Posts

Showing posts from 2008
Image
Apa sahaja yang kita buat,ia pasti menjadi perkara yang paling betul bagi kita.Adakah ia 100% betul atau sebaliknya?Ia bergantung kepada apa yang kita tahu dan faham.Andaikata kefahaman kita salah,kebenaran yang kita percayai adalah kesalahan.Pohonlah kepadaNya supaya kita sentiasa di jalan yang benar.
Image
Ni adalah umai D-I-Y yang aku buat.Dapat bahan-bahan masa pergi mukah.Sedap juga,walaupun ada tulang sikit-sikit.
Baru-baru ni aku masuk ke dalam Facebook/FB. Aku mendapati ramai kawan-kawan sekerja dan kawan lama begitu aktif dalam FB ini. Pertama kali juga aku merasakan online community yang agak menarik, kerana dari situ aku dapat melihat apa yang difikirkan, dibuat dan disukai, juga dibenci oleh orang-orang di sekeliling (walaupun mungkin ianya rekaan semata-mata).
Subhanallah!Bila Tuhan ingin membantu dan menggembirakan para dai,Dia berikan dalam bentuk yang Dia mahukan . Aku dan teman-teman ingin menghidupkan kembali proses pembentukan dan menyangka hanya sedikit sahaja yang menyahut,lalu mendapati yang tua,yang memerhati dan yang muda begitu ramai menyahut seruan kami di pulau ini. Aku dan yang lain harus beristighfar atas kelebihan ini sebagaimana disuruh surah an-nasr.
Permainan menjadi rebutan kanak-kanak kecil.Ia menjadi alat untuk menghiburkan hati mereka.Ia menjadi perkara yang diimpikan oleh mereka.Ia adalah benda yang ditunjukkan kepada kawan-kawan sebagai kebanggaan Bila mereka dewasa,permainan mereka menjadi sesuatu yang lebih mahal.Ia boleh jadi rumah,kereta,gadget dan sebagainya. Itu juga yang dikatakan oleh pakcik SQ,yang mana manusia mengejar dunia bagai kanak-kanak yang bermain.
Minggu ini merupakan minggu yang begitu menggembirakan. Aku melihat keletah Husna setiap hari. Husna asyik menyebut "abi .. jom" , "abi ... nak" , "abi ... ikut", "abi ... mamam (makan)", "abi ... bukak". Husna berinteraksi denganku begitu mesra sekali. Aku merasakan kali ini seperti ayahnya, tidak seperti yang aku alami pada masa lalu. Mungkin ini kesan aku berada di sisinya untuk tempoh yang lama. Memang agak lama berbanding biasa (bukan 2 minggu tiada dan sehari lebih ada). Anak amat perlukan kasih sayang ibu dan bapanya. Kurang seorang, mungkin tidak sempurna dan mungkin juga merencat perkembangan jiwanya. Aku mengharapkan mereka memahami akan hakikat ini, tetapi tidak terjadi sama sekali. Untuk itu, aku mencuba untuk mengisi masa yang ada ini untuk menjadi ayah ... atau abi kepada Husna. Moga Tuhan memperkenankan doaku untuk menjadi ayahnya yang terbaik.
It has been four years doing the same thing again and again. Something triggered when I was driving through the ECE. Lots of cars were there. Even several cars with Singaporean Plates and two patrol cars with blinking lights. Yeah. I was down. I am dragging myself. I was mad. It seems that emotional depreciation causing human to become angry or weak. But then, I did not do much. Hmmm ... not much. I did become someone important though. I surpassed all the experts over there. I sense that they all acknowledged me ... silently. The question "Who am I ...? I am ..... " triggered me. I must fill up the answer column soon as I want to become what I wanted to be.
Hari ini aku menemui kawan lama yang sudah lama tidak bertemu. Aku tiba lewat di tempat kendurinya. Orang-orang di dapur mengemas apa-apa yang tinggal. Mereka terdiri dari lelaki yang usianya muda. Barangkali NHB mengenalinya. NHB memakai baju melayu pink. Tidak berubah sejak dahulu. Mungkin lebih hensem disebabkan kenduri hari ini.Isteriku gembira bila mendapati isteri NHB adalah teman yang dia kenal di Australia dulu. Malah mereka pernah sekolah sama di zaman remaja dahulu. Perbualan tidak begitu panjang memandangkan aku dan isteriku amat memahami tahap keletihan pasangan pengantin pada kenduri hari ini :) . Husna seronok berkenalan dengan adik NHB yang paling muda, namun dia ingin pulang dan ingin makan dan mandi, sebagaimana jadualnya sehari-hari. Aku meninggalkan rumah NHB. Teringat aku kisah-kisahku dengannya tatkala kami mula mengenali jalan ini ... jalan yang begitu panjang, penuh ujian dan juga mencabut yang menurutinya ... satu persatu disebabkan oleh kenikmatan dan kesusahan
Hari ini semua teman-teman sekerja mengadakan jamuan perpisahan dengan SHS. Dia meletakkan jawatan dari kompeni ini dan esok adalah hari terakhir dia bekerja di sini. Dia agak sebak bila menyampaikan ucapan perpisahan yang ringkas... penuh dengan kenangan-kenangan dia di kompeni ini. Senior Manager juga menyampaikan ucapan ... dan dapat dirasakan risaunya dia kepada yang lain, takut-takut menyusul langkah yang diambil oleh SHS. Aku diam sahaja. Entah macam mana, perasaan agak bercampur-campur. Seolah-olah pihak atasan tidak lagi menghiraukan masalah keinginan pekerjanya untuk pindah, tetapi lebih kepada bagaimana nak mengekalkan mereka yang ada supaya tinggal lebih lama.
Dunia hari ini menantikan islam untuk menyelesaikan masalah mereka. Mereka meraung-raung meminta bantuan di atas kesengsaraan yang mereka ciptakan sendiri. Dahulu komunisme dan sosialisme ranap dan menjadikan kuasa dunia yang memegang prinsip itu berpecah-pecah. Kini tiba kapitalisme dan pemegangnya di ambang kejatuhan. Hanya beberapa talian hayat yang masih menyambung nyawa mereka itu ... Mereka masih memeras negara islam miskin dengan bunga-bunga atau interest yang telah mereka tanam melalui 'bantuan' yang mereka berikan suatu ketika dahulu. Kemudian, mereka masih menikmati manfaat daripada wang mereka yang menjadi matawang dunia dan mereka mendapat sokongan dari negara-negara minyak yang diduduki dan diketuai orang islam! Wahai pemuda dan pemudi yang dikasihi. Sedikit sahaja lagi. Marilah kita berusaha untuk meninggikan kalimah Ilahi yang mulia ini supaya dunia kita menikmati keindahan, keadilan dan kesejahteraan yang dibawah olehNya!
Setiap amalan dinilai dengan niatnya. Begitu yang dikatakan oleh baginda rasul SAW. Kita melihat diri kita hari-hari, apa niat kita? Adakah setiap langkah, perbuatan dan gerakan beserta niat yang benar, atau niat yang salah? Atau hanya berdasarkan apa yang tergerak oleh nafsu semata-mata. Niat dipengaruhi oleh pengetahuan dan kefahaman kita dalam kehidupan. Orang yang memiliki kefahaman yang jelas berkenaan apa yang perlu dicapai dalam hidupnya pasti sangat berbeza niatnya sehari-hari berbanding mereka yang biasa. Suatu benda yang besar tetapi dipandang kecil menyebabkan kita kerugian ganjarang dariNya!
Hidup ini tidak bererti jika tiada cita-cita dan keazaman. Kedua-duanya memberikan semangat yang kuat kepada kehidupan seseorang. Semakin besar cita-cita seseorang itu, semakin kuat semangatnya dan usahanya dalam kehidupan. Tokoh-tokoh yang hebat memiliki cita-cita yang sangat besar. Mereka menghadapi berbagai kesusahan, namun mereka menempuhinya dengan sabar dan tabah. Mereka akhirnya dicatat dalam sejarah sebagai pahlawan, tokoh atau pembawa perubahan di dalam sejarah. Ianya seperti sunnah alam ini yang ditetapkan olehNya. Manusia yang bercita-cita besar pasti akan berfikiran besar dan berusaha besar. Manusia sebegini tidak terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh-temeh. Dalam kehidupan kita seharian, adakah kita memerhatikan cita-cita dan keazaman kita selama ini? Apakah yang ingin kita capai di dalam kehidupan yang singkat ini? Adakah kita sekadar ingin mendapat jawatan yang tinggi, atau wang yang banyak, atau kehidupan yang serba selesa? Kesemua itu tidak akan memberikan sebar
Bila kita di dunia,macam-macam alasan diberi untuk menjustifikasi sifat malas kita. Tapi bila nak masuk syurga,pakailah alasan-alasan itu untuk masuk ke dalamnya! Satu renungan yang agak dalam....dan keras!
Lama aku tidak menulis entri. Alhamdulillah, hari ini aku habis puasa 6! Bagi yang belum habis, ada lagi 8 hari untuk menghabiskannya ... seterusnya merebut pahala puasa setahun.
Image
Wah! Malam semalam merupakan pengalaman traffic jam yang teruk. Daripada tol karak jam 5.30 petang, tiba di rumah jam 1 pagi. Nasib baik Husna tak meragam sangat sepanjang perjalanan. Syukur kepada Tuhan kerana menjadikan perjalanan itu selamat.
30 Ramadhan telah berlalu.Takbir kemenangan berkumandang dengan nada mendayu-dayu.SMS memenuhi handphone.Orang bersalaman memohon kemaafan.Moga diri jadi lebih baik dr dulu. Selamat hari raya aidilfitri.Maaf atas segala kesalahan.
Minggu ini dua orang jurutera elektrik di tempatku meletakkan jawatan. Seorang tender notis dua bulan. Seorang lagi tiga bulan. Ke Qatar dan ke Subang jaya. Kedua-duanya kecewa dengan sistem yang ada. Adakah ini petunjuk yang diberikan olehNya?
Alhamdulillah. 17 Ramadhan telah kulalui. Hari ini sempat berbual dengan seorang teman. Dia sudah meninggalkan syarikat ini dengan jayanya. Dia mengongsikan aku bagaimana dia melangkah keluar tanpa masalah. Aku pada awalnya menyimpan harapan. Tapi dia kata, baca semula perjanjian yang pernah ditandatangani. Pasti ada jawapan di situ. Ai. Aku kena buka kembali perjanjian yang aku tandatangani dahulu. Aku ingin melangkah ke sana sepertinya. Namun, hanya kepada Tuhan aku berserah kerana aku tidak tahu bagaimana keadaan aku bila di luar sana.
Image
Jumaat malam aku menaiki bas dari perhentian bas ekspres btu. Aku bersama YHY dan UAS berkumpul selesai kami solat isyak. Wah! Ini pertama kali aku menaiki bas begitu jauh di borneo ini. Aku membeli burger sebagai santapan sahur nanti. Entah di mana kami akan bersahur. Bas bertolak jam 830 lebih sedikit. Aku melihat bas itu meluncur ke dalam kegelapan. Aku tertidur. UAS yang duduk di hadapan berbual dengan orang bidayuh kristian. Barangkali ingin dia cuba dakwahkan atau sampaikan sesuatu. Atau sekadar berkongsi pengalaman. Bas itu berhenti-henti. Di selangau. Di sibu. Di sri aman. Aku sedar tidak sedar. Di serian aku dikejutkan untuk bersahur. Bas berhenti agak lama di sri aman kerana drivernya makan. Sememangnya setiap bas ada tempat perhentiannya. Di situ driver diberi makan dan kadangkala rokok kerana membawa begitu banyak pelanggan. Kami makan burger yang dibeli. Tidak berani untuk makan kerana kami takut masakan dan makanan mereka bercampur walaupun begitu besar tanda ditanggung h
Wah! dah masuk hari ke-9 Ramadhan! Selamat menyambut dan mengisi ramadhan kali ini! Wah wah! Moga kali ini lebih baik dari yang lepas! Aku sempat dua hari plus minus bersama keluarga melalui ramadhan... yang bakinya bersendirian bersama teman-teman di sini.
Kita menyeru kepada islam dan pada masa yang sama kita berada di tengah-tengah manusia. Islam yang menyuruh kepada kebaikan, kelembutan, ketegasan dan keadilan. Namun akhlak kita yang buruk menjadikan manusia menolak islam yang amat cantik ini. Aku memerhatikan. Aku belajar. Aku diberitahu. Barangkali ada dalam diriku akhlak yang begitu buruk sehinggakan keadaan ini terjadi. Ampunilah dosaku dan baikilah akhlakku. Amiin.
Doakan agar hari ini Tuhan membantu yang berusaha utk kebenaran dan menghancurkan yang berada dalam kekejian.
Adakah cara kita melalui propaganda? Apa yang nak kita capai melalui propaganda ini? Barangkali supaya kita lebih dikenali dan disokong? Jadi, apabila orang lain mula menjadi terkenal melalui propaganda, kita pun merasa resah-gelisah lalu ingin berbuat serupa? Atau lebih teruk lagi cuba menghapuskan atau mengecilkan pengaruhnya? Jangan! Pakcik HAB kan dah kata ... ingat lagi tak? Baca balik tulisan dia ....
Hari ini aku menjadi agak marah di ofis. Macam-macam tak kena. Aku menarik nafas panjang untuk menenangkan hati. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan tadi. Dari hal kehidupan hingga ke hal jalan ini. Wah! mengapa tiba-tiba semuanya datang mendadak? Barangkali tuhan mengujiku... ... Sememangnya diuji satu demi satu. Alhamdulillah. Tak ada kerosakan berlaku disebabkan perasaan aku di tempat kerja tadi :)
Kekadang Dia lebih mengetahui rahsiaNya...walaupun pada pandangan mata kita situasi sangat pelik dan mustahil untuk dilakukan.
Aku melihat ke belakang....seolah-olahnya begitu lah. Terutama selepas berbual dengan seorang teman lama, yang mengingatkan aku zaman aku bersemangat suatu ketika dahulu. Aku mendapati telah hampir empat tahun berlalu dengan kesedihan yang banyak. Begitu juga dengan kemarahan yang banyak. Tidak kusangka menjadi begini, yang mana aku berubah sedikit berbanding diriku sewaktu di universiti dahulu. Banyak perkara yang aku biasa buat terhenti sekarang. Malah aku merasakan seolah-olah aku kehilangan sesuatu... Tadi aku berbual dengan YHY. Kami di kedai makan. Aku meluahkan rasa sedihku sebab tidak balik, dan keadaan ini berulang agak lama ... hampir tiga tahun lebih. YHY senyum sahaja sambil meng'order' nasi goreng kampung dengan telur mata. 'Perkara ini sebentar sahaja!' Aku senyap. Benar. Semua ini sebentar. Sangat sebentar kalau di'relatif'kan dengan alam akhirat yang infiniti lamanya. Sangat sebentar jika dibandingkan dengan tempoh kita di dunia ini. Seratus tah
Image
Masa lalu di bandar Miri,ternampak papan tanda kedai ni.Teringat kat seorang teman.Dulu dia hampir setiap minggu travel bintulu-miri untuk berjumpa anak dan isteri.Aku dalam dua atau empat minggu sekali travel bintulu-miri-kl yang sangat ekstrim.Syukur kepada tuhan yang mengurniakan kesabaran.
Image
Bagi orang yang berpegang kepada pokok.dia akan merasa kuat bila pokok teguh,dia akan merasa lemah bila pokok layu. Jadi, bersabarlah bila tuhan uji dengan kelayuan pokok.
Image
Aku duduk di tepi pantai tg batu..berseorangan.Aku perhatikan gelagat manusia yang bermacam-macam.Aku teringatkan gelagat sang daie dan mad'u yang juga bermacam-macam.Aku terfikir akan ujian dan nikmat yang Tuhan berikan kepadaku.Aku menikmati angin petang yang menghembus,begitu tenang.
Image
Tadi ke tepi pantai lagi. Ni kali kedua. Kali ini aku bersama remaja sekolah pula. Sedar tak sedar tiga jam lebih kami di situ. Makan BBQ sosej yang simple tapi cepat masak. Terfikir aku ketika itu ... Aktiviti sebegini (rehlah) dipandang ringan, tetapi kesannya besar dalam membentuk manusia.
Sehari dua ini aku menggunakan sedikit masa yang ada untuk memindahkan komik dari ikomik ke www.ikomik.blogspot.com Server kat brinkster tidak memiliki bandwith yang tinggi, malah sering down apabila ada orang cuba mendownload banyak komik sekaligus. Setelah semua diupload, aku akan menjadi bersemangat untuk tambahkan koleksi baru di sana. Aku juga bercadang untuk meletakkan komik di laman komik.dakwah.info yang sudah tidak kelihatan sekarang. Moga Tuhan menjaga hati ini ....
Tadi pergi ziarah pakcik. Dia sihat-sihat sahaja. Hujan turun renyai-renyai di luar kediamannya. Panjang perbualan kami. Itu seperti ziarah-ziarah terdahulu. Kali ini aku dapati Tuhan tunjukkan aku langkah seterusnya. Langkah pertama sudah dibuat. Langkah kedua dibuka ... setelah Dia mengajarku apa yang seharusnya aku tahu dan jiwai. Hujan masih renyai-renyai. Tapi kali ini hatiku tidak sedih seperti selalunya. Hatiku seolah di'persediakan' untuk situasi seterusnya yang mungkin lebih mencabar!
Hari ini ber' jungle trekking ' di tepi tanjung batu. Aku, Mizi, Zul dan Mos masuk ke tempat trekking yang sering dilalui oleh orang cina di sini. Terkejut juga bila aku mengetahui Mizi dan yang lain belum pernah masuk ke tempat trekking itu! Aku ajak ramai orang, tapi ini sahaja yang datang. Hmm, tuhan mengujiku dengan orang yang sedikit apabila Dia mengajarku cara untuk berdepan dengan situasi sebegini. 30 minit sahaja kami dah habis satu pusingan trekking. Kami ambil laluan paling pendek, sebagai warming up untuk sesi akan datang yang lagi jauh. Kehidupan itu juga sedemikian. Tuhan menguji kita sedikit demi sedikit supaya kita bersedia untuk menghadapi tugasan yang lebih berat. Tuhan itu amat Penyayang dan Pemurah lagi Memahami.
Tadi hanya dua sahaja peserta lelaki yang datang ke KAM.Fasi tiga orang.Tak mengapa. Dia sedang memerhatikan sama ada aku frust,down dan putus asa atau terus bekerja!
Aneh ... Aku mendapati diriku, diri temanku dan diri-diri pekerja-pekerja islam yang bersamaku dan yang bersama yang lain, merasa tidak senang hati dengan mereka dan juga bersama yang lain. Kekadang timbul rasa yang kuurang enak dalam hati yang tidak sepatutnya dirasai... Sungguh aneh sebab tujuan semua itu dan ini adalah kerana mencari redhaNya! Aku bertanya kepada pemilik alam ini, mengapa? dan mengapa? Entah bagaimana, suatu hari aku dan temanku terbaca suatu hadith dari kompilasi 40 imam nawawi. Hadith ini memberikan jawapan kepada perasaan hati dan perbuatan aku, kami dan mereka. Hadith ini membuka fikiranku dan temanku seluas lautan atlantik yang membiru. Kali ini... setiap kali aku memandang kepada kami dan mereka, dengan gelagat yang bermacam-macam dan berbagai, aku tersenyum seketika. Sesungguhnya tuhan Maha Adil, Maha Saksama dan Maha Bijaksana! Moga aku, kami dan mereka memahami realiti ini dan menemui redhaNya.
Image
Aku tidak tahu berapa kali aku telah melalui pintu ini.Tapi aku tahu,ia bukan sedikit.Timbul rasa sedih di hati.Berkali-kali aku memujuk hatiku untuk sabar.Moga Tuhan menunjukkan daku jalan pulang.
Image
Berpetang-petang kami dengan melihat keindahan alam yang semuanya milik Allah.Segala puji bagi Tuhan.Tiada sekutu baginya.Tiada Ilah selainNya. Begitu indah pemandangan pantai Luak.Aku mengamati gelagat manusia setelah menyelusuri coastal road selama dua jam.
Image
Selalu kita merasakan ujian hidup begitu berat, tempoh yang perlu dilalui begitu lama dan jalan yang perlu dilalui begitu jauh.Bahkan kita merasa seolah nasib malang asyik menimpa. Lalu kita membaca al-quran.Seterusnya merenung sejarah dan sirah.Hati akan tersentuh... Bila melihat kisah nabi yusuf, kisah Talut, kisah nabi ayyub dan kisah nabi muhammad. Bila mendapati ujian yang diberikan kepada mereka amat besar. Bila mendapati akhirnya mereka menjadi sungguh bahagia. Bila mendapati Allah sangat menguji hambaNya.
Image
Ini adalah wisma seberkas.Seolah-olah berada di low yat plaza,versi sarawak.
Image
Ni masjid di Serian,Kuching.Ramai orang yang mengembara antara Kuching ke utara borneo singgah di sini.Kali terakhir aku datang ialah empat tahun lepas.
Image
Kelihatan remaja bermain riang di pantai tanjung batu ... Pada mata pandangan hari ini, mereka seolah sama dengan remaja-remaja lain yang menikmati usia muda mereka. Pada mata pandangan yang lain, mereka berpotensi untuk mengubah apa yang tidak betul pada hari ini.
Image
'Demi matahari dan waktu dhuha nya'.Wah,pagi ini matahari begitu tenang.
Image
Hari ini sekali lagi aku ke Miri bersama dengan remaja junior.Singgah di pantai Luak,Muzium Petroleum,Masjid Bahagian,kedai makan,Boulevard,Taman Awam dan Masjid luak.Semua dah aku pergi berkali-kali,cuma setiap kali pergi,orang yang berbeza. Teringat aku Winter Trip yang berulang-ulang kali aku sertai masa belajar dahulu.Moga ini antara permulaan bagi sesuatu yang besar di sini.

Kebenaran

Image
Wahai Tuhan,tunjukkanlah kepadaku jalan yang benar.Jika jalan ini kau tak redhai,tunjukkan aku jalan yang benar dan jadikan aku melaluinya. Engkaulah penjaga kebenaran.Pasti kau tak akan biarkan kebenaran itu padam dengan kebatilan.
Semalam aku tiba di rumah.Aku melihat Husna tersenyum gembira.Dah 3 hari dia tidak melihat ibunya,apatah lagi ayahnya.Isteriku ke luar negara atas arahan syarikat.Aku sangat sebak dan menangis malam itu.Aku seolah mendengar rintihannya bila aku memeluknya.

Travel

Image
Melihatkan kerusi dalam ERL, baru aku sedar begitu lama aku 'mengembara'.Dijadikan aku melihat tempat yang aku tidak sangka.Dijadikan aku merentasi malam di tengah hutan.Dijadikan aku belajar bahasa yang lain.Dijadikan aku mendalami teknologi dan pengetahuan. Pengembaraan yang tiada henti...menjadikan aku melihat sendiri keluasan ilmuNya!
Alhamdulillah, Kursus INTI 1 berjalan dengan selamatnya. Segala puji bagi Yang Maha Kuasa!

Mi Kolok

Image
This meal is quite common in sarawak

A telephone pole sighted!

Image
Seems that telekom has started the installation of poles for telephone line.It triggers one thing in my mind....streamyx!
Lagi dua hari akan diadakan INTI 1 di bintulu. Sekali lagi program ini dibuat. Ni masuk kali ke 4 aku melalui program ini. Kali ini tanpa kehadiran ZD sebagai koordinator. Siapa yang akan lakukannya? Aku diamanahkan untuk itu kali ini. Setakat ini persiapan macam ok. Cuma caraku menampakkan ia agak simple dan boleh dilaksanakan terus. Apa-apa pun hanya Allah sahaja yang boleh menjadikannya berjaya ... atau sebaliknya.

Down it goes..

Image
The staircase in my office.It goes down.
Hari ini aku berbual dengan ketua section di tempat kerja. Dia mengatakan ada berita gembira untuk aku. Aku harapkan ia berita yang aku inginkan. Namun berita itu hanyalah maklumat berkenaan prestasi aku yang lalu yang agak baik. Syukur. Tapi aku masih menantikan berita yang lebih besar dari itu.... Selepas itu kami sembang sebentar. Nampaknya ini sahaja bos yang menyetujui isu besar yang berlaku di syarikat ini. Dia sendiri mengalaminya. Malah kelihatan jelas di wajahnya, kesedihan yang dia alami dengan anaknya yang kecil itu. Tapi, apakan daya. Dia sendiri tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk mengubah segalanya. Entahlah. Moga segalanya berjalan dengan baik....
Someone replied to me today. 'Why not try lecturing?' Hmmm... I have been doing maintenance for quite some time. Maybe ...
Image
Tadi berjalan-jalan di esplanade bintulu. Indah juga suasana di sana. Matahari yang terbenam. Keluarga dan anak-anak berjalan-jalan. Tiba-tiba aku ternampak sekumpulan remaja bermain skate dan rollerblade. Salah seorang darinya ialah HFJ. Wah, tidak sangka aku bertemunya di sini. Sehari yang lalu aku terfikir untuk bertemu dengannya, cuma tidak terlintas bagaimana. Tuhan yang maha hebat telah menemukannya di sini dalam keadaan yang ku tak terfikir akannya. Aku menegurnya. Dia membalas. Kami berbual mengenai masa-masa dia di UPSI sana. Seronok dia menceritakan perihal murabbinya semasa dia belajar. Kemhirannya dalam sukan X dihargai, kerana tidak ramai remaja, malah dewasa pandai main sukan ini, apatah lagi memanfaatkannya untuk mendekati remaja yang berminat sukan X ini. Dia bersalah takut-takut aku membencinya disebabkan sukan X itu. Tidak salah. Bahkan aku suka bila dia memanfaatkannya untuk menarik remaja-remaja rollerblade dan skate ke arah islam, yang mana aku sendiri tidak mampu.

Trashcan in LCCT

Image
This is a trashcan.People put trash in it.
Semalam aku menerima panggilan daripada jurutera di loji di bintulu sana. Mengadukan kepadaku masalah kepada satu janakuasa di sana. Sehari demi sehari masalah timbul di loji itu. Adakah ia sedang dicelakakan oleh manusia-manusia yang dizalimi olehnya? Aku dapat membayangkan betapa bencinya manusia yang bekerja di situ terhadap loji itu. Ia seolah menyumpah diri tetapi mereka tidak peduli. Peristiwa udang dan masalah yang banyak sudah berlaku, namun tiada yang mahu memahami. Mereka yang di pusat ataupun di atasan sana.... ...Sememangnya sedemikian, kerana mereka bergembira bersama keluarga, tidak diperlakukan seperti mesin dan dilayan dengan enaknya.
Semalam pengurus loji berjumpa dengan 3 orang staf perempuan; dua orang mengandung dan seorang suami kerja di kuantan. Ketiga-tiganya dipisahkan dari suami. Ketiga-tiganya berulang ke KL naik flight. Ketiga-tiganya memohon dan mengharap dapat ditransfer. Aku sangka pertemuan itu berita gembira. Sangkaanku meleset. Mereka tak akan ditransfer. Aku tidak tahu apa yang akan menyelamatkan syarikat ini lagi.
Hari ni aku balik bersama MFSI. Dia cuti sebulan campur kursus,aku sampai isnin sahaja. Wah,hampir setahun bersama,baru kali ni dapat fly sekali. Dia hantar aku sampai ke STAR. Sepanjang jalan dapat sembang-sembang sedikit sebanyak. Banyak lagi yang aku belum kenal dari dia. Begitu juga dengan teman-teman yang lain. Walaupun kenal lama,masih banyak belum ku tahu.
Tadi aku bersama KAI dan MFI menyiasat berkenaan janakuasa 4020. Mula-mula KAI dan MFI yang menyiasat kerana aku pergi mendengar pembentangan di auditorium loji. Setelah makan tengahari, aku membantu KAI. Sehingga petang, hampir dapat penyelesaian dan pagi esok mereka nak buat beberapa ujian terhadap janakuasa 4020 tu sebelum jalankan ia sepenuhnya. Namun, sepanjang hari tadi, tiada orang peduli apa yang KAI, MFI dan aku buat. Bos dan Pakar-pakar teknikal tidak membantu langsung, kecuali seorang. Aku melihat KAI dan MFI bertungkus-lumus sepanjang hari, tetapi tiada orang yang peduli, terutamanya yang berpangkat tinggi. Kasihan. Lain pula dengan kerja islam. Dia sentiasa memerhatikan hambaNya yang membuat kerjaNya. Selalunya orang yang buat kerja islam tidak disedari oleh kebanyakan orang tetapi orang-orang sebeginilah yang lebih besar nilainya di sisi Tuhannya.
Tadi aku hampir hilang pas kerjaku. Puas aku mencarinya. Terbayang aku akan membayar denda dan membuat laporan polis akibat kehilangan itu. Aku berserah sahaja kepadaNya. Terus aku pergi ke rumah pengawal utama lalu bertanyakan berkenaan apa yang harus dibuat bila pas kerja hilang. Sajan Mejar itu memandangku sekejap. 'Cuba pergi ke pintu pengawal untuk kontraktor. Barangkali ada di sana. Tadi saya ada dengar kontraktor jumpa pas staf' Aku ke sana. Alhamdulillah, jumpa pas kerjaku kembali. Secara tidak sedar, aku berusaha dahulu baru meminta bantuanNya. Itu seolah reaksi seorang manusia. Ya, manusia cenderung untuk percaya bahawa mereka boleh melakukannya disebabkan oleh kelebihan yang ada pada dirinya, walhal Tuhanlah yang menjadikannya boleh berlaku. Barangkali itulah yang dimaksudkan dalam surah al alaq ayat 6 hingga 8 ...
Hari ini janakuasa 4020 trip . Malah merosakkan sebahagian dari penstabil voltan janakuasa. Seharian aku bersama jurutera-jurutera lain bertungkus lumus untuk menyiasat mengapa dia trip . Orang Teknikal Profesional pun pening kepala mencari punca kejadian itu. Hampir semua disiplin elektrik terlibat dalam pencarian punca trip ini termasuklah jurutera dari bahagian mekanik dan instrumentasi. Setelah maghrib, baru kami menemui puncanya. Ia adalah kerana kaedah shutdown mark lima yang salah menyebabkan signal yang salah sampai ke janakuasa lalu merosakkan penstabil voltan janakuasa. Jurutera mekanik dan instrumentasi terkejut dengan penemuan ini kerana selama ini mereka berbuat demikian dan tidak menghadapi masalah. Cuma kali ini mereka tersilap dari segi pelaksnaan prosedur, lalu terjadilah trip itu. Wah, kesalahan yang kecil mengakibatkan janakuasa trip , dan ramai jurutera elektrik, mekanik dan instrumentasi habis masa seharian mencari puncanya. Bila aku melihat kepada kehidupan, ke
Tadi bertemu UAFH di surau. Hujan renyai-renyai di luar surau. Seperti biasa dia menyapa aku. Berbual dengannya. Dia tersenyum. Azan mula berkumandang. Oleh pelajar IIB. Kami solat hingga selesai. Aku menceritakan perihal diriku. Aku terpengaruh dengan suasana yang berlaku. UAFH tersenyum sahaja. Dia menceritakan aku sesuatu yang menyebabkan aku tersenyum. Sesuatu yang mengingatkan aku kepada apa yang YHY pernah katakan kepadaku . Syukur pada tuhan. Dia ajarkanku apa yang tidak aku tahu sedikit demi sedikit. Terima kasih kerana mengajarkanku. Aku pun naik avanza milik YHY untuk pulang.
Image
Hmm .. tadi main bola di tepi pantai dengan remaja dan pelajar IIB/MAQ. Seronok tengok orang-orang tua/dewasa main air! "Bila masuk dalam air laut, semua seronok main, tak kira orang tua atau orang muda. Mungkini ni fitrah kita yang terpendam dalam diri kita" Hari ini hampir hujan. Aku mengadu ke pemilik hujan supaya ditangguhkan. Tiba-tiba hari yang mendung menjadi amat cerah terang benderang. Syukurlah.
Akaun fly.to aku dihentikan perkhidmatannya. Tulisan mereka : Dear fly.to member, Our content administrators have seen fit to remove your account. They had the following comments to make regarding this removal: We do not allow redirects to sites in this language The following redirects have been removed: fly.to/ikomik Hmm ... macam mana dengan nasib komik aku di sana? Macam mana orang-orang yang nak cari link ke sana? Nampaknya kena cari redirector lain la. Atau ...
Tadi aku meluahkan perasaanku kepada Pakcik aJb.Ketika itu perasaanku bercelaru dengan keadaan sekarang.Pakcik aJb membalas dengan nasihatnya.Aku terjaga.Aku tersenyum.Rindu betul pada nasihatnya.
Kalau masih belum dapat apa yang kamu mahu, barangkali perlu lakukan dengan cara yang lain!
Hmm.... Orang tua menghentam kamu dari depan. Teman-temanmu menikam kamu dari belakang. Adik-adikmu menganggapmu sudah sesat dan belot. Orang-orang muda menolak pandanganmu mentah-mentah. Rakan seperjuangan yang mulai lemah dan mula tersungkur didepanmu. Adakah tiada harapan lagi di sini? Aku merasakan seperti filem jepun dan orang putih yang aku minati masa muda dahulu. Hero filem itu ditimpa kesusahan yang amat luarbiasa, lalu dia tumpas dengannya. Namun, di hujung filem itu, sesuatu telah berlaku terhadap hero itu lalu dia bangkit dan terus menyelesaikan masalah dan cabaran yang ada. Akhirnya dia menang dan tamatlah cerita. Aku? Hero? Mungkin.
Today the plant almost blacked out.One by one,the generator failed.Fortunately right people appear at right location.Subhanallah.
Wahai tuhan,bantulah hambamu ini.Kau berikan amanah yang begitu berat dan dikelilingi orang tua yang ego dan orang muda yang memberontak.
Dakwah.... Perkataan yang mengubah hidup sesetengah orang. Perkataan yang ditakuti oleh sesetengah orang. Perkataan yang dibenci sesetengah orang.
Baru aku perasan.Husna dah tak mahu tidur atas tilam baby,tp toto dewasa.Dia mahu duduk di seat depan,tidak mahu belakang.Dia seolah berjiwa besar. Moga begitu. Moga dia mengubah dunia!
Dah lebih seminggu udang menyerang.
If you are just a soldier, you will just think on completing your missions. If you are a commander, you have to think about the soldiers and also about the strategy to win the battle. However, there are people who are not soldiers nor commander but have missions bigger than any soldier can have. These people take the burden of changing this world with their hands.
Suatu ketika dahulu, blog adalah medium untuk seseorang meluahkan rasa atau melahirkan hasil-hasil kreasinya. Kini, blog adalah medan bagi mengubah politik tanahair. Hampir semua tokoh politik ada blog mereka tersendiri! Bahkan pekerja-pekerja islam sudah memiliki blog mereka sendiri dan dilawati oleh orang ramai setiap hari!
Dalam melakukan kerja seharian di pejabat atau kilang, kita akan pastikan jalan kerja kita tersusun supaya masa dapat digunakan secara optimum dan segala sumber dimanfaatkan untuk mencapai matlamat syarikat yang selalunya ke arah menjadikan syarikat mendapat keuntungan yang besar dan menjadi pemain utama dalam industri atau bidang syarikat itu. Namun, perkara ini kita jarang atau tidak langsung terjemahkan dalam kerja islam. Ditambah dengan serangan musuh islam yang begitu sistematik dan bersungguh-sungguh! Itu belum kira pergolakan dalaman dan luaran pada kumpulan islam yang tidak patut berlaku. Jadi, hendaklah kita memikir dan merenung kembali apa yang telah kita buat selama ini. Kalau kita sekadar pekerja, pasti ada peningkatan yang boleh kita lakukan kepada kumpulan kita. Apatah lagi kalau kita seorang yang memegang tanggungjawab tertentu dalam kumpulan itu.
Hari ini YHY terpaksa pergi ke kilang untuk berlawan dengan udang-udang dan ikan serta obor-obor. Bukan dia sahaja, mungkin lima enam orang jurutera mekanik sedang berusaha untuk mengeluarkan binatang kecil itu daripada loji. Semalam aku melihatnya kelatihan akibat peristiwa ini. Kasihan. Dia diperah sehabis-habisnya. Si MFSI pula sangat rancak berbincang dengan anak buahnya berkenaan hakikat kehidupan, yang barangkali akan mengubah hidup mereka dan dunia ini. Tenaganya tidak pernah habis, seolah-olah memiliki kekuatan luar biasa yang hanya diberikan oleh hamba yang dipilih olehNya. Aku pula? Hmm .... Langit masih lagi mendung.
Image
Cantik sekali gambar yang aku jumpa ini. Ia dilihat di jalan coastal road ke Miri, dari Bintulu.
Hidup ibarat roda. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Namun, kalau kita sekarang di bawah, bila agaknya kita akan naik ke atas semula?
Semalam kelihatan semua bos-bos turun bermesyuarat berkenaan serangan udang di loji. Apa agaknya yang mereka putuskan nanti? Aku melihat ke langit hari ini. Hari agak mendung, serupa seperti apa yang hatiku rasakan. Serangan udang yang luar biasa dan tidak dapat dihuraikan oleh rasional manusia biasa. Adakah ia disebabkan kebencian yang telah menjelmakan dirinya, sebagaimana saat ramai operator kilang meninggalkan tempat ini secara mendadak? Atau balasan dari yang Maha Kuasa atas kezaliman yang dilakukan oleh mereka ke atas manusia-manusia yang lemah di tempat ini? Entahlah. Langit masih mendung. Barangkali mereka menyumpah alam ini atas kecelakaan yang menimpa mereka.
Rabu lepas, beribu-ribu udang, ikan dan obor-obor kecil masuk ke sistem penyejukan air di loji ini lalu menyebabkan pengeluaran turun hampir 50%. Teringat kata-kata pengerusi 'kita tak akan bermasalah'. Kuasa tuhan, hanya dengan udang dan ikan kecil, sudah jadi begini.
Iman manusia naik dan turun. Tatkala ia naik,kita jadi sangat bersemangat.Tatkala ia turun,kita jadi sungguh lemah. Rasanya begitu lama aku melalui fasa lemah,dan kini YHY pula merasa lemah.Anak-anak buah kami seolah-olah terkesan.MFSI dan SSI kelihatan kukuh dan kuat walau apa yg melanda. Penaku dah lama tersimpan di dalam kotak. Barangkali Dia mahu melihat sejauh mana aku boleh buat untuk menghadapi zaman ini.
Today's newspaper arrives late. When I got them, the info was incomplete. Not much news about the election as well. Only couple of pages which is not normal. It was really 'Aneh'.
Yesterday was history in the making. For the first time, those people faced what they are afraid of. Last night, me, my mom and my dad slept quite late. The results of the election was not like four years ago. I slept 3 am in the morning in front of the TV, and they still could not get two thirds like they used to have. I hope the ones who has won ask forgiveness to Him, like the one mentioned in surah an-nasr. Allah reminds us that we should istighfar when we see victory in our hands. My friends SMS me mentioning it last night.
Aneh.
Hari ni agak sunyi.Tidak ramai orang di stesen LRT.Dalam keretapi pun begitu.Barangkali ramai yang diam di rumah atau di tempat penamaan calon pilihanraya. Aku melihat sesetengah orang tidak terasa apa-apa dengannya.Ada yang teruja.Ada yang bersemangat.Ada yang 'all-out'.Ada yang merasa jelik,kerana kotor.Ada yang memerhati,dan menunggu masa yang sesuai kerana persiapan belum mantap. Apa yang akan jadi kepada negara ini dua minggu nanti?Semuanya bergantung dengan apa yang telah diusahakan empat tahun lepas!
Bila memerhatikan manusia di tepi masjid jamek, aku memikirkan apa yang ada di kepala mereka yang berjalan. Ada yang nak pergi kerja. Ada yang nak naik STAR LRT. Ada yang nak membeli barang di kawasan masjid india. Ada yang nak ke Kota Raya. Setiap satu ada tujuan mereka. Setiap satu sedang bergerak laju menuju ke destinasi mereka. Namun, mungkin ada yang merayau-rayau, saja-saja berjalan-jalan tanpa ada tempat yang nak dituju. Namun, ada juga yang duduk-duduk memerhatikan manusia seperti aku. Mungkin juga ada yang duduk-duduk menantikan kawan atau client mereka di situ. Mungkin juga ada yang duduk-duduk tanpa apa-apa tujuan. Seolah suasana di bawah stesen STAR LRT masjid jamek melambangkan kehidupan sendiri. Ada yang tahu ke mana mereka mahu pergi, dan bergerak ke arah itu. Ada yang tidak tahu, tetapi masih bergreak. Malah ada yang tidak bergerak sama sekali. Moga kita semua mengetahui tujuan kita, kerana tidak ada tujuan lain melainkan satu sahaja ... iaitu .....
Lama tidak menulis. Malah, amat jarang menulis. Begitu banyak yang berlaku, tetapi tidak pula aku rekodkannya dalam tulisan di sini. Sedar tak sedar, anakku dah berusia setahun. Alhamdulillah. Tapi, aku terasa sedih juga, kerana hanya menjadi ayah kepadanya selama dua bulan lebih sahaja. Perasaan ini difahami oleh mak, ayah, isteriku dan keluarga terdekat. Beberapa sahabat yang kugelar 'ikhwah', memahami perasaan ini. Aku kekadang terasa marah, kerana segelintir manusia tidak memahami perasaan ini, walaupun mereka sudah menjadi ayah sekian lama. Mereka menceritakan perihal berkorban, bermatlamat tinggi dan ingin menjadi 'juara dunia', namun kata-kata mereka semuanya kosong, kerana mereka membawa keluarga mereka di sisi mereka, ataupun mereka sering naik kapal terbang untuk menemui keluarga mereka (dan mereka mempunyai peluang yang cerah untuk bersama keluarga, berbanding aku yang tiada apa). Ah. Sabarlah. Marah sahaja tidak menghasilkan apa-apa ....
Kuala lumpur dan kawasan sekitarnya sangat panas akhir-akhir ini. Terasa begitu membahang, malah waktu malam pun tidak sejuk lagi. Husna tak selesa bila tidur di tingkat atas, melainkan dipasangkan kipas untuk menyejukkan dia. Di sini, di borneo pula lain cuacanya. Hujan begitu kerap. Pagi hujan. Petang hujan. Malam pun ada masa hujan juga. Bumi ini kelihatan sakit, sebagaimana yang ahli kaji bumi dan kaji cuaca memberikan amaran kepada umat manusia. Namun, kita degil dan terus merosakkan bumi ini. Malah kita dah dapat lihat di sana sini bukit ditarah dan ditogelkan begitu sahaja. Di tempatku di KL, aku dapat melihat secara terang, bukit di depan rumah sudah botak, semata-mata untuk dijadikan rumah mewah yang berharga setengah juta lebih. Benar kata Tuhan, kebinasaan yang kita alami adalah disebabkan oleh tangan kita sendiri. Bilakah kita akan sedar?
Kehidupan ini berputar setiap hari. Kita kerap terlupa bahawa usia kita yang ada ini sepatutnya digunakan untuk menunaikan tugas yang diberikan olehNya, bukan untuk berhempas pulas mengumpul harta benda.