Sejauh mana kita telah menggunakan potensi dan tenaga kita untuk islam? Mengapa ada sahaja alasan dan masalah yang menyebabkan kita tidak bergerak?

Bla kita sakit, atau isteri sakit, atau anak sakit, atau ada jamuan, atau ada jemputan ... kita menjadi lemah dan mendiamkan diri. Namun, peliknya pula bila kena pergi kerja, kita menggagahkan diri.

Bila kita dijemput untuk pergi ke sebuah kampung untuk aktiviti sosial dan islam, bila kita dijemput untuk ke majlis ilmu ... kita akan tidak pergi bila ada sahaja alasan kecil. Namun, bila kita dijemput ke majlis yang seronok, bila kita diajak berjalan dan bersiar-siar untuk berseronok, kita akan pergi walaupun ada alasan besar.

Berikanlah kami kekuatan untuk bergerak. Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany