Posts

Showing posts from October, 2014

Hati itu .... Allah yang punya

Dalam membimbing manusia .. . ada yang akan menuruti jalan yang kita lalui, ada yang akan ketinggalan, dan ada yang akan meninggalkan kita lalu menuruti jalan yang lain. Kita sangat berharap agar mereka yang dibimbing akan berubah menjadi lebih baik dari kita... Namun, tak semua akan menjadi seperti yang kita harapkan... Ada yang ikut acuh tak acuh ... Ada yang memilih untuk mengikut jalan yang lain ... Bila sedemikian terjadi, hati ini menjadi sedih ,,, dan adakalanya sangat down ..... Mengapa ia berlaku? Aku merenung ... ... lalu aku dapati, rupanya terdapat mesej yang sangat besar! Allah nak beritahu kita .. bahawa hati itu Dia yang punya. Dialah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki! Moga Allah memberi hidayahNya kepada kita dan mereka ,,,,

pengajaran dari kampung

Hari ni aku balik dari kampung. Seperti yang disebut dalam berita dan internet ... hari ini, perjalanan jem luar biasa. Namun, kami sekeluarga teruskan juga perjalanan untuk kembali ke rumah. Biar perlahan ... asalkan sampai! Terlintas padaku satu pengajaran dari keadaan ini... Kalau kita di jalan yang betul  ... usaha macam mana pun .. jem macam mana pun tak akan sampai ke destinasi Begitu juga kehidupan .. walaupun susah, lambat laun kita akan sampai ke destinasi yang kita semua nak tuju .. iaitu syurga-Nya! Oleh itu, pastikan ... doakan agar jalan yang dipilih itu ... jalan yang betul. Bukan jalan yang salah ...

Hari Raya Aidil Adha

Image
Selamat Hari Raya Aidil Adha. Di sini ... kami solat raya di kawasan lapang (extension masjid .. sebab terlalu ramai orang). Ia mengingatkan aku kepada sirah Nabi SAW. Di zaman baginda .. mereka solat Aidil Adha di dataran.

Hari Arafah

Hari ni manusia seluruh dunia berwuquf di Arafah. Cuma di Malaysia ... hari ini masih 8 Zulhijjah. Timbul beberapa pendapat berkenaan bila hari yang patut berpuasa hari Arafah. Puasa ini sangat besar ganjarannya. Diampuni dosa selama 2 tahun! Boleh puasa hari ini (sebab orang berwuquf) atau esok (sebab 9 zulhijjah). Lagi power kalau puasa dua-dua hari. Lagi power kalau puasa sejak 1 Zulhijjah. Yang penting ... jangan lepaskan peluang berpuasa ini.