satu parti" "PR terdiri dari 3 parti utama berasaskan prinsip dan bekerjasama dalam hal disepakati sahaja" ... apa beza yang ada pada mereka ini?
Aku geram kat pakcik yang banyak komen pasal pakcik yang kuat kerja tarbiyyah/pembentukan .. walhal dia sendiri kurang berbuat demikian! Aku sendiri segan pakcik yang beramal itu... Moga aku diberi kekuatan untuk bersemangat n bekerja sepertinya!
Semalam berdiskusi dengan UHO serta YHY serta AK. Diskusi kali ini sedikit sebab UHO x maklumkan. Dia nak tengok siapa yang concern pasal diskusi dan siapa yang kurang. Kaw-kaw UHO kasi pengajaran kat kami. Tu belum kira orang yang tak datang ! Tak sangka ini pun boleh jadi salah satu metode utk uji dan bina diri kita!

Mukhayyam di Chamang

Weekend ini aku bermukhayyam atau bercamping bersama teman-teman sehati sejiwa. Ia bermula sejak Jumaat malam, tapi aku join pagi Sabtu sebab aku memberi pengisian utk kem remaja di Kem At Taqwa Banting yang dianjurkan oleh Surau Baiturrahman PutraHeights. Pengalaman yang agak menarik di camping itu. Hujan turun tak ingat. Air jeram di kawasan hutan Chamang besar semacam sahaja. Waah! Bahaya kalau nak mandi. Tapi, ada kawasan yang airnya agak cetek, tapi boleh mandi dalam keadaan berjaga2. Kami kena masak makanan sendiri, menggunakan bahan2 yang ada dan dikumpul oleh peserta. Siang kami bertrekking. Lepas trekking ada tazkirah. Malam pula ada gusti. Gusti? Ini yang belum pernah dibuat oleh ikhwah di sini! Orang2 dilumurkan minyak dan cuba menolak keluar bulatan pihak lawan, atau cuba jatuhkan pihak lawan. Sungguh menarik. Juga lucu! Malam itu hujan turun lebat betul. Kami tidur dalam kebasahan. Esoknya, kami buat aktiviti polis sentri, yang mana pihak pencuri lari ke dalam huta

Solar panel

Image
Waaa! Atas bumbung Pusat Bandar Kay El dipasang solar panel. So, lepas ni kuranglah penggunaan elektrik di pusat membeli-belah yang superbesar nih. Published with Blogger-droid v2.0.1

Teringat

Image
Tatkala melalui stesen sri Rampai, aku terfikir... Lama dah tak bertemu dengan 'bekas' adik2 'bulatan gembira' (baca: halaqah usari, ini menurut inche Gabbana di blognya). Dah beberapa bulan... Semenjak mereka habis belajar bulan sembilan yang lalu... Kasihan juga mereka... Aku tak sempat nak benar2 memahamkan Mereka perihal kehidupan... tak sempat nak memahamkan mereka hakikat tugas mereka selaku hamba dan khalifah! Kasihan! ... mereka amat jauh lagi lemah berbanding adik2 TSM yang ultra bersemangat! Aku harus muhasabah... Apa yang aku 'telah' buat dan apa yang aku 'belum' buat terhadap mereka sehingga terjadi begini.... Moga Allah ampuni kesilapanku... Moga Allah beri hidayah kepada mereka!

Jalan2

Hari ni aku sekeluarga berjalan2 di KLcc park. Kusangka kolam mandi kanak2 dibuka. Rupanya ditutup. Ditutup setiap ISNIN!! Jadi, anakku bermain sampai berpeluh .. dan tidak dapat mandi. Tambah2 pula wife kena pergi meeting hari tu, walaupun cuti. Waaah. Cuti pun kena meeting. Memang kurang peri kesedaran hak asasi pekerja betul pihak pengurusan itu. Apa2 pun, setelah 2 jam bermain dengan anak, wife aku berjaya lari dari meeting itu. Lalu ... anakku kini keletihan dan tidur petang dgn nynyaknya...

Demam

Alhamdulillah. Hari ni, program futsal di putra heights berjalan dengan baik. Cuma,sayangnya tak ramai ahli ikram hadir (actual ialah 2 orang). Hmmm.. terlepas peluang utk bina bond yang lebih kuat utk masyarakat. Apa2 pun, yang ada tu jalankan program sebaiknya... walaupun tinggal dua.. Petang ni.. wife aku pula demam.... Terencatlah perancangan malam ini dan esok... Published with Blogger-droid v2.0.1

Awesome dan futsal esok

Wahh... Hari jumaat. Petang nan indah. Aku merasa sungguh awesome minggu ni, kerana terkesan dengan blog super saiya osem www.angelpakaigucci.blogspot.com .... Tulisan2 inche gabbana sungguh mengujakan hati. Tak sangka jumpa blog dakwah n tarbiyyah yang begitu cool dan santai... sesekali mengexeggerate klausa2 serta ayat tertentu .... srsuai dengan jiwaku ^_^ Hmm... Tiba2 aku jadi semangat utk update blog ini semula, walaupun dah tenggelam dgn keseronokan fb n twitter!!! Esok ada futsal di tinggian putra (putraheights). Pihak surau yg uruskan 90% ... aku n HA uruskan 10%. 10% ? ... ya, kami akan mengisi sedikit rekreasi hati kepada pemain2 futsal yg terdiri dari adik2 belasan tahun yang menganga sebab tak tahu nak buat apa masa cuti itu ... So .. Malam ni kena fikir, apa yg paling baik n berkesan terhadap hati budak2 iru ... Yang hanya akan disampai dalam masa 15 ke 20 menit ... Moga Allah permudahkan |^_^
Hari ni baca,blog angelpakaigucci.blogspot.com masa naik tren putralrt. Wah, sungguh berekspressi sekali! Hati menjadi terhibur riang membaca coretan santai berunsur dakwah. Sungguh osem ( awesome ) !! Published with Blogger-droid v2.0.1
Hari ini mendengar briefing berkenaan Syiria. Rupanya kejam pemimpin Syiria. Namun media barat seperti CNN, BBC dan seangkatan melaporkan sebaliknya. Bila melihat kekejaman yang dilakukan, ia sedahsyat israel laknatullah ; kanak2 dipotong kaki dan tangan, wanita diperkosa, lelaki dikelar dan dipaksa murtad! Tentera2 mereka bersukaria menyeksa orang2 syiria itu. Terasa harus kita ceritakan dan sampaikan cerita ini! Sebab berita dunia, apatah lagi negara kita ini, hanya melaporkan secara minimal dan selalu berita yang salah!
Hari ini menemani wife dalam program mukhayyam akhawat. Baru tau,org yg menemani dipanggil murafiq. Malah ada tugas2 tersendiri..

Kucing

Image
Masa Aidil Adha ni aku n family di kampung sebelah wife. Aku dapati anakku bermain dengan kucing. Dia pegang kucing tu. Lebih berani dari kakaknya! Published with Blogger-droid v2.0

Aidil Adha

Hari ini hari Raya Aidil Adha. Adha bermaksud "korban". Besar pengertiannya... Pada Hari raya ini, ada yang berkorban harta dengan bersedekah lembu dan kambing.. Ada yang berkorban harta dan masa serta keluarga dengan pergi haji... Malah,tema hari raya ini ialah "pengorbanan",berbeza dengan Aidilfitri yang bertemakan "kembali kepada fitrah"... Jadi, Aidil Adha memiliki pengertian tersendiri.... yang perlu kita hayati... Published with Blogger-droid v2.0
Alhamdulillah. Weekend ini balik Temerloh. Dapat spend masa yang berkualiti bersama famili. Semalam peristiwa comel berlaku. Fatih menolong Husna mengambil berus gigi. Diambil satu persatu berus gigi. Sangat comel!
Image
Kajilah sekeliling kita. Kajilah persekitaran kita. Jika kita mengkajinya, maka kita akan mengelakkan diri kita dari tertipu dengan keadaan... ....yang menjadikan kita mangsa keadaan!
Pagi ini aku perlu mulakan dengan perasaan syukur. Begitu banyak nikmat yang telah Allah berikan. Namun banyak mana aku telah manfaatkan untuk jalanNya?

Pagi nan indah

Image
Alhamdulillah. Pagi ini mataharinya ceria dan mesra. Keletihanku semalam memandu sejauh 400km+ hilang sedikit dek suasana yang ceria ini. Aku bersyukur atas pekerjaan yang diberi olehNya ini. Moga hari ini lebih ceria dari sebelumnya! Amiin.

Ruang Tamu

Image
Inilah ruang tamu apartmen.Aku dan teman sekerja selalu berbual sambil memberi komen kepada cerita dan berita yang ditonton. Published with Blogger-droid v1.7.4

Bilik B3B2

Image
Inilah bilik tempat aku menginap selama 7 bulan untuk projek di Kertih ini. Sudah tiba masa untuk check out esoknya dan memulakan langkah baru..
Esok hari terakhir aku di project di Kertih ini. Hari ini cuti Deepavali, tetapi aku tidak pulang, sebagaimana beberapa kali aku di sini sebelum ini, yang mana cuti umum hari Rabu. Teman-teman di loji Gas kebanyakannya akan cuti esok, jadi aku tidak dapat berjumpa dengan mereka esok. Kebanyakannya sudah farewell sebelum mereka bercuti. Mungkin esok akan ada sedikit farewell dengan orang Korea. Pengalaman teknikal yang aku peroleh dalam projek ini sungguh berharga. Segala puji bagi Allah atas nikmat ini!
Hidup ini lebih bermakna jika kita mempunyai tujuan yang jelas. Lihat tokoh-tokoh hebat di masa lalu... Mereka memiliki impian yang sangat besar. Mereka berusaha tanpa berputus asa. Dan merekalah yang meninggalkan kesan terhadap dunia... Published with Blogger-droid v1.7.4
Sabtu lepas ada perhimpunan sejuta ummat (HIMPUN). Begitu hebat promosi yang dibuat. Ada melalui radio iKIM, melalui internet (fb, twitter), melalui SMS. Matlamat perhimpunan di Stadium Shah Alam itu sangat baik, iaitu untuk memberi kesedaran, awareness kepada orang umum, terutamanya orang islam dari kalangan Melayu akan gejala murtad yang berleluasa. (adakah bangsa lain bilangan orang murtad tidak seramai Melayu?). Banyak komen yang aku lihat. Ada yang meletakkan syak bahawa ia ada kaitan dengan agenda politik parti tertentu (memandangkan pilihanraya umum negara ini makin dekat). Ada yang marah sebab ia menyentuh sensitiviti agama lain dan bangsa lain. Akan tetapi, yang datang tidak memenuhi stadium seperti yang diharapkan. Mungkin disebabkan oleh keputusan-keputusan yang diambil oleh kumpulan-kumpulan yang ada, mungkin sebab terkesan dengan komen-komen yang wujud dan juga menjaga maslahat tertentu. Kumpulan NGO penganjur datang dengan memobilisasi seramai mungkin ahli mereka. T

Accident

Hari isnin baru ni,avanza aku terbabas lalu melanggar divider tengah. Ia berlaku jam 8+ pagi selepas tol sri jaya. Aku pergi ke balai polis gambang kerana menyangka ia di bawah daerah gambang. Aku perlu buat laporan untuk insurans nanti. Calar di bahagian kanan teruk juga. Polis gambang mencadangkan untuk pergi ke IPD Kuantan sebab polis trafik ada di sana. Aku ke kuantan. Balai polis trafik terletak di belakang hospital kuantan. Mereka kata kawasan yang aku kemalangan mungkin terletak di bawah maran. Aku pergi masuk highway dan check apa kilometer yang tertulis untuk kepastian. Ia adalah 187-189. Aku juga perasan ada papan tanda polis menunjukkan ia di bawah maran. Aku ke IPD Maran dan membuat laporan. Mereka membuat laporan dan mengambil gambar. Lepas tu aku balik Temerloh utk urusan insurans. Rupanya diperlukan polisi insurans, ic, driving licence, geran kereta dan repot polis untuk urusan claim ini. Ayah dan Albert, ejen toyota membantuku utk urusan claim ini. Published wit
Tadi berusrah bersama student SM Agama d Manjalara. Pertama kali berjumpa pelajar yang ada. Pengetua sangat supportif. Moga ia dapat istiqamah dan melahirkan pemuda yang mengubah dunia!
Hari ni cerah. Ada keraian di Masjid Taman Melawati. Published with Blogger-droid v1.7.4
Semalam majlis farewell seorang staff kat projek ini. Dia kata ni dah kali ke 4 farewell yang dia lalui. Antara yang menarik yang dia kata: "Dalam 4 syarikat multinational yang saya kerja, yang ini agak lain sebab birokrasi dia pelik. Yang lain agak konsisten dan lebih terbuka. Yang pernah kerja di luar tahu apa yang saya maksudkan" Hmm ... Birokrasi? Mungkin sebab ia adalah GLC. Lepas usai farewell, pengurus pun bersalam2 dengan semua dan bergurau: "Haaa ... Lepas ni siapa pulak!"
Hari ni pergi jamuan Hari Raya di Putra Heights, anjuran IKRAM SJ. Jamuan kali ini sangat besar berbanding dahulu. 400 orang dijangka datang.
Copied from someone. Apa pengajarannya di sini? Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian. Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari." Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan." Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?" Harakah - "Kami tiada beca." Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah." Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka." Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!" Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca." Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!" Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam fil
Di manakah negara itu? Negara yang aman dan sejahtera sekitarnya. Orang kayanya bersyukur dengan bersedekah, berzakat, berinfaq ... Orang miskinnya bersabar, berusaha dan berpada .. Zakat bertambah dan digunakan untuk membantu sang miskin berusaha, lalu ia keluar dari kemiskinannya... Negara yang pemudanya sedar jadi diri sebenarnya.. Mereka diberikan program yang menghidupkan jiwa mereka, bukan mematikan, melalaikan dan menghilangkan nilai akal mereka. Negara yang TV, internet dan semua media yang ada ... mengingatkan penduduknya akan siapa diri mereka di sisi Pencipta, juga membangkitkan semangat mereka untuk mempertingkatkan diri dan berbekal untuk dunia dan akhirat... Negara yang memartabatkan wanita.. menghargai kecantikan mereka ... menghargai diri mereka.. dengan memberikan mindset yang benar hakikat nilai berdasarkan nilai-nilai Ilahi, bukan berdasarkan nilai-nilai nafsu yang penuh manipulasi... Negara yang perniagaan berasaskan keadilan kepada pembeli, penjual dan pelabur. Ia
Coretan dalam fb utk pelajar yang berusrah denganku : Salam, Setelah sekian masa bercuti, mari kita renung sebentar ... Dalam sehari dalam cuti kita, berapa lama kita spend masa utk 'diri kita'? ... ... 'diri kita' di sini ialah hati dan ruh yang ada dalam diri kita ... betul kan? ... Cuba kita lihat, apa aktiviti yang kita buat, hasilnya akan memberi kesan kepada hati kita? Cuba kita lihat ... selepas main game beberapa jam, ,duduk depan TV layan astro selama beberapa jam, bersiar-siar di shopping mall, hati kita merasa best? tenang? .... Kita akan dapati, kebanyakan benda yang kita buat, kita akan cuba buat perkara yang akan menyebabkan kita merasa seronok. Betul, kan? Kekadang, kita lupa, perkara seronok itu akan memberi kesan kepada kepada hati kita. Hati kita seronok pada awalnya... tapi selepas benda seronok itu habis, ia akan rasa kosong, malah kekadang tidak keruan, tenteram dan kelam kabut... ... Malah jika ia berulang-ulang dalam hidup kita, kita akan sampai k
Semalam pada awal pagi, ada yang menyangka jalan akan jem teruk ... lalu mereka tidak keluar rumah. Semalam juga, ada yang merasakan mungkin akan berlaku huru-hara di Kuala Lumpur dan membinasakan negara. Namun, jem teruk tidak berlaku pada awal pagi. Tiada kereta di lebuh raya Duke dan NKVE. Tapi ada di beberapa jalan ke KL seperti LDP puchong dan Sunway. Pejabat dan kedai di dalam KL tutup. Jalan TAR yang sibuk jadi lengang. Sogo yang selalu ramai orang pun jadi lengang. Begitu ramai yang turun ke KL walaupun berjalan jauh. Tak ramai yang berbaju kuning. Hanya segelintir, jika dibandingkan dengan mereka yang ada. Ada yang tidak turun, sama ada kurang berani, atau terikat dengan arahan pegawai atasan yang sudah memberi briefing hari sebelumnya. Sedaraku juga berkongsi "Nak tengok pun merupakan kesalahan..!" KL seolah banjir dengan lautan dan ombak manusia. Hal ini tidak diceritakan di dalam berita dan media utama. Mereka hanya mengatakan ribuan sahaja yang ada... walhal laut

Post Created Jul 8, 2011 6:29:45 PM

Wah. Bagitu bersemangat orang untuk berhimpun esok!
Image
Bersih 2.0 adalah topik paling hangat di negara ini hari ini. 9 julai, esok ... adalah tarikh keramat yang mana (dijangka ramai) manusia akan berhimpun (di Stadium Merdeka) untuk menunjukkan solidariti dalam memberitahu orang atas dan orang awam supaya Suruhanjaya Pilihanraya jadi 'bersih' dan adil dalam pilihan raya (sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Bersih ) . Semenjak beberapa hari lalu, orang di atas dan komponen mereka (media, penguasa), seolah begitu takut. Berita yang buruk terhadap perhimpunan ini tersebar. Orang yang menyokongnya (terutamanya yang memakai baju kuning) ditangkap. Bersih digambarkan sebagai suatu yang merbahaya dan mengancam keselamatan negara. Roadblock diadakan di semua laluan ke KL, dan dijangka lagi teruk esok. Mengapa orang di atas begitu takut? Mengapa ramai sangat yang memberi sokongan Bersih 2.0 ini? Mengapa ada juga yang membangkangnya? Apa sebenarnya yang berlaku? Apakah kesannya terhadap kita? Adakah ia berkaitan dengan kita? Jawapannya?

Post Created Jun 20, 2011 4:15:23 PM

Hari semalam adalah Hari Bapa/Father's Day.... Aku menyambutnya dengan menjaga Fatih dan Husna di Melaka... sementara menantikan wife ber-team building

Post Created Jun 20, 2011 3:32:00 PM

Hmmmm
"Apa yang menggerakkan kita adalah hati, bukan jasad dan juga akal". Aku teringat kata ini dari mp3 pakcik K. yusuf. Wah, benar sekali... Apa yang menggerakkan kita untuk bangun dan ke masjid untuk solat subuh? badan yang kuat? pengetahuan yang banyak berkenaan fadilat solat jemaah subuh?.... .. tidak! ... jika begitu, mengapa ada orang yang ilmu agama banyak, tapi tidak beramal/berakhlak? Ia adalah digerakkan oleh hati yang memahami fadilat itu... Bila direnungkan ... kita akan gagahkan badan kita walaupun terpaksa bangun awal, terpaksa travel jauh, terpaksa spend duit ... bila nak hadiri konsert artis yang kita minat (superjunior? am?) ... bila kita nak beli iphone/ipad2 yang kita lama idamkan ... Semua itu digerakkan oleh hati... oleh itu, hendaklah kita berusaha agar hati ini memahami tugasnya yang sebenar dan menggerakkan tubuh ke arah jalan yang diredhai olehNya!
Lama tak update. sejak ada facebook dan twitter, blogger ni agak ditinggalkan. sekarang pun orang guna blog untuk set up website untuk bisnes dan lain2. akhir2 ni makin sibuk di kerteh, memandangkan fasa projek dah nak masuk ke bahagian membeli barang. bila beli barang, maka perlu banyak jumpa kontraktor untuk urusan pembelian. sejak dua menjak ini juga, aku mengikuti perkembangan negara ini. semakin lama semakin menjadi2 korupsi oleh pihak atasan terpancar dalam berita dan suratkhabar. mereka mula berbelanja luar biasa atas perkara yang sia2 (yang sukar untuk diterima oleh orang yang berfikir). ia tak perlu disorok pun, kerana sangat jelas menimbulkan syak wasangka di kalangan orang ramai. pengikut parti pihak atasan juga sudah menunjukkan ciri2 kemarahan dengan korupsi ini. moga Allah selamatkan negara ini.

Post Created May 19, 2011 7:02:44 PM

Image
Hari ini hujan begitu lebat di Kuala Lumpur.... Aku sedang menunggu isteriku pulang Aku mendengar kembali kuliah oleh Dr UqY. Aku terkenang keadaan aku satu ketika dahulu yang begitu banyak memberi kesan kepada sekeliling. Ia pernah dilakukan.... .... dan pasti boleh diulangi kembali .... dengan izinNya
Image
view full image "Pantai Kemasik"

Post Created Apr 30, 2011 5:37:56 PM

Hari ni pergi mukhyayyam. Amy, Husna n Fatih balik kampung dengan atuk, nenek dan lain2. Tadi pagi plumber check bumbung rumah dah. Suspek fire wall kat bumbung bocor masuk ke dinding. Jumaat depan dia janji repair. Malam nanti akan gerak bersama kawan2 lain. Harap semua berjalan baik.

Post Created Apr 29, 2011 12:37:13 PM

Oh. Hari ni juga nak pergi cari hadiah birthday Fatih. Kena juga beli 'hadiah' untuk kakaknya. Nanti gaduh pula adik-beradik tu. Hehe...

Post Created Apr 29, 2011 12:34:22 PM

Esok mukhayyam (camping) dengan teman2 ikramsj. Hari ni kena baca (dan hafal) wazifah mathurat kubra. Tough betul.... Macam capacity otak untuk menghafal tak sekuat dulu

Post Created Apr 29, 2011 8:13:46 AM

Semalam masa tiba di rumah, Husna meragam. Aku hilang sabar dan marah kat dia. Tak sangka boleh jadi macam tu. Semua orang terkejut. "Marah itu dimulai dengan gila, dan berakhir dengan sedih" Aku rasa sesal dan sedih gak lepas tu. Kena belajar untuk lebih sabar. Namun, alhamdulillah, pagi ni mood Husna baik semula. Aku kena berhati-hati dengan kemarahan lepas ni.

Post Created Apr 29, 2011 8:08:17 AM

Semalam aku dapat dah avanza baru. Namun ia akan berada di Temerloh dulu sebab aku mungkin akan menggunanya dengan agak ekstrim (memandangkan aku akan drive dia dengan begitu jauh, iaitu kteh-kl). Jadi, aku akan masih pinjam kereta ayah dulu buat masa ni.
Aku sudah beberapa minggu dalam projek ini. Di tempat ini, suasana berbeza berbanding dengan Sarawak dahulu. Alhamdulillah, aku menemui teman-teman yang sama di jalan ini di sini. Mengongsi pengalaman dan membantu apa-apa yang boleh. Di sini, aku bertemu dengan orang-orang yang pernah aku dengar namanya masa aku di Sarawak, dan melihat bagaimana personalitinya. Di sini, aku akan belajar perkara baru, sudut pandangan yang baru, tetapi di landasan dan kerangka yang sama.
Aku berbicara dengan seorang teman di kedai makan, selepas mendengar dia menyampaikan kuliah di surau panalex di sini. "Jangan dihina dan dicaci orang-orang yang telah mendahului kita (i.e. orang senior). Mereka dah hidup sebegitu lama dan masih tsabat dan istiqamah di jalan ini. Kita belum tentu lagi akan sampai ke umur dia (i.e. tua) dan tsabat seperti dia" . Itu antara yang dikongsi oleh teman itu, apabila kami berbicara perihal sesetengah orang, yang mengecilkan jasa orang senior di jalan ini. Sememangnya orang muda akan nampak orang senior lemah, perlahan dan lambat, walhal mereka tidak tahu cabaran dan dugaan yang dihadapi dan telah dihadapi oleh orang senior itu. Kami meneruskan perbualan mengongsi perkenalan. Orang di sekeliling kedai makan makin sibuk dan makin ramai, tenggelam dengan suasana malam yang gelap itu...

Post Created Apr 23, 2011 12:20:34 PM

Hari ni hari lahir Fatih. Dah setahun umur dia. Mak dan adik akan datang kejap lagi. Lepas ni kami akan ke pusat membeli-belah untuk makan dan membeli hadiah untuk Fatih. Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang diberi.

Post Created Apr 22, 2011 8:44:08 AM

Hari ini pergi pesta buku di KL. Dah lama tak pergi. Rasanya dekat 3 tahun dah. Selalunya pesta buku pasti sangat sesak bila weekend. Macam PC fair. Mungkin ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia suka pada buku. Harapnya begitulah....

Post Created Apr 20, 2011 9:44:56 PM

Image
Kebahagiaan terletak pada hati. Jadi, ia hanya diperoleh dari dalam, bukan dari luar. Sebab itu orang kampung boleh hidup tenang, dan orang yang memiliki harta berbilion hidup gelisah. Namun, ia boleh dikecapi jika kita dekat dengan Allah dan sentiasa mengingatiNya. Beramal dengan islam dalam kehidupan seharian juga akan melahirkan ketenangan dalam jiwa kerana firmanNya "sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
Image
Hari ni aku ke kertih awal pagi.3am tadi.Subuh di Maran.Aku dapati banyak juga kereta dan lori di lebuh raya.Aku dah beberapa kali berulang-alik,kerana projek besar di sana.Ia mengingatkan aku kepada perjalananku btu-myy satu ketika dulu.kini aku tak sesedih dulu,mungkin sebab aku dapat balik setiap minggu dan tak terikat kepada kapal terbang.
Semalam PRN Sarawak. Ramai menyangka akan berlaku kejutan dengan menangnya PR di kebanyakan daerah. Namun, pemerintah dahulu masih memerintah pada hari ini. Apabila merenung senario Sarawak, ia boleh menjadi renungan buat umat islam yang sedar. Di sana Kristian sudah kuat, terutamanya di pendalaman. Di bandar pula, ia juga menonjol dengan wujudnya banyak gereja dan sekolah. Adakah ia begitu pada masa dulu? Lihat buku sejarah. Apa keadaan penduduk di situ sebelum kedatangan Rajah Putih James? Dan menurut statistik yang pernah aku tahi, kadar pertambahan penganut Kristian di sana makin meningkat, dan penganut islam makin berkurangan. Isu ini tenggelam dari isu politik dan sensasi terkini.
Image
Di sini traffic jam bila hujan lebat dan air melimpah ke atas jalan.Mengingatkan aku pada bintulu pada waktu pagi,dan air naik kat sekolah teknik.Sini air lagi teruk melimpahnya,sampai kena divert jalan.Macam nak banjir.Harapnya tak jadi teruk macam tu.
Hari ini menunggu lama di kedai servis kereta. Hmm.., dah lebih dua jam menunggu. Rasa teruji juga kesabaran ni :)
Hari ini aku berumur 30 tahun. Begitu cepat masa berlalu.
Tadi masa makan malam bersama teman, kami berbincang pasal integriti. Ada kes orang salah guna kuasa manipulate contract sampai untung berjuta, tetapi dia kena tangkap akhirnya. Integriti itu hanya boleh datang bila adanya iman. Tanpa iman yang kuat kepada Allah, kita akan kelabu mata bila nampak duit berjuta didepan mata, malah akan ketagih lagi untuk pecah amanah! Oleh itu, iman perlu dibentuk untuk memastikan orang bekerja dengan penuh integriti!
Image
Kini aku akan lebih kerap ke Kerteh. Di sana ada projek besar oleh syarikat ini. Aku disuruh untuk membantu lead engineer dalam design dan engineering sehingga raya ini. Aku kembali kepada mode berulang alik ... sebagaimana apa yang aku rasa di bintulu. Cuma kali ini aku diberi pampasan sedikit, dan dapat balik melalui jalan darat (i.e. kereta), berbanding dahulu yang tiada apa-apa, kena keluar duit sendiri untuk travel dan juga hanya boleh melalui kapal terbang. Hal itu menjadikan aku bersyukur. Cabaran keadaan ini ialah program hari biasa di kawasan SJ sukar untuk aku sertai, terutamanya perjumpaan untuk anak buah. Malah perjumpaan untuk diri sendiri pun sukar bertemu juga, kerana hujung minggu selalunya diisi program mencari orang dan juga membentuk minda. Naqib aku menasihati 'pastikan hafalan dan quran dibaca, matsurat juga!'. Ya, bila keadaan sebegini, ada harapan serigala akan memakan kambing ini yang berseorang diri. Kecualilah kambing itu mencari kawanannya di padang r
Hari ni aku akan present dalam Program pemantapan minda ahli Aktif IKRAMSJ.Pada beberapa hari sebelum ini,hatiku begitu kucar-kacir.Hatiku tidak tenang.ditambah dengan beban kerja yang makin bertimbun.ditambah dengan air membasahi dinding rumah.ditamch dengan anak yang gastrik dan DEmam.Innalillah... aku memohon agar dapat bertenang dan bersabar. NAMUN...aku dapati Dia tidak membiar begitu sahaja... Masalah air dah diselesaikan,tanpa kos yang tinggi.tempat program dah dapat.Anakku hampir sembuh. AGaknya,ini ujian dalam bentuk lain berbanding ujian berjauhan dengan famili dahulu.
Image
Lampu ini ku lihat di KIBAR2011.Di sini 160+ student AusNz berprogram,belajar bahasa ARab serta ilmu yang membina fikrah dan kehidupan.Sungguh bersemangat!Moga ia turut dirasai oleh yang sudah di Malaysia.
Image
Hujan renyai-renyai di luar masjid ss15 sj.Aku berbaring di dalam masjid menunggu asar dan isteriku mesyuarat aktiviti dan program anak ikhwah akahwat.Aku juga sangat mengantuk kerana non-stop berpogram sejak selasa.