Monday, August 30, 2010


Aku teringatkan sesuatu bila melihat kepada gambar ini.Ia mengajar pengguna kenderaan ini cara menggunakan fungsi differential lock bila diperlukan.Hm,itu baru differential lock.Bagaimana dengan manusia yang kompleks ini?

Saturday, August 28, 2010

Alhamdulillah,baru selesai iftar bersama masyarakat Bandar Kinrara. Iftar dibuat di masjid al-Ehsan.Beberapa orang miskin juga diberi bantuan.

Aku juga bertemu dengan pemuda-pemuda yang bersemangat. Mereka sanggup menaiki teksi dari jauh semata-mata ingin bersama dengan ikhwah lain dalam program iftar itu.

Wah, masih banyak yang perlu dibuat, masih banyak 'kerja' yang perlu disiapkan!

Monday, August 23, 2010

Sudah hampir separuh ramadhan berlalu. Hmm ... jika dimuhasabahkan diri ini, sejauh mana kita telah mengejar amalan di bulan ini.

Pagi tadi aku terkena sakit belakang. Salah urat sewaktu bangun pagi. Innalillah! Sukar sekali untuk bersolat dan bergerak. Mungkin dengan sabar akan keadaan ini, makin banyak dosa akan dikaffarah olehNya.

Wahai Allah, aku memohon keampunan dariMu, atas segala kesalahanku, dan atas segala kelalaianku.

Wednesday, August 18, 2010

Alhamdulillah,sudah 7 hari ramadhan.Harapnya amalan yang ada dapat dipertingkatkan lagi.Aku berlumba-lumba tilawah dengan isteriku.Aku cuba memanfaatkan saat bangun iftar untuk qiam.Sungguh banyak peluang membanyakkan pahala.

Cuma,aku perasan saf isya serta terawih di masjid dan surau berkurang dengan mendadak,walaupun baru 6 hari berpuasa.Adakah masyarakat sudah hilang semangat untuk menghidupkan ramadhan ini?Alangkah sedihnya.

Sunday, August 08, 2010

Antara tanda kejayaan ikhwah adalah dia konsisten subuh di masjid di rumhnya.Alangkah rugi membiarkan walau satu saat tanpa amal.t